You are on page 1of 9

30 Nov 2006

1. Idea-idea baru yang diperkenalkan untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan


awam adalah merupakan suatu

(A) inisiatif
(B) inovasi
(C) promosi
(D) perkhidmatan cemerlang

2. Mengikut Pekeliling mengenai strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam


Perkhidmatan Awam, satu daripada tindakan yang perlu diambil bagi
mengelakkan pembaziran bahan-bahan input adalah

(A) mengamalkan system pemegang stok yang lebih


(B) memberi maklumat yang jelas kepada pembekal
(C) menjalankan pemeriksaan kualiti pada peringkat awal ke atas bahan-bahan
input
(D) menetapkan standard prestasi yang jelas untuk kakitangan

3. Peranan Utama yang dimainkan oleh jawatankuasa Pemandu Kumpulan


Meningkat Mutu Kerja ialah

(A) sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah


(B) merangka dasar pelaksanaan KMK
(C) memastikan ahli-ahli KMK berdisplin semasa mesyuarat
(D) memberi latihan kepada ketua-ketua kumpulan

4. Konsep produktiviti sering dikaitkan dengan konsep

i. kecekapan
ii. keberkesanan
iii. kualiti
iv. kuantiti

(A) iii sahaja


(B) i, ii dan iii sahaja
(C) i, iii dan iv sahaja
(D) ii, iii dan iv sahaja

5. Sistem Cadangan Q yang perlu diwujudkan di agensi-agensi kerajaan adalah


berfungsi

(A) Sebagai saluran penyampaian idea agensi kerajaan kepada Unit


Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
(B) Untuk memupuk inovasi di kalangan kakitangan
(C) Untuk menggalakkan kakitangan berhubung di antara mereka
(D) Sebagai pemangkin kepada Kumpulan Meningkat Mutu Kerja

6. Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang berorientasikan pelanggan


dilihat sebagai satu proses

(A) Pengubahsuaian matlamat organisasi


(B) Pemodenan pengurusan sesebuah organisasi
(C) Transformasi budaya sesebuah organisasi
(D) Menarik perhatian pelanggan terhadap terhadap kewujudan sesebuah
organisasi

7. Carta aliran kerja di dalam Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ialah

(A) Rangkaian kerja-kerja yang terlibat di dalam sesuatu aktiviti


(B) Carta organisasi yang menunjukkan pembahagian kerja kakitangan
berkenaan
(C) Proses kerja dan peraturan yang terlibat di dalam sesuatu akt
(D) gambarajah secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan yang terlibat di
dalam sesuatu aktiviti

8. Berdasarkan Arahan Perbendaharaan,pemungut hendaklah menyimpan semua


buku resit yang belum digunakan dengan selamat, Jika kerana apa-apa sebab
sesuatu borang resit itu rosak, ianya hendaklah

(A) dimusnahkan
(B) dihantar kepada perbendaharaan
(C) dipinda atau diperbaiki sebelum digunakan semula
(D) dibatalkan dan disimpan untuk diaudit

9. Delain daripada Perbendaharaan, agensi kerajaan yang memainkan peranan utama


dalam pemeriksaan Belanjawan Pembangunan adalah

(A) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan


Perdana Menteri
(B) Jabatan Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
(C) Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(D) Bahagian Kabenit, Jabatan Perdana Menteri

10. Seorang Ketua Jabatan telah didapati membuat bayaran kepada kontraktor
bekalan peralatan tanpa mengikut peraturan di bwh Akta Acara Kewangan.
Tindakan yang boleh diambil ke atas beliau ialah

(A) penjara
(B) surcaj
(C) amaran keras
(D) turun pangkat

11. Setiap pegawai Pengakaun yang telah diperuntukan peruntukan melalui waran
peruntukan hendaklah mengawal perbelanjaan bagi peruntukan kewangan yang
diamanahkan kepada mereka. Untuk tujuan tersebut , mereka hendaklah
menyenggara sebuah dokumen iaitu

(A) Buku Lejar


(B) Buku Vot
(C) Buku Belanjawan
(D) Buku Debit/Kredit

12. Panjar seperduabelas/Panjar Tiga perduabelas adalah

(A) Pendahuluan bagi membayar gaji


(B) Peruntukan wang tunai dalam Kumpulan Wang Disatukan yang digunakan
untuk memudahkan perbelanjaan berkala
(C) Pendahuluan khas kepada pegawai penjaga sesuatu Kumpulan Pasukan
Tentera
(D) Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai perakauanan untuk
membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera.

13. Perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan modal

(A) Bagi aktiviti harian dan berterusan


(B) Yang tidak berulang
(C) Bagi aktiviti yang berulang
(D) Yang tiak perlu dibentangkan di parlimen

14. Matlamat terakhir ”Wawasan 2020” ialah pembentukan sebuah negara Malaysia
yang maju menjelang tahun 2020.Ini bermaksud

(A) Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara”ala malaysia” yang maju


dengan caranya tersendiri
(B) Malaysia akan mempunyai cirri-ciri sebuah Negara maju menjelang tahun
2020
(C) Pada tahun 2020 Malaysia akan mencapai hasratnya mewujudkan satu
masyarakat yang sempurna seperti mana yang ditakrif oleh Negara-negara
maju yang lainnya
(D) Menjelang tahub 2020 pembangunan ekonomi Malaysia akan berkembang
ke arah pembentukan negara perindustrian yang meningkatkan kualiti dan
daya pengeluaran semata-mata

15. Salah satu strategi Dasar Pembangunan Nasional ialah mewujukan satu corak
pembangunan yang seimbang diantara aspek-aspek berikut kecuali
(A) Matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan
(B) Sector korporat dengan sector awam
(C) Sector-sektor utama ekonomi
(D) Negeri dan kawasan bandar dan luar bandar

16. Dasar Pertanian Negara (DPN) yang baru bagi tempoh 1992- 2010 memberi
perhatian ke arah mengatasi kelemahan-kelemahan utama DPN. DPN yang
terdahulu tidak memberi perhatian secukupnya kepada masalah

(A) Mengatasi halangan-halangan permintaan


(B) Jurang perbezaan produktiviti sector pertanian dan pembuatan
(C) Jurang perbezaan penempatan antara kaum
(D) Mengatasi halangan-halangan tenaga manusia

17. Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan Sains dan Teknologi,


kerajaan telah mengumumkan dasar sains dan teknologi Negara pada April 986
yang memberi fokus kepada

(A) Penggunaan teknologi canggih dengan cara mengimportnya daripada


negara-negara barat
(B) Usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik
dan teknologi dengan cara mengujudkan suasana yang baik untuk
menggalakkan penciptaan saintifik
(C) Penggunaan teknologi moden disektor awam dan swasta
(D) Usaha dan keupayaan untuk mengujudkan sektor perindustrian yang
menekankan kerja-kerja pemasangan dan perosesan pengeluaran

18. Dalam konteks perkhidmatan awam , akauntabliti bermaksud

(A) Bertangungjawab dalam melaksanakan tugas yang diserahkan dan


memastikan pencapaian matlamatnya
(B) Penggunaan masa secara berkesan bagi meningkatkan produktiviti
(C) Membuat keputusan dengan tepat, adil dan saksama
(D) Mempunyai ilmu pengetahuan yang tingi dan kemahiran yang mencukupi
dalam menjalankan tugas

19. Konsep produktiviti sering dikaitkan dengan konsep

i. Amanah
ii. Jujur
iii. Boleh dipercayai
iv. Memelihara kepentingan awam

(A) i dan ii sahaja


(B) iii dan iv sahaja
(C) i,ii dan iii sahaja
(D) i, ii, iii dan iv sahaja

20. En Amir tidak berani mencuba carabaru kerana takut menemui kegagalan.
Berdasarkan Tonggak Dua Belas, En Amir tidak menghayati nilai

(A) Amanah dan Tangungjawab


(B) Nikmat Mencipta
(C) Keseronokan Bekerja
(D) Kerajinan Membawa Berkat

21. Antara perlakuan berikut yang dapat memperlihatkan sikap bertangungjawab


seseorang anggota perkhidmatan awam ialah

(A) Tidak mengharapkan orang lain menyempurnakan tugasnya


(B) Sentiasa menunjukkan muka manis
(C) Sentiasa menjaga imej dan maruah diri
(D) Memilih kerja dan waktu yang sesuai untuk melaksanakan kerja tersebut .

22. Penentuan bayaran bagi kerja lebih masa dibuat mengikut jenis-jenis tertentu .
jenis-jenis kerja lebih masa adalah spt berikut kecuali

(A) kerja siang


(B) kerja malam
(C) kerja mustahak
(D) kerja kecemasan

23. Pegawai berkursus di luar negara layak dibayar elaun pakaian panas sekiranya
memenuhi syarat berikut:

i. Bertugas di kawasan beriklim sederhana


ii. layak menuntut sebanyak RM1500 sahaja
iii. layak menuntut elaun tersebut sekali dalam tempoh 3 tahun
iv. layak dituntut setiap kali diarah berkursus

(A) i dan ii sahaja


(B) i , ii dan iv sahaja
(C) i,ii dan iii sahaja
(D) i, ii, iii dan iv sahaja

24. Lembaga perubatan boleh dipanggil untuk memeriksa kesihatan seseorang


pegawai dalam kedaan-keadaan berikut kecuali apb

(A) Pegawai telah tercedra semasa bertugas


(B) Pegawai bercuti sakit melebehi 35 hari setahun selama 3 tahun berturut-
turut
(C) Pegawai disahkan mengidap penyakit barah
(D) Kesihatan badan pegawai diragui

25. En. Mohd seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk
merasmikan sambutan Jubli Emas sebuah firma di Ampang. Di akhir majlis,
Pengurus Besar firma tersebut telah menghadiahkan beliau sebuah pita rakaman
keluaran firma tersebut . Dalam keadaan ini , En. Mohd

(A) Hendaklah dengan serta merta menolak hadiah tersebut


(B) Boleh menerima hadiah tersebut kerana ianya adalah sumbangan ikhlas
firma berkenaan
(C) Boleh menerima hadiah tersebut dan kemudiannya menyerahkannya
kepada badan kebajikan Jabatannya
(D) Boleh menerima dahulu hadiah tersebut secara rasmi dan kemudian
melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatannya.

26. En Baba telah dilantik ke Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) pada 1 Januari 1995.
Setelah disahkan dalam perkhidmatan, beliau telah dilantik ke jawatan Penolong
Pegawai Tadbir. Sekiranya beliau tidak dapat disahkan di dalam jawatan
Penolong Pegawai Tadbir, beliau

(A) Mestilah kembali ke jawatan asalnya


(B) boleh dibenarkan kembali kejawatan asalnya dengan syarat ada surat
sokongan Ketua Jabatan lamanya
(C) boleh dibenarkan kembali ke jawatan asalnya dengan syarat ada
kekosongan
(D) boleh dibenarkan kembali ke jawatan asalnya di jabatan baru

27. seseorang pegawai yang baru tiba dari kuar Negara boleh ditahan sekiranya
disyaki menghidap penyakit yang berjangkit. Tempoh penahan pegawai tersebut
dikira sebagai

(A) cuti kuarantin bergaji penuh


(B) cuti sakit bergaji penuh
(C) cuti tanpa rekod
(D) cuti permulihan

28. satu daripada teori motivasi membahagikan factor-faktor motivasi kepada dua
factor iaitu factor galakkan (motivating factor) dan factor penyelenggaraan
(hygiene factor) . Satu factor berikut boleh digolongkan dalam kategori factor
galakkan iaitu

(A) polisi dan prosedur pentadbiran


(B) kemudahan yang sesuai dengan kedudukan
(C) pengiktirafan
(D) gaji
29. “Komunikasi” merupakan satu proses pertukaran maklumat di antara dua atau
lebih manusia. Prinsip-prinsip ”komunikasi” adalah spt bkt kecuali
(A) jelas
(B) ringkas
(C) lengkap
(D) telus

30. Entropy ialah dimana sesebuah organisasi berada dalam keadaan

(A) Kacau bilau atau kucar kacir


(B) harmoni
(C) peralihan corak kepimpinan
(D) berprestasi tinggi

31. sorg penolong pegawai tadbir sedang mengambil tindakan terhadap sebuah fail
terperingkat dibiliknya. Beliau telah dipanggil oleh kj nya yang ingin bertanyakan
sesuatu perkara dengan segera. Dalam keadaan ini beliau hendaklah

(A) memasukkan fail terperingkat ke dalam cabinet besi


(B) mengunci pintu dan menutup tingkap biliknya
(C) menyimpan fail dalam laci dimejanya
(D) memberi kepada ketua pembantu tadbir untuk disimpan sementara

32. Salah satu drp kategori pas bkt bukan tergolong dalam kategori pas keselamatan

(A) Pas keselamatan tetap


(B) Pas keselamatan sementara
(C) Pas keselamatan terhad
(D) Pas keselamatan pelawat

33. Kulit kulit fail terperingkat diberi warna-warna tertentu . kulit fail terperingkat
”Rahsia Besar” bewarna

(A) Kuning dengan berpalang merah disebelah luar kulit hadapan dan
belakang
(B) Merah dengan berpalang merah disebelah luar kulit hadapan dan belakang
(C) Hijau dengan berpalang hijau muda disebelah luar kulit hadapan dan
belakang
(D) Merah dengan berpalang merah jambu disebelah luar kulit hadapan dan
belakang

34. faktor utama yang boleh membawa kepada kebocoran maklumat rasmi kerajaan
ialah kelemahan manusia. Kelemahan-kelemahan tsb adalah adalah spt bkt
kecuali

(A) keinginan hendak menunjuk-menunjuk


(B) tidak cermat ketika bercakap
(C) ketagihan minuman keras yang berlebihan
(D) suka menghadiri majlis-majlis social rasmi

35. bagi menjaga keselamatan jabatan masing2, kj hendaklah mengambil langkah-


langkah mencegah kemasukan org –org yang tidak dibenarkan ke kawasan
larangan. Satu daripada langkah tersebut ialah

(A) mendaftarkan semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di jabatan


berkenaan
(B) mewujudkan system pas keselamatan atau kad pengenalan pejabat
(C) mengehadkan waktu2 tertentu bagi orang ramai berurusan dengan jabatan
berkenaan
(D) mengadakan pakaian seragam yang khas kepada kakitangan yang bertugas
di jabatan berkenaan

36. sekiranya berlaku kehilangan fail di pejabat, apakah tindakan yang perlu diambil
bagi menyimpan surat yang baru diterima.

(A) membuka fail baru


(B) membuka fail khas
(C) membuka sampul kecil
(D) memasukkan ke dalam fail lain sementara waktu

37. perkara2 berikut perlu dicatatkan di dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan setiap
pegawai kerajaan kecuali

(A) pingat/kurniaan-kurniaan
(B) kursus-kursus yang telah dihadiri
(C) pinjaman perumahan kerajaan
(D) tarikh persaraan ssorg pegawai

38. apb sesebuah fail yang di Simpan Dalam Perhatian (SDP) telah dikeluarkan lebih
awal dari tarikh SDP nya, maka tindakan yang perlu diambil oleh Pembantu
Tadbir Di Bhg Pendaftar Fail ialah

(A) memberitahu pegawai yang membuat SDP di mana fail itu berada
sekarang
(B) mengambil semula fail itu dari tempat ia berada dan menghantarnya
kepada pegawai yang membuat SDP fail itu
(C) memberitahu pegawai yang mengambil fail yang di SDP itu supaya
menghantar fail kepada pegawai yang membuat SDP
(D) menghantar ingatan kepada pegawai yang menggunakan fail SDP itu
supaya dikembalikan segera
39. pegawai yang dilantik sbg pegawai perhubungan antara jabatan dengan Jabatan
Arkib Negara

(A) Pegawai Rekod Jabatan


(B) Pegawai Perhubungan Jabatan
(C) Pegawai Arkib Jabatan
(D) Pegawai Perhubungan Awam

40. semua surat rasmi hendaklah mempunyai nombor rujukan fail. Perkara ini sgt
mustahak kerana

(A) tujuan mengesan fail bagi memasukkan surat


(B) memudahkan pegawai mengesan perkara yang dirujuk
(C) memudahkan sistem pembukaan fail
(D) bagi mengesan surat2 dan mengambil tindakan lanjut yang diperlukan

You might also like