You are on page 1of 3

1.

Tajuk :
Pencemaran Alam Sekitar di Taman Daya, Johor Bahru ,Johor.
2. Senarai kandungan ( Rujuk Buku teks )
Perkara
• Penghargaan
• Pendahuluan
• Objektif kajian
• Kawasan kajian
• Kaedah kajian
• Dapatan kajian
• Rumusan
• Lampiran
• Rujukan
3. Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Daya 2, Pn Jamiaah bte Kechut kerana telah memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini.
Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Dinamik ......,
Pn/En .................................yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................
dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan
nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat
saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi
menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan
sekumpulan dengan saya
iaitu ......................................, .................................... , ...................................
dan ..............................
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi
meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan
tajuk ini
4. Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3
diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya
telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Daya, Johor Bahru, Johor”.
Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Daya kerana lokasi ini
merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang
yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga
terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman
yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu
persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari
bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.
5. Objektif kajian
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-
1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru,
Johor.
3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru,
Johor.
4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
6. Kawasan kajian
Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman
Daya, Johor Bahru, Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman
Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck
Seng Sdn, Bhd.
Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman
getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan
jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini
mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.
Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis
Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan
dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang
lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem
pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya
Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi.
Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan
mengambil masa lebih kurang 45 minit.
sila sertakan
sila klik Peta daerah Johor bahru yang diwarnakan sendiri
Pelan Taman daya yang diwarnakan sendiri (Nanti saya akan berikan )
7. KAEDAH KAJIAN
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa
kaedah iaitu:-
1) Kaedah pemerhatian
-Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman
daya dengan melihat system perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga
mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai
2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang
responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan
adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.
Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual )
2) Kaedah Temu bual - kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada
penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam
sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.
3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat
beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada
risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.

You might also like