You are on page 1of 5

Praktis Formatif SPM

Praktis 1

(a) Apakah aspek-aspek sastera yang menarik perhatian anda setelah selesai membaca
sesebuah novel? Huraikan tiga aspek tersebut dengan berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh watak utama dalam setiap novel itu. Apakah reaksi watak utama
terhadap cabaran-cabaran itu?
[8 markah]

Praktis 2

(a) Teknik kejutan digunakan oleh pengarang untuk memunculkan peristiwa yang tidak
diduga oleh pembaca. Nyatakan satu peristiwa yang menggunakan teknik kejutan
dan nilaikan kepentingan teknik tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan latar masyarakat dalam
setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 3

(a) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang
terdapat alam setiap novel itu.
[7 markah]
(b) Huraikan pertistiwa yang merupakan klimaks dalam dua buah novel yang telah anda
kaji serta jelaskan klimaks novel yang lebih menarik.
[8 markah]

Praktis 4

(a) Bagaimanakah anda dapat membezakan antara watak protagonis dengan antagonis?
Huraikan watak protagonis dan antogonis dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, bandingkan tema novel-novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 5

(a) Bincangkan kegigihan watak-watak menghadapi cabaran dalam sebuah novel yang
telah anda kaji
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan cara pengarang
menamatkan ceritanya dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 6

(a) Nyatakan dua nilai murni yang sama dalam dua novel yang telah anda kaji. Beriakn
contoh yang sesuai daripada setiap novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan perwatakan watak
utama daripada setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 7

(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua
peristiwa yang mempunyai unsur saspens dalam dua buah novel yang telah anda
pelajari.
[7 markah]
(b) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
Pada pendapat anda, mengapakah banyak terdapat nilai murni dalam novel-novel
tersebut?
[8 markah]

Praktis 8

Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji:

(a) Huraikan dua persoalan daripada setiap novel tersebut


[7 markah]
(b) Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Bandingkan konflik
yang dihadapi oleh watak utama dalam setiap buah novel itu.
[8 markah]
Praktis 9

(a) Apakah peristiwa yang merupakan peleraian dalam satu novel yang telah anda kaji?
Huraikan.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, kemukakan dua kepincangan
masyarakat daripada setiap novel itu.
[8 markah]

Praktis 10

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji:

(a) Huraikan dua latar masyarakat daripada setiap novel itu.


[7 markah]
(b) Bandingkan nilai keberanian yang dimiliki oleh watak utamanya.
[8 markah]

Praktis 11

(a) Bincangkan plot dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua sumbangan penulis
novel kepada masyarakat.
[8 markah]

Praktis 12

(a) Huraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan nilai kasih sayang yang
terdapat dalam setiap novel tersebut
[8 markah]
.

Praktis 13

(a) Huraikan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu latar masyarakat
dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 14

(a) Nyatakan tema sebuah novel yang anda kaji.


[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu watak sampingan
dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 15

(a) Dalam sesebuah novel, pengarang lazimnya mengemukakan beberapa peristiwa yang
menyayat hati atau benar-benar menimbulkan kesan yang mendalam di hati pembaca.
Terangkan dua peristiwa tersebut yang anda temui semasa membaca sebuah novel
yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar tempat yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 16

(a) Kemukakan peristiwa yang menimbulkan konflik yang dialami oleh mana-mana dua
watak yang anda temui dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan sudut pandangan
setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 17

(a) Watak utama dalam sesebuah novel dianggap istimewa berbanding dengan watak-
watak lain. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan keistimewaan
yang terdapat pada watak utama itu.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel kajian anda, bandingkan satu pengajaran yang terdapat
dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 18

(a) Watak-watak yang terdapat dalam sesebuah novel digambarkan selalu menghadapi
masalah dalam kehidupannya. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,
bagaimanakan watak-watak tersebut berjaya mengatasi masalah yang dihadapinya?
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu unsur nasihat
yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 19

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kritikan sosial.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu nilai murni yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 20

(a) Perkembangan plot merupakan satu daripada aspek yang menentukan kehebatan
sesebuah novel. Bincangkan aspek perkembangan plot dalam sebuah novel yang anda
kaji.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu watak pipih dalam
setiap novel tersebut.
[8 markah]

Praktis 21

(a) Novel merupakan satu genre sastera yang memerlukan perhatian yang berat kepada
pembaca. Bincangkan ciri-ciri novel.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu unsur saspens
yang anda amati dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

You might also like