You are on page 1of 5

MODEL 15

1. Semua kenyataan berikut mengenai negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah benar,


kecuali

Negeri-negeri melayu bersekutu terdiri daripada negeri sembilan,


perak,selangor,johor dan pulau pinang.

2. Di zaman penjajahan Inggeris, negeri-negeri di panatai barat semenanjung tanah


melayu lebih pesat membangun berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur. Ini
adalah kerana

Bijih timah yang menjadi sumber utama kemajuan ekonomi semenanjung tanah
melayu pada ketika itu dijumpai hanya di pantai barat.

3. Kongres melayu se Malaya III yang diadakan di Johor Bharu pada 11 Mei 1946 telah
membawa kepada tertubuhnya sebuah parti politik Melayu iaitu

Pertubuhan Kebangsaan melayu Bersatu (PEKEMBAR)

4. Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh British bagi membentras kegiatan komunis
di tanah melayu. Salah satu langkah ialah penempatan semua setinggan-setinggan.
Rancangan ini dikenali sebagai

Rancangan Briggs

5. Tertubuhnya suruhanjaya cobbold adalah hasil daripada rundingan di antara kerajaan


persekutuan tanah melayu dengan kerajaan british pada bulan November 1961.
Suruhanjaya ini telah dengan sebulat suara memperakukan

Perlembagaan Malaysia hendaklah diasaskan kepada perlembagaan persekutuan


tanah melayu 1957.

6. Majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah dipengerusikan oleh

Menteri Besar / Ketua Menteri

7. Sebelum persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaannya beberapa peristiwa


penting telah berlaku. Susun peristiwa di bawah ini secara kronologi

Tamat perang dunia kedua


Penubuhan UMNO
Penubuhan persekutuan tanah melayu
Rancangan Briggs

8. Pandangan rakyat Singapura mengenai gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh


YTM Tunku Abdul Rahm,an telah diperolehi melalui

Pungutan suara
9. Selepas peristiwa 13 mei 1969, darurat telah disitiharkan dan system kerajaan
berparlimen telah digantung. Pemerintahan negara pula diletakkan di bawah
MAGERAN. Tugas utama ialah

Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.

10. Salah satu daripada kenyataan di bawah ini mengenai kerajaan tempatan adalah
SALAH iaitu

Kerajaan tempatan diwujudkan untuk memberi peluang kepada penduduk-penduduk


tempatan mengambil bahagian dalam menttadbir kawasannya.

11. Perbadanan awam adalah ditubuhkan oleh kerajaan dengan tujuan

Untuk membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung di dalam


pembangunan sosio-ekonomi negara.

12. Parlimen Malaysia adalah terdiri daripada beberapa komponen. Komponen tersebut
ialah

Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

13. Pentadbiran peringkat mukim di negeri-negeri dalam semenanjung Malaysia adalah


diketuai oleh

Penghulu / penggawa.

14. Mahkamah rendah di semenanjung tanah melayu terdiri daripada mahkamah-


mahkamah berikut, kecuali

Mahkamah syariah.

15. Bagi tujuan melicinkan pentadbiran negara, perlembagaan persekutuan(jadual


kesembilan) telah dengan jelas membuat pembahagian kuasa di antara kerajaan
persekutuan dan negeri. Salah satu perkara yang diletakkan di bawah bidangkuasa
kerajaan negeri ialah

Kerja-kerja air.

16. En. Kasim seorang pegawai ingin menambah pendapatannya dengan membuka gerai
makan di waktu malam. En. Kasim

Boleh membuat pekerjaan tersebut setelah mendapat kebenaran daripada ketua


jabatan.

17. En. Kamal memiliki kebun 10 ekar dan rumah sewa 10 buah hasil peninggalan arwah
ayahnya. Kini beliau berkhidmat dengan kerajaan setelah tamat pengajiuannya.
Dalam keadaan ini En. Kamal
Perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik sahaja
dilantik.

18. Seorang pegawai kanan kerajaan tidak boleh membuat sesuatu pernyataan awam
mengenai sesuatu peraturan baru yang akan dikautkuasakan melainkan setelah
mendapat kebenaran bertulis daripada

Menteri yang berkenaan.

19. Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandung di dalam
sesebuah fail.

Draf-draf surat.

20. Lembaga perubatan boleh ditubuhkan atas sebab-sebab berikut, kecuali

Apabila pada setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut pegawai telah mendapat
cuti sakit 15 hari atau lebih.

21. Cik Sabariah seorang penolong pengarah di jabatan perdana menteri baru sahaja
menerima telegram yang menyatakan bahwa ibunya sedang sakit tenat di kampong.
Beliau bercadang untuk balik ke kampong. Sekiranya cuti rehat beliau telah habis ,
maka beliau boleh dipertimbangkan untuk mengambil

Cuti tanpa gaji.

22. Selaku ketua jabatan , En. Shamsudin boleh meluluskan cuti sakit berdasarkan sijil
sakit daripada doctor swasta kepada kakitangan bawahannya. Walaupun , dalam
tempoh setahun hanya boleh diberikan sebanyak

15 hari.

23. Matlamat terakhir wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang
maju menjelang tahun 2020. Ini bermaksud

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara ‘ala malaysia’ yang maju dengan
caranya tersendiri.

24. Matlamat akhir bagi semua rancangan pembangunan kerajaan ialah

Perpaduan nasional.

25. Satu daripada yang di bawah ini bukan merupakan teras perkhidmatan sebagaimana
yang terdapat di dalam buku panduan perkhidmatan cemerlang iaitu

Berkhidmat untuk negara.


26. Penswastaan merupakan pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang
tertentu kepada sector swasta. Tujuan ianya dilancarkan oleh kerajaan adalah
sepertimana berikut, kecuali

Untuk mempastikan penglibatan pihak swasta yang lebih meluas ke dalam urusan
pentadbiran negara.

27. Falsafah Pendidikan negara pada masa ini memberi penekanan kepada usaha

Melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

28. Dasar penswastaan yang diamalkan oleh negara kita adalah bermaksud

Pemindahan kepada sector swasta aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan
tanggungjawab sector awam.

29. Faedah-faedah yang boleh diperolehi hasil daripada perlaksanaan KMK di jabatan-
jabatan kerajaan adalah seperti berikut, kecuali

Dapat menjimatkan masa bekerja.

30. Proses Q sangat penting disediakan oleh agensi-agensi kerajaan, khususnya agensi
yang

Memberi perkhidmatan kaunter.

31. Carta aliran kerja di dalam manual prosuder kerja dan fail meja ialah

Gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan yang terlibat dalam satu
aktiviti.

32. Proses kerja di dalam fail meja adalah merupakan rangkaian tindakan yang perlu
diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi menjalankan
sesuatu aktiviti. Sesuatu proses kerja yang jelas itu akan dapat menentukan perkara-
perkara berikut, kecuali

Menentukan beban tugas seseorang pekerja itu.

33. Pilih kenyataan yang betul mengenai prosuder penyediaan minit bagi sesuatu
mesyuarat

Minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat dari
tujuh hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.

34. Fasilitator bagi sesuatu kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) biasanya adalah
dilantik oleh pihak pengurusan . Peranan fasilitator ini adalah seperti berikut, kecuali

Menentukan projek-projek yang perlu dikaji oleh KMK.


35. Sistem cadangan Q perlu diwujudkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk

Memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalaangan kakitangan dalam aspek


peningkatan kualiti.

36. Pelaksanaan piagam pelanggan adalah melibatkan beberapa peringkat. Peringkat-


peringkat tersebut adalah seperti berikut kecuali

Penentuan standard kualiti piagam.

37. Cek-cek kerajaan yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan hendaklah dicatatkan
tempoh sah lakunya bagi jangkamasa

3 bulan dari tarikh cek.

38. Perbelanjaan mengurus terbahagi kepada dua jenis iaitu perbelanjaan tanggungan dan
perbelanjaan perbekalan. Perbelanjaan tanggungan ialah perbelanjaan yang
dipertanggungkan terus kepada kumpulanwang disatukan. Salah satu daripadanya
ialah

Bayaran pencen.

39. Semua hasil atau wang yang dipungut oleh jabatan-jabatan kerajaan hendaklah
dimasukkan ke dalam kumpulanwang yang dikenali sebagai

Kumpulanwang Disatukan.

40. Anggaran belanjawan tahunan bagi jabatan-jabatan persekutuan dan negeri untuk
tahun berikutnya akan mula disediakan oleh jabatan-jabatan berkaitan

Setelah pengumuman belanjawan tahunan semasa diumumkan oleh Menteri


kewangan di parlimen.

You might also like