You are on page 1of 3

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT _________________________________________________________________________ KOD KURSUS /COURSE CODE : HBML4303 TAJUK

KURSUS /COURSE TITLE : KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEMESTER /SEMESTER : SEPTEMBER 2011 _________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum 15 Disember 2011. Serahan selepas 15 Disember 2011 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

SOALAN TUGASAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan memastikan perkembangan murid-murid secara menyeluruh, iaitu dari aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, sosial dan nilainilai estetik (Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu, 2003). Namun dari segi pelaksanaannya, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dilihat kurang berkesan dan kurang menarik serta tidak mencapai objektif yang diharapkan. Sebagai salah seorang guru Bahasa Melayu yang berpengalaman, anda dikehendaki menyediakan satu sesi latihan dalaman kepada guru-guru bahasa Melayu melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah anda. Sesi latihan tersebut adalah dalam bentuk kertas kerja yang bertujuan meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru. Kertas kerja yang akan dibentangkan kelak berjudul Ke Arah Mempelbagai Strategi dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Untuk Pencapaian Objektif yang Lebih Berkesan. Rancangkan kertas kerja tersebut bedasarkan perkara-perkara berikut: a. b. c. d. Pernyataan tentang masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat sekolah rendah Pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi pengajaran yang sesuai untuk BM peringkat sekolah rendah Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai Cadangan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. (30 markah)

PANDUAN PELAJAR a. b. c. d. Rujuk kepada modul dan sumber bercetak lain atau sumber daripada internet yang boleh dipercayai untuk memahami konsep penulisan yang diberikan. Sila jangan gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan. Lakukan perbincangan bersama guru-guru bahasa yang lain untuk mendapatkan maklumat, pandangan, serta pendapat mengenai tajuk penulisan yang diberikan. Tugasan mestilah dalam bentuk penulisan ilmiah,bersistematik, teratur dan jelas berdasarkan aturan berikut: (1) (2) (3) (4) e. f. g. Pengenalan Objektif Penulisan Huraian, analisis dan perbincangan berkaitan isi kandungan yang hendak disampaikan. Rumusan atau penutup. Sila gunakan gaya APA untuk sebarang petikan dan sumber rujukan yang digunakan. Lakaran, gambar rajah, dan gambar foto yang sesuai boleh digunakan sebagai bahan sokongan penulisan. Sila berbincang dengan tutor dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat dan bimbingan terbaik untuk menyediakan tugasan ini. __________________________________________________________________________ PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 30% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30% : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperolehi. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 30% : Markah sifar akan diberikan.

MUKA SURAT TAMAT

You might also like