You are on page 1of 5

Kertas Kerja

Mengadakan Ujian Tilawah Al Quran

Peringkat Kanak-Kanak
Anjuran
Surau Al-Muttaqin
Kampung Chabau
Ahli Jawatan Kuasa Pertandingan

• Pengerusi - Tuan Haji Mohd. Yusof bin Haji Bujang


• Setiausaha - En. Badrul Hisham bin Mohamad Yusof
• Bendahari - Saudara Mohd Razif bin Mansor
• AJK Kerja - Semua AJK Surau Al-Muttaqin Kampung
Chabau.
 Tuan Haji Mohd Yusof bin Hashim
 En. Mohd. Shamsur bin Haji Salim
 En. Sarjan bin Hj Muhamad
 En. Minhat bin Md. Deni
 En. Abu bin Insi
 En. Abu Hashim bin Haji Abu Samah
 En.Zainal bin Abu
 En. Idris bin Bujang
 Puan Hajjah Rohani binti Ayub
 Puan Saerah binti Yaakob
 Puan Hajjah Sharifah binti Mahat
 Puan Salmah bin Asan
Tarikh, Tempat dan Masa

• Tarikh dicadangkan : Cuti Sekolah

• Tempat Penganjuran : Surau Al Muttaqin


Kampung Chabau.

• Masa Pertandingan : 12.00 tengahari.


Kertas Cadangan

Pada mesyuarat AJK2 2010 yang dianjurkan pada 28hb Oktober 2010 (bersamaan 20-Zulkaedah 1431H)
telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kanak-Kanak untuk tahun 2011M
(1432H). Dalam mesyuarat berkenaan telah membincangkan serba sedikit secara kasar berkenaan dengan
majlis itu. Berikut adalah antara perkara-perkara yang diperbincangkan oleh ahli mesyuarat:

• Mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kanak-Kanak Anjuran AJK Surau Al-Muttaqin Kampung
Chabau terbuka kepada anak-anak Ahli Kariah Surau Al-Muttaqin Kampung Chabau.
• Kategori umur peserta adalah seperti berikut :
– Bagi Lingkungan Umur 7 hingga 9 tahun. (Maksima 5 orang)
– Bagi Lingkungan Umur 10 hingga 12 tahung. (Maksima 5 orang )
• Surah Bacaan akan ditentukan oleh Pihak Penganjur dan dibuat pilihan oleh Peserta yang mengambil
bahagian.
• Penjurian akan dibuat oleh Juri yang dilantik berdasarkan kriteria yang tertentu.
• Hadiah-hadiah yang disediakan oleh Pihak Penganjur adalah seperti berikut :
– Johan, Naib Johan dan tempat ketiga hadiah berupa wang tunai, cenderahati dan Sijil Penyertaan.
– Bagi tempat ke-4 dan seterusnya akan diberikan cenderhati dan Sijil Penyertaan.
• Majlis dicadangkan untuk diadakan pada Bulan March (3) tahun 2011M. Namun Tarikh sebenar masih belum
ditentukan lagi. Masa adalah bermula 12.00 tengahari.
• Tempat acara adalah di Surau Al Muttaqin, Kampung Chabau.
• Peserta akan di saring dahulu sebelum dibenarkan mengambil bahagian oleh AJK berdasarkan kebolehan
dan kemahiran membaca Al-Quran.
• Borang akan disediakan dan akan diberikan kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian.
• Juri akan dilantik mengikut kesesuaian Pertandingan.

Sehubungan dengan itu,dalam masa terdekat akan diadakan satu mesyuarat bagi melantik Ahli Jawatan Kuasa
Teknikal bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan Majlis Tilawah ini. Ianya akan terdiri daripada
Pengerusi Program, Timbalan, Setiausaha, Bendahari, Pegawai Teknikal dan Ahli Jawatankuasa Kerja
Anggaran Kos Perbelanjaan

Kos untuk menganjurkan Majlis Tilawah ini adalah seperti berikut :

• 1. Keindahan dan keceriaan Surau Al-Muttaqin ------------------- ( RM500.00 )


• 2. Penyediaan Pentas Tilawah Al-Quran ------------------- ( RM500.00 )
• 3. Hadiah Peserta ------------------- ( RM700.00 )
• 4. Cenderahati untuk Juri ------------------- ( RM200.00 )
• 5. Jamuan Makanan dan Minuman ------------------- ( RM600.00 )
• Jumlah Keseluruhan ------------------- ( RM2500.00 )

Semua kos adalah dalam anggaran sahaja tidak mengambarkan kos sebenar,
mungkin kos kurang sedikit dan mungkin juga kos akan menjadi lebih bergantung
kepada ekonomi semasa.

Adalah amat diharapkan agar dapatlah sekiranya individu atau berkumpulan yang
dapat memberikan sumbangan bagi menampung tabung / dana bagi melaksana
kan Majlis ini. Sesungguhnya curahan derma dan bakti semua akan mendapat
keredhaan dan kerahmatan dari Allah, dimurahkan rezeki serta di panjangkan
umur bagi meneruskan amal bakti kepada masyarakat setempat.

You might also like