You are on page 1of 25

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

SESI 2 2009/2010

Puisi Melayu (BBK 3306)


TAJUK:

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

DI SEDIAKAN OLEH :

NAMA : SITI NAZURANA BT KONAEN


NO.MATRIK : 150648
PROGRAM : BA. PENGKHUSUSAN BAHASA DAN
LINGUISTIK MELAYU

PENSYARAH : PROF.MADYA DR HJ SAMSINA BT HJ

ABD RAHMAN
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

TAJUK MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 1
2. PENGENALAN 2–3
3. PENGAJARAN DARIPADA
BENCANA ALAM 4 – 18
4. KESIMPULAN 19- 22
5. BIBLIOGRAFI 23
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

PENGHARGAAN

’Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w serta kepada para Sahabat

Sekalung ucapan tahniah serta terima kasih kepada pensyarah penasihat kursus Puisi Melayu

BBK3306, Profesor Madya Dr Hj. Samsina Bt Hj. Abd Rahman yang banyak memberi

dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk “Musibah Alam Dan

Pengajarannya Dalam Puisi” ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sedia berkongsi

pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat disanjung tinggi.

Insya-Allah.

1.0 PENGENALAN
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Melalui kertas kerja ini saya telah mengkaji tentang musibah alam dan pengajarannya

dalam puisi. Musibah adalah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah

dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang.

Meskipun begitu, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Musibah alam

pula bermaksud bencana alam yang berpunca daripada alam. Contoh bencana alam ialah gempa

bumi, Tsunami, banjir, jerebu, kemarau, taufan dan banyak lagi. Pengajaran pula bermaksud

mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam karyanya dengan menimbulkan pelbagai

bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai, sama ada positif atau negatif untuk dijadikan

panduan dan pengajaran kepada pembaca.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang menimpa beberapa

buah negara dunia termasuk negara jiran seperti musibah gempa bumi, letusan gunung berapi,

Tsunami, taufan, banjir, tanah runtuh, kemarau, jerebu, dan tanah runtuh yang berlaku di

Indonesia, Thailand Akibatnya masyarakat di negara-negara yang terlibat mengalami

penderitaan, kematian dan kehilangan harta benda.

Bencana alam merupakan satu fenomena yang sukar dielakkan kerana bencana ini

berlaku disebabkan sifat-sifat alam itu sendiri dan geologi bumi yang dinamik. Bencana alam

boleh berlaku tanpa diduga. Walaupun bencana alam merupakan fenomena semula jadi yang

sukar dikawal, dihindari dan diduga, namun ada juga di antaranya dipengaruhi oleh perbuatan

dan kelalaian manusia sendiri. Kejadian banjir dan tanah runtuh disebabkan oleh pembangunan

fizikal yang tidak dirancang mengikut prosedurnya.


MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Puisi pula adalah kata-kata yang terpilih daripada minda dan jiwa yang jernih. Puisi

mampu mewakili kata-kata panjang yang mempunyai seribu makna. Maka puisi mampu

melukiskan rasa dan jiwa yang terluka dan carik dari derai air mata akibat bencana alam bernama

Tsunami dan gempa bumi, Puisi menyelongkar minda penyair daripada susun katanya. Bencana

Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Padang ternyata masih meninggalkan sisa simpati.

Walaupun kejadian ini telah lama berlaku, namun penderitaan yang di tanggung oleh mangsa,

masih di ratapi oleh masyarakat dunia. Jika penyanyi dengan lagu-lagu simpatinya, karyawan

dengan karya-karya seninya sudah tentu penyair dengan puisi-puisi mereka yang sarat dengan

tafsiran dan himpunan rasa.

Negara Indonesia kini sedang di landa musibah secara berturut-turut. Dari tinjauan Islam,

segala musibah yang berlaku di sebabkan oleh kelalaian manusia, segala yang terjadi telah

ditakdirkan oleh Allah SWT. Berat mata memandang, tidak seberat bahu memikul. Suka atau

tidak kehidupan harus diteruskan. Oleh itu tentulah ada hikmah yang dapat diambil dari berbagai

kejadian yang berlaku, kerana Dia yang Maha Adil dan Penyayang pasti tidak akan menganiaya

umatnya. Melalui kertas kerja ini saya akan mengkaji beberapa buah puisi berkaitan bencana

alam beserta pengajarannya kepada manusia. Karya yang akan saya kaji ialah Antologi Musibah

Gempa Padang dan Antologi Puisi Ziarah Ombak.


MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

2.0 ANALISIS PENGAJARAN DARIPADA BENCANA ALAM

2.1 Pengajaran dalam Antologi puisi Musibah Gempa Padang dan Antologi

Puisi Ziarah Ombak

Terdapat banyak pengajaran yang boleh di sampaikan melalui puisi yang berkaitan

dengan musibah alam. Melalui kertas kerja ini, saya akan membincangkan tentang pengajaran

yang terdapat dalam buku puisi penyair Nusantara berjudul, Antologi Puisi Musibah Gempa

Padang yang telah di selenggarakan oleh Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah dan Antologi

Ziarah Ombak terbitan LAPENA (LEMBAGA PENULIS ACEH) di hasilkan oleh D.

Kemalawati dan Sulaiman Tripa yang memuatkan puisi tentang Tsunami. Langkah mereka

menghasilkan antologi puisi ini kerana turut bersedih dan bersimpati terhadap nasib yang

menimpa penduduk Padang dan Acheh yang telah dilanda musibah gemba bumi dan Tsunami

pada tahun 2004 dan 2009. Para penyair memiliki caranya sendiri untuk mengungkapkan rasa

simpati atas bencana terbesar dalam abad ini. Simpati itu telah melahirkan puisi dan sajak.

Ratusan puisi yang menggambarkan dahsyatnya bencana telah di tulis dan diungkapkan oleh

setiap penyair. Mereka mengungkapkan rasa duka, simpati dan doanya pada puisi dan sajak.

Terdapat juga penyair yang menggambarkan dan melukiskan dahsyatnya gelombang Tsunami

dan ngerinya gemba bumi.


MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Antara pengajaran yang terdapat dalam antologi ini adalah:

1. Kita hendaklah sabar menerima segala dugaan.

Sifat sabar adalah sifat mulia dan disarankan oleh agama Islam. Sabar adalah sikap

menerima dengan ikhlas sesuatu yang dianggap merugikan. Kesabaran yang tinggi amat dituntut

dalam Islam. Dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi umat yang

teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa.

Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi

dirinya kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Bukan

bermaksud orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian, tetapi

mereka tetap sedih dan dukacita namun sentiasa sabar menerima musibah tersebut.

(TQS. Ali ‘Imran [3]: 186)

Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah
walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan
pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Telah Datang Tangan Raksasa

Mungkin itulah suara Maha segala menyeru kita


Untuk melipat tangan menerima ikhlas takdirNya
Selamat jalan saudara-saudara kami

Fitri susila (m/s 10)

Antologi puisi Musibah Gempa Padang memaparkan berbagai pengajaran yang


dapat di renung dan di lihat dengan jelas oleh para pembacanya. Pengajaran yang dapat
dilihat dalam Antologi puisi Musibah Gempa Padang adalah pengajaran untuk melihat
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba Allah. Secara khususnya kepada
mangsa gempa di Padang diharapkan dapat menempuh musibah itu dengan banyak
bersabar. Hanya dengan sabar semua kesulitan dan penderitaan dapat diatasi. Ia kerana
sesuatu kehidupan itu tidak membeku begitu saja. Mudah-mudahan hasil daripada
kesabaran itu, Allah akan berikan ganjaran pahala dan gantikan segala harta benda yang
rosak itu dengan harta benda lain yang lebih baik.

2. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah.

Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelummu,


kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka
bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.”

(QS.Al-An’am : 42)

Jangan terlalu yakin bahawa kita sudah beriman dan bertakwa kepada-Nya. Bencana alam

dan musibah yang sering melanda ini merupakan peringatan buat kita supaya sentiasa mengingati

Allah serta memperbanyakkan amalan dan meninggalkan segala dosa.

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Kuasa Pemusnah

1
Di malam
Degegarkan bumi
Dilanda musibah padang
Sedih apabila di pandang
Kemnatian di sana sini
Tangisan daripada pribumi
Ada di telan bumi
Musnah rumah
Musnah kampung
Musnah masjid
Musnah harta benda
2
Inilah gempa bumi inilah ujian dari Illahi
Maksiat kena di jauhi
Sebelum ini
Mungkar di sana sini
Gejala sosial meninhkat
Aktiviti surau di sekat
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

AJK masjid yang dikhianat.


Gempa bumi suatu ingatan
Tinggalkan kerja-kerja syaitan
Ikut saja Al-quran dan sunnah
Biarpun bumi musnah
Bibir tetap menyebut Allah

HMS Abu Bakar (M/S 148)

Melalui puisi ini, HMS Abu Bakar dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran

daripada musibah alam merupakan tanda dimana Allah mahukan umat-Nya sentiasa mengingati-

Nya sama ada ketika senang mahupun ketika dalam kesusahan. Sebagai umat Islam kita

hendaklah sentiasa mengingati Allah dengan cara melakukan segala suruhannya dan

meninggalkan larangannya. Semoga dengan mengingati-Nya kita akan di rahmati dan dilindungi

dari sebarang musibah.

3. Kita hendaklah membantu golongan yang ditimpa kesusahan.

Maka diantara hikmah Allah, Dia memberi pelbagai cubaan berupa penyakit dan

penderitaan kepada orang mukmin pada waktu-waktu tertentu, agar dia mengingat saudara-

saudaranya yang ditimpa kesulitan, sehingga terdorong untuk membantunya. Sebagai seorang

mukmin, kita haruslah peka terhadap keadaan sekeliling, terutamanya kepada saudara seagama

yang di timpa musibah. Cara yang boleh dilalukan adalah dengan menghulurkan bantuan dan

meghadiahkan doa agar mereka sentiasa sejahtera

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Ingatlah Kami

Kami yang berada di antara puing-puing ketidakberdayaan


Berusaha menlapangkan hati seluas-luasnya
Menunggu belas kasih dari berbagai penjuru
Namun hati masih bimbang akan takdir yang menimpa
Mengapa negeri ini tidak pernah lepas
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Dari rentetan bencana?


Di sini, di bumi minang ini
Kami mengharap ketulusan doa
Agar kami dapat kembali bangkit
Dan ingatlah kami
Di setiap sujud tahajjudmu
Ingatlah kami
Kami menanti uluran keikhlasan
Ingatlah kami wahai saudaraku.

Dwi Mita Yulianti (m/s 154)

Melalui puisi ini, Dwi Mita Yulianti dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran

daripada musibah alam adalah kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati keadaan

saudara-saudara yang ditimpa musibah. Kita perlu terus membantu mereka dengan segala upaya

yang ada pada kita. Mereka mungkin telah kehilangan segala-galanya seperti rumah, pakaian,

makanan dan keperluan-keperluan asas lain. Kesusahan yang mereka alami perlu difahami.

Berikanlah mereka semangat dan harapan untuk meneruskan kehidupan seharian. Dengan

berbuat demikian kita mampu meringankan bebanan mangsa-mangsa musibah disamping dapat

menginsafi diri dan berubah kearah yang lebih baik supaya tidak ditimpa nasib yang serupa. Kita

juga masih diberikan kesempatan untuk berubah, dengan melihat kejadian yang menimpa

saudara-saudara kita yang malang. Kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik. Mungkin juga

kita boleh menjadi lebih peka dan prihatin kepada nasib yang menimpa saudara- saudara kita,

serta belajar menjadi lebih taat, merendah diri dan yakin terhadap kekuasaan Allah. Dengan cara

ini, kita boleh meningkatkan kesabaran dan keimanan kita kepadaNya.

4. Setiap musibah yang berlaku, mengandungi pelbagai hikmah.

Setiap cubaan yang diberikan oleh Allah pastinya mengandungi 1001 hikmah yang tidak

kita ketahui. Cubaan adalah petanda kecintaan Allah pd hamba-Nya. Bagi orang-orang yang
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

beriman, pasti gembira apabila mendapat cubaan kerana bagi mereka, cubaan merupakan sebuah

kesenangan dan kelapangan yang diberikan oleh Allah . Rasullullah SAW menyebutkan bahawa

para Nabi telah ditimpa cubaan berupa penyakit dan kemiskinan. Kemudian beliau bersabda:

“…Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira karena
mendapat cobaan, sebagaimana salah seorang merasa gembira karena telah mendapatkan
kelapangan.”
(HR. Ibnu Majah)

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Hikmah di Balik Musibah

Musibah yang terjadi padamu...


Cobaan yang teramat sangat berat pada warga
Masyarakatmu...
Kepiluan karena kehilangan keluarga..
Kesedihan kerana kehilangan harta benda...
Kepedihan karena porak peranda semua keindahan..
Miris... karena tak busa berbuat apa- apa disaat bencana..
Itu semua membuat ki prihatin pada ranah minang..
Sekarang..
Setelah semua itu terjadi, setelah semua berlalu..
Membuka mata kita untuk menyadari..
Bahwa tak akan rusak, tak akan binasa
Kalau tidak izin Allah..
Bahwa Allah sayang pada kita
Karena kita di berikan nya teguran...
Bahwa... Allah tak akan mencoba umat NYA
Di luar batas kemampuannya..
Kini...
Kita akan memetik hikmahnya ..
Karena setiap cobaan yang diberi Allah,
Pasti ada hikmah..

Ratnaputri m/s (59-60)

Melalui puisi ini, Ratnaputri dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada

musibah alam adalah, kita hendaklah percaya bahawa terdapat hikmah disebalik setiap cubaan

dan ujian yang diberikan oleh Allah terhadap hamba-Nya. Yakinlah bahawa ada hikmah di
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan

menuju ke arah keredaan-Nya.

5. Kita hendaklah percaya bahawa segala bencana yang melanda

merupakan tanda kemurkaan Allah kepada umat-Nya.

Kemurkaan-Nya atau Mungkin lebih halus disebut peringatan-Nya merupakan sebahagian

dari azab-Nya kerana kita sudah mulai lupa kepada-Nya, kerana kita sudah mulai berani

melawan-Nya, bahkan nekad menentang-Nya serta mendustakan-Nya. Kini umat Islam semakin

berani menentang perintah ALLAH dan mendekatkan diri kepada larangannya.

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Pause Musibah Negeri

****** ya Allah..ya Rabb...


Belum sempat kami menghela nafas untuk meraih mimpi
Anak-anak kami
Engkau sudah menunjukkan murka-Mu kepada kami
Apakah kami termasuk dalam golongan orang-orang
Yang Engkau murkai?

Jack Efendi ( m/s 83)

Melalui puisi ini, Jack Efendi dengan jelas menunjukkan bahawa pengajaran daripada

musibah alam adalah, Kita hendaklah percaya bahawa segala bencana yang melanda merupakan

tanda kemurkaan Allah kepada umat-Nya. Kemurkaan ini kerana umat-Nya mulai leka dengan

keseronokan hidup sehingga meninggalkan segala perintahnya dan mengerjakan segala

larangannya. Antara perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah adalah meninggalkan solat
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

fardhu, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, keruntuhan moral, mensekutukan Allah

dan sebagainya.

6. Kita hendaklah sedar bahawa hidup dan mati ditentukan oleh Allah.

Setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati. Itulah resmi kehidupan di muka bumi ini.

Hidup dan mati setiap makhluki adalah atas kehendak Allah yang Maha Berkuasa. Tiada seorang

pun yang mampu melawan ketentuan tersebut.

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Bersedia Menanti Mati

Dunia
Dia yang punya manusia
Dia yang ciptakan.
Dia yang menghidupkan
Dia yang mematikan
Dia lakukan di padang

HMS Abu Bakar (m/s150)

Melalui puisi ini, HMS Abu Bakar dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada

musibah alam adalah Kita hendaklah menyedari bahawa setiap kehidupan dan kematian itu

adalah ditentukan oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu bila akan tiba saat kematian setiap

umatnya. Hanya Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan umatnya.

7. Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan kepada Allah

Setiap manusia tidak lali daripada melakukan kesilapan. Lantaran itu, kita hendaklah segera

memohon keampunan kepada Allah jika menyedari kita telah melakukan kesilapan. Keampunan

penting agar segala dosa- dosa kita mampu di luputkan, seterusnya untuk mendapat keredhaan

daripada Allah.
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Bergumam Pada Sebuah Senja

Wahai rakan-rakanku yang malang di Padang


Kejapkan mata melukis angin dengan doa
Dan keikhlasan
Dengan kata-kata keampunan
Sebab kita yang tidak mengetahui
Kini di jemput takdir yang terbaris di kitab suci
Kitab yang kita mulakan dan akhiri dengan kefahaman
Yang belum tentu tepat dan benar
Tetapi terus-terusan belajar.

Arbak Othman (m/s 91)

Melalui puisi ini, Arbak Othman dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran

daripada musibah alam adalah, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan kepada Allah.

Keampunan daripada Allah boleh sahaja di pohon walaupun sedang berdepan dengan saat

kematian. Penulis meminta agar semua mangsa gempa berdoa memohon keampunan kepada

Allah agar segala dosa-dosa mereka di hapuskan. Dengan itu mereka mampu menempa ke

pintu syurga.

8. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

Musibah yang menimpa seseorang itu merupakan suatu dugaan yang diturunkan oleh Allah

untuk menguji kecekalan iman umatnya. Lantaran itu, kita hendaklah sentiasa tabah dalam

menghadapi segala musibah yang diturunkan oleh Allah supaya dapat meningkatkan tahap

keimanan kita.
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Hikmah Di Balik Musibah

Kedepan...
Aku berdoa padamu ya Allah...
Semoga semua warga ranah Minang akan tabah
Dan tawakkal..
Semoga mereka diberi kesabaran, ketabahan dan kegigihan
Untuk berbenah...

Ratnaputri 2 (m/s 60)

Melalui puisi ini, Ratnaputri 2 dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada

musibah alam adalah kita hendaklah tabah dalam menghadapi musibah yang di turunkan oleh

Allah. Pengarang mendoakan agar mangsa gempa bumi di Padang tabah menghadapi musibah

yang melanda.

9. Janganlah terlalu leka dengan kemewahan dunia sehingga melupakan

perintah Allah.

Kesibukan manusia berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan duniawi mengakibatkan

mereka sering melanggar perintah Allah. Oleh itu, kita janganlah terlalu alpa untuk mengejar

kemewahan dunia semata-mata, sehingga melupakan segala suruhan Allah.

Contoh puisi: ( Antologi Musibah Gempa Padang)

Gelegak 7, 6

Merak kuncup sayap “angkara apa ini?”


sarang ranap dalam badai
gelas arak bersepai
gelinding menghentak dinding
berlian, mutiara, wang dan keangkuhan
sekedip mata ditelan bumi.

Emmy Marthala (m/s 88)


MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Melalui puisi ini, Emmy Marthala dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada

musibah alam adalah janganlah terlalu alpa dengan kemewahan dunia sehingga melupakan

perintah Allah. Puisi ini jelas menunjukkan masyarakat di Padang terlalu mengejar kebendaan

dan kemewahan duniawi. Mereka leka dengan aktiviti sosialnya, dan taksub mencari kemewahan

yang berupa berlian, mutiara dan wang ringgit. Di sebabkan terlalu leka dengan hal duniawi,

mereka mula meminggirkan segala suruhan Allah. Akhirnya mereka mendapat pembalasan

akibat kealpaan mereka sendiri.

10. Kita hendaklah taat kepada perintah Allah

Bencana alam merupakan kejadian yang seharusnya membuat kita taat kepada Allah

S.W.A dan sekaligus mengakui kelemahan diri. Kejadian musibah bukanlah hukuman, tetapi

hanya peringatan agar kita sedar, bahawa Allah berkuasa ke atas segalanya. Allah Maha Kuasa

atas apa pun, sehingga Dia “berhak” menunjukkan kekuasanNya untuk memberikan pelajaran

dan mendidik, agar kita lebih taat kepada-Nya.

Contoh puisi: (Antologi Musibah Gempa Padang)

Untuk Kita Renungkan

Anugerah dan bencana adalah kehendakNya


kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar,
adalah Dia di atas segalanya.”

Ebiet G

Melalui puisi ini, pengarang dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada

musibah alam adalah Kita hendaklah taat kepada perintah Allah. Segala perkara yang terjadi
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

dimuka bumi ini adalah atas kehendaknya. Dan kita sebagai hamba perlulah menerimanya

dengan redha dan taat atas segala yang berlaku.

11. Musibah merupakan sebuah ujian daripada Allah .

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan. Apabila tidak diuji atau dicuba,

maka tidak akan kelihatan keasliannya, sehingga orang tidak mengetahui mana yang emas tulen

dan mana yang tembaga. Begitu juga terhadap manusia khususnya terhadap orang yang telah

mengaku bahawa dirinya beriman, sudah tentu mereka harus melalui ujian dan cubaan pula.

Terdapat pelbagai jenis ujian dan cubaan. Ada ujian yang menimpa badan, harta, anak, pengaruh

kekuasaan, jawatan, aqidah dan lain-lain. Begitu juga perintah dan larangan dalam agama

termasuk ujian dan cubaan, tegasnya agama itu sendiri adalah ujian dan cubaan. Ujian yang berat

adalah nikmat kesenangan, sedangkan yang ringan adalah ujian yang menimpa pada badan,

seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini dimaksudkan untuk menguji

kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah s.w.t., kalau benar

mereka sabar, diberikan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dari dosanya atau diangkat

darjatnya, hingga ujian itu menjadi suatu nikmat baginya. Kenyataan ini sangat ketara dalam bait

pertama dan bait terakhir puisi.

Contoh puisi: ( Antologi puisi ziarah ombak)

Engkau tak Pernah Membenci.

Tuhanku kekasih
Engkau tak pernah membenci
kecuali menguji
sejauhmana kami bersabar
sejauhmana kami merela
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

....
Tuhan yang pemaaf
kami masih dapat bersabar
kami telah dapat merela
kami masih meminta uji tegur-Mu

Nurdin F. Joes:Banda Aceh, 19 Februari 2005

Nurdin yang juga kehilangan ramai anggota keluarga, walaupun bukan keluarga kandung,

memandang Tsunami itu sebagai ujian kesabaran dan ketabahan. Bahkan, ia 'berani' menyatakan

bahawa 'saudara-saudaranya' iaitu orang Aceh, masih sanggup menerima ujian Tuhan, malah

jika Tuhan menghendaki lagi kami masih meminta ujian yang berupa tegur-Mu.

12. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa beriman kepada Allah

dengan menerima kematian orang tersayang dengan penuh redha.

Ajal dan maut merupakan ketentuan Ilahi. Oleh itu, sebagai seorang insan yang beriman,

kita hendaklah merelakan pemergian insan yang di sayangi dengan sepenuh hati. kita juga

perlulah yakin bahawa setiap kehidupan itu pasti akan berakhir dengan kematian. Lantaran itu

sebagai tanda kasih terhadap orang yang telah meninggal, kita haruslah sentiasa mendoakan

rohnya semoga sentiasa dicucuri rahmat.

Contoh puisi: ( Antologi puisi ziarah ombak)


100 HARI ENGKAU KUNANTI

(Untuk putraku: Husni Taufik)

kukirim salam untukmu


ketika fajar mulai merekah
bibir ini mendesah membisikkan namamu
kukirim salam untukmu
ketika malam tanpa cahaya
bibir ini bergetar menyebut namamu
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

rinduku padamu ananda


seratus hari tanpa berita
di laut manakah engkau merendam tawa
di pulau manakah engkau membukit senda

langitku yang biru samakah


dengan langitmu
adakah rinduku sama dengan rindumu

di sini aku menanti dalam rindu yang ngilu


dalam pasrah tanpa gelisah
dalam doa tanpa suara

Dalam puisi itu, dapat dilihat keteguhan iman Faridah menyikapi apa yang terjadi pada

anaknya yang hilang dalam Tsunami. Sebuah kerinduan sang ibu nampak kental dalam baris-

baris puisi; sesuatu yang tidak boleh disembunyikan oleh seorang wanita yang melahirkan sang

anak: adakah rinduku sama dengan rindumu. Namun, Faridah yakin bahawa batas antara

kerinduan semu dan penantian kepulangan putranya ada.

13. Kita hendaklah berusaha untuk meneruskan kehidupan walaupun sering

dilanda musibah

Setiap orang yang di timpa musibah haruslah segera bangkit daripada mimpi ngeri tersebut. Hal

ini bermaksud, mereka perlu untuk memperbaiki kehidupan dan negara yang musnah setelah

diamuk gempa bumi dan tsunami Desember 2004. Secara fisik, Seorang penyair ternama

Malaysia, Raja Ahmad Aminullah, ikut menyokong kebangkitan kembali Aceh dari semua

kemusnahan.
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi: ( Antologi puisi ziarah ombak)

TUNAS JIWA

dari robohan kota dan desa


pemusnahan ladang dan belantara
bot nelayan dan hidupan ternakan
teriakan tanpa putus kanak-kanak dan orang dewasa
bangunkanlah

dari cambah nyiur ke tunas jiwa


merentas ombak dan gelombang tsunami

hidup hidupkanlah
seperti tunas-tunas kelapa
yang membesar mengembara dari benua ke benua
mengisyaratkan nyawa dan kehidupan
yang bertahan

bangun bangunkanlah
jiwa-jiwa kental
selepas mengharungi ombak dan gelombang
melayari kehidupan seterusnya

seperti phoenix bangun


menghidupkan

Melalui puisi ini dapat di lihat pengajaran yang terdapat ialah kita hendaklah meneruskan

kehidupan walau sering di landa musibah. Raja Amanullah begitu yakin akan keteguhan orang

Aceh menghadapi ujian Ilahi. Beliau turut berharap orang Aceh dapat hidup di mana-mana

sahaja bagaikan kelapa, yang akan tumbuh di mana ia terdampar. Kejadian bencana bukanlah

penghalang untuk seseorang meneruskan kehidupan mereka.

14. Janganlah mengejar pembangunan sehingga mengabaikan alam sekitar.

Pada masa kini manusia begitu ghairah untuk mencapai pembangunan sehingga sanggup

memusnahkan alam semulajadi. Alam semulajadi di musnahkan dengan sewenang-wenangnya

tanpa memikirkan akibat dan kesan jangka panjangnya. Oleh itu, benarlah bahawa bencana alam

merupakan suatu pengajaran kepada manusia akibat perlakuan rakus mereka kepada alam.
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi: Sungai Kelang

Hujan lebat
Membawa banjir kilat
Sungai kelang yang menerima sisa kota
Dalam sabar dan diam
Kali ini membuak
Membalas dendam.
Banjir kilat
Air menjerat di tayar–tayar
Angin memberat
Di bumbung kereta
Hujan telah menawan
Ibu kota.
Sungai kelang yang biasanya diam
Sabar menanggung beban pembangunan
Tiba-tiba bangun
Membalas dendam.

(Pujangga Tidak Bernama 1994, 17)

Isu banjir kilat dilihat sebagai dendan sungai terhadap perlakuan manusia.dalam ghairah

mengejar pembangunan, manusian kadang-kadang lupa bahawa mereka sedang mencederakan

alam.pembinaan penempatan setinggan telah menyebabkan sungai kelang menjadi mangsa atau

menanggung bebannya. Dalam sajak ini dapat di gambarkan keadaan sungai kelang yang tidak

mengalir dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika warga kota yang majoritinya terdiri daripada

para setinggan yang juga terperangkap dalam arus kehidupan kota.menghumbankan sampah

sarap ke dalamnya
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

3.0 KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan bahawa, Allah sentiasa menguji keimanan setiap hamba-Nya

dengan pelbagai musibah. Musibah yang diturunkan oleh Allah bukan sekadar kematian sahaja,

malah musibah itu didatangkan dalam pelbagai bentuk serta keadaan. Sesungguhnya hidup di

dunia ini memang tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, daripada suka dan duka yang

datang silih berganti. Barang siapa yang menyangka bahawa hidup ini hanya kesenangan,

kegembiraan serta kemewahan semata atau menyangka bahawa hidup ini hanya kesusahan,

kesedihan, kesempitan selama-lamanya, maka sudah pasti sangkaannya itu adalah sangkaan yang

salah. Di antara kesenangan dan kesusahan itulah merupakan seni kehidupan, dan ianya juga

telah merupakan sunnatullah pada alam semesta ini.

Jika kita melihat ujian Allah seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan, kebakaran hutan

dan juga gempa bumi, sebagai umat Islam, kita perlu melihat apa yang berlaku ini sebagai satu

pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT kepada makhlukNya. Setiap peristiwa yang

berlaku, pastinya mempunyai iktibar yang perlu dikaji dan diteliti oleh umat manusia dan

mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Segala peristiwa ini juga akan membawa kita

merujuk kepada konsep beriman kepada qada' dan qadar. Beriman kepada qada' dan qadar

bermaksud kita meyakini dengan sebenar-benarnya keyakinan bahawa Allah SWT penguasa

alam semesta ini juga mengaturkan apa jua yang ada di dalam alam ini. Tiada suatu kuasa yang

boleh menghalang Allah SWT dan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak dan

kebijaksanaanNya.
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Mulai sekarang sedarlah bahawa, semua musibah merupakan kesan perbuatan manusia itu

sendiri, kita harus sedar dan bertaubat. Bencana akan berakhir apabila manusia sedar dan

kembali ke pangkal jalan. Apabila manusia tidak sedar maka bumi ini akan menghukum kita

semua dengan berbagai masalah dan bencana yang mengerikan. Hanya dengan mengembalikan

kesucian hati dan berpegang kepada Tuhanlah kita akan selamat dari semuanya.

Puisi boleh di jadikan wadah oleh para penulis untuk menyatakan perasaan mereka

terutamanya kesedihan atas kejadian bencana alam di muka bumi ini. Selain itu, puisi yang

bersifat universal juga mampu di terima ramai, seterusnya menarik lebih ramai pembaca

menghayati tentang pengajaran yang terselit dalam setiap puisi yang mereka hasilkan. Secara

tidak langsung, pengajaran- pengajaran ini mampu menyedarkan manusia tentang keburukan

bencana alam. Akhir kata di harapkan musibah bencana alam dapatlah berkurangan setelah

timbul kesedaran dalam diri para pembaca.

kesimpulannya, dalam menghadapi bencana dan musibah, marilah kita menghayati prinsip

keimanan kepada qada' dan qadar yang menjadi asas kehidupan seorang mukmin ahli Alsunnah

waljamaah. Setiap mukmin yang beriman kepada qada' dan qadar akan merasa lapang dada dan

merupakan manusia yang paling jauh daripada sifat kecewa dan putus asa. Jika dia ditimpa

kesusahan atau tidak tercapai apa yang dicita-citakan setelah dia berusaha dengan sebaik-

baiknya, dia tidak sekali-kali menyesal atau merasa kecewa. 

Jika seseorang itu diberikan nikmat, rahmat serta rezeki yang melimpah-ruah, mereka tidak akan

terlalu gembira sehingga lupa dengan Allah SWT. Bagi mereka yang tidak ditimpa musibah,

mereka akan terus bersyukur kepada Allah SWT dan akan membantu mereka yang tidak
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

bernasib baik. Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keihklasan

dan memohon keredhaan daripada Allah SWT, kerana harta dan pendapatan yang diperolehinya

di dunia ini, perlu dibelanjakan ke jalan Allah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-

mata.
MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

4.0 BIBLIOGRAFI

1. Zurina Hassan.Memoir Zurina Hassan menjejak puisi: penerbitan UKM, Bangi, 2003.

2. Dato Dr.Ahmad Khamal Abdullah (Dato Kemala). Musibah Gempa Padang. 2009.

3. D. Kemalawati dan Sulaiman Tripa (eds.). Antologi Puisi Ziarah Ombak. Banda

Aceh:Lapena.2005.

4. Mohd. Harun al Rasyid. Lagu Pilu Orang Kuyu. Banda Aceh: Lapena. 2005

5. A. Teeuw. 1984. Sastra dan Ilmu Sastra Pengantar Teori. Jakarta: Pustaka Jaya.2005.

6. Http// www. Jabatan Agama Islam Selango.com ( JAIS). 20 Feb 2010. 10.pm

You might also like