You are on page 1of 19

JABATAN PELAJARAN PERAK

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK


PERINGKAT SEKOLAH
2005

Meningkatkan tahap pembacaan murid-murid serta memupuk


semangat membaca di kalangan murid-murid.

Oleh

Cik.Christina a/p Yessoo

SJK(T) Ladang Kalumpong,


34300 Bagan Serai, Perak.

30 JUN 2005

Kelolaan

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN PERAK.


NAMA SEKOLAH : SJK (T) LADANG KALUMPONG,
34300 BAGAN SERAI, PERAK.

DAERAH : KERIAN

TAJUK KAJIAN : Meningkatkan tahap pembacaan murid-murid serta


memupuk semangat membaca di kalangan murid-murid.

ASPEK KAJIAN : Murid-murid sering melakukan banyak kesalahan semasa


membaca.

MATAPELAJARAN : BAHASA TAMIL

KUMPULAN SASARAN : TAHUN 2 – 6.


ISI KANDUNGAN

Tajuk m/s
Abstrak 1
Pengenalan 2
Refleksi masalah yang dihadapi 3
Objektif kajian 4
Kumpulan sasaran 5
Pelaksanaan kajian 6
Tinjauan masalah 7–8
Analisis Tinjauan Masalah 9
Tindakan yang dijalankan 10 – 11
Refleksi kajian 12
Tips / Cadangan 13
Kesimpulan 14
Bibliografi 15
Lampiran 16-19
Abstrak

Fokus kajian utama ini ialah untuk mengenalpasti masalah pembacaan di


kalangan murid-murid tahun 2 hingga 6 iaitu untuk matapelajaran bahasa tamil. Objektif
kajian ini ialah untuk meningkatkan tahap pembacaan murid-murid serta memupuk
semangat membaca di kalangan murid-murid. Kumpulan sasaran yang dipilih adalah
terdiri daripada 12 orang murid. Tindakan yang dijalankan adalah sering menasihati
murid-murid tentang kepentingan membaca, membaca buku-buklu cerita. (Program
Nilam), latihan membaca semasa pengajaran dan pembelajaran, bahan bacaan sebagai
kerja rumah dan latihan menghafal.Tindakan-tindakan yang dijalankan telah memberi
keputusan yang positif kepada guru dan murid-murid. Selepas kajian ini dijalankan,
didapati ada perubahan dan peningkatan di kalangan murid-murid. Murid-murid yang
gagap membaca kini dapat membaca dengan lancar dan mengeja dengan betul.
Pengenalan

Bacaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting di dalam pengajaran dan
pembelajaran.Seseorang murid perlu fasih membaca supaya mendapat kecemerlangan di
dalam pelajaran.

Bacaan ini diajar dan diamalkan dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6.Tetapi yang
paling menyedihkan ialah murid-murid masih kurang fasih membaca.Budaya membaca
didapati sangat kurang di kalangan murid-murid.

Di bilik darjah, guru hanya boleh mengajar asas bacaan untuk murid-murid tahap 1.
Sebagai langkah yang kedua, dengan menggunakan asas yang dipelajari tadi, murid itu
sendiri yang perlu banyak membaca.Bukan sahaja di bilik darjah tetapi juga di rumah.

Bagi murid-murid tahap 2 pula, mereka sepatutnya tidak perlu lagi diingatkan
untuk membaca.Mereka sepatutnya sering membaca pada waktu bila-bila sahaja mereka
lapang.

Tetapi kini, budaya membaca di kalangan murid-murid amat kurang sekali.Oleh


sebab murid-murid tidak mempunyai semangat membaca, maka mereka tidak dapat
membaca dengan fasih dan lancar.Bukan sahaja tidak lancar, tetapi ada juga murid yang
tidak dapat membaca dengan betul.Yang paling menyedihkan ialah seseorang murid itu
tidak dapat membaca walaupun mereka sudah melangkah ke tahap 2.
\
Refleksi masalah yang dihadapi

Pada pendapat saya, di dalam hal bacaan ini, kita tidak boleh menyalahkan guru
semata-mata.Walaupun guru memberi tunjuk ajar yang banyak, jikalau murid tersebut
tidak ada usaha maka gagallah pengajaran tadi.Murid itu sendiri perlu ada semangat
membaca.Bila-bila sahaja ada masa lapang, murid mesti suka membaca.Tetapi budaya ini
sangat kurang di kalangan murid-murid sekarang.

Saya sebagai guru, ingin menjalankan kajian ini di kalangan murid-murid Tahun 2
hingga Tahun 6.Kajian ini bukan sahaja untuk mengenalpasti masalah tetapi juga untuk
meningkatkan tahap pembacaan murid-murid serta memupuk semangat membaca di
kalangan murid-murid.

Kesimpulannya, jikalau seseorang murid itu rajin membaca, maka sudah pasti
murid itu dapat membaca apa sahaja teks dengan fasih dan lancar.
Objektif Kajian

Objektif Am :

1) untuk meningkatkan tahap pembacaan murid-murid serta memupuk semangat


membaca di kalangan murid-murid.

Objektif Khusus :

1) Untuk meningkatkan tahap pembacaan murid-murid di sekolah.

2) Untuk memupuk semangat membaca di kalangan murid-murid.


Kumpulan Sasaran.

Kumpulan sasaran yang dipilih adalah Tahun 2 – 6.


Semuanya terdiri daripada 12 orang murid.

Tahun 2 - 2 orang murid.


Tahun 3 - 1 orang murid.
Tahun 4 - 2 orang murid.
Tahun 5 - 2 orang murid.
Tahun 6 - 5 orang murid.
Tinjauan Masalah.

Bacaan murid-murid boleh dinilai semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Saya sebagai guru Bahasa Tamil dapat menilai tahap bacaan murid-murid sewaktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Didapati tahap pembacaan murid-murid tidak begitu memuaskan.Secara
umumnya, saya dapat menjadualkan tahap pembacaan murid-murid di dalam
matapelajaran Bahasa Tamil dari Tahun 2 – 6 seperti berikut.

Tahap Bilangan murid


A – Amat baik -
B – Baik 4
C – Sederhana 5
D – Lemah 2
E – Sangat lemah 1

Keputusan ini dapat saya perolehi selepas pemerhatian saya semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Melalui pemerhatian saya juga, saya dapat gambaran bahawa murid-murid tidak
sayang membaca atau tidak mempunyai budaya membaca.Seseorang murid itu boleh
dikatakan mengamalkan sikap budaya membaca jikalau murid tersebut sering membaca
pada waktu lapang, semasa guru tiada di dalam kelas dan sebagainya.Tetapi apa yang
saya lihat ialah murid-murid jarang membaca.Bukan sahaja di sekolah tetapi juga di
rumah mereka.Semasa di dalam bilik darjah murid-murid mendengar apa yang guru
mengajar dan membuat latihan-latihan yang sepatutnya.Di rumah mereka membuat
latihan kerja rumah.Di sini, murid-murid tidak sama sekali mengagihkan masa untuk
membaca.Bukan sahaja membaca teks-teks bacaan tetapi juga buku-buku cerita.
Murid-murid didapati tidak berminat untuk membaca.

Saya juga memanggil beberapa orang ibubapa untuk ditemubual mengenai anak-anak
mereka.Kesimpulan daripada temubual itu didapati kebanyakkan anak-anak mereka tidak
mengagihkan masa untuk membaca.Selepas waktu persekolahan mereka lebih suka
keluar dan bermain.Hanya latihan-latihan kerja rumah sahaja dibuat di rumah.Bukannya
membaca.
Sebagai seorang guru, saya amat sedih dengan apa yang sedang berlaku di kalangan
murid-murid kita ini.Guru hanya boleh mengajar untuk membaca.Yang selebihnya
tertakhluk kepada usaha seseorang murid itu sendiri.
Sebagai bukti, saya juga telah menyelitkan satu borang yang telah saya berikan
kepada murid-murid untuk diisi oleh murid-murid sendiri.Di dalam borang itu, murid-
murid perlu mengisi hobi mereka.Iaitu apa yang mereka lakukan pada waktu lapang.
Keputusannya didapati murid-murid jarang membaca di rumah.

Malas untuk Faktor-faktor lain


membaca.Tidak ada seperti bermain,
keinginan untuk menonton televisyen
membaca. dan sebagainya.
( 25% ) ( 35% )

Kurangnya perhatian
ibubapa di rumah.
( 25% )
Analisis Tinjauan Masalah.
Membuat kerja
rumah. ( 15% )
Tindakan Yang Dijalankan.

1) Sering menasihati murid-murid tentang kepentingan membaca.


Guru Besar dan guru-guru seringkali menasihati murid-murid tentang kepentingan
membaca.Membaca merupakan satu asas kepada sesuatu pelajaran.Jadi melalui
membaca murid-murid dapat menulis sesebuah karangan dengan senang.Inilah
diantara nasihat yang sentiasa diberikan oleh Guru Besar dan Guru-Guru semasa
perhimpunan dan juga sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2) Membaca Buku-Buku Cerita. ( Program Nilam )


Murid-murid banyak digalakkan untuk membaca buku-buku cerita pada waktu sekolah
dan juga pada waktu lapang.Buku-buku cerita yang dibaca ini kemudiannya
direkodkan di dalam buku NILAM.Dengan ini guru-guru dapat mengesan berapa
banyak buku yang dibaca oleh seorang murid dalam setahun.

3) Latihan membaca semasa pengajaran dan pembelajaran.


Guru-guru digalakkan memberi banyak latihan-latihan membaca kepada murid-murid.
Semasa membaca sesuatu petikan, guru mestilah menyuruh murid-murid membaca
dahulu.Jikalau terdapat kesilapan, barulah guru membetulkannya.Membaca dengan
mengikut guru ataupun membaca selepas guru membaca merupakan satu kaedah yang
salah.Ini membolehkan murid-murid tidak berusaha untuk membaca.Dengan
menyuruh murid-murid membaca dengan sendiri, seseorang murid itu dapat berusaha
dengan sendirinya dan membaca sesuatu petikan dengan yakin pada apa yang
dibacanya.Ini juga mendorong seseorang murid untuk terus membaca lain-lain bahan
bacaan tanpa rasa takut.

4) Bahan bacaan sebagai kerja rumah.


Guru-guru juga memberikan bahan-bahan bacaan atau kad-kad bacaan sebagai kerja
rumah.Murid-murid akan membaca bahan-bahan tersebut di rumah.Keesokan harinya
murid-murid disuruh membaca teks tersebut di depan guru masing-masing.

5) Latihan menghafal.
Melalui latihan menghafal ini, murid-murid dapat membaca sesuatu bahan bacaan serta
menghafalnya.
Tahun 1 – 3 = Menghafal ayat-ayat yang ringkas.
Tahun 4 – 6 = Menghafal petikan-petikan kecil.
Guru akan memberikan 2 hari untuk murid-murid menghafal bahan bacaan mereka.
Selepas itu guru akan mengambil bahan bacaan tersebut.Dan murid-murid akan menulis
apa yang dibaca di dalam buku.Melalui kaedah ini juga guru-guru dapat mendorong
murid-murid untuk membaca.

Refleksi Kajian.
Saya amat gembira kerana dapat melaksanakan kajian tindakan ini dengan
sempurna.
Lagipun tajuk yang saya pilih juga amat membantu saya dalam menangani masalah
yang dihadapi.
Selepas menjalankan kajian tindakan ini, saya dapati ada perubahan yang berlaku.
Contohnya, bagi Tahap 1, murid-murid yang gagap membaca kini dapat membaca
dengan lancar.Murid-murid yang lemah membaca kini dapat mengenal sesuatu huruf dan
dapat membaca dengan mengeja dengan betul.
Walaupun seseorang guru mengamalkan banyak kaedah dalam sesuatu pengajaran
dan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi murid-murid, tetapi kesungguhan dan
usaha seseorang murid itu sangat penting demi menjayakan matlamat tersebut.
Kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid perlu berusaha untuk mencapai
matlamat yang dihajatkan.

Tips atau cadangan untuk tindakan seterusnya.


1. Ibu bapa mestilah memulakan ‘Budaya Membaca’ ini di rumah masing-masing.

2. Bagi memupuk semangat membaca ini, seseorang murid itu perlu diberi perhatian
supaya murid itu ada inisiatif ataupun sikap suka membaca.

3. Ibu bapa mestilah mendorong murid-murid untuk membaca dengan membelikan


mereka buku-buku rujukan, buku-buku cerita dan sebagainya pada hari jadi mereka.

4. Jikalau seseorang murid itu ingin menjadi seorang yang pandai membaca, pertama
sekali murid itu perlulah belajar ‘membaca dengan kuat’.

5. Ibu bapa mesti / perlu menyediakan pusat sumber kecil ( mini pusat sumber ) di
rumah.

6. Sewaktu ibu bapa pergi ke kedai, mereka mestilah membawa anak-anak mereka ke
kedai buku supaya anak-anak memilih sendiri buku-buku yang ingin mereka baca.

7. Ibu bapa tidak semestinya kedekut di dalam hal membelikan buku-buku yang sesuai
untuk anak-anak mereka.

8. Jikalau seseorang murid itu sudah mempunyai sifat suka membaca, maka murid itu
sendiri akan sentiasa membaca tanpa disuruh oleh orang lain. ( ulat buku )

9. Selain daripada membaca buku-buku sekolah, murid-murid juga perlu digalakkan


untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengetahuan am.Contohnya ;
isu-isu semasa, aspek sains, teknologi, berita dan sebagainya.

10. Murid-murid perlu membaca.Murid-murid perlu membaca apa yang perlu dibaca.
Murid-murid perlu membaca apa yang dibaca itu dengan teliti dan mendalam.
Kesimpulan.
Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pembacaan murid-murid
serta memupuk semangat membaca di kalangan murid-murid.
Selepas kajian ini dijalankan, didapati ada perubahan dan peningkatan di kalangan
murid-murid.Murid-murid kini lebih berminat untuk membaca buku-buku cerita, kad-kad
bacaan dan sebagainya.Melalui perubahan ini, pihak sekolah mengharapkan murid-murid
dapat meningkatkan tahap dan mutu bacaan mereka.
Melalui kajian ini juga, guru dapat menjalankan segala tindakan yang sepatutnya
untuk menjadikan kajian yang dijalankan ini menjadi lebih berkesan.
Kesimpulannya, jikalau murid-murid lebih berminat untuk membaca, maka sudah
tentu tahap pembacaan mereka akan meningkat.

Bibliografi
1) Nota kursus tindakan kajian. (2005)

Lampiran

You might also like