You are on page 1of 6

j2e

SULIT 0212
02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Ogos
2008
2jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas soa/an ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,


Bahagian C dan Bahagian D.

2 Bahagian A terdiri daripada 2 bahagian: Bahagian A (i) dan Bahagian A


(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
Masa yang dicadangkan ia/ah 40 minit.

3 Sahagian S mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ia/ah 25 minit.

4 Bahagian C mempunyai lima pilihan soa/an dan anda dikehendaki supaya


menjawab satu soa/an sahaja. Masa yang dicadangkan ia/ah 45 minit.

5 Bahagian 0 mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ia/ah 10 minit.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

[Lihat sebelah
02/2 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri K~dah SULIT
j2e
SUUT 2

Sahagian A(i) : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang perlunya telefon bimbit kepada pengguna pada masa ini. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon bimbit sebagai media teknologi komunikasi kian berkembang dan menjadi alat
keperluan kepada individu. Kepelbagaian fungsinya, menjadikan telefon bimbit menjadi sangat
istimewa. Oleh itu, perkhidmatan telefon bimbit mendapat sarnbutan yang baik memandangkan
keupayaannya merapatkan jarak sesama manusia serta kemampuannya menghubungkan
manusia tanpa mengambil kira faktor pemisah dan waktu.

Sebagai alat telekomunikasi moden, manusia dapat berkomunikasi dengan cepat, meluas
dan mudah. Pengiriman dan penerimaan mesej dalam pelbagai bentuk teks, gambar dan bunyi
dapat dilakukan melalui telefon bimbit. Permintaan yang tinggi dan populariti yang mendadak
dalam kalangan masyarakat, membuatkan harga telefon bimbit menjadi murah dan mampu
dimiliki. Pengguna mudah membawanya ke mana-mana. Terdapat kecenderungan yang besar
bahawa remaja sering berkomunikasi tentang sesuatu yang bersifat peribadi. Ada juga remaja
yang menggunakannya untuk menyertai program televisyen, menghubungi pihak berkuasa untuk
melaporkan aktiviti jenayah dan mengganggu ketenteraman orang lain dengan mengirim gambar
atau teks porno.

Penuntut institusi pengajian tinggi paling kerap berkomunikasi dengan kawan rapat, rakan
sekuliah, kenalan dan ibu bapa. Mereka dapat bertanya khabar dan mengirim ucap selamat.
Remaja juga sering membawa dan mendampingi telefon bimbit ke mana-mana sahaja mereka
pergi. Terdapat rungutan yang mengatakan bahawa remaja banyak menghabiskan wang
pinjaman mereka untuk telefon bimbit. Banyak aktiviti harian mereka seperti janji temu,
termasuklah tidur dan bangun ditentukan oleh deringan telefon. Mereka juga banyak mernbuang
masa kerana khusyuk berkomunikasi melalui telefon. Sebaliknya, ibu bapa pula membekalkan
telefon bimbit kepada anak-anak mereka yang masih bersekolah supaya mereka senang
memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak.

Kini, telefon bimbit bukan lagi menjadi barangan mewah. Berdasarkan kajian yang dibuat
oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia didapati bahawa pada tahun 2006, bagi setiap 100 orang
penduduk, sebanyak 72.8% daripadanya memiliki telefon bimbit. Peratusan ini semakin
meningkat dari semasa ke semasa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Telefon Bimbit,


Keperluan atau Sekadar Aliran Terkini " Dewan Siswa, Jun 2007)

0212 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 3 j2e

Sahagian A(ii) : Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan pelikan Sahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata khusyuk berkomunikasi. [2 markah]

2 Apakah keburukan telefon bimbit kepada remaja? [4 markah]

3 Pada pendapat anda, apakah kesan sampingan penggunaan telefon bimbit kepada
pengguna? [4 markah]

[Lihat Sebelah
0212 © Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT
4 j2e
SULIT

Bahagian B

[20 markah]

Jadua/ di bawah menunjukkan penglibatan juvana da/am jenayah mengikut pecahan umur.
Huraikan pendapat anda tentang penglibatan juvana dalam kes jenayah tersebut.
Panjangnya huraian anda hendak/ah tidak melebihi 120 patah perkataan.

NEGERI
I

I JUMLAH KES

L------
I 1-------,------1

__--'--1 13-15
UMUR

---'-__
16-18

JUMLAH
TANGKAPAN

I
j

~_R_L1S
2005

59 54 64 118 - __:

i KEDAH 431 I 207 483 721


I i ,- J

+ _
I
r-- --------tf-- ---+-I- - - - - - f - - - - - - - - - - - - - I

-t-
I

~ PULAU ~~AN~_~ __ ~~=___ 94


__
302 412

PERAK 336 61
I
404 466
I
I I I

JUMLAH 1129 416 1253 1717

Perangkaan Penglibatan Juvana dalam kes Jenayah Mengikut Pecahan Umur Tahun
2005

0212 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


j2e
SULIT 5

Sahagian C

[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Anda Pengerusi Kelab Rukun Negara di sekolah anda. Dalarn satu perhirnpunan, anda
telah dijernput untuk rnernberikan ucapan yang bertajuk "Kepentingan Perpaduan dalarn
Kalangan Pelajar".

Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.

2 Arnalan rnenderrna rnerupakan budaya hidup yang rnulia.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan rnenderrna.

3 Rakan anda dari luar negara ingin rnengetahui tentang ternpat-ternpat bersejarah

yang terdapat di neqara anda.

Tulis sepucuk surat buat rakan anda.

4 Anda telah berbual dengan rakan anda tentang punca-punca berlakunya pencernaran
di negara kita.

Sediakan dialog tersebut selengkapnya.

5 Tulis sebuah cerita berdasarkankan peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang­

renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

[Lihat Sebelah
0212 © Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT
6 j2e
SULIT

Sahagian 0
[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di
Tingkatan 1 atau Tingkatan 3.

(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah


(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
(iii). Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hi. Yusuf
(iv) Limpahan Darah Di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh
(v) Panas Salju, karya Talib Samad
(vi) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(vii) Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh
(viii) Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

0212 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT

You might also like