You are on page 1of 9

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG

1. Analisis aspek yang telah keluar dalam peperiksaan.

TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK


a. Pengakhiran cerita
2001 November b. Persoalan

a. Sinopsisi
2002 Jun b. Nilai murni
a. Tema
November b. Latar masyarakat
a. Klimaks & kesudahan cerita
2003 Jun b. Latar tempat
a. Persoalan
November b. Perwatakan watak utama
a. Cabaran watak utama
2004 Jun b. Pengajaran
a. Nilai kasih sayang
November b. Watak utama selesaikan konflik
a. Perwatakan watak sampingan
2005 Jun b. 3 peristiwa yang diteladani
a. Peristiwa paling menarik
November b. Perbandingan latar tempat

a. Peristiwa yang menunjukkan


Jun pertentangan watak
2006 b. Perbandingan nilai masyarakat
a. Pengajaran
November b. Perbandingan persoalan
a. Nilai setiakawan
2007 Jun b. Perbandingan tema
a. Persoalan maruah
November b. Perbandingan watak utama
selesaikan konflik
a. Tajuk novel
2008 Jun b. Perbandingan pengajaran
a. Permulaan novel
November b. Perbandingan latar masyarakat
a. 2 peristiwa yang meninggalkan
2009 Jun kesan terhadap perasaan
b. 1 latar masa bagi setiap novel

November
2. Aspek tumpuan untuk tahun 2009

i. nilai
ii. persoalan
v. latar tempat
vi. kepincangan masyarakat
vii. peristiwa yang mendorong anda membaca novel hingga tamat
viii. penyelesaian cerita
ix. teknik Plot

3. Panduan menjawab soalan novel

i. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap.


ii. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu perenggan.
iii. Bagi soalan 4(a) wajaran markan ialah 4 markah untuk isi dan 3 markah
untuk bahasa.
iv. Bagi soalan 4(b) wajaran markah ialah 6 markah untuk isi dan 2 markah
untuk bahasa.
v. Setiap isi yang dikemukakan mestilah disertai dengan huraian/contoh.
Soalan 4: Novel
[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut

(i) Terminal tiga karya Othman Puteh.


(ii) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

a) Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[7 markah]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat yang
terdapat dalam setiap novel itu.
[8 markah]

a) Dua nilai tanggungjawab

Terminal Tiga
Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga. Antara nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab anak terhadap keluarga. Rimpa
merupakan anak yang bertanggungjawab. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan
untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.

Selain itu, tanggungjawab terhadap pelajaran juga terdapat dalam novel Terminal
Tiga. Rimpa merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajaran. Contohnya
Rimpa sanggup menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk melanjutkan
pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Walaupun hidup miskin dan serba
kekurangan namun hal itu tidak menjadi penghalang kepada Rimpa untuk meneruskan
pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan.

Seteguh Karang
Novel yang saya kaji ialah novel Seteguh Karang. Antara nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Awanis seorang
yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Awanis amat mengambil berat
dan menyayangi adik angkatnya iaitu Anita. Dia sanggup membantu Anita mencari
keluarga kandungnya.

Selain itu terdapat juga nilai tanggungjawab terhadap pelajaran dalam novel ini.
Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Contohnya Awanis
sanggup mengambil semula peperiksaan SPM walaupun gagal kali pertama dan
seterusnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

.
b) Perbandingan satu latar masyarakat.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang. Persamaan latar
masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran.
Rimpa dan Awanis amat mementingkan pelajarannya. Dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa
meneruskan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan walaupun berdepan dengan kemiskinan.
Dalam novel Seteguh Karang pula, Awanis mengambil semula SPM setelah gagal kali pertama
dan berjaya meneruskan pelajarannya di UiTM.

Perbezaan latar masyarakatnya pula ialah dalam novel Terminal Tiga terdapat gambaran
masyarakat pedalaman Sabah. Dalam novel ini masyarakat pedalaman Sabah digambarkan
masih dibelenggu dengan kemiskinan dan mengamalkan cara hidup tradisi. Contohnya keluarga
Rimpa hidup miskin dan mengamalkan cara hidup sara diri dengan bekerja sebagai petani.

Dalam novel Seteguh Karang pula latar masyaraktnya ialah masyarakat bandar. Dalam novel
ini digambarkan masyarakat bandar yang hidup moden dan berada. Contohnya keluarga Awanis
yang tinggal di bandaraya Ipoh merupakan keluarga berada kerana ayahnya memiliki syarikat
pembinaan.

a) Huraikan dua latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[7 markah]

c) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kerjasama yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

a) Dua latar masa:

Terminal Tiga
Antara latar masa yang terdapat dalam novel Terminal tiga ialah bulan Julai
tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya
untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun
1994.
Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang
menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke
Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang
murah berbanding waktu siang.

Seteguh Karang
Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu
petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ialah peristiwa ketika
Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM
Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur
oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang.

Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa
yang menggunakan latar masa waktu malam adalah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh
ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.
b) Perbandingan satu nilai kerjasama.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah bekerjasama
menjayakan bengkel penulisan. Contohnya bang Maily dan Rimpa bekerjasama
menjayakan persembahan pada malam penutupan bengkel penulisan yang diadakan di
Kundasang.

Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah bekerjasama
mencari keluarga kandung Anita. Contohnya Awanis membantu Anita mencari keluarga
kandungnya.

a) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[7 markah]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kasih


sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

a) Dua mesej.

Terminal Tiga
Antara mesej yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kita hendaklah saling kasih
mengasihi antara satu sama lain. Contohnya Rimpa mengasihi keluarganya dan
sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan mereka.

Selain itu kita juga seharusnya tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Contohnya
Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak
melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu.

Seteguh Karang
Antara mesej yang terdapat dalam novel Seteguh Karang, kita seharusnya memiliki
keberanian dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya
Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan oleh Encik Johari menunggang
motosikal buruk yang rosak breknya dan menjatuhkan setandan buah kelapa sawit
semasa menjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu.

Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk mencapai cita-cita. Contohnya Awanis
gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali
mengambil SPM

b) Perbandingan persoalan kasih sayang.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Antara persoalan kasih sayang yang terdapat dalam Novel Terminal Tiga ialah
kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Rimpa menyayangi ayahnya meskipun
ayahnya telah 10 tahun meninggalkan mereka. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke
Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.
Dalam novel Seteguh Karang antara persoalan kasih sayang ialah kasih sayang
seorang kakak terhadap adik angkatnya. Awanis sangat menyayangi adik angkatnya
iaitu Anita yang dibela oleh kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Contohnya Awanis
sanggup membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya.

a) Novel yang menarik ialah novel yang banyak mengandungi unsur suspens atau
kejutan. Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan dua peristiwa yang
mengandungi unsur tersebut.
[7 markah]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan nilai kebijaksanaan


yang dimiliki oleh watak utama.
[8 markah]

a) Dua peristiwa yang mengandungi unsur suspens.

Terminal Tiga
Antara unsur suspens yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah peristiwa
pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke
Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu. Rimpa dan penumpang-penumpang lain berasa cemas
kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang
dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar.

Selain itu, peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan


satu unsur suspens kepada pembaca. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang
yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia
menghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarga.

Seteguh Karang.
Antara unsur suspens yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah peristiwa
Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada
dalam kemarahan dan penuh emosi dan menuduh Awanis sebagai penipu. Peristiwa ini
menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu
emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis.

Selain itu, peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah
bertengkar dengan Awanis juga merupakan unsur suspens. Kak Maysarah dimasukkan ke
hospital akibat tindakannya dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan peristiwa
ini menimbulkan unsur suspens kepada pembaca.

b) Nilai kebijaksanaan watak utama.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang

Antara nilai kebijaksanaan watak utama yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah
kebijaksanaan Rimpa dalam pelajaran. Contohnya meskipun berasal dari pedalaman namun
atas kebijaksanaannya dalam bidang penulisan Rimpa berjaya melanjutkan pelajarannya ke
Akademi Seni Kebangsaan.
Selain itu kebijaksanaan Rimpa berdepan dengan cabaran kemiskinan ketika
menuntut di Akademi Seni Kebangsaan. Rimpa bijak berjimat cermat dan menghantar hasil
penulisannya ke akhbar-akhbar dan majalah untuk menampung perbelanjaannya.

Antara nilai kebijaksanaan watak utama dalam novel Seteguh Karang ialah
kebijaksanaan Awanis dalam menghadapi kegagalan. Walaupun gagal pertama kali dalam
peperiksaan SPM namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengambil semula SPM.
Awanis berjaya mendapat keputusan yang baik dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UiTM.

Selain itu terdapat juga kebijaksanaan Awanis berdepan dengan Encik Johari yang
memandang rendah keupayaan wanita. Awanis cuba membuktikan segala pandangan Encik
Johari itu tidak benar. Oleh itu, Awanis sanggup menghadapi segala cabaran yang diberikan oleh
Encik Johari termasuklah menjatuhkan setandan buah kelapa sawit.

a) Sesebuah karya novel banyak mengandungi nilai murni. Dengan memberikan


contoh berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan apakan tujuan nilai-
nilai murni diterapkan dalam karya.
[ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kemanusiaan
yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[ 8 markah ]

a) Tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya.

Terminal Tiga
Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan
sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau
kejadian. Dalam novel Terminal Tiga, nilai ketabahan yang ditunjukkan Rimpa yang
sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak
melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu perlu dijadikan contoh oleh
pembaca.

Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara
hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel Terminal Tiga nilai prihatin yang
ditunjukkan oleh Ruzaini terhadap keluarga Rimpa sepanjang Rimpa berada di Akademi
Seni Kebangsaan menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat pedalaman Sabah
yang masih kukuh nilai kejiranan mereka.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan
sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Terminal
Tiga, hal ini dapat dilihat melalui kegighan Rimpa menuntut ilmu meskipun berdepan
dengan masalah keluarga dan kewangan.

Seteguh Karang
Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan
sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau
kejadian. Dalam novel Seteguh Karang nilai ketabahan yang ditunjukkan Awanis yang
sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup seperti kematian ayah dan ibunya dalam
kemalangan jalan raya perlu dijadikan contoh oleh pembaca.
Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara
hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel Terminal Tiga nilai tolong-menolong yang
ditunjukkan oleh Kak Nor terhadap Awanis dengan menumpangkan Awanis di rumahnya
sepanjang Awanis menjalani praktikal di Hulu Terengganu menggambarkan budaya dan
cara hidup masyarakat kampung yang masih kukuh nilai tolong-menolong mereka.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan
sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Seteguh
Karang, hal ini dapat dilihat melalui kegigihan Awanis menuntut ilmu. Meskipun gagal
pertama kali mengambil SPM, namun Awanis terus gigih mengambil semula SPM dan
berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

b) Perbandingan nilai kemanusiaan.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah nilai
tanggungjawab. Rimpa seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Contohnya Rimpa sanggup pulang ke Sabah dan pergi ke Nabawan untuk mencari
ayahnya yang dikhabarkan berada di sana.

Selain itu, nilai Ketabahan turut terdapat dalam novel ini. Rimpa merupakan
seorang yang tabah. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti
kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu.

Dalam novel Seteguh Karang, antara nilai kemanusiaan yang dipaparkan ialah
nilai baik hati. Pak Oni iaitu bapa saudara Awanis seorang yang baik hati. Contohnya
Pak Oni selalu melawat Awanis dan membantu Awanis adik beradik menyediakan
makanan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah
kasih sayang. Awanis menyayangi keluarganya. Contohnya Awanis sayangkan Anita
walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya.

a) Jelaskan dua kesan yang dialami oleh pembaca selepas selesai membaca novel yang
dipelajari.
[ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu kepincangan masyarakat
yang terdapat dalam setiap novel itu.
[ 8 markah ]

a) Dua kesan yang dialami oleh pembaca:

Teminal Tiga
Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal
Tiga ialah gembira. Hal ini demikian kerana ayah Rimpa telah kembali ke pangkuan
keluarga setelah 10 tahun menghilang. Selain itu Rimpa akhirnya berjaya mendapat
pinjaman sebanyak RM 3000 daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah.
Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel
Terminal Tiga. Contohnya peristiwa ketika Rimpa meninggalkan keluarganya dan
kampung halamannya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu dan seterusnya melanjutkan
pelajarannya dalam keadaan yang dihimpit masalah kewangan kerana kemiskinan
amat menyedihkan pembaca.

Seteguh Karang

Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Seteguh
Karang ialah gembira. Hal ini demikian kerana Awanis, Anita dan Kak Maysarah
akhirnya berbaik dan bersatu kembali setelah berdepan dengan pelbagai konflik
keluarga.

Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel
Terminal Tiga. Contohnya peristiwa ketika Awanis terpaksa mendaftar seorang diri di
UiTM perlis Arau tanpa ditemani ahli keluarga setelah kematian ayah dan ibunya
dalam kemalangan jalanraya.

b) Perbandingan kepincangan masyarakat.

Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah
masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ayah rimpa
merupakan seorang yang tidak bertanggung jawab terhadap keluarganya. Contohnya,
ayah Rimpa yang sepatutnya menjadi ketua keluarga sanggup meninggalkan
keluarganya selama 10 tahun tanpa diketahui di mana dia berada.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang


mudah terpengaruh dengan golongan pendakwah sehingga mengenepikan
keluarga. Ruzaini seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia pernah
mengatakan kepada Rimpa bahawa dia tidak akan bertindak meninggalkan
keluarganya. Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya kerana lari mengikuti
golongan pendakwah.

Dalam novel Seteguh Karang, terdapat persoalan kepincangan masyarakat seperti


masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang. Kak Maznah
dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan
Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar
dengan Wan Asri.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masih
mengamalkan kepercayaan karut dalam novel ini. Kepercayaan karut ini masih
tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan isterinya tergamak
tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak
perempuan pembawa sial dalam keluarga.

Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir


SMK Balung Tawau
www.riekadier.blogspot.com

You might also like