You are on page 1of 9

KESILAPAN –KESILAPAN YANG DI LAKUKAN OLEH

IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.

1. KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK


ANAK.
• Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah
swt.
• Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang
rendah,sombong dan berfikiran negatif.
• Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak.

2. MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.


• Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
• Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
• Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk
sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan
tidak mampu berdikari.

3. KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.


• Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu
kehidupan seharian.
• Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih
menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.
Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan
sebagainya.

4. LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF


DARI BELAIAN POSITIF.
• Anak yang dididik dengan belaian negatif akan
menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
• Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi
menyedarkan kesilapan mereka.
• Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak
melakukan perbuatan tersebut.
5. KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA
ANAK-ANAK.
• Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan
perasaan, mengadu hal dan bermain.
• Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus
menjadi seperti kawan mereka.

6. SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG


KONDUSIF.
• Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan
menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari
kedamaian diluar rumah.

7. KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA


SEMUA ANAK-ANAK.
• Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan
sentuhan kepada anak-anak.
• Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan
sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan
menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.

8. MENEGUR SECARA NEGATIF.


• Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh
dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.
• Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”,
“malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak
tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.

9. KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA


MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
• Model model yang cemerlang patut didedahkan
kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan
dalam diri anak
• Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku
dan bercerita. Pendedahan penting untuk
membentuk keazaman yang tinggi.

10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH


TANGGA.
• Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah
contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat
manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.

11. MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN


ANAK-ANAK.
• Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua
ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini
menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.
• Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu
bapa.

12. MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK


DIDALAM RUMAH TANGGA.
• Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk
dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai
seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun
dan sebagainya.
• Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada
anak-anak.

13. KURANG MENGAWASI PENDEDAHAN KEPADA


TV DAN VEDIO.
• TV dan Vedio memberikan kesan yang mendalam
kepada anak-anak yang menonton.
• Ibu bapa harus memberikan pengawasan yang rapi
dan menjelaskan isu-isu yang kurang sesuai untuk
tontonan anak-anak dirumah.
14. KURANG MENITIKBERATKAN MAKANAN YANG
SEIMBANG ATAU SESUAI UNTUK ANAK-ANAK.
• Makanan yang seimbang adalah penting dalam
pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.
• Tenaga yang kuat dan mental yang cerdas datang
daripada pemakanan yang seimbang dan berzat.
• Makanan yang tidak seimbang akan membantu
pertumbuhan mental anak.

15. TIDAK BERSAMA-SAMA ANAK KETIKA MAKAN.


• Waktu makan adalah masa yang paling sesuai untuk
berbual-bual dengan anak-anak.
• Rasa kemesraan dan kekeluargaan akan dapat
dinikmati jika makan bersama.

16. MEMPAMERKAN PILIH KASIH TERHADAP ANAK-


ANAK.
• Anak akan mudah berasa kecil hati jika kasih sayang
diberikan secara tidak adil.
• Jangan wujudkan perbezaan dalam memberikan kasih
sayang kepada anak-anak .
• Setiap pembelian barang dan sebagainya diberikan
secara adil dan saksama antara satu sama lain.

17. TIDAK MERAIKAN ANAK-ANAK KETIKA MEREKA


PERGI DAN BALIK DARI SEKOLAH.
• Anak – anak sangat suka di raikan oleh ibu bapa
semasa pergi dan balik dari sekolah.
• Mereka merasai dirinya amat disayangi dan diberikan
perhatian.
• Berikan pelukan, salam, dan ciuman kepada anak
kerana belian seumpama ini akanj menbentuk
kecerdasan otak, jiwa, yang tenang, berdisiplin, dan
bersifat pengasih.
19. KURANG MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA
BANTUAN ANAK.
• Setiap bantuan yang anak berikan haruslah diberikan
perghargaan.
• Anak-anak akan merasa dirinya dihargai dan
bersedia untuk membantu pada masa akan datang.

20. KURANG MEMBERI PENGAWASAN DAN


PENYELIAAN MENGENAI PELAJARAN ANAK-
ANAK.
• Anak-anak memerlukan bimbingan dan pengawasan
semasa mereka sedang berlajar.
• Berada bersama mereka semasa mereka melakukan
kerja rumah akan membuatkan mereka berasa di
sokong dan dibimbing.
• Ibu bapa akan dapat mengawasi gerak laku anak-
anak.

21. KURANG MEWUJUDKAN BUDAYA ILMU DALAM


RUMAH TANGGA.
• Setiap rumah seboleh-bolehnya mempunyai
perpustakaan keluarga dann cara ini akan
menwujudkan budaya ilmu dalam rumah tangga.
• Menwujudkan budaya membaca dalam rumah tangga
dengan mengadakan bahan-bahan bacaan seperti
akhbar, majalah, buku dan pelbagai bahan bacaan
lain.

22. KAEDAH BERKOMUNIKASI YANG KURANG


BERKESAN.
• Teknik berkomunikasi dengan anak-anak adalah
berbeza jika dibandingkan dengan orang dewasa.
• Anak-anak perlukan belaian dan pujian semasa
berkomunikasi.
• Ibu bapa seharusnya memahami kehendak anak dan
melebihkan perkataan yang positif dalam komunikasi
dengan anak.
• Anak suka berterus terang dan benci pembohongan
dan penipuan.

23. TERLALU MEMANJAKAN ANAK.


• Anak yang selalu dimanjakan akan menjadikan
mereka bergantung kepada orang lain.
• Selalu menunjukan sifat mengada-ngada dan tidak
menghormati orang tua.
• Meningkatkan keegoaan dan sukar menerima orang
lain.

24. TERLALU MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA


ANAK-ANAK.
• Kebebasan memmpunyai batasannya.
• Kebebasan yang melampau akan menjadikan anak
lupa diri dan merasakan mereka bebas melakukan
apa sahaja.
• Kebebasan dengan disiplin yang ketat akan menjamin
peribadi yang mulia.

25. TERLALU MENGONGKONG KEBEBASAN ANAK-


ANAK.
• Anak yang terlalu dikongkong akan menjadikan
mereka hilang keyakinan diri.
• Mereka akan cuba melepaskan kongkongan tersebur
dengan melakukan penipuan dan pembohongan
kepada kedua ibu bapanya.

26. MUNGKIR JANJI KEPADA ANAK-ANAK.


• Ibu bapa yang mungkir janji dengan anak-anak akan
menghilangka kepercayaan anak kepada mereka.
• Setiap anak akan menaruh harapan kepada setiap
perkara yang dijanjikan kepada mereka.
27. KURANG MEMBERI LAYANAN KEPADA
PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN ANAK-ANAK.
• Setiap anak ingin mengetahui perkara-perkara yang
baru.
• Pertanyaan anak hendaklah di layan, kalau tidak
dilayan anak merasakan diri mereka tidak
diendahkan dan akan menjadi lemah semangat,
kecewa dan akhirnya menjadi manusia pendiam.

28. MEMBERI HUKUMAN YANG TERLALU KERAS.


• Hukuman yang terlampau keras tidak akan mengubah
perlakuan anak malahan membentuk perasan dendam
dalam diri anak.
• Anak akan sentiasa merasa takut untuk mencuba
sesuatu yang baru.
• Hukuman yang keras akan menyebabkan anak
mengalami kecederaan yang serius cth; pukul
dengan benda yang keras.

29. MENANGGUHKAN TEGURAN DAN HUKUMAN.

• Segala teguran dan hukuman hendaklah dilakukan


serta merta. Jika ditangguhkan anak-anak akan
merasakan ia menjadi kurang penting dan
berpontensi mengulangi perbuatan tersebut

30. MENGGUNAKAN KAEDAH MENGANCAM


ATAU MENGUGUT UNTUK MENDAPAT
PERHATIAN ATAU TINDAKAN.
• Mengancam dan mengugut anak akan hanya
menambahkan perasaan benci dan dendam dalam
diri anak.
• Ancaman dan ugutan akan menyebabkan anak
sentiasa dihantui perasaan takut setiap masa.
31. TIDAK KONSISTEN DALAM MEMBERI TEGURAN
ATAU HUKUMAN.
• Segala teguran dan hukuman yang diberikan kepada
anak mestilah dilakukan secara konsisten.
• Jika tidak, anak akan merasa terkeliru dengan
teguran dan hukuman yang diberikan.
• Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah
diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

32. TIDAK MENGALAKAN ANAK-ANAK UNTUK


BERDOA.
• Mengalakan anak-anak berdoa menjadikan mereka
bertambah yakin dengan bantuan Allah swt.
• Anak-anak yang tidak mahu berdoa akan menjadikan
mereka manusia yang sombong.

33. MEMPUNYAI TANGGAPAN YANG NEGATIF


TERHADAP ANAK-ANAK.
• Tanggapan dan penghargaan ibu bapa akan
menghasilkan apa yang ditanggap dan diharap.
• Tanggapan yang negatif akan menghasilkan anak
yang bersifat negatif.

34. KURANG MEMINTA BANTUAN PAKAR.


• Ibu bapa seharusnya meminta bantuan dari pakar
seperti ulama, guru, orang tua, kaunselor dan
sebagainya jika mereka menghadapi jalan buntu
dalam menguruskan soal anak-anak.

35. TIDAK MENDOAKAN ANAK.


• Ibu bapa mesti sentiasa mendoakan anak supaya
mereka menjadi orang yang cemerlang.
• Doa ibu bapa untuk anak
36. KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-
KERJA RUMAH.
• Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah
supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak
menghargai pekerjaan orang lain.
• Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh
pinggan selepas makan.

37. KURANG MENGAJAR ANAK KEMAHIRAN


SOSIAL.
• Mengajar anak berinteraksi dengan orang lain adalah
tanggung jawab ibu bapa . Kemahiran bercakap
dengan orang yang lebih tua, bercakap dengan
tetamu,melayan sahabat dan sebagainya.
Kemahiran ini diperolehi dari ibu bapa melalui
contoh dan tauladan

You might also like