Professional Documents
Culture Documents
TAJUK :
KEPELBAGAIAN
SAMBUTAN PERAYAAN
KEAGAMAAN DI
MALAYSIA
Pengenalan
Di negara kita terdapat pelbagai perayaan mengikut kaum dan
agama masing-masing. Agama-agama utama di Malaysia
termasuklah agama Islam , Kristian , Buddha , dan Hindu .
Perayaan utama seperti Hari Raya Aidiladha , Hari Thaipusam ,
Hari Wesak dan Hari Krismas merupakan perayaan keagamaan
yang disambut di negara kita. Terdapat amalan-amalan tertentu
semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.
Kita dapat meraikan semua perayaan bersama-sama jika kita
mengetahui amalan-amalan perayaan pelbagai kaum . Dengan
ini, semangat perpaduan antara rakyat dapat dikuatkan dan
juga mengeratkan hubungan mesra pelbagai kaum .
Hari Thaipusam
• Dirayakan oleh seluruh
penganut agama Hindu
pada bulan Thai,iaitu
bulan kesepuluh dalam
kalendar Tamil.
• Disambut bagi
menghormati Dewa
Murugan atau Dewa
Subramaniam.
• Merupakan hari
menunaikan nazar dan
menebus dosa atau
memohon ampun di atas
dosa-dosa yang telah
dilakukan selama ini.
• Turut memberi
makanan kepada
orang miskin dan
bersedekah kepada
sami.
Hari Sembilan Maharaja Dewa
• Perayaan Sembilan
Maharaja Dewa juga
dikenali sebagai Kow
Wong Yeh disambut
pada hari kesembilan
pada bulan sembilan
dalam kalender lunar
Cina. Penganut
kepercayaan Taoist
akan berkumpul di kuil
untuk menyambut
perayaan ini.
• Sembilan Maharaja Dewa merupakan kult
bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang
dikenali sebagai 'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan
Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di
syurga di langit di bawah pemerintahan
'Thien Hou', Ratu Syurga yang menjaga buku
kehidupan dan kematian. Sembilan Maharaja
Dewa ini juga merupakan anak kepada
'Thien Hou' Ratu Syurga ini.
Terima Kasih