Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
27Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
DEMOKRASI DAN KEPELBAGAIAN PENDIDIKAN

DEMOKRASI DAN KEPELBAGAIAN PENDIDIKAN

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 1,305 |Likes:
Published by cik petir

More info:

Published by: cik petir on Aug 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2013

pdf

text

original

 
DEMOKRASI DAN KEPELBAGAIAN PENDIDIKANDalam kontek sejarah perkembangan pendidikan, negara kita telah mengalami beberapa proses dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat. Daripada dasar  pendemokrasian pendidikan sehinggalah kepada liberalisme pendidikan yang telahmemberikan kesan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pengetahuan rakyatamnya. Liberalisme pendidikan yang ada hari ini telah mewujudkan penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan pendidikan termasuk pihak swasta. Walaupun di peringkatawalnya menerima tentangan hebat daripada masyarakat kerana kerajaan cubamengurangkan bebanan tanggungjawab asas utama mereka tetapi, akhirya sedikit demisedikit masyarakat mula menerima konsep tersebut dengan syarat asas-asas penting tidak diabaikan seperti tanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman danseumpamanya.Apa yang paling penting di sini ialah konsep liberalisme pendidikan yang dipakai adalah bertunjangkan kepada konsep pendemokrasian pendidikan yang dipakai sebelum ini.Demokrasi pendidikan merupakan persamaan hak dan kesempatan bagi semuawarganegara untuk mendapatkan pendidikan tanpa adanya diskriminasi antara suatugolongan dengan golongan yang lain. Semuanya mendapat jaminan hak yang sama baik dalam undang-undang maupun dalam pelaksanaannya. Dalam pernyataan umum seduniatentang hak-hak kemanusiaan ( Universal Declaration of Human Right ) yang ditetapkanoleh Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948 dalam fasal 26menyebut bahawa :i Setiap orang berhak mendapat pendidikan. Pendidikan harus bebas sekurang-kurangnya pada peringkat asas dan peringkat dasar dan harus pula bersifat wajib.ii Pendidikan harus diarahkan kepada perkembangan sepenuhnya dari keperibadiankemanusiaan kepada memperkuatkan rasa hormat hak-hak kemanusiaan dan kebebasan.iii Orang-orang tua berhak untuk lebih dahulu memilih jenis pendidikan yang harusdiberikan kepada anak-anak.Pernyataan ini memberi maksud bahawa kerajaan hendaklah memberikan seluas-luasnyaruang kepada pelbagai pihak untuk menerima pelbagai jenis pendidikan yangdikehendaki asalkan tidak bercanggah dengan dasar dan polisi yang telah ditetapkan olehkerajaan. Satu asas yang paling penting perlu ditekankan di sini ialah pihak kerajaanmestilah mempunyai rasa tanggungjawab yang besar untuk membuka ruang danmempelbagaikan bentuk pendidikan kepada rakyat agar proses pembentukan pendidikanterus dapat diperkaya dengan semaksima mungkin. Konsep inilah juga yangmengekalkan sekolah jenis kebangsaaan cina, tamil sehingga ke hari ini di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Mengapa SAR yang sedia ada tidak disertakan dan dikekalkandalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ? Sementelahan pula SAR juga mengajak pelajar menjadi warganegara yang memberikan sumbangan kepada negara.Sikap yang menganggap SAR tidak perlu mengharapkan bantuan kerajaan kerana ia
 
adalah sekolah yang dibina atas usaha rakyat dan rakyat perlu berdikari sendiri tidak dapat diterima dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Dalam sistemdemokrasi, ‘kerajaan’ yang dipilih ialah di kalangan rakyat dan untuk kepentingan rakyat.Ia adalah berasaskan kepada kedaulatan rakyat, kekuasaan rakyat dan pemerintahanrakyat.Kita tidak menafikan kesungguhan kementerian dalam menjadikan pendidikan yang sediaada disepadukan dengan nilai-nilai murni dan etika. Langkah ini perlu diteruskan keranaia juga akan menuju ke matlamat yang sama. Begitu juga dengan integrasi nasional yangcuba ditekankan. Penekanan tersebut tidak boleh mengenepikan sama sekali pluralisasidalam pendidikan yang sememangnya akan berdepan dengan beberapa limitasi,sensitiviti, tuntutan yang berasaskan ras dan seumpamanya. Terdapat pelbagai amalandan pandangan mengenai pendidikan. Ini adalah disebabkan setiap kumpulan mempunyai budaya dan keperluan yang berbeza.Kematangan ibu bapa hari ini sudah tentu dapat membezakan di mana perlunya dihantar anak-anak mereka. Tidak perlu meng’ugut’ atau mengarahkan mereka. Biarkanlahmereka membuat pilihan sendiri. Jika dilihat semangat polisi pendidikan British padamasa sebelum kemerdekaan, mereka tidak mengenepikan hak ibu bapa untuk menentukan pendidikan anak-anak. Apatah lagi pengetahuan ibu bapa pada masa dahulutidak sama dengan tahap pengetahuan ibu bapa pada masa sekarang. Mampukah kerajaanmengatasi kehendak dan kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka? ataumahu membiarkan ibu bapa memendam perasaan tidak puas hati mereka secara senyap.Ia hanya akan berjaya pada jangka waktu yang pendek tetapi kami yakin untuk jangkamasa panjangnya, perasaan ketidakpuasan hati ini akan dilepaskan dengan ‘dentuman’yang kuat apabila tiba masanya.BERSIFAT TERBUKASuasana masyarakat majmuk dalam negara telah mendedahkan kita dengan kekayaansemangat toleransi yang tinggi. Pendedahan kepada pelbagai bangsa dan agamasewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagaiahli masyarakat yang telah lama hidup dalam suasana tersebut, ia sangat menyakinkankita dalam memperkayakan pemikiran sikap dan tingkah laku dalam melihat kepentingansesuatu bangsa dan agama. Masalah pendidikan SAR tidak boleh dilihat sebagaikepentingan sekelompok atau puak tertentu sahaja kerana ia adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Ia juga tidak boleh dikatakan wujudnya kepentingan politik semata-mata samada kewujudannya atau penghapusannya. Tetapi, apa yang lebih penting ialahmasalah kesinambungan pembangunan pendidikan ini adalah sebahagian besar daripada pembangunan Islam dan nilai-nilai etika yang baik dalam masyarakat yang seharusnyadilihat menjangkau jauh dan merentasi sempadan politik, puak, kaum, bangsa dan pertubuhan-pertubuhan yang ada.Pelbagai pihak yang terlibat seharusnya bersifat terbuka dalam melihat sejarah dan perjalanan bentuk sistem pendidikan ini. Mengapa sistem pendidikan yang sedia ada
 
kurang berjaya melahirkan pelajar yang budi pekertinya yang mulia sebagaima yangtercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Tanggapan ini adalah tanggapan umum yangagak sukar untuk ditolak. Kita tidaklah mahu mempersoalkan kelemahan yang ada tetapiadalah lebih baik jika kita mewujudkan persaingan melahirkan pelajar yang cemerlangdalam akhlaknya selain daripada kelayakan adademik. Jika persaingan kelayakanakademik telah dibuka sekarang dengan wujudnya Akta Pendidikan Swasta, apa salahnya persaingan dalam membentuk dan melahirkan insan yang terbaik dibuka seluas-luasnya.Kadangkala kita merasakan para ibu bapa sendiri teragak-agak untuk menghantar anak-anak mereka ke sekoah aliran kebangsaan.Walaupun struktur SAR dan pencapainnya mungkin lemah, kewangan yang terhad dan pelbagai kelemahan lagi tetapi pihak yang terlibat sanggup berkorban demi memeliharasistem pendidikan Islam yang suci itu. Bersidat pekalah kepada kehendak pencinta SAR dan bantulah mereka sekadar yang patut dan sewajarnya. Kelulusan akademik yangrendah, masalah pengurusan, kelemahan pentadbiran dan bantuan yang terhad adalah satu perkara yang sudah lama dibincangkan tetapi mengapa ia masih wujud sehingga ke hariini. Itulah bukti kekuatan yang ada pada mereka. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’ menjadi perkara biasa kepada mereka. Yang ‘luar biasanya ‘ ialah apabila tangga tersebut telah‘dicuri’ dan mereka sudah tidak mempunyai ‘tangga’ lagi untuk meneruskan pembinaan.Pandangan sebahagian kecil daripada 23 juta rakyat ini tidak boleh diketepikan begitusahaja oleh pihak berkuasa. Sesuatu yang benar perlu diambil kira dan janganmenyisihkan sekumpulan masyarakat ini dari arus perdana kerana dari sudut sejarah dansumbangannya kepada masyarakat tidak boleh dipandang kecil.

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mcyaa Nadia liked this
Azlena Adenan liked this
Shieyma Glemora liked this
Erna Nana liked this
Syuhaida Syu liked this
Gadivv Mas liked this
alengs76 liked this
alengs76 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->