You are on page 1of 22

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN
Selepas kertas ujian siap digubal dan dibuat kajian rintis terhadapnya, langkah seterusnya ialah mentadbirkan ujian tersebut kepada calon-calon. Langkah-langkah mentadbir ujian termasuklah dari persediaan bilik/dewan ujian, menyusun kerusi dan meja, memberi arahan kepada calon, mengedarkan kertas soalan/jawapan, memungut kertas jawapan dan menyimpan/menyerahkan kertas jawapan kepada guru berkenaan. Tajuk ini akan mendedahkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir dan aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru/pengawas ujian dalam mentadbirkan sesuatu ujian. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan tentang penyelarasan permarkahan, pemeriksaan skrip jawapan, penyelarasan markah ujian dan penilaian markah ujian.

OBJEKTIF
Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan langkah-langkah pentadbiran ujian; 2. menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mentadbir ujian; 3. meyelaras pemarkahan jawapan ujian; 4. menyelaras markah ujian; dan 5. membuat penilaiaan terhadap markah ujian.

PETA MINDA TAJUK


PentadbiranUjiandanPenilaian

PentadbiranUjian

PemeriksaanSkripJawapan

PenyelarasanMarkahUjian

PenilaianMarkahUjian

132

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

7.1

PENTADBIRAN UJIAN

Tahukah anda bagaimana sesuatu ujian dilaksanakan? Apakah prosedurprosedur yang perlu dipatuhi oleh pengelola sesuatu ujian tersebut? Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada sebelum, semasa dan selepas diadakan sesuatu ujian tersebut? Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang pelajar atau sekumpulan pelajar. Bagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah, tetapi gagal memberikan maklumat yang diperlukan guru atau pihak tertentu. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan dengan baik. Sesuatu ujian yang diberikan itu boleh berbentuk ujian rujukan kriteria atau ujian rujukan norma. Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati sesuatu matlamat penilaian, maka langkah seterusnya ialah mentadbir ujian itu kepada para pelajar. Dalam usaha menjamin kesahan sesuatu ujian, aspek arahan ujian, jarak kedudukan tempat duduk dan lokasi bilik/dewan peperiksaan perlu diberi perhatian seperti dalam rajah 7.1.

Rajah 7.1: Lokasi peperiksaan

Sebelum sesi peperiksaan bermula, ketua pengawas peperiksaan perlu menyemak terlebih dahulu bilangan kertas peperiksaan yang disediakan agar mencukupi untuk semua calon yang mengambil peperiksaan. Ketua pengawas peperiksaan juga perlu memastikan bahawa kertas soalan peperiksaan adalah seperti yang dijadualkan. Ketua pengawas juga perlu tahu prosedur tertentu sekiranya terdapat calon/ramai calon yang datang lewat. Selain itu, persediaan perlu dibuat bagi calon yang memohon untuk mengambil peperiksaan di hospital, yang mungkin disebabkan mereka tidak sihat atau terlibat dalam sesuatu kemalangan.

7.1.1

Arahan Ujian

Arahan ujian/peperiksaan terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian pertama, arahan yang diberikan dalam kertas soalan, dan bahagian kedua, arahan yang diberikan oleh guru/ ketua pengawas peperiksaan.

OUM

133

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi arahan tentang cara menjawab bersama contoh soalan dan jawapan dan juga masa yang diperuntukkan untuk menjawabnya. Misalnya, arahan tentang bagaimana calon harus menjawab soalan yang diberikan. Bagi sesetengah calon, misalnya pelajar-pelajar Tahun 1 atau Tahun 2, arahan yang jelas daripada guru diperlukan supaya mereka benar-benar faham bentuk jawapan yang diperlukan. Contoh arahan dalam kertas soalan adalah seperti berikut: Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas soalan yang disediakan. Masa peperiksaan 2 jam. Sila tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan. Anda dikehendaki menjadi ketua pengawas peperiksaan pada minggu hadapan di tempat anda. Apakah persiapan-persiapan anda perlua lakukan untuk menghadapi situasi ini?. Sila sediakan satu senarai semak untuk membolehkan peperiksaan ini berjalan dengan cemerlangnya. Bincang dengan rakan anda berhubung dengan senarai semak yang anda kemukakan itu. Apakah maklumbalas yang anda terima daripada rakan anda? Arahan lisan oleh ketua pengawas selepas calon memasuki bilik/dewan peperiksaan perlu dibuat dengan jelas supaya semua calon dapat mendengar dan memahami arahan yang diberikan. Arahan berkaitan peperiksaan wajar diberikan sebelum peperiksaan bermula untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum calon mula menulis jawapan. Arahan pada peringkat awal peperiksaan juga dapat mengelak gangguan kepada caloncalon semasa mereka menjawab soalan peperiksaan. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kesilapan dalam soalan peperiksaan, ketua pengawas perlu memaklumkannya terlebih dahulu tentang kesilapan tersebut sebelum calon mula menjawab soalan peperiksaan.

Rajah 7.2: Contoh kertas peperiksaan Open University Malaysia

134

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Berikut ialah beberapa arahan yang biasa diberikan kepada calon sebelum mereka mula menjawab soalan peperiksaan: (a) Sebelum peperiksaan bermula. Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk di meja yang telah ditetapkan. Calon-calon diingatkan supaya tidak melakukan sebarang salah laku peperiksaan seperti meniru jawapan atau berbincang dengan calon lain. Seterusnya, calon-calon diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas jawapan, seperti nama calon, kelas dan sebagainya. Kemudian ketua pengawas akan mengarahkan calon untuk menyemak kertas soalan peperiksaan supaya tidak ada sebarang kecacatan, seperti tidak cukup muka surat, percetakan tidak jelas atau tersilap mendapat kertas soalan.

Rajah 7.3: Calon diminta masuk ke dewan peperiksaan

(b) Semasa mula menjawab soalan. Apabila tepat pada masa untuk menjawab soalan, ketua pengawas perlu memberikan arahan supaya calon mula menjawab soalan dan memberi tahu masa tamat menjawab soalan. (c) Sebelum tamat masa menjawab. Apabila masa menjawab hampir tamat, kebiasaannya 15 minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas perlu mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon menjawab soalan seperti dalam rajah 7.4 di bawah.

Rajah 7.4: Arahan ketua pengawas

OUM

135

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

(d) Selepas tamat masa menjawab. Ketua pengawas hendaklah mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa menjawab tamat. Ketua pengawas perlu mengarahkan semua calon duduk di tempat masing-masing sehinggalah semua kertas jawapan dikutip. Contoh arahan: (a) Calon-calon dibenarkan masuk ke bilik/dewan peperiksaan. Sila mengambil tempat duduk seperti yang telah ditetapkan. (b) Calon-calon diingatkan agar tidak meniru dalam bilik/dewan peperiksaan. (c) Calon-calon dikehendaki menyemak jumlah muka surat kertas soalan peperiksaan. Sila angkat tangan jika terdapat kesilapan pada kertas soalan. (d) Calon-calon boleh mula menjawab soalan sekarang. Peperiksaan tamat pada pukul 10.30 pagi. (e) Calon-calon diingatkan bahawa masa menjawab soalan hanya tinggal 15 minit lagi. (f) Masa menjawab soalan tamat. Sila berhenti menulis dan letakkan pen atau pensel di atas meja.

7.1.2

Suasana di Tempat Peperiksaan

Anda sekarang sedang mula memasuki dewan peperiksaan setelah mendapat arahan untuk berbuat demikian. Tempat duduk yang manakah menjadi pilihan anda? Adakah pilihan yang anda lakukan tersebut banyak membantu anda untuk menghadapi peperiksaan nanti? Kenapa? Selain arahan yang diberikan oleh ketua pengawas adalah jelas, aspek lain yang perlu diberikan perhatian ialah lokasi dan suasana tempat peperiksaan diadakan. Calon-calon yang mengambil peperiksaan memerlukan tempat dan suasana yang selesa. Keselesaan ini termasuklah dari segi kemudahan di bilik/dewan peperiksaan seperti meja dan kerusi, alat penghawa dingin/kipas angin. Menurut Abu Bakar (1996), calon-calon yang lemah dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi mereka peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Pihak pentadbir/guru khususnya perlu mengelakkan daripada memilih tempat peperiksaan yang diganggu oleh bunyi bising yang boleh mengganggu tumpuan calon-calon menjawab soalan. Di samping itu, aspek pencahayaan juga perlu dititikberatkan. Misalnya, pada hari yang panas, cahaya menjadi terlalu terang; sebaliknya semasa hujan bilik menjadi lebih gelap. Keadaan ini memerlukan pengawas peperiksaan mengambil langkah-langkah sewajarnya, seperti memindahkan calon-calon yang terkena panas matahari dan menyalakan lampu apabila bilik agak gelap. Sebaik-baik tempat peperiksaan ialah di bilik/dewan yang telah dikhususkan sebagai bilik/dewan peperiksaan. Di bilik/dewan ini, kebiasaannya, kemudahan telah disediakan dengan mencukupi dan keselesaan murid lebih terjamin. Malah bilik/dewan berkenaan biasanya telah dipastikan supaya memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai bilik/dewan peperiksaan.

136

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

7.1.3

Jarak Tempat Duduk

Perkara yang amat penting diberi perhatian berkaitan bilik/dewan peperiksaan ialah jarak tempat duduk/meja. Tempat duduk/meja calon-calon yang mengambil peperiksaan perlu dijarak/dijauhkan sedikit berbanding jarak semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jarak yang perlu diambil kira termasuklah jarak antara calon di hadapan dan calon di belakang dan juga calon di kiri dan calon di kanan seseorang calon berkenaan. Penyusunan tempat duduk dalam jarak yang sesuai ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya peniruan. Jarak kedudukan yang cukup jauh dapat mengelak calon daripada meniru jawapan calon lain dan memberi ruang untuk pengawas bergerak dalam bilik/ dewan peperiksaan.

Rajah 7.5: Jarak tempat peperiksaan

Selain tiga aspek di atas, aspek-aspek lain yang perlu diberikan perhatian termasuklah peranan ketua pengawas dan pengawas sendiri seperti dalam rajah 7.6 di bawah. Pengawas tidak boleh menolong mana-mana calon dalam apa cara sekalipun, misalnya menjelaskan maksud soalan kepada calon tertentu. Semasa peperiksaan, calon sering kali bertanya pengawas apabila terdapat soalan yang kabur/tidak jelas. Pengawas perlu berhati-hati semasa cuba membantu calon, agar tidak memberi klu jawapan atau jawapan yang salah.
Ketua pengawas danpengawas

Arahan Ujian

4aspek pentadbiranujian
Jarak tempat duduk Suasanaditempat peperiksaan

Rajah 7.6: Aspek pentadbiran ujian

OUM

137

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Penipuan seringkali berlaku dalam peperiksaan. Beberapa aspek perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya penipuan, selain menjarakkan tempat duduk calon, iaitu mengosongkan meja peperiksaan, selain hanya kertas soalan, kertas jawapan dan alat tulis yang diperlukan, mengawasi pergerakan keluar-masuk calon semasa peperiksaan, terutama ke bilik air. Pengawas juga perlu memberikan amaran tentang denda yang boleh dikenakan kepada calon sekiranya didapati melanngar peraturan peperiksaan, seperti meniru atau berbincang.

Latihan 7.1
Berapa jarakkah biasanya antara dua meja semasa ujian/peperiksaan?

7.2

PEMERIKSAAN KERTAS JAWAPAN

Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan telah dikutip, guru akan melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa memeriksa skrip jawapan, seperti bentuk ujian yang diberikan, jawapan yang diberikan oleh pelajar, sama ada dalam kertas jawapan yang disediakan (contohnya, borang OMR) atau jawapan dalam bentuk esei. Bagi jawapan berbentuk objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Sekiranya jawapan dibuat pada borang OMR, adalah lebih mudah memeriksa borang jawapan melalui mesin memproses borang OMR. Sebaliknya, jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja, berbanding jawapan berbentuk objektif. Lazimnya, pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memerlukan guru pakar dalam mata pelajaran tertentu. Selain itu, tujuan ujian dilaksanakan turut mempengaruhi prosedur pemeriksaan skrip jawapan. Bagi ujian yang bertujuan mendapatkan maklumat tahap penguasaan pelajar bagi kemahiran tertentu, ia memerlukan guru memeriksa skrip jawapan dengan segera, agar keputusan peperiksaan dapat digunakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses memeriksa skrip jawapan, guru juga mungkin berhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu, seperti memeriksa skrip jawapan dalam bilik guru yang bising. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan skrip jawapan. Bagi memastikan pemeriksaan kertas jawapan menjadi lebih objektif, tanpa dipengaruhi faktorfaktor yang dinyatakan tadi, maka skema jawapan perlu disediakan sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa skrip jawapan ujian/peperiksaan. Dalam memberikan markah/gred kepada pelajar, kadang-kadang guru mengambil masa yang agak lama untuk memeriksa jawapan dan memberi markah/gred kepada pelajar. Keadaan ini menimbulkan rasa gelisah/risau di kalangan pelajar, dan seterusnya ia boleh menyebabkan pelajar merasa tidak puas hati dengan markah/ gred yang mereka perolehi. Ini jelas menunjukkan pelajar amat mementingkan dan merasa sensitif terhadap markah/ gred tersebut. Justeru, keadilan terhadap penilaian pencapaian pelajar ini menuntut guru untuk lebih berhati-hati dan bertanggungjawab semasa membina soalan, mentadbir ujian, memeriksa jawapan dan membuat penilaian. Rajah 7.7 menunjukkan persepsi guru yang boleh menyebabkan ketidakadilan semasa mereka memeriksa jawapan pelajar, iaitu Kesan Halo.
138

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

KesanHalo Jawapannya kurangmemuaskan. Tapimuridinidarikumpulan pandai.Elokbagisahaja markahyang tinggi.

Rajah 7.7: Kesan Halo

Malah ada sebilangan guru yang tidak mengambil tindakan susulan yang sepatutnya dibuat daripada maklumat yang diperoleh daripada ujian/peperiksaan yang dijalankan. Misalnya, guru boleh menggunakan maklumat yang diperoleh bagi meningkatkan pencapaian pelajar dengan memberikan kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada mereka, umpamanya semasa cuti sekolah.

Latihan 7.2
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Kesan Halo.

7.2.1

Skema Pemarkahan

Skor yang diperolehi seseorang pelajar adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Di samping prestasi jawapan, skor yang diperoleh juga dipengaruhi cara pemarkahan oleh guru/pemeriksa. Pada umumnya, dalam sesuatu ujian/peperiksaan, penggubal soalan/guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang seperti dalam rajah 7.8 yang menerangkan kepentingan perbincangan dalam penyediaan skema pemarkahan.

OUM

139

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Rajah 7.8: Penyediaan skema pemarkahan

Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi memeriksa jawapan, tiga aspek perlu diberik perhatian oleh guru/penggubal soalan, iaitu: (a) Kandungan mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan. (b) Pengelolaan aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang. (c) Proses aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif menjawab. Secara umumnya, skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu skema pemarkahan holistik, dan skema pemarkahan analitik.
Skemapermakahan

Skema pemarkahanholistik

Skema pemarkahananilitik

Rajah 7.9: Skema pemarkahan

(a) Skema Permarkahan Holistik Skema jenis ini disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi (impression). Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang
140

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

atau mata pelajaran berkenaan. Contoh skema pemarkahan secara holistik adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.1:
Jadual 7.1: Skema Permarkahan Secara Holistik
Markah 5 4 3 2 1 0 Kriteria Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat memberikan hujahdenganbaikdanberkesan. Baik menguasai kebanyakan objektif serta dapat memberikan hujahdenganbaikdanberkesan. Memuaskan menguasai hampir sebahagian objektif dan memberikanhujahyangmemuaskan. Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan memberi hujah yangtidakmemuaskan. Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan memberihujahyanglemah Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah yang diberikanamatlemah.

Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding permarkahan secara analitik. Walaupun begitu, cara pemarkahan holistik dianggap sebagai kurang objektif. Langkah untuk meningkatkan keobjektifan dapat dibuat melalui mesyuarat penyelarasan markat antara pemeriksapemeriksa berkenaan. Dalam mesyuarat ini, ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan/maklum balas daripada pemeriksapemeriksa dan seterusnya latihan tertentu diberikan kepada mereka. (b) Skema Permarkahan Analitik Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebig terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Misalnya, penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan dipertimbangan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah dibuat berdasarkan aspek-aspek seperti markah untuk isi/fakta, persembahan dan bahasa. Contoh skema pemarkahan analitik bagi ujian kemahiran lisan bahasa Melayu sekolah rendah adalah seperti Jadual 7.2 berikut:

OUM

141

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Jadual 7.2: Skema Permarkahan Secara Analitik

142

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon terlalu ramai. Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei, langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemeriksa/guru ialah seperti Jadual 7.3 berikut:
Jadual 7.3: Langkah-langkah pemeriksaan Tahap 1 Langkah-langkah Memahami kehendak soalan pemeriksa/guru perlu benar-benar memahami kehendak soalan supaya skema jawapan yang disediakan tepat kepada kehendak soalan. Menyediakan skema pemarkahan - skema perlu fleksibel, iaitu boleh ditokok tambah atau dibaiki mengikut pemahaman dan jawapan caon. Calon mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat dalam skema tetapi idea itu boleh diterima. Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan. Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu. Memeriksa jawapan hingga selesai. Mengelakkan daripada mengenali nama pelajar. Memberikan ulasan pada kertas jawapan.

3 4 5 6 7 8

Latihan 7.3
Kenapa pemeriksa/guru perlu mengelak daripada mengenali pelajar/ calon?

7.2.2

Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan

Penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang. Lazimnya, penyelarasan pemeriksaan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dimulakan. Penyelarasan yang dibuat adalah berdasarkan isi, bentuk dan pemberatan markat. Pemeriksa terlebih dahulu hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan membandingkannya dengan pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa-pemeriksa lain.

OUM

143

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Tujuan penyelarasan ini dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markat kepada calon-calon. Dalam peperiksaan umum, seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei, ketua pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh peperiksa-pemeriksa lain untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

7.2.3

Penyelarasan Markah Ujian

Penyelarasan markah ujian perlu dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon/ pelajar adalah di luar jangkaan. Kadang kala dalam sesuatu ujian, didapati terlalu ramai pelajar yang mendapat markah terlalu rendah. Ini mungkin disebabkan soalan ujian yang terlalu susah. Dalam keadaan begini, guru mungkin akan mengambil tindakan untuk memberikan markat bonus kepada pelajar-pelajar untuk mengatasi masalah soalan yang terlalu susah ini. Seperti yang dijelaskan lebih awal, dengan adanya penyelarasan pemeriksaan skrip jawapan, ia dapat membantu mengurangkan perbezaan markah yang diberikan oleh pemeriksa-pemeriksa. Penyelarasan pemeriksaan skrip ini juga diharapkan dapat membantu pemeriksa-pemeriksa memberikan markah yang lebih adil kepada setiap calon/pelajar. Di samping penyelarasan pemeriksaan skrip jawapan, penyelarasan markah ujian akan membantu guru memperbaiki taburan skor dan gred yang diperolehi pelajar. Sebagai contoh, bagi satu ujian yang sangat susah, sekiranya guru tidak membuat penyelarasan markah, besar kemungkinan tiada pelajar yang akan mendapat gred A. Katakanlah markah yang diperolehi lima pelajar ialah 76, 75, 74, 70 dan 69; sementara markah minimum untuk mendapat gred A ialah 80. Justeru, tiada pelajar yang akan mendapat gred A dalam ujian ini. Dalam keadaan begini, guru mungkin ingin membuat pertimbangan sama ada pelajar yang mendapat markah 74 ke atas itu layak diberikan gred A atau tidak. Jika layak, penyelarasan markah perlu dibuat, iaitu dengan menaikkan markah 74 kepada 80. Pelajarpelajar lain akan mendapat tambahan markah tertentu seperti yang akan dijelaskan kemudian. Begitu juga dengan markah lulus, sekiranya kita menetapkan markah lulus 40, dan kita dapati terlalu ramai pelajar gagal ujian ini, penyelarasan markah perlu juga dibuat. Bagaimanapun, kita bukan ingin meluluskan semua pelajar yang gagal, tetapi hanya kepada pelajar-pelajar yang berada di sempadan (border) markah lulus. Langkah penyelarasan markah ujian Sebagai contoh, dalam satu ujian matematik, markah yang diperolehi pelajar ialah antara 31 dan 77. Jadi anda ingin membuat pertimbangan agar ada pelajar yang mendapat A dalam ujian ini. Untuk mendapat gred A, pelajar perlu mendapat markah minimum 80. Keputusan sama ada anda ingin memberikan gred A kepada pelajar yang mendapat markah 77 sahaja atau pelajar yang markah 75 terpulang kepada pertimbangan anda sebagai guru. Jika pertimbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat markah 77 sahaja, maka penyelarasan boleh dibuat dengan menambah tiga (3) markah untuk menjadikannya 80 markah. Begitulah juga seterusnya. Dalam masa yang sama, anda ingin membantu pelajar yang mendapat markah 36 untuk mendapat gred lulus (40). Formula pengiraannya ialah:

144

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

y = mx + c Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar (constant). Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperoleh melalui formula: m = (MA - ML)/(MPA - MPL) c = MA mMPA Di mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah minimum untuk gred lulus, M PA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan M PL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus. Sebagai contoh, M A = 80, M L =40, M PA =77, M PL = 36; maka: m = (MA-ML)/(MPA-MPL) = (80 40) / (77 36) = 40/41 = 0.98 c = MA mMPA =[80 (0.98)(77)] = 80 75.46 = 4.54 Pelajar yang mendapat markah 77 akan diberi markah baru 80, seperti berikut: y = mx + c = (0.98)(77) + 4.54 = 75.46 + 4.54 = 80

Pelajar yang mendapat markah 36 akan diberi markah baru 40, seperti berikut: y = mx + c = (0.98)(36) + 4.54 = 35.28 + 4.54 = 39.82

40

Semua pelajar lain akan diberi markah baru dengan rumus yang sama. Iaitu: y = 0.98x + 4.54 Contohnya, pelajar yang mendapat markah 43 dalam ujian ini akan diberi markah 47 seperti berikut: y = 0.98x + 4.54 = (0.98)(43) + 4.54 = 43.14 + 4.54 = 46.68

47

Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang diberikan kepada pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/variasi keputusan ujian. Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan markah kurang daripada 1, varians markah baru akan lebih rendah daripada varians markah asal. Misalnya, jika nilai kecerunan persamaan perubahan markah ialah 0.85, maka varians bagi markah baru akan menjadi (0.85)x(0.85) = 0.7225 varians markah asal.

OUM

145

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Latihan 7.4
Apakah tujuan utama kita mengadakan penyelarasan pemeriksaan skrip jawapan?

7.3

PENILAIAN

Setelah ujian ditadbir, diperiksa dan diberi markah, apakah langkah seterusnya yang perlu diambil oleh guru? Markah yang diperolehi daripada ujian tersebut adalah dalam bentuk kuantitatif. Oleh itu, guru perlu menginterpretasi markah tersebut untuk kegunaan tertentu. Menurut Lindvall dan Nitko (1975), markah kuantitatif ini penting kerana: Ia dapat memberikan pemerihalan yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan. Misalnya, ujian untuk mengeja perkataan bagi suatu sampel 200 daripada 300 perkataan. Guru akan mendapat maklumat yang lebih tepat, apabila pencapaian pelajar digredkan dengan mengira peratus ejaan betul. Contohnya 30 peratus, 50 peratus berbanding dengan hanya penyatan memuaskan, baik dan sebagainya. Ia dapat meningkatkan keobjektifan langkah pengukuran. Misalnya, tiga orang guru memberikan skor yang hampir sama kepada jawapan seorang pelajar dengan menggunakan prosedur yang sama. Ini menunjukkan prosedur berkenaan adalah menepati keobjektifan dan maklumat yang diperolehi adalah boleh dipercayai. Ia membolehkan komunikasi yang lebih lancar dan jelas dibuat. Komunikasi tersebut boleh dalam bentuk perbincangan guru-guru atau melibatkan penerangan laporan kemajuan murid-murid kepada ibu bapa mereka. Ini secara langsungnya menolong guru dalam membuat sesuatu keputusan.

7.3.1

Penilaian Markah Ujian

Pada dasarnya, guru akan hanya menggunakan markah mentah, yakni markah yang diperoleh daripada jumlah jawapan yang ditanda dengan betul, dalam melaporkan kemajuan dan perkembangan seseorang murid dalam kelasnya. Sebenarnya, markah sebegini didapati kurang memberi pengertian dan memerlukan maklumat tambahan. Misalnya, apabila seseorang pelajar mendapat markah sebanyak 81/100. Adakah dia dapat dianggap pelajar pandai berbanding dengan rakan-rakannya yang lain? Persoalan ini sukar dijawab jika hanya bergantung semata-mata kepada markah mentah. Markah ini tidak langsung membandingkan markah yang diperoleh oleh seseorang pelajar dengan pencapaian pelajar-pelajar lain. Ini menyebabkan sukar bagi kita untuk menentukan pencapaiannya berbanding pelajar-pelajar lain.

146

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Untuk membuat perbandingan pencapaian, kita memerlukan maklumat tambahan yang dapat menerangkan pencapaian murid dengan lebih terperinci. Markah berkenaan dikenali sebagai markah terbitan. Apabila markah terbitan dibentuk, ia akan memudahkan guru membuat perbandingan antara markah-markah yang berlainan. Markah terbitan termasuklah pangkat ratusan, stanines dan penentuan gred. Penentuan jenis markah ini mengambil kira beberapa aspek seperti: (1) markah yang diperoleh daripada kemahiran atau pengetahuan seseorang tentang sesuatu yang diuji; (2) perbezaan yang berlandaskan asas tertentu seperti tahap kesukaran; (3) markah dapat membezakan antara individu dilakukan; dan markah yang membolehkan perbezaan individu itu sendiri dilakukan.

7.3.2

Penilaian Pencapaian

Bagi memudahkan guru membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar, dua langkah boleh diambil oleh seseorang guru, iaitu sama ada menggredkan pelajar mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria. Penggredan mengikut rujukan norma lebih bersifat kuantitatif, manakala penggredan mengikut rujukan kriteria lebih bersifat kualitatif. Ward dan Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam penentuan gred murid seperti berikut:
Jadual 7.4: Penilaian Pencapaian Mengikut Ward dan Ward (1999) Panduan 1 2 3 4 5 Penentuan Gred Menentukan tujuan sistem penggredan sebelum menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi pelajar, penggredan wajar dibuat secara kriteria. Menerangkan kepada pelajar tentang sistem penggredan yang akan digunakan pada awal penggal atau semester pelajaran. Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian sedang dijalankan bagi mengelak rasa tidak puas hati di kalangan pelajar dan ibu bapa. Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan dalam pemberian gred. Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan.

Latihan 7.5
Apakah sebab yang mungkin, guru menukar cara penggredan semasa ujian sedang dijalankan?

OUM

147

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Dari segi penilaian pencapaian pelajar, terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan pencapaian pelajar daripada markah yang mereka perolehi. Kaedahkaedah tersebut ialah pangkat, gred, pangkat ratusan dan stanines seperti yang dijelaskan dalam bahagian berikut.

Stanines

Kaedah penentuan pencapaian pelajar

Pangkat

Pangkat ratusan

Penentuan gred

Rajah 7.10: Kaedah penentuan pencapaian pelajar

(a) Pangkat Meletakkan pangkat pelajar adalah lebih mudah, sebab ia hanya melibatkan pemeringkatan kedudukan pelajar daripada yang paling tinggi ke paling rendah. Guru hanya boleh membandingkan kedudukan pelajar dalam bilik darjah tertentu sahaja, tanpa dapat membandingkan pelajar-pelajar dalam kelas lain. Lazimnya, kedudukan pangkat disebut sebagai kedudukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, sehinggalah pangkat yang terendah sekali. Contoh penentuan pangkat murid adalah seperti Jadual 7.5 berikut:
Jadual 7.5: Penentuan Pangkat/Kedudukan

(b) Penentuan Gred Kepada pelajar, ibu bapa dan guru sendiri, gred yang diperolehi para pelajar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pencapaian pelajar. Lazimnya, gred yang diberikan kepada pelajar adalah A, B, C, D, E sebagai gred lulus atau F sebagai gred gagal. Penentuan gred perlu dilaksanakan secara diselaraskan mengikut peraturan tertentu, misalnya penetapan gred mengikut markah seperti dalam Jadual 7.6 berikut:
Jadual 7.6: Penentuan Gred Pelajar

148

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Gred ini hanyalah menentukan pencapaian pelajar berkenaan dengan Gred A lebih baik daripada gred B dan seterusnya. Walaupun begitu, guru tidak boleh membuat andaian bahawa pelajar yang mendapat gred A dua kali lebih baik dari pelajar yang mendapat gred C. Secara umum, penentuan bilangan pelajar bagi setiap gred boleh dibuat supaya taburannya mengikut taburan normal (normal curve). (c) Pangkat Ratusan Pangkat ratusan/persentil (percentile) ialah markah tertentu yang menunjukkan peratusan pelajar yang mendapat markah lebih rendah daripada markah tersebut. Persentil ke-25 dipanggil kuartil pertama (Q1), persentil ke-50 dipanggil kuartil kedua (Q2), yang juga dikenali sebagai median, dan persentil ke-75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). Misalnya, jika dikatakan pencapaian Mazlin berada dikedudukan pensentil 70, ini menunjukkan markah Mazlin adalah lebih tinggi daripada markah 70% pelajar-pelajar lain. Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang mempunyai median 50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan markah pada sepanjang taburan markah (Bhasah Abu Bakar, 2003). Untuk mendapatkan pangkat persentil, kita boleh gunakan grafik ogif yang dijelaskan sebelum ini, atau menggunakan kekerapan kumulatif seperti di berikut: Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif X 100. N Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah yang ingin ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang memperoleh markah lebih rendah daripada markah tersebut. Contohnya, seorang pelajar telah mengambil satu ujian dan mendapat markah sebanyak 75. Markah yang diperoleh itu adalah lebih baik daripada 60% markah pelajar-pelajar lain dalam kumpulannya. Ini bermakna markah 75 adalah persentil ke-60 bagi keseluruhan markah ujian untuk kumpulan ini. Markah 75 ini mungkin pensentil yang berbeza bagi kumpulan lain. Bagi kumpulan yang lebih pandai adakah persentil sesuatu markah lebih rendah atau lebih tinggi? (d) Stanines Markah terbitan ini seringkali digunakan dalam ujian pencapaian. Perkataan stanines ini berasal daripada perkataan standard nine. Ia dibentuk berasaskan andaian bahawa pencapaian mengikut taburan normal. Stanines mempunai min = 5 dan sisihan piawai = 2. Ia adalah berdasarkan skor-z. formula stanines seperti di bawah:

Stanines = 2z + 5 di mana z = skor-z yang mempunyai min=0 dan sisihan piawai = 1.

OUM

149

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Setiap pelajar akan ditetapkan stanines masing-masing dari 1 hingga 9. Peratusan pelajar yang mendapat gred stanines ditunjukkan dalam Jadual 7.7 berikut.
Jadual 7.7: Stanines dan Peratus Pelajar

Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah ia dapat memberikan maklumat ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu bapa mereka. Maklumat begini juga memberi mekanisma untuk menyusun pelajar kepada pencapaian cemerlang, sederhana atau gagal. Di samping itu, ia juga membantu guru mengenal pasti murid yang paling lemah, supaya aktiviti pemulihan dapat dijalankan. Kelemahannya pula ialah dari segi markah yang diperolehi tidak menunjukkan dengan jelas sejauh mana seseorang pelajar itu menguasai ilmu atau kemahiran yang telah ditetapkan. Selain itu, penggunaan markah secara rujukan norma ini juga memungkinkan rasa rendah diri di kalangan pelajar yang berada dalam kumpulan terkebawah. Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan prestasi seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh mana seseorang pelajar itu menguasai sesuatu objektif mata pelajaran yang telah ditetapkan. Skor dan gred yang diperolehi menggambarkan pencapaian yang sama dalam mana-mana tugasan yang telah dilaksanakan. Dalam hal ini, guru perlu menetapkan kriteria penggredan terlebih dahulu dan menetapkan standard bagi setiap kriteria berkenaan. Berikut adalah contoh cara penilaian markah secara rujukan kriteria dilaksanakan: Dalam suatu ujian bacaan, Zaki didapati dapat menyebut pada peringkat perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka. Daripada perbandingan yang dibuat dengan muridmurid lain, Zaki berada pada tahap 35 peratus di bawah. Namun, Zaki telah menunjukkan perkembangan pada peringkat menguasai perkataan yang amat sukar. Zaki mencapainya dalam tempoh empat bulan. Razif mendapat keputusan pencapaian dalam mata pelajaran Geografi sebanyak 95 peratus. Pencapaian ini menyamai pencapaian daripada pelajar dalam kelasnya. Ini menunjukkan pencapaiannya adalah tinggi. Walaupun begitu, 95% yang diperoleh itu terdiri daripada kemahiran yang rendah. Manakala kemahiran yang tinggi masih belum dikuasai.

150

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Kelebihan penggredan secara rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan gred yang tinggi jika mereka berusaha bersungguh-sungguh. Guru pula lebih mudah untuk memberikan gred kepada pelajar-pelajarnya. Selain itu, jika pencapaian pelajar adalah rendah dan ujian berkenaan adalah sah, maka guru boleh mengambil langkah memperbaiki pengajarannya supaya ramai pelajar mendapat gred yang lebih baik. Dalam memberi gred kepada pelajar secara rujukan kriteria ini, Sax (1997) berpendapat kelemahan yang ketara ialah aras kesukaran akan menentukan peratusan pelajar yang mendapat gred-gred tertentu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah rendah, manakala ujian yang mudah akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah tinggi. Kedua-dua keadaan ini juga tidak memberikan gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar. Kesannya juga turut dirasai pelajar, misalnya, mereka akan merasa kecewa dengan gred yang rendah, sedangkan ujian berkenaan adalah terlalu sukar. Begitu juga sebaliknya, ujian yang terlalu mudah memungkinkan pelajar-pelajar mendapat gred yang cemerlang, sedangkan mereka masih belum menguasai kebanyakan kemahiran yang diajar.

RUMUSAN
Pemarkahan dan penggredan adalah aspek yang penting dalam konteks pengujian, pengukuran dan penilaian dalam bilik darjah. Dengan memberikan gred kepada muridmurid akan menggambarkan pencapaian sebenar mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Antara tujuan penggredan ialah untuk (i) memaklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak-anak mereka dalam sesi persekolahan, (ii) membantu murid-murid dalam menetapkan matlamat mereka dalam sesuatu mata pelajaran; (iii) mengawal aktiviti dan program pembelajaran; serta (iv) menentukan sama ada murid berkenaan layak untuk diberikan anugerah atau pengiktirafan serta peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

GLOSARI
Skema Pemarkahan Pemarkahan Holistik merujuk kepada satu set panduan jawapan kepada guru pemeriksa untuk memeriksa skrip jawapan calon/pelajar. merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei yang mana markah diberikan berdasarkan impresi yang memerlukan pemeriksa berpengalaman.

OUM

151

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 7

Pemarkahan Analitik

merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria lebih terperinci. merujuk kepada langkah mengelompokkan pelajar mengikut pencapaian yang terdiri daripada dua bentuk, iaitu mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria.

Penggredan

UJIAN 1
(1) Arahan ujian/peperiksaan terdiri daripada dua bahagian. Jelaskan bahagian-bahagian arahan ini. (2) Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan, tiga aspek perlu diberik perhatian oleh guru/penggubal soalan. Jelaskan dengan ringkas aspek-aspek tersebut. (3) Salah satu daripada kaedah penilaian ialah penilaian rujukan norma. Berikan dua (2) kelebihan kaedah penilaian ini.

UJIAN 2
(a) Penyelarasan markah ujian dibuat selepas semua markah ujian diperoleh. Mengapakah penyelarasan markah ujian ini perlu dibuat? (b) Jelaskan dengan ringkas satu kaedah bagaimana penyelarasan markah ujian boleh dibuat. (c) Seorang guru telah mengadakan ujian bagi Tahun 2 Jaya. Daripada taburan markah yang diperoleh, beliau membuat keputusan untuk menaikkan markah 36 kepada markah lulus 40. Bagi mendapat gred A pula beliau membuat keputusan markah minimum 78 layak diubah kepada markah 80. Kira markah baru bagi markah asal 66.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional papers no.5. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Bloom, B.S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain kognitif (ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloom, B.S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summative evaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher. Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B. (1965). Classroom testing: Construction. Illinois: F.E Peacock Publisher Inc. Lindvall, C.M. & Nitko, A.J. (1975). Measuring pupil achievement and aptitude. (2nd ed.). New York: HBJ Inc. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

152

OUM

TAJUK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Oosterhof, A. (2001). Classroom application of educational measurement.(3rd ed.) New Jersey: Printice Hall Pusat Perkembangan Kurikulum. Penilaian kendalian sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Raminah Haji Sabran. (1991) penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sax, G. (1997). Principles of educational and psychological measurement and evaluation. California : Wadsworth. Ward, A.W & Ward, M.M. (1999). Assessment in classroom. California : Wadsworth.

OUM

153

You might also like