You are on page 1of 5

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya


membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Proses mendapatkan gambaran tentang


prestasi seseorang dalam pembelajaran

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menilai aktiviti yang dijalankan semasa


pengajaran dan pembelajaran

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mendapatkan maklumat secara


berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki
pengajaran-pembelajaran.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Merancang aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Melibatkan semua atau sebahagian besar


murid dalam kelas secara efektif.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Merancang dan melaksanakan aktiviti


tindak susul yang berkesan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memperbaiki pengajaran dan


pembelajaran

PENGUJIAN

Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya


dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar
dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120
untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu
mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah
“ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian
penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar
seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari
Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut


sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan
tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti


pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya
telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat


melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

Definisi

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk


menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Diagnosis
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat
memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada
tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat
mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat
keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih
bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan
menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran
akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan
kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru
tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam
mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar?
Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah
tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan
pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi
pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi
masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
Pencapaian
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,
penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun
6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk
menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada
peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil
kepada pelajar.
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut
gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan
dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan
selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.
Pemilihan dan Penempatan
Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana
guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru
Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu,
perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka
kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini
penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang
bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam
sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan
mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan
masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut
keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah
untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan
kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih
dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar
yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam
aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Bimbingan dan kaunseling
Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling
kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai
motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi
daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan
ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang
baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat
ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu
bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.
Tujuan lain Penilaian Ujian

<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Membantu guru mengetahui keupayaan


penguasaan pelajar.

<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Membantu guru dalam membuat perbandingan


antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan
kelas yang lain.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam
subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan


yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Membantu guru dalam menentukan pengayaan


dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

<!--[if !supportLists]-->6. <!--[endif]-->Membantu guru dalam membuat jangkaan


terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

<!--[if !supportLists]-->7. <!--[endif]-->Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan


teknik serta kaedah pengajaran mereka.

<!--[if !supportLists]-->8. <!--[endif]-->Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat


berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

<!--[if !supportLists]-->9. <!--[endif]-->Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam


sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

You might also like