You are on page 1of 20

MAZHAB

FATIMAH ZAHRAH BINTI MD. FAUADI


M10E
DEFINISI MAZHAB
• Jalan atau aliran fahaman yang dibawa oleh
tokoh dalam perundangan Islam

• Terdapat 4 Mazhab yang terkenal sehingga kini


- Mazhab Maliki
- Mazhab Hanafi
- Mazhab Syafie
- Mazhab Hanbali
SEJARAH KEMUNCULAN MAZHAB
• Mazhab wujud selepas zaman Umar r.a, apabila
sahabat mula bertebaran ke seluruh tanah jajahan
umat Islam.
• Apabila timbul permasalahan, susah untuk
berbincang kerana jarak yang jauh antara satu
sama lain.
• Perkara ini juga telah membawa kepada
kemunculan dua aliran iaitu
– Aliran ahli akal
– Aliran ahli hadis
aliran ahli hadis
di hijaz,makkah,madinah. Hal ini kerana
terdapat ramai para sahabat berada di
sini.
sebarang masalah yg timbul di rujuk
kepada hadis-hadis yg masih terpelihara.
diketuai oleh Imam Malik
Dikenali sebagai Mazhab Maliki pada
masa kini
 aliran ahli akal
 di Iraq. Disebabkan tempat yang jauh, hanya
sedikit sahabat berada di sini.
 timbul kesulitan untuk merujuk kepada hadis, juga
disebabkan terdapat banyak hadis palsu dibawa
oleh golongan munafik dan golongan Rafidah(syiah
Imamiyyah).
 utk elakkan hadis palsu, mereka meletakkan syarat
yang ketat dalam menerima sesuatu hadis dan
menggunakan kaedah qias daripada dalil-dalil
sedia ada.
 diketuai oleh Imam Abu Hanifah
 Dikenali sebagai Mazhab Hanafi pada masa kini
• pertembungan ini pada awalnya harmoni,
tetapi menjadi keruh disebabkan ketaksuban
pengikut-pengikutnya.
• Imam Syafie telah menggabungkan kedua-dua aliran ini menjadi
satu dalam Usul Al-Fiqh melalui kitab Ar-Risalah. Ia menjadi aliran
ketiga.
• Anak murid Imam al-Syafi’e ( Imam Ahmad ibn Hanbal ) telah
memulakan aliran yang keempat dengan memodifikasikan aliran
Imam al-Syafi’e .
– Beliau menumpukan kepada hadis dan periwayatannya.
– berjaya mendapat pengikut yang ramai melalui perjuangannya yang
cekal mempertahankan akidah ahli sunnah dalam berhadapan
dengan pihak penguasa yang beraliran Mu’tazilah.
• empat aliran tersebut telah mendominasi pemikiran umat Islam.
• Istilah mazhab digunakan secara meluas apabila pengikut-
pengikut menyebarkan ajaran imam masing-masing dan
mengeluarkan fatwa berhubung masalah semasa.
FAKTOR-FAKTOR
PERSELISIHAN PENDAPAT
• Tabiat akal dan kefahaman manusia yang berbeza.

• bahasa Arab- Bahasa Arab pula mempunyai lafaz sinonim yang


mengandungi lebih daripada satu makna ,kefahaman yang
tersurat dan tersirat, lafaz umum dan khusus dan lain-lainnya.

• Perbezaan pendapat dalam menentukan sumber hukum.

• Perbezaan pendapat dalam menentukan kaedah pengeluaran


hukum dan sumber-sumber tambahan.

• Perbezaan pendapat dalam memahami dan menghurai teks


hukum.
PRINSIP PERSELISIHAN YANG
DIBENARKAN
• Bersatu dan bersekukuh dengan nas (al-Quran dan Sunnah) tanpa
menyalahinya.
• Iltizam dengan apa yang telah disepakati oleh Ummah (ijma’).

- kita saling menguatkan apa yang kita sepakati, dan kita bertolak ansur
terhadap urusan yang kita ada perbezaannya”.
• perkara yang dibenarkan untuk diperselisihkan ialah dalam urusan-urusan
furui’yah- ranting permasalahan sahaja.
• Iltizam dengan manhaj umum yang telah dipegang oleh salafus soleh
khususnya Khulafa Rosyidin.
• Tidak membawa kepada perkelahian, pergaduhan, perpecahan dan
permusuhan.
• Perbincangan (hiwar) yang baik, beradab dan tenang.

• Dalam urusan yang tidak datang nas yang jelas, umat Islam harus bersedia
membuka pintu untuk menerima pro dan kontra sesuatu pandangan. Menerima
kritikan dan perbezaan yang membina.

• Tidak ingkar dalam perkara-perkara ijtihadiah yang berselisih padanya


pandangan antara ulama. Mujtahid tidak mengingkar mujtahid yang lain malah
menghormati mereka dengan ijtihad mereka.

- Imam as-Syafie pernah berkata “pandangan aku betul, tetapi berkemungkinan


salah. Pandangan mereka (selain mazhabku) salah, tetapi berkemungkinan
betul”.

• Pengikut mujtahid tidak mengingkar pengikut mujtahid yang lain selama mana
mujtahid tersebut dalam mazhab yang muktabar di sisi Ahlul Sunnah wal
Jamaah.
FAEDAH PERSELISIHAN PENDAPAT

• Membuka ruang kepada perbincangan yang


lebih mendalam berhubung dengan sesuatu
masalah.
• Memberi kemudahan dan mengelakkan
kesempitan- meletakkan masyarakat pada
satu pendapat sahaja menyusah dan
menyempitkan orang ramai, sedangkan Islam
itu adalah agama yang mudah dan bersifat
tolak ansur.
KEPERLUAN BERMAZHAB
• Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk
kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita
mempunyai ilmu yang cukup maka haram untuk kita mengikut
mana-mana mazhab.

• Apabila kita berpegang kepada pendapat imam mujtahid, kita


sudahpun berpegang kepada dalil dan tali yang kukuh. Imam
Dzahabi seorang ahli sejarah yang terkenal dan alim mengenai
ilmu-ilmu perawi hadis dalam kitab-kitab beliau tidak pernah
berbahas mengenai imam-imam mujtahid. Ini kerana penerimaan
umum dan kehebatan imam-imam mujtahid mencapai darjah
mutawatir, iaitu mustahil untuk orang ramai bersepakat untuk
berbohong dalam menyatakan keunggulan imam-imam tersebut.
MAZHAB MALIKI
• Salah satu daripada empat mazhab fiqh atau hukum Islam dalam 
Sunni.
• diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. Mahzab ini
mempunyai bilangan pengikut ketiga teramai iaitu lebih kurang 15%
daripada Muslim.
• Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki
juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu
sebagai sumber yang kelima.
• Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat
sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah,
tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal
di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad
daripada mazhab yang lain.
Kata-kata Imam Malik..
• 1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang
salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap
pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah
dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah,
tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi


wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil
dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa
sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)
MAZHAB HANAFI
• Nama sebenar pengasasnya ialah Nu’man bin Tsabit atau dikenali sebagai
Imam Abu Hanifah.
• Juga salah satu mazhab fiqh dalam Islam Sunni.
• Dasar-dasar Mazhab Hanafi
Abu Hanifah dalam menetapkan hukum fiqh terdiri dari tujuh pokok, yaitu : Al
Kitab, As Sunnah, Perkataan para Sahabat, Al Qiyas, Al Istihsan, Ijma’ dan Uruf.
• Mazhab ini terkenal sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden.
Mazhab ini diamalkan terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir, 
Turki, sub-benua India dan sebahagian Afrika Barat, walaupun pelajar Islam
seluruh dunia belajar dan melihat pendapatnya mengenai amalan Islam.
•  Mazhab Hanafi merupakan mazhab terbesar dengan 30% pengikut.
Kata-kata Imam Abu Hanifah..
1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di
dalam Al-Hasyiyah 1/63)

2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataan kami,


selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di
dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak
mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.

4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: “Sesungguhnya kami adalah manusia


yang mengatakan perkataan pada hari ini dan menariknya balik di esok hari”.

5. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah
dan khabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah
perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)
MAZHAB SYAFIE
• dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali
sebagai Imam Syafie.
• Mazhab ini kebanyakan diikuti para penduduk selatan Mesir, bahagian
barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Semenanjung Malaysia, Pantai
Koromandel, Malabar,Hadramaut (Yaman), dan Bahrain.
• Mazhab ini merupakan pertengahan antara Mazhab maliki dan Mazhab
Hanafi.
• Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah
mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik.
• menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik.
• Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii
sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat
mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh
ramai ulama yang hidup sezaman dengannya.
Kata-kata Imam Syafie
• “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah
Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau
sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda
Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq
karya Ibnu Asakir,15/1/3)
• “Kaum muslimin telah sepakat bahawa barang siapa yang telah terang
baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal
baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan
seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)
• “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan
dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah
dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah
apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)
• “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di
dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)
MAZHAB HANBALI
• Pendiri Mazhab Hambali ialah : Al Imam Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin
Hilal Azzdahili Assyaibani.
• Beliau lahir di Bagdad pada tahun 164 H. dan wafat tahun 241 H. Ahmad bin
Hanbal adalah seorang imam yang banyak berkunjung ke berbagai negara untuk
mencari ilmu pengetahuan, antara lain : Siria, Hijaz, Yaman, Kufah dan Basrah.
• beliau dapat menghimpun sejumlah 40.000 hadis dalam kitab Musnadnya.

Dasar-dasar Mazhabnya.

1. Nash Al Qur-an atau nash hadits.


2. Fatwa sebagian Sahabat.
3. Pendapat sebagian Sahabat.
4. Hadits Mursal atau Hadits Doif yang tidak bertentangan
5. Qiyas.

Dalam menjelaskan dasar-dasar fatwa Ahmad bin Hanbal ini didalam kitabnya
I’laamul Muwaaqi’in.
• Daerah yang Menganut Mazhab Hambali.
Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di
Bagdad, Irak dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada
abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa
pemerintahan Raja Abdul Aziz As Su’udi. Dan masa sekarang
ini menjadi mazhab resmi pemerintahan Saudi Arabia dan
mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab,
Palestina, Syria dan Iraq.
Kata-kata Imam Hanbali
• “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau
mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana
mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-
I’lam, 2/302)

• “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah


semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan
alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)”
(Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)

• “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa


sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.”
(Ibnul Jauzi, 182).

You might also like