You are on page 1of 2

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1 Tajuk : Alat : Teka Silang Kata Kad manila dan pen marker

Objektif 1. Menggalakkan ahli bekerjasama. 2. Menggalakkan ahli berfikir dengan kreatif. Langkah 1. Ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Terangkan peraturan bahawa setiap kumpulan perlu menulis satu perkataan yang dipersetujui oleh semua ahli sebelum ahli lain boleh mencadangkan perkataan lain untuk ditulis. 3. Tekankan juga bahawa setiap ahli perlu menyumbang perkataan supaya tugas tidak tertumpu kepada idea seorang ahli sahaja. 4. Satu markah akan diberikan pada setiap abjad dalam perkataan.

5. Ahli diminta untuk mencari tema dan membina perkataan berdasarkan kepada
tema tersebut. Contohnya, alat sukan, barang dapur atau kelengkapan sekolah. 6. Mereka diminta berhenti mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 7. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang. 8. Bincangkan bersama alhi bagaimana mereka berjaya atau gagal mendapatkan perkataann yang dikehendaki dan apakah strategi yang mereka gunakan. 9. Fasilitator meminta mereka merumuskan bagaimana aktiviti ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 2 Tajuk : Alat : Sekolah Impian Kad manila dan pen marker

Objektif 1. Mewujudkan kerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberi.

2. Meningkatkan kreativiti ahli. 3. Membina keyakinan diri para alhi.


Langkah 1. Setiap kumpulan diminta untuk melakarkan sebuah sekolah yang mereka impikan. 2. Setiap perkara yang dilakarkan perlulah mempunyai makna atau penjelasannya.

3. Ahli-ahli kumpulan perlu menyumbang idea supaya tugas tidak tertumpu kepada
idea seorang ahli sahaja. 4. Setiap kumpulan diminta untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh masa 30 minit dan membentangkan hasil kerja mereka. 5. Ahli kumpulan lain boleh bertanya atau memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan yang membuat persembahan.

You might also like