You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

11010 BALIK PULAU,


PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI 1 2008

TARIKH : 2 Januari 2008


MASA : 12 tengahari
TEMPAT : Bilik Guru SKSR
KEHADIRAN : Guru Panitia Bahasa Arab
1 . Pn Haslinda Omar
2. Cik Nor Hafizoh abdul Aziz
3. Cik Mashithah Alwi
4. Encik Ahmad Nazahi Hamdan
5. Puan Hairulniza bt Mohamud
6. Puan Che Maznah bt Yahya
AGENDA :
1. Ucapan Ketua Panitia Bahasa Arab
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Hal-hal lain

BIL AGENDA PERKARA TINDAKAN


1 Ucapan 1.1 Kata aluan daripada Ketua Panitia Bahasa Semua GBA
Ketua Panitia Arab ( Pn Haslinda Omar )
Bahasa Arab 1.2 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima
kasih atas kesudian guru yang hadir ke
mesyuarat
1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, Ketua
Panitia mengingatkan kepada guru-guru
supaya menjalankan aktiviti melabelkan
kawasan sekolah dengan perkataan
bahasa arab.
2 Pengesahan 2.1 Minit mesyurat yang pertama telah Ustaz Ahmad
minit disahkan oleh Ustaz Ahmad Nazahi Hamdan Nazahi & Cik
mesyuarat dan telah disokong oleh Ustazah Norhafizoh Nor Hafizoh
kali 1 Abdul Aziz.
3 Perkara -Tiada perkara berbangkit.
berbangkit
4 Analisa Ujian 4.1 Ketua Panitia mengumumkan penurunan Semua GBA
Prestasi 2 peratus ujian prestasi 2 mungkin disebabkan
masalah guru yang menjaga ujian tersebut
tidak dapat menerangkan dengan jelas dalam
bahasa arab.
4.2 Ketua panitia memutuskan setiap kali
peperiksaan bahasa arab tidak akan
dimasukkan dalam jadual peperiksaan.

5 Laporan guru 5.1 Ustazah Mashithah menjelaskan tentang Semua GBA


yang penukaran bahasa arab komunikasi kepada
menghadiri bahasa arab sahaja pada tahun hadapan.
kursus 5.2 Guru j-Qaf diminta menyiapkan data
penilaian bahasa arab dan dimasukkan dalam
fail j-Qaf.
5.3 Semua guru bahasa arab diminta
menggunakan bahasa arab sepenuhnya di
dalam kelas semasa P&P berlangsung.
6 Jadual 6.1 Ketua Panitia meminta semua guru bahasa Semua GBA
Penentu Ujian arab menggunakan JSU bagi menyediakan
kertas soalan peperiksaan berdasarkan format
yang diberi dan penilaian perlu mengikut aras
murid-murid. (Mudah, Pertengahan dan
Susah)
6.2 Penilaian bahasa arab bagi tahun 1 dan 2
adalah dalam bentuk lisan ( komunikasi ),
namun perlu ada penilaian bertulis juga
sebagai bukti penilaian murid-murid.
7 Laporan j-Qaf 7.1 Ketua Panitia memaklumkan Ustaz Azmi Semua GBA
akan turun memantau perjalanan j-Qaf di
sekolah dan semua maklumat dan fail j-Qaf
perlu dikemaskinikan.
8 Hal-hal lain 8.1 Ustazah Maznah mengingatkan kepada Semua GBA
semua guru bahasa arab supaya sentiasa
membawa bersama sukatan pelajaran semasa
P&P.
8.2 Ustazah Mashithah mengingatkan guru-
guru j-Qaf menyiapkan data analisa bulanan
dan diserahkan kepada Ketua Panitia.
-Memaklumkan tentang buku pengkaedahan
bahasa arab dibekalkan untuk rujukan.
-Meminta pihak panitia menyediakan cop
panitia untuk kegunaan guru bahasa arab.
8.3 Ketua Panitia meminta Ustazah Hairulniza
membeli 1 set buku rujukan bahasa arab untuk
menambahkan lagi bahan rujukan guru.
- Mengingatkan kepada semua guru bahasa
arab supaya menyediakan resit setiap kali
pembeliaan bahan untuk kegunaan P&P.
4 Penutup 4.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima Semua GBA
kasih
4.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan
kifarah majlis dan surah Al-asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………….. ………………………
( Mashithah Alwi ) ( Pn Haslinda bt Omar )
Setiausaha Panitia Bahasa Arab Ketua Panitia Bahasa Arab

You might also like