Professional Documents
Culture Documents
Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan
perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.Bahasa
rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah
bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak
perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih
daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas
penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak
laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan
dapat difahami umum.Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi
saluran komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan
rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun.
Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah
telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda
(Jun 1991).
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Kebolehan pelajar menggunakan dan menguasi bahasa pada had ini adalah berbeza
dengan amalan lama yang hanya menganggap bahasa itu sebagai satu mata pelajaran
sahaja. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam konsep Bahasa Merentas Kurikulum yang
menitikberatkan kebolehan pelajar menggunakan dan menguasai ketrampilan berbahasa
dalam hal lisan, bacaan dan penulisan untuk memenuhi tujuan-tujuan perseorangan, sosial
dan pendidikan. Pelajar juga diharap dapat menggunakan bahasa untuk memahami,
menghayati dan menghargai pengalaman mereka serta mengetahui bagaimanakah bahasa
itu digunakan untuk mempengaruhi perkembangan kognitif dan afektif seseorang individu.
Dalam konteks negara Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam keseluruhan peringkat persekolahan, matlamat ini hanya akan tercapai
apabila seseorang itu dapat menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan
baik.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu