You are on page 1of 8

[ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI]

Tajuk : Perang Dunia Pertama


Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama (1914-1918)

Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.Negara-negara kecil di Eropah


bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.

Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme


yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan
masing-masing.

Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan
Bertiga. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya telah
dibunuh oleh pengganas Serbia.

Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.


Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan
Britain.

Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman. Jerman menyerang kapal
dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.

Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama ?

Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah.Termerainya Perjanjian Versailles.

Terbentuk beberapa buah negara baru di Eropah Pembentukan Liga Bangsa. Inflasi dan
pengangguran

Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang. Pasaran dunia dikuasai oleh
Amerika Syarikat dan Jepun. Kehilangan nyawa yang banyak

[ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI]


Tajuk : Perang Dunia Kedua
Nyatakan sebab berlakunya Perang Dunia Kedua

Jerman dan Itali tidak puashati dengan syarat Perjanjian Versailles. Jerman dilarang
memiliki kapal selam dan tentera udara.

Kemunculan kerajaan totalitarian di Jerman dan Itali telah melanggar perjanjian Versailles.
Itali dan Jerman menyerang Negara-negara sekitar Eropah.

Keadaan ekonomi yang meleset dan pengangguran tinggi. Menyebabkan rakyat sokong
dasar perluasan kuasa Itali dan Jerman.

Kebangkitan tentera Jepun serta dasar perluasan kuasa mereka ditentang oleh British,
Belanda dan Amerika

Serangan Jerman dan USSR ke atas Poland menyebabkan Britian dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua ke atas masyarakat antarabangsa


Amerika dan Rusia muncul sebagai kuasa besar di dunia. Perang Dingin antara USA dan
Rusia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan . Berlakunya kebijajahan dunia dan


muncul negar-negara berdaulat.

17 juta tentera dan 13 juta awam terkorban dalam perang. Bom Atom mula mengancam
keamanan dunia.

Kos peperangan dianggarakn sebanyak US 500 billon. Negara Jerman terbahagi kepada
Jerman Barat dan Jerman Timur. Runtuhnya sistem imperialisme Barat

Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas
hati pemimpin Jerman.

F1 Kehilangan tanah jajahan


F2 Pampasan perang yang tinggi
F3 Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya

[ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI]


Tajuk : Blok Dunia / Perang Dingin
Apakah maksud blok dunia ?

F1 Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk
menjaga kepentingan ahli.
F2 Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi
dan geografi.

Berikan sebab berlakunya Perang Dingin.

Berlaku hubungan yang tegang antara USA dan Rusia. .Kudua-dua kuasa cuba kukuhkan
kemajuan melalui pengintipan, propaganda dan kegiatan subversif.

Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan antara blok kapitalis yang diketuai
oleh Amerika dengan blok komunis yang diketuai oleh Siviet Union.

Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata. Berusaha


menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.Tiada berlaku konfrontasi secara
langsung antara mereka.

Punca berlakunya Perang Dingin kerana perbezaan fahaman politik dan sosio ekonomi.

USA menjadi jaguh demokrasi sementara Rusia jaguh komunis. USA berpegangkan kpd
system kapitalis dan Rusia pemiliknegarakan semua harta benda.

Masing –masing cuba menyekatkan perluasan pengaruh. USA meluaskan pengaruh ke


Barat dan Rusia ke Timur.

USA wujudkan Pakatan NATO dan Rusia WARSAW. Semasa Perang Korea USA sokong
Korea Selatan dan Rusia pula Korea Utara.

Seato diwujudkan bagi menghalang perluasan kuasa komunis di Asia Tenggara.


USA paksa Rusia menarik balik senjata nuclear yang dibekalkan kpd Cuba Perang Dingin
ini tamat 1980an

Jelaskan perbezaan antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis


Blok kapitalis
Dari segi politik, Negara Demokratik. Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya.
Dari segi ekonomi, Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian.
Dari segi sosial, Kebebasan individu sepenuhnya

Blok Komunis
Dari segi politik , Pemerintahan oleh dictator. Parti Komunis sahaja diiktiraf.
Dari segi ekonomi, Perniagaan dimilikan dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.
Dari segi sosial, Kebebasan individu dilindungi dan dikawal

[ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI ]


Tajuk : Dasar Luar Malaysia
Faktor-faktor asas yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia.
Faktor Sejarah,
Kelangsungan hubungan perdagangan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka
dengan China , India dan kepulauan Melayu.
Selepas merdeka , Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain. Kemudian
menyertai Komanwel.
Ancaman komunis semenjak sebelum merdeka mendorong Malysia mengamalkan dasar luar
yang pro barat.

Faktor Ekonomi.
Mengamalkan pasaran bebas. Menjalin hubungan baik dengan semua negara seperti British
dan Amerika . Negara tersebut menjadi pasaran utama.
Bagi menggalakan kemasukan pelabur , teknologi dan budaya kerja Jepun dan Korea,
Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

Faktor Politik.
Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.Malaysia
menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Faktor Geografi
Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kebanyakan negara di rantau ini. Mendorong
hubungan baik dengan Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.
Faktor Demografi.
Kerana mejoriti penduduk beragama Islam, makan Malaysia menjalin hubungan baik dengan
negara-negara Islam.

Tahap pertama,
Malaysia mengamalkan dasar pro barat. Ia disebabkan faktor ancaman komunis.
Malaysia memerlukan bantuan ketenteraan dari negara Komanwel seperti British, Australia dan
New Zealand.
Malaysia mengadakan perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA).British akan
memberi bantuan kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.
Ekoran konfrantasi dan putus hubungan dengan Filipina , Malaysia menyertai Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) DAN MAPHILINDO.
Dari segi ekonomi Malaysia masih bergantung dengan Britain. Malaysia menjadi anggota Blok
Sterling. Malaysia menjual bijih timah dan getah. Pelabur Britain juga merupakan pelabur terbesar di
Malaysia.

Faktor Kedua,
Malaysia berubah dari dasar pro barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara.
Malaysia mengistiharkan konsep ZOPFAN. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik
dengan negara-negara komunis.
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam. Masalah pelarian Vietnam dapat
diatasi.

Faktor Ketiga,
Malaysia mengekalkan dasar-dasar pada tahap ke dua. Tetapi penekanan diberikan kepada
kepentingan ekonomi.
1982 Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan. Bertujuan mengambil dan menerima nilai-
nilai yang baik daripada Jepun dan Korea.
Dr Mahathir mempertingkatkan hubungan 2 hala dengan mengadakan lawatan ke negara
Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

[ TEMA 12 - BAB 9 – STRUKTUR ]


Tajuk : Dasar Luar Malaysia

(a) Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama.

F1 Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara


F2 Bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel
F3 Konfrontasi dengan Indonesia
F4 Terputusnya hubungan dengan Filipina
F5 Keluarnya Singapura daripada Malaysia
F6 Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi
F7 Malaysia adalah blok sterling
F8 Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah
F9 Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia

(b) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah memupuk hubungan luar dengan
negara jiran pada tahun 1960-an ?
F1 Menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand
dan Filipina pada tahun 1961.
F2 Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia pada tahun 1962.
F3 Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

(c) Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik
dengan semua negara menjelang tahun 1970-an.
F1 Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu)
F2 Kurangnya pengaruh Britain di Timur
F3 Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China

(d) Berikan usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar
Malaysia pada tahap ketiga.
F1 Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN
F2 Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
F3 Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan,
Caribbean dan Pasifik Selatan.
F4 Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.
F5 Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah
pihak
F6 Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.

[ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI ]


Tajuk : Pertubuhan Dunia
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota Komanwel.

Membina semangat setiakawan dikalangan negara anggota. mewujudkan kerjasama dalam


pelbagai bidang.

Memeliharan keamanan dan kedaulatan negara. Membantu menyekat pengaruh Parti


Komunis Malaya.

Perjanjian Pertahanan. Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New
Zealand
Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel. Ketika Malaysia
diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel. Mesyuarat CHOGM ruang untuk Malaysia


membincangkan hal-hal kepentingan bersama.

Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi


pencemaran.

Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar aparteid. Eksport


Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.

Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Berjaya
menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Senaraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.

Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan. Malaysia


mengesyorkan penggunaan dinar emas.

Malaysia menjadi perantara Iran-Iraq. F6 Menyelesaikan isu Palestin.

Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan
global

Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

Nyatakan apakah yang anda tahu tentang pertubuhan Negara-negara Selatan


Juga dikenali Negara-negara Dunia Ketiga. Mempunyai banyak persamaan latar belakang
ekonominya dan pernah dijajah

Masih bergantung lepada negara maju dalam memasarkan bahan mentah. Tidak mempunyai
kepakaran dan modal memproses bahan mentah untuk dijadikan barang siap.

Pergantungan kepada negara maju membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil.

Matlamat pertubuhan ini untuk mengatasi harga eksport bahan mentah. Juga untuk
kerjasama ekonomi dan teknikal.

Dato Seri Dr Mahathir mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan 1987.


Strateginya menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 1989

Sidang kemuncak G 15 yang pertama di Kuala Lumpur 1990. Projek yang dirancang Pusat
Pertukaran Data Pelaburan , Teknologi Selatan

Projek lain Sistem Keistimewaan Perdagangan Global. Juga Kemudahan Kredit untuk
pembiayaan perdagangan

Apakah yang anda tahu mengenai pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Ditubuhkan 1961 semasa kemuncaknya Perang Dingin. Matlamat utama untuk mengekalkan
keamanan dunia

Tidak menyokong blok Barat atau blok Komnis. Malaysia menyertai NAM 1970 setelah
perubahan dasar luar

Daripada pro-Barat dan anti Komunis kepada dasar berbaik-baik kepada semua negara.

Prinsip NAM mengelak campurtangan asing dan menghormati kedaulatan sesebuah negara.

Juga menyelesaikan pertelingkahan melalui rundingan dan menhormati hak asasi manusia

Peranan dan sumbangan Malaysia antaranya ; Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New
Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika

Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mencadangan menghapuskan dasar apartied.

Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden. Malaysia menjadi
tuan rumah Persidangan ke-13 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan
kembali peranan NAM

[ TEMA 12 - BAB 9 – STRUKTUR ]


Tajuk : Globalisasi

Apakah yang anda faham tentang konsep di bawah


(a) Globalisasi
F1 bermaksud kepesatan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia tanpa
sempadan
F2 segala aspek ekonomi dan sosial dapat menyeberangi sempadan dunia dengan singkat
F3 Contohnya berkaitan modal , tenaga manusia , kemahiran dan nilai
F4 terdapat 2 pandangan berkaitan globalisasi
F5 Pandangan pertama , ia berfaedah kepada pembangunan ekonomi dunia
F6 Pandangan kedua, ia akan meningkatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar
dengan
penduduk luar bandar atau antara negara maju dengan negara membangun.

(b)- Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology
(ICT)

F1 - memerlukan Peralatan Tekonologi


F2 - ICT merujuk satu kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi
berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan.
F3 - peralatan – komputer , internet dan telefon mudah alih
F4 - Faktor pemangkin perkembangan ICT
F5 - perkembangan teknologi komunikasi
F6 - Kos pengangkutan murah
F7 - membina prasarana ICT dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia
F8 - Projek Koridor Raya Multimedia
F9 - melalui ini kerajaan memulakan e-pendidikan , e-dagang , pemasaran tanpa sempadan
dan
penyiaran digital

(c) K-masyarakat.

F1 - iaitu Knowledge Society ( K-masyarakat )


F2 - merujuk masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri
dengan pengetahuan.
F3 - konsep pembelajaran sepanjang hayat
F4 - K-masyarakat dibangunkan melalui bidang pendidikan
F5 - usaha dilakukan untuk menyusun semula sistem pendidikan
F6 - menubuhkan sekolah wawasan
F7 - Tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing
F8 - menubuhkan sekolah Bestari
F9 - Tujuan memupuk rasa cinta dengan Information technology (IT)
F10 - Kurikulum juga diubah suai
F11 - melahirkan pelajar yang kreatif , dinamis , berfikiran kritis dan analisis.
F12 - melahirkan kumpulan tenaga kerja berpendidikan tnggi , bermotivasi tinggi dan
berkemahiran tinggi
F13 - matlamat untuk ke arah masyarakat yang maju dan saintifik selari wawasan 2020.

[ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI ]


Tajuk : Teknologi Maklumat

K – ekonomi

Projek X K – masyarakat

Penyiaran digital

(a) Apakah X ?

F1 Koridor Raya Multimedia/Multimedia Super Corridor (MSC

(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan X.

F1 Untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat.


F2 Melahirkan masyarakat bermaklumat
F3 Mengalakkan penggunaan ICT di kalangan pelajar sekolah
F4 Dapat membangunkan ekonomi Negara berasaskan pengetahuan K- ekonomi

(c) Berikan empat kawasan yang sudah diwartakan oleh kerajaan sebagai program
awal rancangan bertanda x.

F1 Putrajaya
F2 Cyberjaya
F3 Taman Teknologi Malaysia
F4 KLIA

(d) Nyatakan tiga contoh usaha yang telah dilaksanakan melalui K – masyarakat

F1 Sekolah Wawasan untuk memupuk perpaduan


F2 Sekolah Bestari untuk memupuk rasa cinta pada IT
F3 Kurikulum diubahsuai supaya pelajar kreatif, dinamis serta berfikiran kritis dan analitis.
F4 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
F5 Menyediakan peruntukan yang besar untuk R&D untuk mengalakkan penciptaan baru

You might also like