You are on page 1of 5

HBML3403_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Linguistik bermaksud disiplin yang meneliti bahasa.


Nyatakan DUA bidang kajian linguistik.
(2)

2. Huraikan DUA gaya bahasa perbandingan dalam kajian stilistik.


(2)

3. Nyatakan DUA sebab wujudnya perbezaan bahasa yang terdapat di Persisir


Sumatera Utara dengan daerah Melayu Riau.
(2)

4. Jelaskan DUA ragam bahasa yang menjadi bidang kajian sosiolinguistik.


(2)

5. Bahasa isyarat ialah bahasa yang berasaskan sistem bahasa tubuh. Nyatakan
DUA contoh bahasa isyarat.
(2)

6. Nyatakan DUA ciri perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan.
(2)

7. Bincangkan DUA peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.


(2)

1…
HBML3403_SEM SEPT08/F_AH

8. Berikan DUA ciri penting Bahasa Melayu dikenali sebagai lingua franca.
(2)

9. Nyatakan DUA peraturan yang menjadi pedoman mengeja ejaan baku yang
yang betul.
(2)

10. Fungsi bahasa iklan ialah untuk mempengaruhi pengguna. Berikan DUA cara
penghasilan yang berkesan.
(2)

2…
HBML3403_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Struktur bahasa terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat
dan wacana.

(a) Berikan definisi wacana dan ciri-ciri wacana yang utuh. ( 12 )

(b) Jelaskan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mengembang


dan memajukan bahasa. (8)
(Jumlah: 20)

2. Stilistik bermaksud gaya atau stail kepada unsur bahasa.

(a) Huraikan peranan stilistik dalam bahasa. (8)

(b) Bincang keberkesanan stilistik dalam bahasa Melayu. ( 12 )


(Jumlah: 20)

3…
HBML3403_SEM SEPT08/F_AH

3. Variasi bahasa

Idiolek Dialek Kawasan Dialek sosial

Dialek Utara Bahasa Istana


Dialek Perak Bahasa Formal
Dialek Selatan Bahasa tidak formal

(a) Berpandukan rajah di atas, jelaskan variasi bahasa merujuk dailek


kawasan dan dialek sosial. ( 12 )

(b) Bahasa Kolokial ialah bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian


tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul namun masih (8)
dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya bahasa kolokial
dipengaruhi oleh dialek daerah penutur berkenaan (Kamaruddin Hj.
Husin, dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1997). Bahaskan penyataan di
atas berdasarkan ciri-ciri bahasa kolokial bagi mengukuhkan hujah
anda.
(Jumlah: 20)

4. (a) Terangkan konsep pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran (8)


bahasa Melayu disertakan dengan contoh penggunaan konsep
tersebut.
( 12 )
(b) Cadangkan strategi yang dapat membentuk pelajar yang mahir
berbahasa Melayu.
(Jumlah: 20)

4…
HBML3403_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. (a) Huraikan fungsi bahasa Melayu. (8)

(b) Bincangkan sejauh manakah usaha memartabatkan bahasa Melayu


sebagai bahasa rasmi telah berjaya. ( 12 )
(Jumlah: 20)

2. Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut


bidang penggunaannya.
(a) Huraikan ciri-ciri yang membezakan pelbagai laras bahasa. ( 10 )

(b) Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan


konsep ” Negara Tanpa Sempadan”.
Bincangkan laras teknologi maklumat bagi menyokong penyataan
di atas. ( 10 )
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like