You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN

Negara Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang mengagumkan

penduduk dari seluruh dunia. Malah warga Malaysia juga mengamalkan budaya dari

kepelbagaian kumpulan etnik yang bersesuaian dengan mereka. Kebudayaan penting

untuk memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan bagi menjamin kestabilan

negara, keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan

bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam

pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.

Pembelajaran di dalam bilik darjah juga mendedahkan murid kepada pola hubungan

kepelbagaian kaum. Murid juga berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelbagai latar

budaya.

1.1 DEFINISI DAN KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Ramai pakar, ahli sosiologi dan antropologi memberikan pelbagai takrif mengikut

kesesuaian dengan latar sosio masyarakat.

Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan

kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran

dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah

kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004).

Rohana Yusof (2006) menjelaskan bahawa budaya dalam bahasa Inggeris

disebut 'culture' iaitu berasal daripada bahasa Latin iaitu 'cultura''. Dalam bahasa

Mandarin disebut 'Wen Hua' dan dalam bahasa Arab disebut 'Thaqafah'. Perkataan

1
budaya adalah berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan ini merangkumkan

menjadi budaya. Ba membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna,

menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan

atau bikinan dan sebagainya.

Prof. Dr. Koentjaraningrat di dalam buku Pengantar Antropoloji menyatakan-

bahawa kata kebudayaan berasal daripada kata Sanskrit buddhayah iaitu bentuk

Jamak dari buddhi yang bererti "budi" atau "akal"' Dengan demikian kebudayaan dapat

diertikan sebagai "hal-hal bersangkutan dengan akal" (Rahim Syam, 1988).

Mengikut Bronislaw Malinowski (1983) pula budaya merupakan alat pengubah

yang besar, yang mana menerusi latihan, pengajaran kemahiran, pengajaran norma

dan pembentukan cita rasa, menyatukan pendidikan dengan tabiat dan menghasilkan

manusia yang perlakuannya tidak boleh ditentukan kajian anatomi dan fisiologi sahaja.

Semua ini bererti bahawa manusia. tidak seperti binatang, memuaskan kehendak

jasmaninya secara tidak langsung.

Selain itu, Prof. Dr. C. A. van Peursen (1988) dalam bukunya nyatakan bahawa

budaya meliputi segala perbuatan manusia, seperti misalnya cara ia menghayati

kematian dan membuat upacara-upacara untuk menyambut peristiwa itu; demikian juga

mengenai kelahiran, seksualitas, cara-cara mengolah makanan, sopan santun waktu

makan, pertanian, perburuan, cara ia membuat alat-alat, bala pecah, pakaian, cara-cara

untuk menghiasi rumah dan badannya. Itu semua termasuk kebudayaan, seperti juga

kesenian, ilmu pengetahuan dan agama.

2
Pensyarah IPIK, Syed Ismail bin Syed Mustapa (2010) di dalam bukunya

mendefinisikan bahawa budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan

Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) : kecergasan firikal dan akal dan Daya (Melayu) :kekuatan

kuasa, tenaga dan pengaruh. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu

menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal

fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan

permasalahan tersebut.

Selain itu, budaya juga merupakan sesuatu yang diperturunkan dari satu

generasi ke generasi seterusnya. Contohnya adat resam dan pantang larang

masyarakat Malaysia diturunkan secara lisan turun kemurun. Ini jelas menunjukkan

bahawa budaya adalah sesuatu yang boleh diwarisi. Fakta ini disentuh oleh Bronislaw

Malinowski dan Rahim Syam. “Oleh kerana budaya ialah pencapaian yang bertimbun-

tambah bagi generasi manusia, mestilah ada caranya warisan bersama ini diturunkan

dari satu generasi ke generasi yang lain” (Bronislaw Malinowski, 1983). “Ciri yang

paling penting ialah kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan generasi ke generasi'

Kebudayaan itu hidup bersama hidupnya masyarakat” (Rahim Syam, 1988).

Seterusnya, budaya adalah sesuatu yang mengalami perubahan seiring dengan

pengedaran masa. Perubahan itu hendaklah diterima oleh masyarakat sebelum

menjadi budaya masyarakat. Contohnya, terdapat pantang larang telah dilupakan oleh

masyarakat disebabkan peredaran masa. Secara amnya, budaya adalah dinamik

dimana berubah dengan masa dan kesesuaian masyarakat. Fakta ini dinyatakan oleh

Prof. Dr. C. A. van Peursen, Rahim Syam dan Syed Ismail bin Syed Mustapa.

3
“kebudayaan biasanya merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang

diwarisi dan yang bersifat dinamik. Di samping itu ada unsur menerima dan menolak

yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan,

di dalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan dan

sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat itu” (Rahim Syam,

1988).

Disamping itu, kepelbagaiaan budaya ini meliputi hasil-hasil kehidupan kelompak

yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Contoh budaya kebendaan adalah

bahan artifik seperti kraf tangan, alat muzik dan tarian, makanan, pakaian dan hiasan.

Contoh budaya bukan kebendaan adalah aspek yang mencerminkan falsafah, idea,

adat resam dan pantang larang. Ini dibicangkan oleh Rahim Syam dan Prof. Dr. C. A.

van Peursen dalam buku masing-masing

“Dulu kata "Kebudayaan" diartikan sebagai sebuah kata benda, kini lebih

sebagai sebuah kata kerja. Kebudayaan bukan lagi pertama-tama sebuah koreksi

barang-barang kebudayaan, seperti misalnya karya-karya kesenian, buku-buku, alar-

alat, apalagi jumlah museum, gedung-gedung universitas, ruang-ruang konperensi,

kantor-kantot pajak dan sebagainya. Bukan, kini kebudayaan rerurama dihubungkan

dengan kegiatan manusia yang membuat alat-alat dan senjata-senjata, dengan tata

upacara tari-tarian dan mantera-mantera yang menentramkan roh-roh jahat, dengan

cara anak-anak dididik dan orang-orang yang bercacat mental diperlakukan, dengan

aneka pola kelakuan yang bertautan dengan erotik, perburuan, sidang-sidang

parlemen, resepsi perkawinan, dan sebagainya” (Prof. Dr. C. A. van Peursen, 1988).

4
Secara kesimpulannya, kepelbagaian budaya adalah cara atau gaya hidup

pelbagai masyarakat dan bangsa. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti

sejarah, kesusasteraan, politik, muzik, lukisan, seni bina, falsafah, idea, tabiat dan nilai

kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi. Budaya juga boleh

dikaikan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.

Budaya adalah lambang kejayaan sesuatu masyarakat atau bangsa.

5
1.2 KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini jelas menunjukkan

wujudnya corak sosio budaya yang berbeza. Perbezaan corak sosio budaya akan

mewujudkan pelbagai jurang dalam masyarakat di negara kita. Terutamanya murid-

murid sekolah hendaklah didedahkan kepada kepelbagaian sosio budaya dalam

masyarakat. Ini memastikan mereka belajar dalam suasana yang lebih kondusif

walaupun belajar murid dari kaum yang berlainan. Sebagai guru saya haruslah memiliki

kesedaran kepelbagaian budaya. Kesedaran kepelbagaian budaya membantu saya

untuk mewujudkan bilik darjah kondusif kepada murid saya walaupun mereka

ditempatkan bersama-sama murid yang berkepelbagaian sosio budaya. Saya juga

boleh menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan dan

efektif.

1.2.1 JANTINA

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah jantina. Guru hendaklah mempunyai

kesedaran kepelbagaian budaya dari segi jantina. Guru mesti merancang dan

melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan jantina. Ini

kerana kedua-dua jantina mempunyai perbezaan yang ketara. Faktor jantina

merupakan salah satu faktor yang mempengarui budaya bilik darjah. Dalam kelas

campuran guru hendaklah bijak merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang

boleh melibatkan kedua-dua jantina. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian akan

menentukan motivasi murid ketika menjalani proses pembelajaran mereka. Contohnya,

semasa guru menjalankan pendidikan jasmani, guru hendaklah memastikan murid

6
lelaki dan murid perempuan menjalankan aktiviti asing. Guru juga menggunakan nama

lelaki dan perempuan dalam kertas latihan dan dalam contoh yang dikemukan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Guru hendaklah kesedaran

kepelbagaian budaya dari segi jantina untuk memberi peluang kepada murid lelaki dan

perempuan bergaul dengan lebih sopan, bertanggungjawab, menghormati sesama

sendiri.

1.2.2 BANGSA

Dari segi bangsa, Kesedaran kepelbagaian budaya amat penting. Ini kerana guru

hendaklah mengetahui bahasa, adat resam, kebudayaan, dan sosiol yang memiliki

identiti yang tersendiri. Ini untuk memastikan semua murid dalam kelas toleransi,

berkerja sama dan hormat- menghormati sesama sendiri. Aspek-aspek seperi bahasa,

adat resam, kebudayaan, dan sosiol mesti diberi perhatian sebelum melaksanakan

proses pembelajaran dan pengajaran. Proses pembelajaran dan pengajaran mestilah

berfokus kepada pelbagai komposisi etnik campuran atau berbilang kaum. Untuk

elakkan sebarang masalah guru hendak member sama perhatian kepada setiap kaum.

Sebagai contoh, apabila seorang guru ini mengajar tentang makanan di Malaysia, guru

hendaklah memberi contoh makanan dari semua kaum.

Guru juga tidak harus memberi makanan tidak halal kepada sesuatu kaum. Guru

tidak harus bersikap ‘egnosentrik’ semasa mengajar. Ini mungkin memangkinkan rasa

tidak puas hati di kalangan murid. guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian

budaya kerana agar guru tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh isi-isu

sensitif yang melibatkan isu perkauaman. Jika guru menyentuh isi-isu sensitif ini

7
wujudkan permusuhan kaum dalam sekolah. Guru patut mengetahui sensitiviti, pantang

larang dan kepercayaan kaum yang lain supaya berhati-hati dan tidak menyinggung

perasaan orang lain. Guru harusnya memastikan murid-murid sentiasa bertoleransi,

berkerja sama dan hormat- menghormati sesama sendiri.

1.2.3 BAHASA

Guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi bahasa.

Bahasa membantu kita dalam komunikasi. Malaysia merupakan negara yang

mempunyai pelbagai kaum dan menggunakan bahasa masing-masing. Guru hendaklah

menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib digunakan dalam kelas. Semua

rakyat Malaysia tahu tentang bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan

Malaysia. Oleh kerana bahasa adalah alat komunikasi guru hendaklah menggunakan

bahasa dengan sebaik mungkin. Bahasa yang digunakan mesti difahami oleh semua

murid dalam kelas. Isi pengajaran akan diserap oleh pelajar hanya jika dia faham

bahasa yang digunakan. Bahasa penting untuk pengajaran. Murid-murid kaum lain

kurang faham bahasa melayu. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa memastikan murid

kaum lain faham apa yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, guru juga mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi

bahasa untuk mengadakan aktiviti dalam kumpulan untuk mewujudkan interaksi antara

murid berlaku. Semas aktiviti kumpulan berlaku semua murid mesti memberi

pandangan dalam satu bahasa. Ini akan membantu murid memahami budaya, bahasa

serta pemikiran rakannya daripada kaum lain.

8
1.2.4 KELAS SOSIAL

Guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi kelas

sosial. Status sosio ekonomi adalah salah satu aspek penting yang diberi perhatian

oleh guru. Semua murid sesuatu bilik darjah datang dari pelbagai kelas sosial. Sebagai

seorang guru, penting untuk memahami setiap kelas sosial para pelajarnya. Ada pelajar

yang datang dari tahap SSE yang tinggi dan ada pelajar yang berasal dari SSE yang

sederhana ataupun rendah. Semasa memberi aktiviti guru hendaklah memberi

perhatian kepada semua kelas sosial. Biasanya murid dari kelas sosial yang tinggi lebih

lebih pandai dan mahir dalam pembelajaran. Oleh itu, guru hendak mengetahui kelas

sosial semua murid sebelum mengajar. Guru hendaklah menyediakan cara pengajaran

yang sesuai kepada murid dalam kelas tersebut. Selain itu, jika murid menghadapi

masalah guru dapat menyelesaikan masalah tersebut hanya jika dia mengetahui kelas

sosial murid tersebut. Selalunya murid dari kelas sosial rendah mempunyai masalah.

Dengan adanya pelbagai kaum di Malaysia maka SSE setiap kaum turut berupa. Jika

guru tidak mengajar dengan efektif maka wujudlah perbezaan SSE dikalangan murid

dan wujudkan masalah perkauman. Oleh itu, guru mestilah peka kepada setiap

pelajarnya dan mesti mengambil tahu latarbelakang pelajar dan juga keluarganya.

9
1.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

Sebelum kita mengenali sistem pendidikan sekarang, adalah wajar kita

mengetahui sistem pendidikan dari masa prakemerdekaan. Sistem pendidikan di Tanah

Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum merdeka memperlihatkan mana-mana falsafah,

matlamat dan objektif pendidikan yang jelas. Hal ini demikian, pihak British tidak

berusaha untuk mewujudkan satu pendidikan sebaliknya mengamalkan dasar laissez-

faire supaya mengurangkan interaksi antara kaum.

Keadaan ini telah melahirkan lima alliran pendidikan iaitu pendidikan Melayu,

pendidikan Cina, pendidikan Tamil, pendidikan Inggeris dan pendidikan Agama.

Kedaaan ini membolehkan pihak British menjaga kepentingan ekonominya, iaitu

memonopoli perdagangan timah, emas, rempah dan kegiatan pertanian di ladang-

ladang getah dan kopi malah menguasai jalan perdagangan antara Timur dengan Barat

dalam mewujudkan ekonomi komersil.

1.3.1 RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula diperkenalkan

pada tahun 1984 oleh Menteri pendidikan pada masa itu Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi. Terdapat pelbagai aktivit yang berunsurkan perpaduan dijalankan oleh

beberapa sekolah dalam suatu kawasan. Contoh seperti jamuan untuk perayaan,

pretandingan dan pelawanan-pelawanan sukan persahabatan. Dengan adanya RIMUP,

murid pelbagai kaum dapat berinteraksi dengan murid kaum lain. Selain bahasa,

budaya turut dikongsi oleh murid-murid. Banyak sekolah di Malaysia menjalankan

10
pelbagai aktiviti di bawah program RIMUP. Tetapi kini, pelaksanaannya dijalankan

secara tidak serius dan tidak berstruktur.

1.3.2 SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama

sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Program-

program integrasi antara ketiga-tiga sekolah itu dijalankan di dalam kawasan

persekitaran sekolah. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah

berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang

sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin.

Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu

sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Walaupun memakai

nama sekolah yang berlainan dan di bawah pentadbiran tiga guru besar berlainan,

pelajar dan guru sekolah berkongsi kemudahan asas seperti dewan sekolah, padang

permainan dan kantin.Perhimpunan pelajar melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah iaitu

SK, SJKC dan SJKT dilakukan setiap hari. Perlaksanaan sekolah wawasan akan

mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid

daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam

pelbagai aktiviti.

1.3.3 SEKOLAH SATU ALIRAN

Sekolah satu aliran diperkenalkan oleh kerajaan untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan yang sama dari segi isi dan pembelajaran. Sekolah satu aliran adalah

sekolah kebangsaan akan mengajar bahasa tamil dan bahasa cina dalam jadual

11
sekolah. Pengajaran ini berjalan apabila murid islam belajar agama. Rancangan ini

diterima tentangan dari pihak pelbagai kaum yang menafikan tradisi turun temurun akan

lenyap. Oleh itu, kerajaan menukarkan rancangan dengan mengenalkan pengajaran

Bahasa tamil dan cina sebagai matapelajaran kedua kepada murid-murid india dan cina

dalam sekolah kebangsaan. Walaupun ini diterima tentangan tetapi kerajaan masih

meneruskan rancangan ini. Dengan ini bilangan murid kaum lain dalam sekolah

kebangsaan akan meningkat.

1.3.4 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, (RMK9) 2006-2010

i) AKADEMIK

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan,

sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua

pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan

rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi

yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga,

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar

bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang

golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan

profesion keguruan.Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa

ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020.

Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri.

Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat

Bangsa Malaysia.

12
ii) KO-KURIKULUM

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak

menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang

menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum,

ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM

adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik

penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada

semua peringkat pendidikan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk

telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.

Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan

kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para

pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran

mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja.

1.3.5 PENGENALAN PENDIDIKAN SIVIK

Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan pada

tahun 2005 kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Mata

pelajaran ini diajar dua kali seminggu dalam kelas Tahun Empat di sekolah rendah dan

Tingkatan Satu sekolah menengah; dijadikan mata pelajaran teras untuk semua murid;

dan mata pelajaran ini akan terns diajar sehingga Tingkatan Lima. Dahulu, pendidikan

sivik tertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini ia dikemaskinikan dan

member tumpuan kepada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa

depannya. Pendidikan sivik ini membantu murid untuk menjalinkan hubungan yang

13
mesra dengan masyarakat di sekelilingnya. Malah pendidikan sivik ini juga membantu

murid untuk menguasai nilai-nilai yang baik kewarganegaraan supaya menjadi

warganegara yang bertanggungjawab. Dengan mengambil kira keadaan sekarang,

kerajaan mengubal mata pelajaran Pendidikan Sivik dengan memberi tumpuan utama

pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat

Malaysia. Dengan adanya matapelajaran pendidikan sivik, guru boleh melahirkan murid

atau pemimpin masa depan negara yang bertanggungjawab, hormat menghormati dan

berdedikasi.

Pembelajaran ini memberi peluang kepada setiap murid untuk berinteraksi dan

mernaharni pandangan dan perasaan murid lain daripada pelbagai latar belakang dan

budaya. Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati

kepelbagaian budaya iaitu dengan rnengikis segala prasangka dan salah tanggapan

terhadap budaya kaum lain.

14

You might also like