You are on page 1of 2

LAPORAN MESYUARAT / KURSUS / SEMINAR YANG DIHADIRI

NAMA GURU : ARIFFIN BIN SALLEH


TARIKH : 22 – 24 Februari 2011
PERKARA : KURSUS ASAS PENYELIDIKAN
PENGANJUR : INSTITUT AMINUDDIN BAKI
TEMPAT : INSTITUT AMINUDDIN BAKI (CAWANGAN UTARA), JITRA.

LAPORAN

Program telah disertai oleh 23 orang guru yang terdiri daripada Pengetua, Guru
Besar, Penolong Kanan dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(PPPS) dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Kursus dikendalikan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan
IAB(U) yang diketuai oleh Dr. Hj. Sazali bin Yusoff (Pengurus), Dr. Premavathy
Ponnusamy (Penolong Pengurus) dan Pn. Rosnani bt Kaman.
Objektif kursus ini adalah untuk:
o memastikan peserta dapat memahami proses asas untuk menjalankan
penyelidikan pendidikan;
o membina pengetahuan peserta terhadap langkah-langkah penyelidikan
saintifik secara sistematik dan mengikut prosedur sebenar;
o memastikan peserta dapat menyediakan contoh kertas cadangan
penyelidikan pendidikan.
Kursus ini terdiri daripada tujuh slot. Kandungan kursus terdiri daripada:
o Pengenalan kepada penyelidikan saintifik;
o Membuat tinjauan literatur dan membuat kerangka kajian;
o Pengenalan kepada kaedah mereka bentuk kajian;
o Kaedah-kaedah pengutipan dan penganalisisan data; dan
o Kaedah-kaedah penulisan laporan kajian.
Kursus diadakan dalam bentuk ceramah dan bengkel oleh peserta.

CADANGAN / TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

Memberikan taklimat / maklumat berkaitan kursus kepada semua ahli panitia


Bahasa Melayu semasa Mesyuarat Panitia.
Merancang dan melakukan penyelidikan pendidikan di sekolah.

1
ULASAN DAN CATATAN PENOLONG KANAN

ULASAN DAN CATATAN PENGETUA

Tarikh Tindakan : 01 MAC 2011

Disediakan oleh :

( ARIFFIN BIN SALLEH )


Guru Cemerlang Bahasa Malaysia,
SBP Integrasi Kubang Pasu,
Kedah.

You might also like