You are on page 1of 29

KERTAS KERJA DASAR

KONSERT AURA UNGU


2010 (KAU `10)
“Penghubung Generasi Muda”

TARIKH
30 April - 01 Mei 2010

TEMPAT
Negeri Kedah Darul Aman

ANJURAN
Nisa’ Malaysia

ANJURAN BERSAMA
Kerajaan Negeri Kedah

[Type text] Page 1


KERTAS KERJA DASAR
KONSERT AURA UNGU 2010 (KAU `10)
ANJURAN NISA’ MALAYSIA
Dengan Kerjasama
KERAJAAN NEGERI KEDAH

1.0 PENGENALAN

Lewat kebelakangan ini, hiburan dan remaja tidak dapat dipisahkan. Kita
melihat remaja telah menjadikan hiburan sebagai salah satu medan atau wadah
untuk mereka mencari ketenangan dan keseronokan. Oleh itu sejajar dengan
pendekatan Nisa’ Malaysia, “Connecting Youth” kita ingin mendekati golongan
remaja ini terutama sekali melalui konsep hiburan iaitu hiburan Islamik. Hiburan di
sini bukanlah bermakna hiburan semata-mata, tetapi hiburan berbentuk Islamik iaitu
hiburan yang berlandaskan syariat Islam.

Program ini mensasarkan pelajar universiti, pelajar sekolah, ibu bapa dan
orang awam serta golongan tertentu dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Nisa’
Malaysia untuk mendekati golongan remaja supaya cintakan dan mahukan cara
hidup Islam.

Demi membantu dan menjayakan pihak NISA’ Malaysia mencapai matlamat


yang disasarkan, maka pihak NISA’ telah bersetuju untuk bersama-sama dengan
para pelajar, pihak kampus dan masyarakat untuk menjayakan Konsert Aura Ungu
2010 (KAU `10).

2.0 NAMA PROGRAM

Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10)

2
3.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengadakan Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10)
bagi memenuhi hasrat murni seperti berikut:

3.1 Memperkenalkan NISA’ sebagai gerakan dakwah kepada umum dan


meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan
masyarakat terutama golongan wanita.
3.2 Menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif pada golongan wanita.
3.3 Mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat, pemimpin dan pihak
kerajaan negeri.
3.4 Memperkenalkan NISA’ sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat
aktif dalam program-program pembangunan modal insan.
3.5 Menonjolkan kesyumulan Islam.

4.0 KOMPONEN PROGRAM

Terbahagi kepada tiga (3) komponen program:


4.1 Pertandingan nyanyian
 Terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori nyanyian solo dan
nyanyian berkumpulan.
 Kedua-dua kategori ini akan dipertandingkan diperingkat kawasan dan
negeri masing-masing. Pemenang setiap negeri akan bertanding di
peringkat akhir dalam Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10) ini.

4.2 Konsert
4.3 Ekspo

5.0 TEMA

Penghubung Generasi Muda.

6.0 SASARAN

3
Sasaran Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10) adalah:

6.1 Pertandingan nyanyian


 Peserta: Terbuka hanya untuk wanita sahaja.
6.2 Konsert
 Audiens: Peserta dan orang awam (terbuka hanya untuk wanita
sahaja).
6.3 Eskpo
 Orang awam (lelaki dan wanita)

7.0 MAKLUMAT PROGRAM

Pelaksanaan program adalah seperti berikut :

7.1 Tarikh
Program akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 30 April 2010 (Jumaat) hingga 01 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 07.00 pagi (Jumaat) hingga 12.00 malam (Sabtu)

7.2 Tempat
Alor Setar, Kedah Darul Aman

8.0 BUTIRAN PROGRAM

8.1 Pertandingan nyanyian (peringkat akhir)


- Pertandingan nyanyian dinamakan Pertandingan Suara Nisa’ 2010
(Persona `10)
- Terdapat dua (2) kategori pertandingan iaitu pertandingan nyanyian
solo dan pertandingan nyanyian berkumpulan.
- Kedua-dua kategori ini akan dipertandingkan diperingkat kawasan
dan negeri masing-masing. Pemenang bagi setiap negeri akan
bertanding di peringkat nasional (akhir) dan juara akan membuat
persembahan di dalam Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10) ini.

4
- Peserta-peserta pertandingan perlu mematuhi syarat-syarat
pertandingan seperti yang termaktub.
- Penganjur pertandingan juga harus memenuhi garis panduan seperti
yang dilampirkan.

8.2 Konsert Nisa’


- Konsert diberi nama Konsert Aura Ungu (KAU `10).
- Persembahan konsert akan disampaikan oleh juara-juara Persona
`10, artis jemputan, dan krew Nisa’ Malaysia.
- Penyampaian hadiah kepada juara-juara Persona `10 peringkat
nasional akan diadakan semasa konsert ini berlangsung.
- Konsert ini bertemakan warna ungu dan kontemporari.

8.3 Ekspo Nisa’


- Ekspo ini dinamakan Ekspo Aura Ungu 2010.
- Ekspo ini terdiri daripada gerai-gerai jualan dan pameran.
- Jualan dan gerai akan dibuka bermula pagi hari Jumaat (30 April
2010) sehingga Sabtu (01 Mei 2010).
- Pameran-pameran juga akan dibuka sepanjang berlansungnya
program.
- Perasmian ekspo akan diadakan pada sebelah pagi hari Jumaat (30
April 2010).

9.0 STRUKTUR DAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

9.1 Carta Organisasi


Sila rujuk Lampiran A

9.2 Senarai Nama Ahli Jawatankuasa


Sila rujuk Lampiran B

9.3 Portfolio Tugas


Sila rujuk Lampiran C
5
10.0 ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran D

11.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

Sila rujuk Lampiran E

12.0 GARIS PANDUAN PENGANJUR

Sila rujuk Lampiran F

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sila rujuk Lampiran G

14.0 PENUTUP / KESIMPULAN

Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10) ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada
penganjuran hiburan yang berbentuk Islamik khasnya kepada golongan wanita yang
begitu sinonim dengan hiburan.

..........................t.t............................
(DIAN ADLINE MD JALALUDDIN)
Pengarah,
Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10).
No Tel: 0192191539
Email : justiceofdeen2603@yahoo.com

6
LAMPIRAN A

STRUKTUR AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA INDUK

PENAUNG

EX-OFFICIO

PENGARAH TIMBALAN PENGARAH

PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH


PERTANDINGAN KONSERT EKSPO

SETIAUSAHA I BENDAHARI

SETIAUSAHA II

KETUA EKSEKUTIF
KETUA EKSEKUTIF KETUA EKSEKUTIF KETUA EKSEKUTIF PENERBITAN,
ATURCARA DAN TEKNIKAL & DANA DAN TAJAAN MULTIMEDIA DAN
PROTOKOL PERSIAPAN TEMPAT PUBLISITI

KETUA EKSEKUTIF KETUA EKSEKUTIF KETUA EKSEKUTIF


JAMUAN PERHUBUNGAN LUAR TUGAS-TUGAS KHAS

KETUA EKSEKUTIF
HADIAH DAN
CENDERAHATI

7
STRUKTUR ORGANISASI PERTANDINGAN

PENOLONG PENGARAH
PERTANDINGAN

SETIAUSAHA BENDAHARI

PEN. EKSEKUTIF
ATURCARA DAN PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF
PROTOKOL TEKNIKAL & JAMUAN PENERBITAN DAN
PERSIAPAN TEMPAT MULTIMEDIA

KETUA PENGADIL PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF


HADIAH DAN PERHUBUNGAN LUAR
CENDERAHATI

8
STRUKTUR ORGANISASI KONSERT

PENOLONG PENGARAH
KONSERT

SETIAUSAHA BENDAHARI

PEN. EKSEKUTIF
ATURCARA DAN PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF
PROTOKOL PERHUBUNGAN LUAR PENERBITAN DAN
MULTIMEDIA

PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF


TEKNIKAL & JAMUAN
PERSIAPAN TEMPAT

PEN. EKSEKUTIF
HADIAH DAN
CENDERAHATI

9
STRUKTUR ORGANISASI EKSPO

PENOLONG PENGARAH
EKSPO

SETIAUSAHA BENDAHARI

PEN. EKSEKUTIF
ATURCARA DAN PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF
PROTOKOL PERHUBUNGAN LUAR JUALAN DAN GERAI

PEN. EKSEKUTIF PEN. EKSEKUTIF


TEKNIKAL & PAMERAN
PERSIAPAN TEMPAT

10
LAMPIRAN B

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

NO. JAWATAN KREW NISA MALAYSIA & NEGERI


1. Penaung YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul
Razak
Menteri Besar Kedah
2 Ex-Officio Dr. Rosni Adam
Pengarah NISA’ Malaysia
Majlis Tertinggi
2. Pengarah Dian Adline Md Jalaluddin
3. Timbalan Pengarah Wan Sabrina Wan Dzulpakar
4. Setiausaha I Nabiilah Hj Zulkifli
5. Setiausaha II Nurdiyana Sumri
6. Bendahari Nurul Hanim Nasaruddin
7. Ketua Eksekutif Aturcara Dan Protokol Hafizah Fadzil
8. Ketua Eksekutif Teknikal & Persiapan Nur Afifah Ramdan
Tempat
9. Ketua Eksekutif Penerbitan, Multimedia Raihana Abdul Wahab
Dan Publisiti
10. Ketua Eksekutif Hadiah Dan Cenderahati Maizatul Laili Mat Zili
11. Ketua Eksekutif Dana Dan Tajaan Siti Noraisyah Dullah
Dr. Hani Ali
12. Ketua Eksekutif Jamuan Nor Asyanti Abu Bakar
Khadijah Ismail
13. Ketua Eksekutif Perhubungan Luar Nur Farahhuda Abdul Rahman
14. Ketua Eksekutif Tugas-Tugas Khas Nura Muna Abd Halim
Bahagian Pertandingan
1. Penolong Pengarah Pertandingan Nurul Shaza Ab Manaf
2. Setiausaha
3. Bendahari
4. Pen. Eksekutif Aturcara Dan Protokol
5. Pen. Eksekutif Teknikal & Persiapan
Tempat
6. Pen. Eksekutif Jamuan
7. Pen. Eksekutif Penerbitan Dan
Multimedia
8. Pen. Eksekutif Perhubungan Luar

11
9. Ketua Pengadil
10. Pen. Eksekutif Hadiah Dan Cenderahati
Bahagian Konsert
1. Penolong Pengarah Konsert Nurul Izza Abdul Malek
Wan Zahidah Wan Ahmad
2. Setiausaha Rabiatul Adawiah Hairuddin
3. Bendahari
4. Pen. Eksekutif Aturcara Dan Protokol
5. Pen. Eksekutif Perhubungan Luar
6. Pen. Eksekutif Penerbitan Dan
Multimedia
7. Pen. Eksekutif Teknikal & Persiapan
Tempat
8. Pen. Eksekutif Jamuan
9. Pen. Eksekutif Hadiah Dan Cenderahati
Bahagian Ekspo
1. Penolong Pengarah Ekspo Asiah Ishak
2. Setiausaha
3. Bendahari
4. Pen. Eksekutif Aturcara Dan Protokol
5. Pen. Eksekutif Perhubungan Luar
6. Pen. Eksekutif Jualan Dan Gerai
7. Pen. Eksekutif Teknikal & Persiapan
Tempat
8. Pen. Eksekutif Pameran

12
LAMPIRAN C

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

EX-OFFICIO

1. Bertindak sebagai penasihat kepada kegiatan yang dilaksanakan.


2. Memberi cadangan dan usul kepada perkara-perkara yang melibatkan
program.

PENGARAH

1. Merangka dan merancang perjalanan serta pelaksanaan program.


2. Memastikan program menepati kehendak penganjur.
3. Merangka fasa gerak kerja keseluruhan program.
4. Bertanggungjawab mengarah dan memastikan kelancaran gerak kerja
setiap unit.
5. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pihak atasan.
6. Mendapatkan kelulusan program.
7. Memantau setiap sudut perjalanan konsert dari semasa ke semasa.
8. Menghadiri mesyuarat dengan pihak atasan & pihak luar yang terlibat
dengan program.
9. Mempengerusikan setiap mesyuarat konsert.
10. Menghadiri mesyuarat dengan urusetia program.
11. Membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah
yang timbul sepanjang konsert berlangsung.
12. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program.
13. Menentukan masa, tempat dan agenda mesyuarat (dengan kerjasama
Setiausaha I).
14. Pemantau khas:
 Bahagian Konsert.
 Bahagian Pertandingan.

13
TIMBALAN PENGARAH

1. Bersama merangka dan merancang perjalanan serta pelaksanaan


program.
2. Bersama memastikan program menepati kehendak penganjur.
3. Bersama merangka fasa gerak kerja keseluruhan program.
4. Bertanggungjawab mengarah dan memastikan kelancaran gerak kerja
setiap unit dalam program.
5. Membantu pengarah dalam hal ehwal pengurusan program.
6. Menggantikan tempat pengarah sekiranya tiada dalam program.
7. Bersama-sama memantau setiap eksekutif program.
8. Menghadiri setiap mesyuarat dengan pihak-pihak tertentu dan urusetia
program.
9. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program.
10. Bertanggungjawab terhadap unit sumber manusia.
11. Pemantau khas:
 Bahagian Ekspo.
 Eksekutif Penerbitan, Multimedia Dan Publisiti.

SETIAUSAHA I

1. Mengurus segala urusan perhubungan untuk mesyuarat, jemputan dan


lain-lain yang berkaitan.
2. Mencatat minit mesyuarat dan segala permasalahan yang timbul.
3. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan laporan lengkap perjalanan
program.
4. Mengaturkan masa, tempat dan agenda mesyuarat bagi setiap mesyuarat
yang diadakan.
5. Menghadiri semua mesyuarat dengan pihak-pihak tertentu.
6. Menyediakan surat jemputan mesyuarat untuk semua urusetia program
(jika perlu) dan wakil-wakil dari negeri.
7. Menyediakan fasa gerak kerja dan master plan program.
8. Mengumpul dan menyelaras maklumat dan laporan daripada setiap unit.

14
9. Pemantau khas:
 Eksekutif Aturcara dan Protokol.
 Eksekutif Perhubungan Luar.

SETIAUSAHA II

1. Menyediakan letterhead rasmi program dan mengurus segala urusan surat


menyurat.
2. Bersama mencatat minit mesyuarat dan segala permasalahan yang timbul.
3. Bersama mengumpul dan menyelaras maklumat dan laporan daripada
setiap unit.
4. Menggantikan Setiausaha I semasa ketiadaannya.
5. Membantu Setiausaha I dalam menyediakan laporan perjalanan program.
6. Menyelaraskan semua fail program.
7. Mengedarkan surat jemputan mesyuarat yang telah disediakan oleh
Setiausaha I.
8. Pemantau khas:
 Eksekutif Teknikal & Persiapan Tempat.
 Eksekutif Tugas-tugas Khas.

BENDAHARI

1. Merangka belanjawan program.


2. Bertanggungjawab mencari dan mengurus kewangan program.
3. Membuat penyata kewangan program.
4. Menyediakan laporan kewangan program.
5. Menyediakan pelarasan kewangan dan perbelanjaan program.
6. Menguruskan segala urusan wang keluar masuk sepanjang program.
7. Menghadiri mesyuarat dengan pihak-pihak tertentu.
8. Pemantau khas:
 Eksekutif Dana & Tajaan.
 Eksekutif Jamuan.
 Eksekutif Hadiah Dan Cenderahati.

15
KETUA EKSEKUTIF ATURCARA DAN PROTOKOL

1. Menyediakan satu garis panduan protokol kepada Ketua Eksekutif Jamuan,


Hadiah & Cenderahati, Perhubungan Luar, dan Teknikal & Persiapan Tempat.
Juga kepada Penolong Pengarah sub-program.
2. Menyediakan teks ucapan Pengerusi Majlis, Pengarah Program, Pengarah
Nisa’ juga teks ucapan perasmian ekspo dan konsert.
3. Menyediakan senarai nama jemputan VVIP, VIP, jemputan dari dalam & luar
negeri serta lain-lain yang berkaitan.
4. Menyediakan persiapan bagi majlis perasmian ekspo dan konsert serta gimik.
5. Meyediakan persediakan untuk menyambut tetamu jemputan, dif-dif
kehormat, VIP dan VVIP.
6. Memastikan tempat khas untuk para jemputan disediakan.
7. Memastikan keadaan protokol tempat atau dewan berlangsung dengan baik.
8. Menyelaras perjalanan program.
9. Memastikan program berjalan lancar dan menepati masa.

KETUA EKSEKUTIF TEKNIKAL & PERSIAPAN TEMPAT

1. Menguruskan berkaitan PA system atau sound system, LCD projector,


mikrofon, musical instruments (jika perlu) dan kelengkapan teknikal yang lain
dengan pihak berkaitan untuk kegunaan setiap program.
2. Menyediakan segala keperluan logistik dan persiapan tempat program seperti
pentas (pentas ekspo dan pentas konsert), tempat solat jemaah dan lain-lain
yang berkaitan.
3. Menguruskan penyediaan papan tanda & penunjuk arah untuk ke tempat
program.
4. Menyediakan keperluan peralatan untuk gimik perasmian.
5. Menyelaras keperluan teknikal sebelum, semasa, dan selepas program serta
memastikan segala peralatan teknikal mencukupi untuk semua program
(ekspo, pertandingan dan konsert).
16
6. Bertanggungjawab ke atas keselamatan kelengkapan dan peralatan teknikal
yang digunakan.
7. Menguruskan aspek-aspek keselamatan di tapak program.

KETUA EKSEKUTIF PENERBITAN, MULTIMEDIA DAN PUBLISITI

1. Merekacipta design tiket, logo, poster, banner, bunting, montaj (Nisa’,


perasmian KAU `10 dan pelancaran Lagu Nisa’) dan lain-lain yang berkaitan
untuk mempromosikan konsert.
2. Menyediakan buku cenderahati dan kad jemputan kehormat.
3. Menyenaraikan tempat-tempat yang strategik bagi tujuan promosi dan
publisiti.
4. Memastikan publisiti program mendapat liputan yang meluas.
5. Menyediakan backdrop, slide multimedia, serta segala audio dan video yang
diperlukan sepanjang program (contoh: azan dll).
6. Memastikan persembahan multimedia dapat ditayangkan dengan baik.

KETUA EKSEKUTIF HADIAH DAN CENDERAHATI

1. Menyelaraskan dan menguruskan tempahan hadiah & cenderahati juara


Persona `10.
2. Menyediakan hadiah & cenderahati tetamu jemputan, dif-dif kehormat, VIP
dan VVIP.
3. Menyediakan hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan semasa
ekspo.
4. Menyediakan cenderahati untuk pengunjung (jika perlu).
5. Bertanggungjawab ke atas pembayaran honorarium artis (artis jemputan,
Ketua Juri, dan Pengerusi Majlis).
6. Bekerjasama dengan KE Penerbitan, Multimedia dan Publisiti untuk
menyediakan buku cenderahati.

KETUA EKSEKUTIF DANA DAN TAJAAN


17
1. Menyediakan proposal tajaan.
2. Mencari dan mendapatkan sponsor dari mana-mana pihak sama ada menjadi
penganjur bersama atau penaja program.
3. Mengenalpasti dan menyenaraikan nama syarikat-syarikat atau pertubuhan
yang bersedia menghulurkan sumbangan & tajaan.
4. Menguruskan segala hal berkaitan dana & tajaan.
5. Menghadiri perjumpaan & sesi pembentangan kertas kerja kepada pihak
penaja.
6. Mencari sumber kewangan.
7. Menyediakan dana bagi unit-unit yang memerlukan wang.

KETUA EKSEKUTIF JAMUAN

1. Menyediakan jamuan bagi setiap kali mesyuarat terutama mesyuarat dengan


wakil-wakil negeri.
2. Menguruskan persiapan jamuan bagi setiap aktiviti/ program dan juga bagi
setiap peserta, urusetia, serta jemputan.
3. Menyediakan tempat dan menu makanan untuk jamuan VVIP & VIP.
4. Menyediakan jamuan ringan di akhir program untuk semua peserta dan
urusetia pelaksana.

KETUA EKSEKUTIF PERHUBUNGAN LUAR

1. Bekerjasama dengan Setiausaha I untuk menyenaraikan senarai nama


jemputan ke program.
2. Bekerjasama dengan KE Aturcara & Protokol untuk menghubungi dan
memastikan kehadiran jemputan kehormat, artis, Ketua Juri, Pengerusi Majlis,
Imam Solat Maghrib dan lain-lain yang berkaitan.
3. Menghubungi wartawan media cetak dan media elektronik untuk tujuan
promosi dan publisiti.

18
4. Berurusan dengan pihak-pihak berkenaan seperti Majlis Perbandaran dan
lain-lain bagi tujuan promosi dan publisiti.
5. Memastikan semua maklumat mengenai program sampai ke semua kawasan
yang terlibat dengan jelas dan tepat.
6. Menguruskan dan mengadakan Press Conference dan segala yang berkaitan
dengan PC.
7. Menguruskan wartawan media cetak dan elektronik semasa program
berlangsung terutama semasa sesi perasmian program.

KETUA EKSEKUTIF TUGAS-TUGAS KHAS

1. Menguruskan logistic peserta dari aspek penginapan, pengangkutan dan


keperluan lain yang berkaitan.
2. Menyelia baju rasmi program dan bekalan T-Shirt untuk pengunjung.
3. Menguruskan dan menyelaraskan sijil penyertaan bagi peserta Persona `10
dan sijil penghargaan bagi urusetia untuk setiap kawasan, negeri dan
nasional.
4. Menyediakan kelengkapan rawatan / First Aid di tapak program.
5. Membantu mana-mana eksekutif program yang memerlukan bantuan
terutama KE Teknikal dan Persiapan Tempat.

19
LAMPIRAN D

ATURCARA PROGRAM

30 APRIL 2010 (JUMAAT)


Masa Aktiviti PIC
07.00 am Senamrobik – Senaman Si Tommy PP Ekspo
09.00 am Pameran ekspo bermula PP Ekspo
10.00 am Majlis Perasmian Ekspo & Gimik Pengarah, KE
Oleh: Exco Wanita Kedah (YB Aishah) Aturcara &
Protokol
10.30 am Pendaftaran pertandingan PP Ekspo
12.00 am Solat Jumaat
02.30 pm Pertandingan Mewarna, Teka Silang PP Ekspo
Kata, dan Dance & Freeze
Pertandingan Suara Nisa’ 2010 PP Pertandingan
(Persona `10) Peringkat Nasional –
Kategori Solo
04.30 pm Solat Asar
05.00 pm Pertandingan Suara Nisa’ 2010 PP Pertandingan
(Persona `10) Peringkat Nasional –
Kategori Solo
06.30 pm Persediaan untuk Solat Maghrib
08.00 pm Pertandingan Nisa’ Jr. Talentime PP Ekspo
Pertandingan Suara Nisa’ 2010 PP Pertandingan
(Persona `10) Peringkat Nasional –
Kategori Berkumpulan
09.30 pm Solat ’Isya
10.00 pm Pertandingan Suara Nisa’ 2010 PP Pertandingan
(Persona `10) Peringkat Nasional –
Kategori Berkumpulan
12.00 pm Bersurai

01 MEI 2010 (SABTU)


Masa Aktiviti PIC
09.00 am Pertandingan Menghias Kek Pengantin PP Ekspo
Persediaan Raptai PP Konsert
10.00 am Raptai (Fasa 1) PP Konsert &
semua krew

20
01.00 pm Solat Zuhur
02.00 pm Pertandingan Gubahan Hantaran PP Ekspo
Raptai (Fasa 2) PP Konsert &
semua krew
04.30 pm Solat Asar
05.00 pm Persediaan konsert PP Konsert
06.30 pm Ketibaan tetamu awam PP Konsert & KE
Aturcara Protokol
07.15 pm Solat Maghrib berjemaah KE Tempat
07.45 pm Ketibaan tetamu jemputan, dif-dif KE Aturcara &
kehormat, VIP dan VVIP Protokol
08.00 pm Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis PP Konsert & KE
Aturcara Protokol
08.05 pm Ucapan Pengarah KAU `10
08.10 pm Ucapan Pengarah Nisa’ Malaysia
08.15 pm Ucapan Perasmian Konsert dan
Gimik
Oleh: Menteri Besar Kedah (YAB Dato’
Seri Ustaz Azizan Abdul Razak)
Pelancaran Lagu Nisa’
08.35 pm Tayangan slide KE Multimedia &
KE Teknikal
08.45 pm Penyampaian hadiah KE Hadiah
08.57 pm Jamuan tetamu jemputan, dif-dif KE Jamuan
kehormat, VIP dan VVIP
09.00 pm Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10) PP Konsert
12.00 pm Bersurai
LAMPIRAN E

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN SUARA NISA’ 2010 sempena


KONSERT AURA UNGU 2010 (KAU `10) anjuran NISA’ MALAYSIA.

2. Pertandingan adalah terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berusia 15


tahun hingga 40 tahun. Salinan asal MyCard hendaklah dibawa untuk
pengesahan ketika menghadiri peringkat ujian.

21
3. Pertandingan ini tebahagi kepada dua (2) kategori pertandingan iaitu kategori
nyanyian solo dan kategori nyanyian berkumpulan.

4. Peserta dikehendaki menyanyikan dua (2) buah lagu dimana salah satu lagu
wajib di dalam Bahasa Malaysia. Terdapat tiga (3) peringkat pertandingan iaitu:

a. Peringkat kawasan :

Peserta perlu memilih dua buah lagu sendiri dengan menggunakan CD


minus-one atau karaoke.
b. Peringkat Negeri :

Peserta perlu memilih dua buah lagu sendiri dengan menggunakan CD


minus-one atau karaoke.
c. Peringkat Nasional :

Peserta perlu memilih sebuah lagu sendiri dan sebuah lagu lagi akan
dipilih oleh pihak penganjur.

5. Peserta dikehendaki mematuhi garis panduan nyanyian seperti berikut:

a. Tema lagu atau nyanyian yang dibolehkan adalah yang berunsurkan


nasihat, kemanusiaan, kerohanian dan ketuhanan.

b. Lirik lagu mestilah tidak mengandungi sebarang unsur syirik, lucah, yang
melanggar norma kemanusiaan, yang memberahikan dan yang
berunsurkan pemujaan manusia.

c. Penyampaian lagu tidak boleh digayakan dengan gerak badan yang


menggambarkan unsur-unsur syirik, lucah dan melanggar norma
kemanusiaan.

d. Pakaian dan penampilan mestilah menutup aurat, tidak mencolok mata,


tidak menggambarkan unsur-unsur syirik, lucah, dan yang melanggar
norma kemanusiaan.

e. Lagu-lagu berirama heavy metal dan hard rock tidak dibenarkan.

22
6. Pihak penganjur berhak menolak lagu yang difikirkan kurang sesuai untuk
pertandingan.

7. Peserta dan mereka yang pernah membuat rakaman dengan mana-mana


syarikat rakaman (recording artist) tidak layak menyertai pertandingan ini.

8. Bagi kategori nyanyian berkumpulan:

a. Bilangan ahli kumpulan adalah minimum lima (5) hingga 12 orang


termasuk pemain muzik.

b. Konsep nyanyian yang dibenarkan ialah band, percussion, minus-one,


karaoke, dan acapella.

9. Setiap kategori diperuntukkan selama 10 minit untuk membuat persembahan.

10. KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM ADALAH MUKTAMAD.

23
LAMPIRAN F

GARIS PANDUAN PENGANJUR

1. Tempat pertandingan mestilah di dewan atau di tempat yang tertutup dan


mempunyai serapan gema yang baik dan mempunyai pentas.

2. ISO PA system mempunyai kualiti khusus untuk nyanyian dan karaoke.

3. Bagi juri dan pemarkahan:

a. Kedua-dua kategori perlu mempunyai tiga (3) orang panel juri termasuk
ketua juri.

b. Setiap juri akan dibekalkan dengan skema pemarkahan.

4. Hadiah pertandingan:

PERINGKAT KAWASAN
BIL KEDUDUKAN KATEGORI
SOLO KUMPULAN
.
1. JOHAN RM 300.00 RM 500.00
2. NAIB JOHAN RM 200.00 RM 350.00
3. KETIGA RM 100.00 RM 200.00
*Hadiah iringan bergantung kepada penaja.

PERINGKAT NEGERI
BIL KEDUDUKAN KATEGORI
SOLO KUMPULAN
.
1. JOHAN RM 500.00 RM 1000.00
2. NAIB JOHAN RM 400.00 RM 700.00
3. KETIGA RM 300.00 RM 400.00
*Hadiah iringan bergantung kepada penaja.

24
PERINGKAT NASIONAL
BIL KEDUDUKAN KATEGORI
SOLO KUMPULAN
.
1. JOHAN DAN TROFI RM 1000.00 RM 3000.00
2. NAIB JOHAN DAN TROFI RM 700.00 RM 2000.00
3. KETIGA DAN TROFI RM 500.00 RM 1000.00
4. PERSEMBAHAN TERBAIK RM 1000.00 RM 1000.00
(ANUGERAH KHAS JURI) DAN
TROFI
*Hadiah iringan bergantung kepada penaja.
*Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan peringkat nasional.

25
LAMPIRAN G

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN KONSERT AURA UNGU 2010

PENDAPATAN :
BIL. PERKARA RM RM
1. Tajaan
 Kerajaan Negeri Kedah 100 000.00
 Sumbangan & iklan 28 000.00 128 000.00

2. Sewa tapak jualan


(RM50 x 40 gerai) 2 000.00 2 000.00
JUMLAH 130 000.00

PERBELANJAAN :
BIL. PERKARA RM RM
1. Sekretariat
 Surat menyurat 200.00
 Telefon/topup
(1000 x 4 bln) 4 000.00

 Penginapan AJK &


peserta 3 000.00 7 200.00

2. Publisiti & Percetakan


 Publisiti (Media) 15 000.00
 In house printing 1 000.00

 Banner, Banting &


Backdrop 5 000.00

 Poster, Handbill & Pamplet 3 000.00

 Buku Cenderamata 2 500.00

(RM 5.00 x 500)


 Paper-bag

26
(RM3.50 x 500) 1 750.00
 Kad Jemputan 200.00
28 650.00
 Tag Nama 200.00

3. Peralatan & kelengkapan


 Sewa Dewan 5 000.00
 PA System 10 000.00

 Persediaan / Hiasan 5 000.00

 Teknikal dewan 5 000.00

 Kanopi
- Jualan
3 000.00
(RM 150 x 20)
- Pameran
3 000.00
(RM150 x 20)
 Kerusi & Meja
2 000.00 33 000.00
(RM 50 x 40 set)

4. Makanan
 VIP & Artis
(RM 10 x 20 orang x 2kali) 400.00
 Media
(RM 10 x 10 orang) 100.00

 Juri
(RM 10 x 4 orang x 2kali) 80.00

 Urusetia
3 x Minum Pagi, 2 x Tengah
hari & 2 x Makan malam
(RM 40 X 50 orang) 2 000.00

 Peserta
3 x Minum Pagi, 2 x Tengah
hari & 2 x Makan malam
12 000.00
(RM 40 X 300 orang)
 Air mineral

27
(RM 18.50 x 20 kotak) 370.00 14 950.00

5. Bayaran jemputan &


persembahan
 Perasmi
(RM 300 x 2) 600.00
 Pengacara (DJ) 1 000.00

 Kumpulan Teater 5 000.00

 Selebriti Jemputan
(RM 5 000 x 2) 10 000.00

 Juri
2 000.00 18 600.00
(RM 250 x 4 juri x 2
pertandingan)

6. Cenderahati & Hadiah


 Goodie bag
Perasmi & Jemputan
(RM 10 x 50 orang) 500.00
 Goodie bag
Peserta
(RM 5 x 300 orang) 1 500.00

 Hadiah
o Nasyid :
(1st - RM 2 000 5 700.00

2nd - RM 1 000
3rd - RM 500
Saguhati - RM 200 x 11)
o Karaoke :
2 900.00 10 600.00
(1st - RM 1 000
2nd - RM 500
3rd - RM 300
Saguhati - RM 100 x 11)
28
7. Pakaian Urusetia
(RM 100 x 50) 5 000.00 5 000.00
8. Awasan 12 000.00
JUMLAH (RM) 130 000.00

29

You might also like