You are on page 1of 37

Ucapan Dato’ Mohd Asri Hj.

Muda (YDP Pas) dalam mesyuarat agung khas PAS


pada 25 Disember 1977 selepas PAS disingkirkan daripada Barisan Nasional.
Melalui ucapan ini, dapat disingkap sejarah bagaimana berlakunya krisis dalaman
PAS (yang dikatakan telah dirancang oleh UMNO) dan kesempatan yang diambil
oleh UMNO untuk menyingkirkan PAS daripada pakatan BN dan sekaligus
melemahkan PAS sehingga membolehkan BN menguasai Kelantan melalui parti
BERJASA sebelum UMNO menguasai kerajaan Kelantan sepenuhnya.

MUKADDIMAH
Syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana dengan rahmat dan
inayahNya kita dapat berkumpul di pagi yang bersejarah ini untuk membincangkan
satu masalah perjuangan bersama yang kita sama-sama maklumi.

Dalam sejarah PAS, sudah dua kali muktamar khas pernah diadakan,
pertama pada tahun 1954 membincang kan isu yang melibatkan kemerdekaan
negara kita - dan kita menyokongnya - dan yang keduanya ialah untuk mengambil
keputusan sama ada menyertai atau tidak kerajaan campuran pada tahun 1972 -
dan kita mengambil keputusan menyertainya. Ini adalah kali ketiga, iaitu setelah
kita di luar Barisan Nasional semula.

Hampir lima tahun kita menjadi sekutu dalam pemerintahan negara. Banyak
pengalaman dan penjelajahan telah kita dapati yang menjadi asam garam ilmu
yang sangat berfaedah kepada kita sebagai pejuang-pejuang Islam yang kompiten.
Selama itu rasanya, tidaklah sesia kerana pada lahir dan batinnya kita telah
menunaikan amanah dan sebanyak sedikit corak pemikiran bangsa kita sudah
berubah, InsyaAllah, ke arah yang lebih menyenangkan dari prespektif Islam yang
kita perjuangkan.

Perkembangan PAS juga bertambah. la telah mengembangkan sayapnya


dan kini berjumlah 109 kawasan. Dari segi kedudukan. Kita telah berhasil
menempatkan petugas-petugas kita di seluruh negeri di Semenanjung kecuali
Johor. Pada hakikatnya masing-masing petugas itu telah melaksanakan
tanggungjawab sedaya upaya mereka, sehinggakan kerana begitu baiknya,
mereka disayangi oleh banyak pihak di samping tidak disenangi oleh pihak-pihak
yang curiga kerana sebab-sebab tertentu yang Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kita bersyukur kerana keseluruhan pejuang-pejuang Islam dalam PAS


adalah padu, dan semangat juang mereka nampaknya tidak mudah patah atau
luntur. Adapun bangkangan-bangkangan dari setengah-setengah pengikut parti,
maka sebahagiannya tidak lain dari sebab cinta dan cemburu kepada parti
sementara sebahagian yang lain adalah disebabkan 'vested interest' yang tertentu
yang mudah saja dikenal oleh orang-orang kita semua.

Muka 1 / 37
Adalah menjadi lumrah perjuangan di mana-mana saja, terdapat yang tahan
uji dan ada yang cabut lari. PAS sudah makmur dengan pengalaman seperti ini,
kerana ia adalah sebuah parti yang dewasa dalam usianya dan tidak luput dari
ujian-ujian yang datang silih berganti dengan bentuknya yang berbagai.

CUBAAN DAN CABARAN


Selepas UMNO, PAS - lah satu-satunya parti yang tertua dalam negara ini.
Parti-parti yang sezaman dengannya telah menjadi mendiang. Yang ada sekarang
hanya parti-parti baru. PAS lahir pada tahun 1951 dan sampai kini usianya lewat
sesuku abad.

Selama hayatnya 26 tahun, PAS telah menempuh dan melalui berbagai


ujian dan cubaan yang pahit. Beranilah saya katakan bahawa kepahitan yang
ditelan oleh PAS selama ini lebih hebat dari mana-mana parti pun yang masih
wujud di Malaysia sekarang. Pemimpin-pemimpinnya pernah ditahan, diculik,
dibuang daerah, diugut, dan berbagai lagi sehingga satu dua yang lemah imannya
berpaling tadah dan menentang parti.

Kerajaan yang dibinanya di Terengganu, dijatuhkan dengan cara yang kotor


dan percubaan-percubaan yang dibuat terhadap Kerajaan PAS di Kelantan tidak
kurang kotor dan hebatnya. Ketahanan PAS menghadapi cabaran-cabaran sengit
sepanjang zaman yang dilaluinya itu, memberikan bukfi bahawa perjuangan PAS
adalah benar dan meyakinkan. Dalam banyak hal, PAS tidak dapat memberikan
kemudahan material kepada pengikut-pengikutnya sebagai satu usaha lahiriah
bagi mengikat mereka dari terjebak dengan ikhtiar pihak lawan.

Dari segi lahirnya, PAS adalah terdedah kepada apa saja tindakan, baik
berbentuk terror atau berbentuk akta yang mungkin diluluskan atas nama
demokrasi atau berbentuk Iain-Iain.

Tetapi PAS mempunyai satu senjata maknawi yang tidak dapat dipatahkan,
iaitu keimanan para pengikutnya terhadap aqidah perjuangan hingga sebahagian
besar para mujahidnya berani hidup dan mati kerananya. Inilah bezanya antara
PAS dengan parti lain. PAS mempunyai sasaran yang mutlak dalam
perjuangannya, bagi mencapai mardhatil'lah.

Sasaran tersebut tertulis jelas dalam undang-undang dasar PAS yang berbunyi:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat


dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan
hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
(Fasal (2) 2.(1.))

Muka 2 / 37
Untuk mencapai cita-cita besar dan mutlak inilah kita berjuang. Sebagai satu
panduan kita untuk bergerak, eloklah sebentar kita menoleh kembali cabaran-
cabaran hebat yang pernah ditempuh oleh PAS.

i) Perletakan jawatan secara kontroversial oleh Yang Dipertua


Agungnya yang pertama, Allahyarhamhu Tuan Haji Ahmad Fuad
pada tahun 1954, iaitu setelah tiga tahun parti PAS lahir ke dunia.

Peristiwa ini berlaku dalam satu muktamar khas di Bukit Mertajam


yang diadakan untuk menentukan sikap PAS bagi menghadapi
perkara yang dihadapi masa itu -sama ada menyokong saranan
Tunku Abdul Rahman yang menganjurkan Konvensyen Nasional
bagi menuntut kemerdekaan, atau mengikut cadangan
Allahyarhamhu Datuk Sir Onn bin Jaafar yang menganjurkan
Konferensi Nasional.

Muktamar tersebut telah mengambil keputusan majoriti untuk


menyokong saranan Tunku. Akibatnya Allahyarhamhu Tuan Haji
Ahmad Fuad yang menyokong Datuk Sir Onn, telah merasakan
beliau sudah tidak dipercayai lagi oleh para pengikutnya, lalu
meletakkan jawatannya. PAS kehilangan pemimpin, dan terpaksa
bersusah payah mencari gantinya hinggalah beberapa waktu
kemudian barulah didapati. Beliau ialah Allahyarhamhu Prof. Dr.
Burhanuddin Alhelmy.

ii) Komplot menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Trengganu pada tahun


1962, yang nampaknya mengge-garkan negara dan pihak PAS
sendiri. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah dianalisa sebagai
peristiwa yang penting kerana hanya mulai 1959, kira-kira tiga tahun
sebelum peristiwa itu baru wujud kerajaan Negeri yang diperintah
oleh parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.

iii) Beberapa orang pemimpin PAS, termasuk Yang Dipertua Agungnya


Prof. Dr. Burhanuddin ditangkap atas tuduhan terlibat dalam
penggulingan Kerajaan dan menyokong Sukarno. Kejadian tersebut
menjelang za-man konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia tahun
1963. Akibat dari tahanan tersebut. Prof. Dr. Burhanuddin terus uzur
hinggalah beliau meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

iv) Wafatnya Prof. Zulkifli Muhammad secara trajis dalam satu


kemalangan jalan raya yang ngeri bersama isterinya pada tahun
1964. Kepergian pemimpin yang di-sayangi itu ditangisi oleh kawan
dan lawan, dari semua bangsa, khususnya para pengikut PAS yang
masih dahaga-kan pimpinannya. PAS dan negara kehilangan
seorang puteranya yang dedikasi tegas dan berkalibar. Prof. Zulkifli.

Muka 3 / 37
Setiausaha yang pertama Kolej Islam Malaya dan juga sebagai
pensyarahnya yang masa itu bertempat di Kelang, Selangor sajiggup
meninggalkan jawatannya untuk berjuang sepenuh masa dalam
politik Islam.

v) Usaha penggulingan Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1968 yang


terkenal dengan peristiwa Turn about turn, di mana pelanunan
terhadap manusia politik dilakukan oleh pihak parti• berkuasa satu
peristiwa yang menjadi ingatan kepada rakyat di seluruh negara.
Kejadian ini tidak mudah dilupakan kerana beberapa orang ahli
Dewan Undangan Negeri PAS dicolek dan dibawa ke Kuala Lumpur,
lalu dihadapkan di hadapan kaca televisyen dan radio supaya
membuat pengakuan dengan sumpah meninggalkan PAS dan
menyokong pihak lawan. Bagai-manapun, berkat keimanan masing-
masing mereka telah menyeberang pulang ke pangkuan PAS
menjelang sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Bharu, pada 20
Sept. 1968.

vi) Kempen 'menawan Kelantan' dalam pilihan raya 1969 di mana


merupakan satu kempen yang terbesar dan arrogan dalam sejarah.
Sebuah manifesto khas dikeluar-kan untuk Kelantan dengan janji
belanja keseluruhannya lebih dari 500 juta. Masa itu kelihatannya
PAS akan musnah sama sekali. Pemuda-pemuda tahan lasak
berkeliar-an untuk melakukan apa sahaja bagi mematahkan setiap
aktiviti kempen pihak PAS. Hasilnya mereka mendapat dua kerusi
tambahan dalam dewan negeri.

vii) Isu kemasukan PAS dalam kerajaan Campuran yang bermula dalam
satu muktamar dalam tahun 1972. Isu ini menyebabkan timbul
pertentangan terbuka antara golongan yang menyokong dan yang
menentang. Setengah orang berpendapat bahawa masalah tersebut
adalah paling besar dan berat pernah dihadapi oleh PAS. Namun
muktamar telah memberikan persetujuannya dengan syarat mesti-lah
dikaji dari masa ke semasa.

Kini kita menghadapi ujian nombor lapan. Cabaran dan masalah kali ini
merupakan kemuncak dari segala cabaran dan boleh dikatakan ianya paduan dari
semua cabaran yang telah lalu. Cabaran kali ini walaupun kelihatannya mendadak,
tetapi prasarananya telah disediakan beberapa tahun semasa dan sebelum
lahirnya Kerajaan Campuran yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.

Dengan sebab itu walaupun kejadiannya berlaku dalam masa yang tidak
berapa panjang, namun ia telah pun menelan korban tenaga, pemikiran, perhatian
yang bukan sedikit dan terpaksa diakui bahawa dalam tempoh tertentu masa itu

Muka 4 / 37
bukan kecil pula imej dan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS terjejas. Peristiwa ini
juga dari satu segi, seolah-olah telah menutup perhatian dan pendengaran atas
krisis-krisis parti lain dan juga terhadap krisis-krisis PAS yang telah lalu.

Dalam kebanyakan hal, kita seolah-olah sedang berlegar dalam jerangkap


samar yang dipasang melalui 'grand design' anasir komunis. Kita melihat
hakikatnya apabila kita memerhatikan kelangsungannya perjalanan usaha
penghancuran mana-mana saja pihak yang agak menonjol yang mereka fikir akan
menjadi penghalang kepada perkembangan pengaruh atau kemajuan usaha
mereka.

Memang benar, diantara yang dianggap para pemimpin mereka telah


diamankan, tetapi masih terdapat kaki tangan mereka, dan di samping itu kempen-
kempen mereka dan garis-garis yang disediakan dengan rapi itu terus berjalan.
Sungguh ironi manakala masih terdapat orang-orang yang tidak yakin terhadap
wujudnya rancangan-rancangan yang tidak kelihatan seperti ini. Lantas mereka
berpendapat bahawa segala macam yang berbentuk mengancam keselamatan
perpaduan dan negara yang tidak kelihatan itu sebagai mengadakan sesuatu yang
tidak ada.

Dalam masa lima tahun terakhir, kita menyaksikan setengah-setengah


pemimpin yang anti komunis satu demi satu dijatuhkan. Dalam hubungan ini parti
PAS merupakan sebuah parti yang tidak pernah kompromi terhadap faham
komunisme dan sosialisme/marxisme leninisme, dan pemimpin pemimpinnya yang
sedarkan hal ini tentu tidak dapat ditundukkan.

Penghancuran boleh dilakukan melalui berbagai cara. Tetapi penghancuran


terhadap sesebuah organisasi paling effektif jika dilakukan dari dalam. Sebuah
gunung pejal akan memakan masa bertahun-tahun untuk meruntuhkannya dengan
cara menyerangnya dari luar. Tetapi jika diletupkan dari dalam ia tidak akan
memakan masa lebih lama untuk hancur berkecai.

KELANTAN DAN PERGOLAKAN POLITIK

Peristiwa Kelantan sama sekali tidak terlepas dari andaian ini. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa Kelantan merupakan kubu Parti Islam yang paling pejal.
Oleh yang demikian, kepejalan itu mesti dileburkan, sekurang-kurangnya
dilumpuhkan atau pun dilemahkan. Itulah juga apa yang berlaku sepanjang dua kali
pilihanraya - 1964 dan 1969 - iaitu sebelum kita memasuki Barisan Nasional.
Jawapan terakhir bagi segala percubaan dan sepak terajang itu diberikan oleh
rakyat sendiri.

Muka 5 / 37
Dengan lahirnya Barisan Nasional maka pilihanraya tahun 1974 adalah
merupakan pilihanraya yang berseja-rah. Suasana pilihanraya berjalan lancar
dengan tenteram, tidak terdapat lagi ugutan dan tangkapan oleh pihak berkuasa
sebagaimana pada beberapa pilihanraya sebelumnya. Masing-masing pihak
berusaha memberikan kerjasama dan menunjukkan kejujurannya sama ada
dengan ikhlas atau tidak.

Dalam pilihanraya ini Barisan Nasional memperoleh kejayaan 100% di


Kelantan dan sebagaimana pada era sebelumnya PAS tetap memiliki majoriti yang
menentukan dalam Dewan Undangan Negeri.

Rakyat di Kelantan telah meletakkan harapan yang sangat besar kepada


Barisan Nasional dan mereka turut merasa berbahagia atas bercantumnya dua
golongan masyarakat PAS dan UMNO, bagi sama-sama mencurahkan khidmat
bakti kepada mereka. Mereka mengimpikan akan dapat melihat berjayanya
pembangunan jasmaniah dan rohaniah yang seimbang, menuju matlamat
bersama: Kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Era ini dikenal sebagai era 'action-oriented', dan sebagai pemegang saham
terbesar dalam Barisan Nasional di Kelantan, PAS merasa dirinya berkewajipan
mengemukakan muka-muka yang benar-benar mempunyai keupayaan bagi
menjalankan tugas dan amanah suci membentuk kerajaan untuk menghadapi
cabaran zaman, dan PAS membuat pilihan sesuai dengan ketentuan dalam
perlembagaan PAS sendiri dan selaras dengan semangat Barisan Nasional atas
keyakinan terhadap kejujuran yang diharapkan dari semua pihak.

Pembentukan kerajaan di semua negeri di Semenanjung telah berjalan


dengan lancar dengan tidak ada sesuatu masalah pun yang timbul, termasuk
pembentukan kerajaan di Pulau Pinang oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia atas
nama tiket Barisan Nasional.

Tetapi malangnya, tidak demikian halnya dengan pembentukan kerajaan di


Kelantan. Suatu masalah yang rumit telah timbul. Sengaja ditimbulkan oleh satu
golongan tertentu. Atas nasihat dua orang tokoh UMNO Kelantan yang mempunyai
ambisi besar, pimpinan Barisan Nasional telah menolak pilihan PAS, yang tentu
saja dengan seribu satu alasan yang sengaja dicari-cari. Dan untuk pengetahuan
kita bersama, salah seorang dari tokoh yang dimaksud itu, sekarang ini sedang
diamankan kerana dianggap terlibat dengan kegiatan komunis yang mengancam
keselamatan negara yang kita cintai ini.

Kita telah berusaha mengadakan rundingan dengan pihak pimpinan Barisan


Nasional di Kuala Lumpur untuk memecahkan kebuntuan ini dan seterusnya kita
diminta datang ke Kota Kinabalu untuk melanjutkan perundingan, kerana kebetulan
dengan kunjungan pimpinan Barisan Nasional ke Sabah. Demi untuk menghormati
semangat Barisan Nasional kita memenuhi panggilan ke Kota Kinabalu, tapi di

Muka 6 / 37
sana kita hanya untuk mendengar bahawa perbincangan ditangguhkan hingga
kembali di Kuala Lumpur. Rupa-rupanya ada tokoh-tokoh yang menasihatkan
supaya perundingan jangan dilanjutkan sebelum berjumpa dengan mereka, di
mana mereka telah mengemukakan pencalonan Datuk Haji Mohammad bin Nasir
dari PAS kepada pihak pimpinan Barisan Nasional untuk membentuk dan
memimpin kerajaan Kelantan. Pencalonan itu diterima dan direstui oleh pimpinan
Barisan Nasional, dan Datuk Haji Mohamad Nasir sendiri juga menerima
pencalonannya, walaupun sebelumnya beliau telah menyatakan kepada pihak
Perhubungan PAS Negeri Kelantan bahawa beliau tidak ingin dicalonkan untuk
memegang sesuatu jawatan.

Bagi kita hal ini adalah merupakan ujian pertama terhadap survival Barisan
Nasional yang kita sendiri ikut membinanya itu. Demi untuk memelihara perpaduan
dan ke-harmonian dengan perasaan yang terlalu pahit PAS sekali lagi terpaksa
memberikan pengorbanan yang menyinggung kewibaannya sebagai satu parti
politik yang mempunyai identitinya sendiri. Fait a comply dihadapkan kepada kita.
Dan kita terima perlantikan Datuk Haji Mohammad bin Nasir menjadi Menteri Besar
Barisan Nasional di Kelantan.

Sesudah perlantikan berlangsung, kenyataan yang pertama dari beliau


ialah: 'Saya bukanlah Menteri Besar lantikan dari PAS, tapi saya adalah Menteri
Besar lantikan dari Barisan Nasional' dan sejak dari itu bermulalah suatu sejarah
baru bagi kerajaan Kelantan, yang klimaksnya sebagaimana yang sudah diketahui
bersama.

Selepas kerajaan Barisan Nasional ditubuhkan, minat dari pihak penghancur


tetap tidak berubah. Manouvre politik dibuat untuk melemahkan PAS, parti yang
memerintah negeri. Salah satu yang menonjol ialah buku 'Politik dan Dilema
Pembangunan Kelantan' yang diterbitkan tidak berapa lama selepas Kerajaan
Barisan Nasional dibentuk. Buku itu mendedahkan keberanian mereka, dan
keberanian tersebut dibuat mungkin atas perhitungan bahawa PAS sudah hampir
musnah akibat perpecahan yang berlaku. Buku itu terang dan jelas membawa
mesej UMNO yang pertama dikemukakan dalam pilihanraya 1964 dan
kemudiannya dalam tahun 1969. la juga dengan beraninya mendedahkan siapa
dan siapa yang terlibat di sebalik penyusunan buku itu.

Dari satu aspek lain, Kelantan merupakan gelanggang pertarungan dari dua
penjuru dalam bentuk yang berasingan. Satu penjuru adalah pertarungan terbuka
antara PAS dan UMNO - Perikatan. Pihak PAS mempertahankan diri dalam
pertarungan ini, sementara pihak UMNO bermati-matian untuk merampas negeri itu
dari tangan PAS. Dari segi lain, pertarungan sesama sendiri dalam perebutan
kuasa dalam pimpinan UMNO Pusat. Negeri Kelantan secara kebetulan dijadikan
medan perjudian kerana ada di antara pemimpin UMNO yang berasal dari
Kelantan dikatakan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin negara suatu

Muka 7 / 37
masa kelak. Dengan erti kata lain, gelanggang Kelantan boleh menentukan masa
depan pucuk pimpinan negara Malaysia.

Bagi mencapai maksud besar tersebut, PAS tidak dapat tidak mesti
dihancurkan. Hanya melalui puing-puing kemusnahan PAS itu barulah boleh
dijadikan tapak melangkah dan pangkalan bergerak untuk belayar bagi menuju dan
mencapai pulaunya. Cumanya mereka silap perhitungan, kerana perebutan
pangkalan tersebut tidak semudah yang dijangkakan, dan lambat laun bisa
menenggelamkan kapal mereka sendiri.

Apabila Barisan Nasional ditubuhkan, maka terbukalah suatu peluang bagi


mengeksploitasikan kelemahan pimpinan Kerajaan Negeri sebagai alat
menghancurkan kekuatan PAS dari dalam. Mereka menggunakan senjata kita
sendiri. Patutlah diakui dengan terus terang bahawa dengan senjata barunya kali
ini menyebabkan berlakunya semacam kejejasan dalam beberapa aspek
perjuangan PAS, terutama Kerajaan Negerinya, pimpinan dan pemimpinnya.

Tetapi Allah S.W.T. maha mengetahui dan maha adil kerana walaupun
demikian, namun para pengikut PAS masih bersifat 'teras' dalam perjuangan dan
pantang mundur, apabila mereka pantang mundur dalam saat-saat yang paling
genting seperti ini, maka mereka layaklah dianggap sebagai panglima-panglima
jihad yang tulen. Ujian yang paling baik dapat ditentukan dengan dua keadaan,
keadaan susah dan keadaan senang lenang. Banyak orang yang tahan
menghadapi ujian kesusahan, tetapi jarang orang yang tahan menghadapi ujian
kesenangan. Apabila kedua-dua ujian itu kita mampu menghadapinya, maka
merekalah mujahid yang sebenarnya.

ÇÌÈ tûüÎ/É‹»s3ø9$# £`yJn=÷èu‹s9ur (#qè%y‰|¹ šúïÏ%©!$# ª!$# £`yJn=÷èu‹n=sù ( öNÎgÎ=ö6s% `ÏB tûïÏ%©!$# $¨ZtFsù ô‰s)s9ur
dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui
Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa
Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
Al Ankabut : 3

Pihak yang berwajib yang bertanggungjawab dalam PAS sedar bahawa


keadaan yang demikian jika dibiarkan berpanjangan, akan melumpuhkan
perjuangan PAS dalam jangka pendek dan jangka panjangnya. Mereka telah
berusaha menyelamatkan keadaan. Tidak ada lain maksud, kecuali menunaikan
tanggungjawab penyelamatan itu. Mereka lalu berusaha menukarkan pimpinan
kerajaan yang nyata bukan saja telah diperalatkan malah menyeleweng dari khittah
perjuangan parti.

Muka 8 / 37
Mungkin ada pihak yang menimbulkan masalah 'masa' dan 'cara' dalam
tindakan ini. Tetapi, 'masa' ini adalah paling baik dari masa-masa yang lalu
dipandang dari perspektif perpaduan PAS, dan jika ditunggu lebih lama lagi,
menurut perhitungan kita; jarum-jarum yang dicocokkan itu akan bertambah kukuh
dan sendi tulang Kerajaan dan perjuangan PAS akan semakin lemah. Faktor-faktor
yang timbul dari tindak tanduk yang berlaku ini dirumuskan dan didapati bahawa
'masa' ini adalah sebaik-baiknya, sekurang-kurangnya paling baik dari masa-masa
yang tidak baik sebelum atau sesudahnya.

Demikian pula mengenai cara, bahawa dalam sesebuah negara demokrasi


seperti yang diamalkan di negara ini, maka 'cara' yang kita buat adalah
berlandaskan asas tersebut. Tidak dapat disangkal bahawa ini adalah keras, tetapi
tiada pilihan lain dalam konteks tindakan ini. Kita dapati ketebalan pengaruh musuh
ke atas 'orang kita' yang telah diperkudakan itu, adalah sukar untuk dikikis lagi.
Pengaruh mereka sudah menjunam mencengkam ke dalam diri orang yang
berkenaan, sehinggakan sudah sampai ke tahap sanggup menghancurkan
Kerajaan PAS itu sendiri yang diperjuangkan olehnya dan oleh ahli-ahli PAS sejak
sebelum atau pada mulai tahun 1959 itu. Yang mau diselamatkan nampaknya ialah
dirinya sendiri dengan alasan apa yang di namakan kepentingan rakyat Kelantan.
Semua ini kita ukur sebaik-baiknya.

Ketepatan ukuran dan perhitungan ini dibuktikan sendiri oleh Datuk Haji
Mohammad bin Nasir bila beliau mengakui satu persatu sewaktu mesyuarat
Jawatankuasa Agung pada 26 September, 1977. Beliau berkata, memang beliau
berusaha memujuk dan rnenawar orang-orang PAS agar menyokongnya dalam
pengertian tertentu “agar menyela-matkan dirinya”.

Mendengar pengakuan ini, lebih-lebih lagi apabila beliau didapati tidak


menunaikan janji dan ikrar untuk sama-sama menghadiri mesyuarat pada 29
September itu, juga ikrar damai yang diputuskan dalam sidang 26 September,
maka saya sebagai yang Dipertua Agung, tidak ragu-ragu lagi untuk memberi undi
pemutus pada mesyuarat 29 September.

3“t•÷zW{$# ’n?tã $yJßg1y‰÷nÎ) ôMtót/ .bÎ*sù ( $yJåks]÷•t/ (#qßsÎ=ô¹r'sù (#qè=tGtGø%$# tûüÏZÏB÷sßJø9$# z`ÏB Èb$tGxÿͬ!$sÛ bÎ)ur

( (#þqäÜÅ¡ø%r&ur ÉAô‰yèø9$$Î/ $yJåks]÷•t/ (#qßsÎ=ô¹r'sù ôNuä!$sù bÎ*sù 4 «!$# Ì•øBr& #’n<Î) uäþ’Å"s? 4Ó®Lym ÓÈöö7s? ÓÉL©9$# (#qè=ÏG»s)sù

ÇÒÈ šúüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# •=Ïtä† ©!$# ¨bÎ)


dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di
antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka
lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia
kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum

Muka 9 / 37
Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
Al Hujurat : 9

Sebenarnya mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Agung pada 26 September


itu, setelah mengkaji dan berbahas dengan panjang lebar, telah mengambil
keputusan dengan sebulat suara bagi menyelesaikan krisis PAS Negeri Kelantan
itu dengan penuh rasa muhibbah dan ukhuwah Islamiah dan pihak yang
bertentangan telah dengan rela hati bermaaf-maafan dan berdamai (sulh) yang
mengandungi makna yang sangat tinggi nilainya dalam konteks perpaduan dan
perjuangan, di mana pihak Datuk Haji Mohamad bin Nasir diminta menarik balik
semua tuduhan yang dihadapkan kepada pemimpin-pemimpin dan parti PAS
dengan cara terbuka; sementara pihak ahli-ahli Dewan Negeri PAS Kelantan dan
Perhubungan PAS Kelantan menarik balik usul undi tidak percaya terhadapnya.
Dan dengan demikian langkah memecatnya pun tidak akan diteruskan.

Datuk Haji Mohamad telah meminta tempoh sehingga 29 September untuk


membuat pernyataan itu. Dalam tempoh tersebut telah dipersetujui bahawa kedua-
dua pihak tidaklah dibolehkan membuat sebarang kenyataan akhbar atau berucap
di mana-mana majlis bagi mengelakkan daripada berbangkit semua persoalan itu.
Mesyuarat tersebut ditamatkan dengan salam bersalaman yang penuh mesra.

Tetapi malangnya janji dan ikrar bersama pada 26 September itu telah
dinodai oleh beliau sendiri, dengan kenyataan-kenyataan akhbarnya dan
ucapannya kepada pelajar-pelajar di Kuala Lumpur pada 27 September, juga
ucapannya dalam sebuah rapat umum di Pasir Mas pada 28 September.

Semuanya ini merupakan bukti-bukti yang nyata bagi sesiapa sahaja yang
dengan ikhlasnya ingin mencapai penyelesaian apalagi jika kita kembali
mengingatkan pengakuan seperti yang saya sebutkan terdahulu dari ini,
pengakuan mana telah dilakukan di hadapan mata dan telinga ahli-ahli
jawatankuasa kerja agung sendiri, walaupun ada di antara mereka yang hadir itu
tetap tidak setuju beliau dipecat.

Jawatankuasa agung telah mengambil langkahnya dengan penuh cermat


dan teliti hatta terpaksa mengakui kesilapan tekniknya sendiri dalam menghitung
jumlah undi dan terpaksa mengadakan mesyuarat semula bagi membetulkan
kesilapan teknik itu.

Saudara-saudara yang hadir pun sedia maklum betapa soal kesilapan teknik
telah dijadikan ejekan oleh setengah-setengah pihak tertentu, tetapi demi untuk
mencapai penyelesaian yang jernih dan bersih, Jawatankuasa Kerja Agung dengan
berani menghadapi segala-galanya.

Muka 10 / 37
Berkait dengan soal pemecatan Datuk Haji Mohammad bin Nasir dari ahli
PAS ada suatu perkara yang menarik perhatian yang mungkin jika tidak diberi
penjelasan akan memperliar lagi tohmah dan tuduhan terhadap pemimpin PAS,
iaitu mengenai mesyuarat Jawatankuasa Pusat Dewan Ulama PAS pada 9hb
Oktober 1977, yang telah membuat keputusan berhubung dengan pemecatan
tersebut, di mana mesyuarat Jawatankuasa Agung pada 19 Oktober 1977 telah
membuat keputusan yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat
Jawatankuasa Pusat Dewan Ulama itu. Akibatnya telah menimbulkan tuduhan
bahawa Jawatankuasa Agung PAS tidak mengendah dan mengenepikan nasihat
dari Dewan Ulama PAS sendiri, dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Dewan
Ulama PAS Pusat telah meletak jawatan masing-masing.

Terlepas dari persoalan teknik tentang adanya mesyuarat Dewan Ulama itu,
saya terpaksa memberi sedikit penjelasan tentang fungsi Dewan Ulama di dalam
PAS. Sebagai badan Ulama yang sama-sama kita hormati, ianya telah diberi suatu
fungsi yang amat penting sebagai tempat meminta atau memberi nasihat atau
pendapat di dalam masalah hukum-hukum Islam, agar PAS sebagai sebuah parti
politik Islam dalam perjalanannya tidak terkeluar dari landasan Islam. Demikianlah
ketika sebelum kita memutuskan di dalam muktamar khas dahulu, sama ada
bersetuju atau tidak menyertai di dalam kerajaan campuran yang terdiri dari
berbagai-bagai golongan kaum dan agama, maka kepada Dewan Ulama telah
dirujukkan untuk mendapat pandangan yang sahih dari segi hukum Islam, Maka
Dewan Ulama dengan penuh tanggungjawab telah menjalankan tugasnya
mengkaji secara mendalam, sesuai dengan kehendak hukum Islam, yang
akhirnya memberikan pendapat bahawa menyertai kerajaan campuran adalah
"harus" (mubah). Dengan berdasarkan pendapat itu muktamar khas PAS telah
membahas dengan panjang lebar pula dari segi politik dan implikasinya di mana
akhirnya muktamar khas itu telah mencapai keputusan bersetuju PAS ikut serta di
dalam kerajaan campuran di semua peringkat. Amanah dan tanggungjawab yang
dilakukan oleh Dewan Ulama itu sesuai dengan kandungan perlembagaan PAS
fasal 40 ceraian (2) mengenai tugas dan tanggungjawab Dewan Ulama.

Adapun berkenaan dengan pemecatan ahli, segala syaratnya telah


dijelaskan dengan terang di dalam Perlembagaan PAS dengan kaedah, aturan dan
sebagainya. Berdasar kepada kehendak-kehendak Perlembagaan itu, PAS di
dalam sejarahnya pernah mengambil langkah-langkah disiplin terhadap ahlinya,
ada yang digantung keahliannya di dalam tempoh tertentu, dan ada pula yang
dipecat terus dari ahli. Langkah-langkah seperti itu tidak pernah menimbulkan
sebarang keraguan dan kesangsian. Sebab sebagai sebuah parti politik, disiplin
adalah merupakan perkara yang amat mustahak bagi menjamin agar pertubuhan
itu tidak dikhianati, dihancurkan atau terjejas. Langkah disiplin terhadap seseorang
ahli PAS seperti yang telah diambil terhadap Datuk Haji Muhammad bin Nasir
merupakan setakat ini kemuncak dari langkah jaminan menyelamatkan parti.
Kekeliruan di dalam mentafsirkan perlembagaan oleh sebahagian dari kita adalah

Muka 11 / 37
perkara biasa. Demikianlah anggapan saya tentang kekeliruan mentafsirkan fasal
40 ceraian (2) Perlembagaan PAS itu.

Sebagai anggota parti politik kita haruslah dapat memahami persoalan ini
dengan jujur dan amanah. Penterjemahan kita terhadap fasal-fasal di dalam
Perlembagaan kita hendaklah dirangkaikan dengan pandangan yang luas dan
menyeluruh terhadap kandungan penuh Perlembagaan itu sendiri. Allah tetap
memelihara dan menguatkan pertubuhan kita selagi kita sanggup diikat oleh nizam
yang kita sendiri berpegang di dalam lingkungan perjuangan yang lebih luas dan
suci.

Dengan suluhan-suluhan yang awal dan kemudian terbukti tepat inilah maka
ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
membuat keputusan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri
Besar Kelantan itu.

Surat kata dua itu sesungguhnya masih bersifat rahsia. Tidak ada sesiapa
yang tidak berkenaan mengetahuinya. Tetapi pada 14 September, menjelang Hari
Raya Puasa yang keramat, Datuk Haji Mohammad Nasir rupa-rupanya telah
mendedahkannya kepada pihak akhbar. Pendedahan tersebut dikepilkan dengan
tuduhan-tuduhan yang mengan-dungi fitnah jahat. Tuduhan-tuduhan lapuk itu
pernah beberapa kali dibangkitkan oleh musuh-musuh politik PAS pada masa lalu.

Oleh kerana tuduhan dan fitnah tersebut sangat berat serta membabitkan
nama baik pimpinan PAS dan mengancam kredibiliti Kerajaan PAS Kelantan dan
pemimpin-pemimpinnya selama ini, kecuali Datuk Haji Mohammad Nasir yang
sebelum ini pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar selama dua kali
pemerintahan; maka sebagai yang Dipertua Agung dan juga sebagai Menteri Besar
dulu, saya telah menjawab bagaimana tersiar dalam akhbar-akhbar dua hari
kemudiannya.

Jawapan dalam akhbar-akhbar tentu tidak sepenuhnya tersiar dan dalam


gelombang yang sedemikian hebat tentu tidak mendapat perhatian yang sebaik-
baiknya. Kerana itu izinkanlah saya memberi jawapan secara lebih teratur kepada
para perwakilan sekalian tentang tuduhan fitnah itu dan hakikat disebaliknya.

TIGA TUDUHAN
Di antara beberapa banyak tuduhan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh
Datuk Mohammad bin Nasir terhadap partai PAS dan pemimpin-pemimpinnya
adalah berhubung dengan tiga perkara yang tidak putus-putus disebutnya. Saya
rasa dalam hal ini saudara-saudara sekalian memerlukan gambaran yang
sebenarnya tentang perkara-perkara tersebut.

Muka 12 / 37
Pertamanya soal Syarikat Timber Mine. Dalam tahun 1964 Kerajaan PAS
Kelantan telah pun menganjurkan suatu rancangan untuk membangunkan ekonomi
negeri Kelantan.

PAS sedar bahawa negeri Kelantan adalah salah satu daripada negeri yang
termiskin di Semenanjung Malaysia ini. Adalah diketahui bahawa Kerajaan
Kelantan tidak berkeupayaan untuk menyelenggarakan rancangan perekonomian
yang memerlukan modal yang banyak khususnya di dalam menjayakan
rancangan-rancangan tanahnya.

Negeri Kelantan pada hakikatnya mempunyai tekanan penduduk yang kuat


oleh kerana hampir 65% bilangan penduduknya terdapat di dataran Kelantan atau
'Kelantan Food Plain' yang hanya berjumlah lebih kurang 18% sahaja dari muka
bumi negeri Kelantan. Untuk mengatasi masalah tekanan penduduk ini, Kerajaan
PAS Kelantan telah pun berusaha untuk membuka kawasan tanah yang luas di
Kelantan Selatan. Oleh kerana kawasan yang digelar oleh orang-orang Kelantan
'tempat jin bertendang' ini sangat sukar untuk diusahakan maka sangatlah perlu
dan penting diadakan prasarana yang secukupnya bagi menjayakannya. Kesemua
ini memerlukan modal yang banyak dan hanya dapat dilaksanakan secara
ekonomis dalam bentuk suatu projek yang besar.

Bagi menjayakan rancangan ini Kerajaan PAS Kelantan telah pun


mengeluarkan kebenaran kepada sebuah syarikat bernama TIMBERMINE untuk
mengeluarkan hasil kayu-kayan di dalam kawasan yang dicadangkan bagi
pembangunan tersebut. Syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka adalah
syarat-syarat yang lazim dikenakan oleh Kerajaan, dan selain daripada itu mereka
hendaklah membina jalan-jalan yang akan menjadi milik awam. Kawasan-kawasan
awam seperti sekolah, hospital, masjid dan Iain-lain hendaklah juga disediakan
oleh mereka mengikut jadual-jadual tertentu, termasuk juga pemberian biasiswa
untuk bumiputera.

Syarikat tersebut telah disyaratkan supaya mengeluarkan hasil hutan


dengan segera mengikut jadual dan mereka dikehendaki menyerah balik kawasan-
kawasan tersebut kepada Kerajaan bagi membolehkan Kerajaan menjalankan
projek-projek pembukaan tanah negeri di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri
Kelantan.

Bagi membuktikan bahawa syarikat ini mempunyai kesanggupan untuk


mengusahakan rancangan ini, maka mereka dikehendaki membayar pendahuluan
atau 'prepayment' kepada tribute yang mesti dikenakan oleh Kerajaan terhadap
hasil kayu kayannya. Ini telahpun dilakukan dan pihak Kerajaan PAS Kelantan
telah menggunakan wang tersebut untuk kemajuan negeri. Usaha yang radikal
inilah yang telah dilaung-laungkan oleh UMNO di dalam pilihanraya 1964 sebagai

Muka 13 / 37
satu gadaian tanah oleh Kerajaan PAS Kelantan. Inilah dia 'senjata sulit' UMNO di
dalam usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan.

Perkara ini telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan. Keputusan


telahpun diberikan. Selain daripada mengakui bahawa tanah tersebut bukan
digadai, Mahkamah juga telah melanggar (mendedahkan?) beberapa syarat-syarat
perjanjian yang memungkinkan Kerajaan Negeri boleh membatalkan perjanjian itu,
sekiranya pihak syarikat me-langgarnya, tanpa melibatkan ganti rugi dan
sebagainya.

Pada mulanya syarikat ini telah menjalankan usaha mereka dengan baik.
Akan tetapi selepas beberapa waktu mereka telah menghadapi berbagai masalah
di mana mereka telah melanggar beberapa syarat-syarat perjanjian dengan
Kerajaan. Dengan hal yang demikian pihak Kerajaan di bawah pimpinan Datuk
Ishak Lotfi telahpun membuat rancangan bagi menarik balik kawasan tersebut.
Usaha ini telah diteruskan selepas pilihanraya 1974 dan EXCO negeri Kelantan di
bawah pimpinan Datuk Haji Muhammad bin Nasir telahpun membuat keputusan
menarik balik kawasan tersebut TANPA SEBARANG GANTIRUGI. Di samping itu
satu kawasan seluas 30,000 ekar dari kawasan itu telahpun disediakan untuk
FELDA.

Kenyataan akhbar telahpun dikeluarkan oleh Datuk Mohammad bin Nasir


sendiri pada tahun 1975 dan kesemua pihak khususnya PAS telah menyokong
tindakan itu. Pe-muda PAS Negeri Kelantan telahpun menyuarakan sokongan
penuhnya kepada tindakan itu.

Tetapi sebelum sempat keputusan EXCO itu dilaksanakan, Allahyarhamhu


Tun Abdul Razak telahpun meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan berunding
untuk membayar saguhati kepada syarikat tersebut bagi mengelakkan perkara ini
berlanjutan di Mahkamah. Pihak EXCO Kelantan pada awalnya tidak setuju untuk
berbuat demikian, akan tetapi bagi menjaga hubungan baik dengan Kerajaan
Persekutuan akhirnya telah bersetuju berbuat demikian. Sesudah berunding
beberapa lama maka saguhati sebanyak S3.5 million telah diberikan kepada
Timbermine dan wang ini telah dipinjamkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada
Kelantan.

Manakala ini dilaksanakan, secara mendadak Datuk Haji Mohammad bin


Nasir bersama-sama dengan beberapa orang tokoh-tokoh UMNO Kelantan telah
mengisytiharkan kepada rakyat bahawa beliau telah menebus kawasan balak yang
telah 'DIGADAI' oleh pemimpin-pemimpin PAS. Maka timbullah kembali 'Senjata
sulit' UMNO yang pernah mereka gunakan dulu. Cuma kali ini diambil alih
peranannya oleh orang PAS sendiri, Datuk Haji Mohammad bin Nasir namanya.
Bukan itu saja; bahkan dituduh pula bahawa orang-orang PAS menentang

Muka 14 / 37
rancangannya mengambil kembali kawasan tersebut. Bukankah ini suatu penipuan
sejarah namanya?

Perkara kedua ialah Kawasan Membalak di Sempadan Kelantan-Perak


yang sering dilaung-laungkan oleh Datuk Mohd. bin Nasir Konsesi ini telah
diberikan kepada Syarikat Ric-Seng bagi mengeluarkan kayu-kayan. Syarat-syarat
yang telah dikenakan kepada syarikat ini ialah selain daripada royalti yang biasa
dikenakan kepada pembalak-pem-balak, membayar tribiut kepada Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) dan membayar prepayment tribiut maka
syarikat diwajibkan juga membina sebatang jalan raya kelas yang diiktiraf oleh
J.K.R. menghubungi Sungai Siput di Perak dengan Gua Musang di Kelantan.
Mengikut rancangan, jalan ini akan diteruskan oleh Kerajaan untuk menghubungi
Kuala Krai di utara dan Kuala Lipis, Pahang di selatan. Perbelanjaan membina
jalan ini pada ketika itu adalah dijangka akan menelan belanja berpuluh-puluh juta
ringgit. Sekarang sebahagian dari jalan itu telah dibina.

Kerajaan PAS masa itu memang sedar bahawa kawasan itu merupakan
satu kawasan yang punya potensi baik dari segi pembangunan, sebab itulah
kawasan ini perlu dibuka. Tindakan yang praktis mestilah dilaksanakan bagi
menjamin potensi growth-area ini dimajukan. Kita tidak mahu kekayaan Mat Jenin
dan kita tidak mahu rakyat kenyang di telinga, lapar di perut.

Masalah membalak di kawasan ini sebenarnya tidak timbul. Semasa


kawasan ini diisytiharkan sebagai kawasan panas, memang wajar sekali Kerajaan
membekunya. Tidak ada siapa baik PAS maupun UMNO yang menentangnya.
Manakala keadaan mula tenteram semula dan kawasan-kawasan yang sama di
Negeri Perak telah dibuka semula dengan kawalan khas, tidak ada siapa yang
ambil pusing. Tidak bergerak air pun di kalangan orang-orang PAS Kelantan.
Malah Datuk Mohammad bin Nasir dan EXCOnya sendiri telah mencairkan lebih
kurang 20,000 kawasan membalak di kawasan tersebut beberapa bulan sebelum
krisis Kelantan berlaku.

Yang pokoknya ialah masalah jalan. Jalan ini sebenarnya adalah jalan yang
dulunya dirancangkan oleh Kerajaan Persekutuan sendiri bagi menghubungi
Sungai Siput di Perak dengan Gua Musang di Kelantan. lanya juga merupakan
jalan 'TIMUR-BARAT' yang asal dan dirancangkan untuk menghubungi tiga
penjuru, Kuala Berang, Trengganu di Timur, Kuala Lipis, Pahang di Selatan dan
Kuala Krai, Kelantan di Utara. Sampai sekarang ini minat Kerajaan terhadap jalan
ini masih ada walaupun jalan Timur-Barat telah dipindahkan ke Utara,
menghubungi Jeli dengan Grik.

Manakala keadaan keselamatan sudah mula baik maka adalah munasabah


usaha membina jalan tersebut diuruskan semula, bukan sahaja bagi tujuan
ekonomi negeri malah bagi tujuan memudahkan pergerakan anggota keselamatan

Muka 15 / 37
dan juga usaha-usaha Kerajaan mengumpul kumpulan-kumpulan orang-orang asli
di kawasan tersebut. Langkah ini memerlukan persetujuan pihak Kerajaan dan
Jawatan Kuasa Keselamatan Negeri Kelantan. Persoalan ini telah ada dalam
pengetahuan Kerajaan Pusat sendiri.

Saya sendiri telah membincangkan hal ini dengan Datuk Mohammad bin
Nasir dan beliau bersetuju untuk menimbangkannya. Apa yang anehnya ialah
sesudah perkara undi tidak percaya terhadapnya menjadi heboh, beliau mulai
melempar berbagai-bagai fitnah terhadap diri saya dan juga PAS Kelantan
termasuk ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dari PAS dengan gambaran
seolah-olah semua mereka ini mempunyai kepentingan diri dalam masalah ini.
Kenapa suara sumbang ini tak dilaungkan ketika kedudukannya belum tercabar.

Sebenarnya perusahaan kayu-kayan adalah merupakan sumber hasil


kerajaan-kerajaan negeri yang lumayan dan telah menjadi amalan biasa bagi
kerajaan-kerajaan negeri mengeluarkan hasil hutannya secara sistematik di mana-
mana negeri yang luas kawasan hutannya, lebih-lebih lagi Kelantan selain dari
kekurangan hasil, memerlukan pula projek pembangunan tanah bagi rakyat
dengan suatu dasar bahawa kayu-kayannya mestilah dikeluarkan lebih dahulu.

Perkara ketiga ialah berhubung dengan Perbadanan Perusahaan Pertanian


atau 3-P. Pada tahun 1971 dan 1972 perusahaan tembakau di negeri Kelantan
telahpun mengalami kemerosotan mutu yang sangat teruk. Pihak pembeli
tembakau awet telah enggan membeli tembakau keluaran negeri Kelantan. Rakyat
memprotes. Di samping itu Syarikat Malayan Tobacco atau MTC, pengeluar
tembakau awet yang terbesar di Kelantan telahpun membuat keputusan untuk
meninggalkan perusahaannya di Kelantan. Kesemua 14 buah stesen pengawet
tembakau mereka akan ditutup mulai 1hb. Januari 1973. Keadaan ini sudah tentu
akan mengancam penghidupan lebih kurang 60,000 penanam dan pekerja
tembakau di Kelantan.

MTC sanggup untuk menjual stesen-stesen mereka. Akan tetapi tidak ada
sebarang organisasi baik swasta maupun Kerajaan yang mampu dan bersedia
untuk mengambil alihnya. Walaupun penutupan stesen-stesen itu bererti
sebahagian rakyat Kelantan akan kehilangan pendapatan langsung (direct income)
sebanyak lebih kurang RM12 juta setahun, hanya sebuah syarikat sahaja yang
sanggup bertawakkal bagi memulihkan mutu tembakau di Kelantan dan mengambil
alih semua stesen-stesen M.T.C. itu. Syarikat itu ialah apa yang dikenali sebagai
3P. Secara kebetulan salah seorang dari mereka itu ialah seorang ahli PAS.

Sesudah melalui perundingan akhirnya semua stesen pengawet tembakau


M.T.C. bertukar tangan kepada 3P dengan bayaran pinjaman dari bank di mana
SEDC sebagai penjamin. Pinjaman sebanyak RM2.839 juta itu sudah tentu kurang
dari nilai rasmi ketika itu sebanyak RM8.1 juta.

Muka 16 / 37
Sungguhpun dalam tahun 1973 3P mengalami kerugian kerana cuaca dan
Iain-Iain, tetapi tahun 1974 ia telah memperolehi keuntungan, dengan mutu
tembakau naik kepada nilai 85%. Pada ketika inilah seorang Timbalan Menteri
telah menghubungi 3P dengan mengatakan bahawa Tun Razak telah pun
mengeluarkan arahan supaya 3P menjualkan 70% sahamnya kepada Kerajaan
atau agensi-agensinya yang akan diberitahu kelak. Tetapi pihak 3P telah menolak
oleh kerana mereka berpendapat 3P sebagai sebuah syarikat yang dimiliki 100%
oleh bumiputera dan kesemua pekerja-pekerjanya juga bumiputera adalah
bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru Negara.

Bertolak dari titik inilah jalan yang akan ditempuh 3P mulai diranjau. Dari
semua sudut ia berhadapan dengan berbagai masalah. Dan setelah melalui
beraneka pancaroba maka akhirnya perusahaan yang dipegang oleh 3P ini
dijalankan oleh S.E.D.C. sendiri.

Apa yang dibangkit oleh Datuk Mohammad bin Nasir dan rakan-rakannya
ialah soal jaminan SEDC kepada bank. Sebenarnya jaminan itu diberi berdasar
kepada kepentingan rakyat Kelantan yang sebahagian besar bergantung kepada
perusahaan tembakau ini, di samping membantu perusahaan bumiputera sesuai
dengan Dasar Ekonomi Baru.

Jaminan itu tidak jadi masalah kalau jualan secara tawaran yang telah
dibuat dalam tahun 1976 dulu diterima oleh semua pihak termasuk pihak yang
berkuasa mengeluarkan lesen dan quota tembakau. Sebab tanpa quota dan lesen
itu tidak ada siapa pun yang telah membuat tawaran itu bersedia membeli stesen-
stesen pengawet tembakau itu.

Persoalan ini belum sampai ke hujung lagi, mungkin mahkamah yang dapat
menentukan atau langkah positif dari semua pihak akan mencapai penyelesaian
yang saksama. Yang jelasnya tiada timbul soal mempertahankan orang
perseorangan dan tidak ada kaitannya sama sekali soal 3P ini dengan soal undi
tidak percaya kepada Menteri Besar.

Di akhir-akhir ini pihak pengarah 3P telahpun memberitahu SEDC melalui


peguamnya bahawa mereka akan meminta Mahkamah melelong harta-harta 3P
yang dipegang oleh SEDC. Di samping itu SEDC pula telah menjawab mengatakan
bahawa jaminan yang diberikan oleh SEDC itu sebenarnya tidak sah.

Datuk Mohammad bin Nasir menyatakan bahawa ada golongan tertentu


yang ingin menggulingkan beliau kerana takut kes 3P dibawa ke mahkamah. Pada
pandangan saya jika kes ini dibawa ke mahkamah maka 3P akan gembira sekali.
Untuk sekadar makluman ingin saya menyebutkan bahawa jaminan yang diberikan
oleh SEDC kepada Hong Kong and Shanghai Banking Corporation semasa
jaminan itu diperbaharui pada tahun 1975 telah ditandatangani oleh Datuk
Mohammad bin Nasir sendiri.

Muka 17 / 37
Dari keterangan ringkas ini nyatalah perkara-perkara yang ditimbulkan itu
telah dieksploitasikan bagi kepentingan politik musuh PAS. Kita bukanlah mewakili
3P atau mana-mana pihak, tetapi salah satu tugas kita adalah menyatakan
kebenaran.

Seperti saudara-saudara maklum, bermacam-macam fitnah telah ditaburkan


oleh lawan politik kita sejak tahun 1964 lagi, tetapi ianya reda sesudah peristiwa 13
Mei 1969. Manakala tiba pilihanraya 1974, di mana kita sudah berada dalam
Barisan Nasional, golongan bebas bersatu telah mengambil alih peranan tersebut
dengan cara yang tidak kurang kencangnya seperti tahun 1964. Namun rakyat
tetap menolak fitnah itu, sebagaimana rakyat menolaknya pada tahun 1964 dan
sebagaimana Mahkamah Rayuan Persekutuan pernah menolaknya menjelang
pilihanraya 1969.

Kini tuduhan dan fitnah ditaburkan lagi, dan sekali lagi pemegang rolnya
bertukar tangan. Kali ini oleh seorang Menteri Besar PAS. Oleh kerana itu ia makin
panas, kerana tertuangnya dari orang penting PAS sendiri di mana para pengambil
kesempatan yang terdiri dari lawan-lawan politik yang lama atau penyokong-
penyokongnya, di mana orang-orang yang suka memfitnah dan mendengar fitnah,
yang terdiri sama ada dari golongan yang menggelar dirinya bijak pandai atau
orang biasa berpadu tenaga dan golongan mereka ini seiring jalan - selimbai
tangan untuk menghancurkan bukan saja pengkalan tempat PAS bertapak, iaitu
Negeri Kelantan, tetapi seluruh PAS itu sendiri. Ini terbukti dengan usaha
menubuhkan partai saingan PAS yang juga kononnya bercita-cita
memperjuangkan Islam.

Maka tidaklah menghairankan jika penggembelingan hasutan dan fitnah ini


begitu marak, laksana maraknya api yang membakar hutan rimba yang daun-
daunnya gersang di tengah panas terik kemarau panjang.

Seluruh pemimpin PAS, termasuk saya sendiri dihina dan dicerca, nama
baik diinjak-injak dengan penuh semangat dan kekejian yang tiada taranya. Semua
20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan pimpinan Kerajaan dari PAS yang
terdiri dari apa yang dinamakan kumpulan 20 itu adalah banjingan yang tidak boleh
diampunkan lagi. Seluruhnya hitam. Seluruhnya?

Menasabahkah pada lojiknya, tiada seorang pun yang baik di antara


mereka? Seluruhnya hitam legam. Sebaliknya seluruh mereka putih melepak. Di
manakah dalam dunia ini keadaan demikian boleh dipercayai.

Kempen-kempen yang dirancangkan beberapa lama, sejak tahun 1964 itu,


menyebabkan kita hampir berani berkata, sudah hampir masak benar hingga
meledak dengan hebatnya pada kali ini; malah kali ini diberikan asam garam dan
belacan cabai dengan sebaik-baiknya setelah beberapa kali dicuba dan gagal.

Muka 18 / 37
Pada kali ini, peranan yang dimainkan di belakang tabir bukan lagi oleh
tokoh-tokoh dari barisan bebas bersatu, bahkan sebahagian adalah tokoh-tokoh
dalam UMNO. Adalah tidak mustahil tangan-tangan luar ikut menggerakkan jari-
jemarinya memainkan peranan untuk melenyapkan perjuangan kita, perjuangan
Islam, yang mutlaknya menentang apa saja bentuk dan watak kegiatan thaghut
dan penjahanam pemikiran manusia di dunia.

Pada satu saat tertentu, sebelum, pada dan selepas pengundian tidak
percaya dikemukakan terhadap Datuk Haji Mohammad bin Nasir, mereka hampir
mencapai maksudnya, iaitu satu tahap di mana mungkin mereka boleh
mengucapkan salam takziah kepada perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.
Tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya, dan saya
ingin menegaskan di sini bahawa pihak-pihak tertentu akan menyesal dengan apa
yang mereka lakukan, sesalan kemudian yang tiada berguna lagi.

Dalam gelanggang pembakaran semangat dan kancah hasutan fitnah itu,


kita bersyukur kepada Allah kerana diberi taufiq dan hidayahNya sehinggakan
sebahagian rakyat yang sedar bersama pengikut-pengikut PAS yang setia, tetap
dalam iman dan kesabaran. Mereka tenang dan memandang semua itu tidak lain
dari percubaan yang memanggil mereka menghadapinya dengan sabar, tabah dan
waspada.

Kepada mereka saya ingin merakamkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas.
Juga kepada para pemimpin PAS yang dedikasi telah membuktikan bahawa
mereka tidak pernah ragu-ragu untuk bertindak bagi memenuhi hasrat parti dan
pengikut-pengikutnya, walaupun terpaksa mengosongkan jawatan-jawatan penting
mereka dalam kerajaan baik di pusat atau di negeri-negeri. Saya juga ingin
khususkan penghormatan ini terhadap sikap setiakawan sebahagian besar dari
pimpinan kita dari atas hingga ke bawah yang terpaksa menghadapi gelombang
dan taufan. InsyaAllah jika semangat ini berkekalan, PAS akan tetap utuh dan
perjuangan Islam akan tahan dilambung gelombang walaupun para pemimpinnya
silih berganti.

Sokongan-sokongan yang tidak berputusan dari para pengikut PAS dari


seluruh negara kepada kita, kepada langkah dan tindakan kita, selama masa gawat
ini berjalan, telah memberikan kekuatan yang bukan sedikit kepada kita untuk terus
tegas dan tidak ragu-ragu terhadap apa saja bahana yang mendatang.

TUNJUK PERASAAN DAN RUSUHAN DI KELANTAN


Pada 15 Oktober, usul undi tidak percaya kepada Datuk Haji Mohammad bin
Nasir, Menteri Besar Kelantan telah dibentang dan diluluskan dengan kemenangan
mutlak, ertinya tiada siapa menentang. Pihak lawan menjadi panik sehingga

Muka 19 / 37
terpaksa keluar Dewan Undangan Negeri sebelum pembilangan undi selesai. Ini
diikuti oleh orang yang kena undi. Kita mengetahui ada arahan dari pimpinan
mereka agar bersikap menentang dalam pengundian itu. Tetapi oleh kerana
mereka melihat solidaritas yang padu di kalangan 20 orang anggota PAS dalam
Dewan Undangan Negeri, mereka telah kehilangan pegangan dan beramai-ramai
keluar dewan. Inilah jawapan kepada andaian yang meragukan kesetiaan anggota-
anggota PAS itu. Kejadian tersebut memukul batang hidung mereka, bahawa para
pendukung PAS adalah orang-orang yang tak mudah dipujuk dan ditewaskan
dengan wang ringgit dan pangkat.

Melihat kebulatan yang tidak tersangkakan itu maka rapat umum haram
yang direncanakan, tiba-tiba berubah menjadi tunjuk perasaan dan rusuhan yang
di luar dari nilai-nilai kemanusiaan. Sebahagian dari maklumat atas kejadian itu
telah saya bentangkan melalui ucapan saya di Dewan Rakyat pada 8hb. November
yang lalu. Saya kira tidaklah perlu saya mengulanginya lagi di dalam muktamar
khas ini.

Kesemua kejadian dalam peristiwa tunjuk perasaan dan rusuhan itu


memberi kita satu gambaran seolah-olah berlaku satu 'public prosecution' terhadap
'established order' yang wujud di Kelantan pada waktu itu. 'Prosecution' dan 'Public
Judgement' yang timbul di dalam kekosongan undang-undang atau kekakuan
undang-undang yang berlaku itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di dalam
perkembangan Revolusi Kebudayaan di Negeri Cina Komunis, yang dipelopori oleh
'The Gang of Four' melalui 'Red Guard' atau Tentera Merah. Apakah kita di
Malaysia ini mempunyai juga The Gang of Four yang sedang menjayakan
rancangan 'revolusi' mereka untuk mencapai sesuatu matlamat yang bersifat
'personality cult' atau 'ideological cult'? Sebahagian daripada mereka telah
ditangkap dan apakah lebihannya masih berkuasa dan berbahaya kepada negara?
Apakah kumpulan ini boleh ditakrifkan sebagai rakyat dan apakah ini boleh
dipanggil rusuhan rakyat yang menyebabkan pemimpin-pemimpin Kerajaan
Persekutuan tergamak merampas kuasa Kerajaan Negeri di Kelantan dengan
menggunakan kuasa perlembagaan di bawah kuasa darurat Fasal 150 ? Biarlah
rakyat menjawabnya dan sejarah menukilnya.

Pemain-pemain di belakang layar telah menangguk pe-luang ini untuk


membentuk suasana dan keadaan bagi mencapai strategi besar mereka, iaitu:
menawan Kelantan dan menghancurkan PAS, dengan cara apa pun. Pihak UMNO
yang mulanya menyokong pembubaran Dewan Undangan Negeri, telah mengubah
strategi mereka dengan menyokong undang-undang darurat itu.

Muka 20 / 37
FORMULA DEMI FORMULA

Perubahan sikap ini terbukti dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri


Datuk Seri Dr. Mahathir ke Kelantan pada 22 Oktober dengan menemui beberapa
pihak yang terlibat dan kemudiannya menemui pihak PAS bagi mengemukakan
apa yang dinamakan formulanya. Formula tersebut katanya untuk menyelesaikan
krisis Kelantan. Formula itu bermaksud supaya semua anggota exco PAS yang
lama mestilah ditiadakan dalam membentuk kerajaan baru Kelantan. Sebaliknya
exco UMNO biarlah orang dan muka lama juga.

Demi untuk menghilangkan kekeruhan dan mewujudkan suasana baik,


pihak Perhubungan PAS telah mengambil keputusan bersetuju dengan cadangan
tersebut di samping menyatakan saranannya agar exco UMNO yang lama turut
juga ditiadakan dalam kerajaan yang akan dibentuk nanti, biar sama-sama muka
baru, barulah adil namanya.

Ini adalah satu pengorbanan PAS yang besar dalam konteks Kerajaan PAS
Kelantan, kerana Kelantan adalah tapak Kerajaan PAS. Ini suatu tolak ansur yang
besar dan luar biasa bagi PAS di mana kerajaannya telah cuba digugat dalam
beberapa kali pilihanraya tetapi gagal. Namun pihak UMNO rupa-rupanya belum
berpuas hati dengan pengorbanan itu, kerana strategi barunya bukan pembukaan
Kerajaan baru, tetapi penguasaan terhadap Kelantan seluruhnya.

Kita telah bersetuju pada dasarnya bahawa kerajaan yang akan dibentuk
terdiri dari muka-muka baru dari orang kita, cumanya untuk lebih adil pihak UMNO
juga hendaklah muka-muka baru. Apabila kita kemukakan soal ini kepada mereka,
tidaklah banyak cerewet mereka untuk menerimanya. Tetapi dengan penambahan
satu syarat baru yang luar biasa yang berbunyi: "Memandangkan kepada
keadaan yang memerlukan kawalan ketat sekarang, buat beberapa waktu
pentadbiran negeri Kelantan diurus oleh seorang pen-tadbir yang terdiri dari
pegawai kanan M.C.S. di bawah satu undang-undang yang akan diluluskan
oleh Parlimen di bawah undang-undang darurat sekarang. Pegawai ini akan
di-beri kuasa penuh dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri supaya
pentadbiran yang berkesan dapat diadakan."

Ini adalah cadangan baru sama sekali, yang tidak pernah disebut atau
ditimbulkan baik sewaktu Dr. Mahathir melawat Kelantan atau Iain-Iain tempat
sebelum kenyataan yang pertama dan tawaran yang pertama. Maka jelaslah
cadangan baru itu dibuat bagi membolehkan niat dan hasrat mereka kepada
"penguasaan Kelantan seluruhnya".

Perhubungan PAS Kelantan telah mengadakan satu mesyuarat pada 29hb.


Oktober 1977 dan telah mengambil keputusan melantik sebuah jawatankuasa khas
bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kandungan formula Dr. Mahathir
yang dianggap adalah dari Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sendiri.

Muka 21 / 37
Jawatankuasa Khas berkenaan, dengan merujuk kepada kandungan
formula baru itu telah bersetuju mengambil keputusan menolak cadangan tersebut,
dengan hujah tepat bahawa cadangan tersebut "akan bererti demokrasi dalam
kehidupannya sudah tiada wujud lagi". Oleh kerana soal muka baru dan muka lama
didapati kait-mengait dengan cadangan di atas, maka soal perlantikan orang dalam
kerajaan dianggap tidak berbangkit lagi.

Sebagai cadangan balas, Jawatankuasa tersebut bagi pihak PAS Negeri


Kelantan telah mengemukakan Formula baru, iaitu:

a) Sebuah Kerajaan baru hendaklah ditubuhkan dengan seberapa


segera yang boleh yang mengandungi komposisi 6 orang PAS
termasuk Menteri Besar serta Timbalan Menteri Besar dan 3
UMNO.

b) Memandangkan kepada keadaan keselamatan dan keamanan


yang memerlukan kawalan ketat sekarang, buat sementara waktu
Jawatankuasa Keselamatan Negeri hendaklah disusun semula
dengan satu komposisi baru iaitu:

1) Pengerusi - Seorang pegawai kanan M.C.S. yang boleh diterima


oleh kedua-dua pihak (PAS-UMNO).

2) Timbalan Pengerusi — Timbalan Menteri Besar atau wakilnya.

3) Anggota-anggota — (a) Setiausaha Kerajaan Negeri


Kelantan

(b) Ketua Polis Kelantan

(c) Pegawai Pemerintah Askar di Kelantan

(d) Pengarah Penerangan Negeri Kelantan


- (bukan Haji Abdul Hamid bin Omar,
orang yang memegang jawatan itu
sekarang)

4) Setiausaha — Hendaklah dilantik mengikut peraturan biasa,


tetapi Encik Hasan bin Abdullah setiausaha yang ada sekarang
hendaklah digantikan."

c) Bagi membolehkan komposisi jawatankuasa keselamatan Negeri


Kelantan dilaksanakan maka jika terdapat sebarang percanggahan
di dalam undang-undang atau akta yang ada sekarang maka
undang-undang atau akta tersebut hendaklah dipinda sama ada
terpaksa melalui Dewan Rakyat atau sebagainya.

Muka 22 / 37
d) Oleh kerana tawar menawar formula demi formula antara PAS
Negeri Kelantan dengan pihak UMNO atau dengan Barisan
Nasional telah memakan masa begitu lama maka pihak PAS
Negeri Kelantan merasa tidaklah perlu mengambil masa yang
lama lagi untuk mencapai penyelesaian.

e) Cadangan ini dikemukakan dengan penuh yakin bahawa ianya


dapat diterima dengan baik demi kebajikan rakyat dan Negeri
Kelantan.

Cadangan itu ditutup dengan kata-kata : "Oleh yang demikian adalah


menjadi kewajipan PAS Negeri Kelantan mempertahankan kedudukan ini jika
sekali pun terpaksa berada di luar Barisan Nasional Peringkat Negeri
Kelantan."

Berikutan dengan cadangan tersebut, Perdana Menteri memanggil anggota


Jawatankuasa Khas untuk mengadakan perbincangan dengannya di Jabatan
Perdana Menteri dan perjumpaan itu berlangsung pada 2hb. November 1977. Saya
sebagai Yang Dipertua Agung bersama Datuk Abu Bakar Umar Naib Yang
Dipertua Agung turut menemani delegasi tersebut.

Pertemuan tersebut merupakan pertemuan yang malang, kerana pihak


Perdana Menteri langsung tidak menyentuh cadangan balas dari Jawatankuasa
Khas yang begitu moderat serta lengkap itu. Sebaliknya Perdana Menteri cuba
memberi taklimat terhadap cadangan dan rancangannya yang asal yang mahu
Kerajaan ala-Mageran. Pertemuan itu nampaknya sebagai memberitahu: Inilah
yang kami mahu buat, mahu atau tidak, kami buat juga. Kemudian diberi tempoh
selama tiga hari untuk pihak PAS menjawabnya.

DARURAT DI KELANTAN
Dalam masa tiga hari itu telah keluar kenyataan dari Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan hasrat mereka mahu mengadakan
pemerintahan ala-Mageran, surat-surat memanggil sidang khas Parlimen diedarkan
dan mesyuarat khas Kabinet juga dipanggil.

Tidak syak lagi segala-galanya bersifat ancaman yang pada asasnya untuk
memusnahkan Kerajaan PAS Kelantan. Sebagai orang-orang yang memikul
amanah rakyat dan amanah Allah dalam perjuangan menegakkan agama dan
syariatnya, petugas-petugas PAS tidak merasa gentar menghadapinya, lalu pada
masa yang dijanjikan pihak PAS telah menolak tempoh yang diberikan oleh
Perdana Menteri. Penolakan ini adalah sebagai formaliti semata-mata, kerana

Muka 23 / 37
penolakan yang sebenarnya telah dibuat sewaktu surat dari Jawatankuasa Khas itu
dihantar waktu menolak Formula Mahathir dan mengemukakan formula baru.

Jawatankuasa Agung PAS Pusat yang bersidang pada hari Ahad 6hb.
November telah mengambil keputusan tegas, iaitu menentang terus terhadap
cadangan hendak mewujudkan akta darurat di Kelantan serta mengarahkan
Menteri-Menteri Kabinet dari PAS menentangnya dalam kabinet dan jika ternyata
akta itu akan dibawa terus ke Parlimen, maka petugas-petugas dari PAS sebagai
Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, hendaklah meletakkan
jawatan masing-masing, serta semua ahli Parlimen sama ada di Dewan Rakyat
dan Dewan Negara, hendaklah seberapa yang boleh berucap menentang akta
darurat Kelantan 1977. Barang siapa yang tidak patuh kepada arahan ini maka
ianya terpecat dengan sendirinya.

Dari keputusan yang dibuat dengan sebulat suara dalam mesyuarat


jawatankuasa kerja agung PAS itulah maka petugas-petugas PAS meletakkan
jawatan masing-masing dan menentang akta darurat Kelantan itu. la juga
menyebabkan terpecatnya Haji Hasan Adli sebagai ahli PAS.

Hari Selasa 8hb. November 1977 adalah hari yang ditunggu bukan saja oleh
PAS tetapi oleh seluruh negara. Bagi Kerajaan Pusat hari itu ditunggu-tunggu
kerana itulah harinya mereka akan bentangkan akta darurat Kelantan yang pasti
akan diluluskan, meski pun sebahagian besar dari mereka tetap berdukacita
kerananya.

Pada pagi itu petugas-petugas PAS seramai lima orang telah


menyampaikan surat-surat perletakan jawatan masing-masing dengan cara
menyerahkan sendiri ke tangan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, sewaktu
kabinet bersidang secara khas. Saya sebagai anggota kabinet telah membangkang
akta itu dan setelah itu menyerahkan surat perletakan jawatan saya.

Nampak sekali bahawa mereka tidak menyangka bahawa pihak kita sampai
begitu sekali sanggup berkorban dalam menghadapi soal yang pokok dan hidup
mati seperti ini. Mereka menyangka bahawa orang-orang PAS ini boleh ditunjuk-
tunjuk begitu mudah sahaja. Selesai sahaja kami bersalam, dan pada ketika itu
sudah jelas Y.B. Tuan Haji Hasan Adli, tidak menyertai kita dan sebaliknya
menyokong akta itu. Kami meninggalkan bilik kabinet ke Bangunan Parlimen untuk
meminta agar tempat duduk kami ditukar. Perpisahan dalam Kabinet itu merupakan
satu kemenangan moral yang tak dapat dilupakan oleh mereka yang cintakan
perpaduan.

Pada pukul 3.20 petang itu Akta Darurat Kelantan dibentangkan dalam
Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri untuk bacaan kali pertama, dan kemudian
Dewan ditangguhkan untuk pukul 7.30 malam. Pada pukul 4.00 petang, DYM SPB
Yang Dipertuan Agung menitahkan perisytiharan darurat di Negeri Kelantan. Pada

Muka 24 / 37
pukul 7.36 malam itu, akta tersebut dibacakan untuk kali kedua dan ketiga untuk
diluluskan. Saya telah membuat ucapan panjang lebar memberikan sebab-sebab
kenapa rang undang-undang itu tidak perlu. Antara tentangan tersebut
menyebutkan bahawa rundingan belum sampai ke mana, dan cadangan balas kita
tidak dibincangkan langsung.

Bila pengundian dijalankan di akhir persidangan itu, semua 12 orang


anggota kita di Dewan Rakyat telah menentangnya. Petang esoknya, Dewan
Negara turut meluluskan akta itu dan seorang Senator kita telah menentangnya.

Hasil dari penentangan itulah Dewan Tertinggi Barisan Nasional


mengadakan mesyuaratnya pada 5 Disember 1977 untuk mentafsirkan Fasal 14
tentang disiplin. Amatlah aneh jika Barisan Nasional campurtangan tentang perkara
ini, kerana sebelum itu tidak pernah dipanggil pun, sama ada kita setuju atau tidak,
bagi membincangkan soal-soal pokok seperti Undang-undang Darurat Kelantan itu.

Pentafsiran tersebut telah ditekankan sedemikian rupa dan memang aneh


sungguh bila mereka membuat konklusi bahawa PAS hendaklah memecat ahli-
ahlinya yang menentang whip Barisan Nasional. Jadi ertinya saya kena pecat saya
sendiri dan rakan-rakan saya? Bukankah perkaranya macam main sunglap yang
tidak sepatutnya dilaku kan oleh orang-orang tua. Itu dari segi logiknya.

Dari segi prinsipnya, gabungan yang bernama Barisan Nasional ini sudah
melampaui batasnya yang sebenar. Dalam gabungan yang longgar seperti Barisan
Nasional, mana-mana pihak pun tidak seharusnya melanjutkan tangan begitu jauh
hingga ke dalam diri mana-mana parti komponen. Setiap partai mempunyai aturan
dan kaedahnya sendiri. Lainlah kalau kita ini dalam satu partai, bolehlah memecat
mana-mana ahli yang tidak patuh kepada disiplin. Itupun ada kaedahnya. Dan kita
bukan satu cawangan dari UMNO atau satu cawangan dari Barisan Nasional. Kita
sama-sama mempunyai identiti. Dari segi protokolnya kita adalah setaraf.

Adalah tidak menasabah bagi sesiapa sahaja yang bertamadun memikirkan


bahawa semua pihak boleh campur tangan sampai begitu jauh ke dalam partai
kawan sendiri, kecuali orang-orang yang berniat songsang dan serong.

Dengan sebab-sebab yang makqul saya telah memberikan ucapan yang


tegas dan menentang pentafsiran tersebut dan kehendak-kehendak Barisan
Nasional yang bersifat 'campurtangan dalam rumahtangga kita itu'.

Kisah-kisah selanjutnya dari siri ini memberi gambaran bahawa Barisan


Nasional sekarang bukan Barisan Nasional sebelum ini. Mereka yang berkuasa
dan menjadi teras telah mempergunakan Platform Barisan Nasional itu bagi
kepentingan kultus semata-mata, walaupun terpaksa melanggar semangat dan tata
tertib persekutuan dan tradisi.

Muka 25 / 37
Saya yakin bahawa anasir-anasir tidak sihat mempengaruhi Barisan
Nasional ini untuk memecah belahkan rakyat, terutama perpaduan orang-orang
Melayu.

Tepat sebulan selepas peristiwa 8 November, maka pada 8 Disember


diadakan pertemuan Majlis Tertinggi UMNO yang telah membuat keputusan untuk
memecat PAS. Pada pagi 9hb. Disember anggota-anggota Tertinggi Barisan
Nasional mengadakan pertemuan di kalangan mereka, dan kita tidak dijemput,
walaupun mereka mengetahui bahawa PAS pada ketika itu adalah salah satu
komponennya.

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu dimaklumkan kepada pemimpin-


pemimpin Barisan Nasional dan memutuskan bahawa Dewan Tertinggi Barisan
Nasional akan bersidang pada 13 Disember bagi membincangkan usul UMNO
untuk memecat PAS.

Pada petang 9 Disember itu, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Hussein


Onn mengumumkan dalam satu perhimpunan khas UMNO seluruh negara di
Dewan Tuanku Abdul Rahman. Ucapan tersebut menyebut antara lain: jika pucuk
pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang
dikehendakki di dalam resolusi yang telah dipersetujukan oleh Barisan Nasional
dalam mesyuarat Majlis Tertingginya pada 5hb. Disember yang lalu, UMNO akan
meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya
dipersetujukan resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional .

Pada 13 Disember, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mengadakan


mesyuaratnya di Ibu pejabatnya, dan kali ini PAS dijemput sama. Agendanya untuk
memecat PAS. Mungkin, apabila dilihatnya PAS hadir, barangkali mereka tidak
sangka, maka agenda itu diubah menjadi berbunyi seperti berikut: "Melaksanakan
keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat khas Dewan Tertinggi pada 5hb.
Disember 1977 dan mengambil tindakan memecat parti-parti anggota yang enggan
mematuhi setelah diberi tempoh yang berpatutan.

Parti PPR menentangnya dan wakil-wakil PAS mengambil sikap tunggu dan
lihat pertelagahan mereka, kerana tidak ingin lagi mengulang-ulang hujah yang
sama yang telah dihujahkan sebelumnya.

Keputusan apa yang dinamakan 'mesyuarat' itu antara lain berbunyi: ' . . .
Parti PAS yang didapati telah melanggar disiplin parti mengikut pentafsiran yang
baru dibuat terhadap Fasal 14 Perlembagaan Barisan Nasional sepatutnya
memecat ahli-ahlinya sesudah Usul Pentafsiran itu diluluskan. Sungguhpun
demikian, Parti PAS diberi tempoh selama 4 hari mulai daripada hari ini untuk
mengikut keputusan ini. Jika tidak, dengan sendirinya Parti PAS dipecat daripada
Barisan Nasional . . ."'

Muka 26 / 37
Ayat-ayat tersebut nampak sekali berliku liku. Jika Parti PAS didapati
melanggar disiplin, kenapa tidak dipecat terus, sebaliknya meminta PAS memecat
ahli-ahlinya, cara-nya memang menggelikan. Kenapakah sehingga demikian
likunya sengaja dibuat, kerana mereka sedar implikasinya bagi masyarakat
terutamanya masyarakat Melayu.

Terserahlah kepada tafsiran masyarakat seluruhnya. Kita hanya


memberikan fakta untuk tatapan sejarah. Namun demikian, Jawatankuasa Agung
PAS telah mengadakan mesyuaratnya pada malam 14 Disember dan mengambil
keputusan bahawa apa yang dipanggil 'tempoh' atau sebagainya adalah tidak
mempunyai erti apa-apa, kerana sudah mereka tahu bahawa PAS dengan
pendiriannya tidak berganjak. Oleh yang demikian, PAS menganggap ianya telah
dipecat pada malam 13 Disember itu lagi.

Tetakala surat rasmi memberitahukan keputusan Mesyuarat Dewan


Tertinggi pada 13 Disember sampai ke tangan saya pada pagi 15 Disember 1977,
kita sebenarnya telahpun menjawabnya terlebih dahulu dari itu dan pada 15
Disember itu kita sudahpun meminta Setiausaha Dewan Rakyat menukarkan
tempat duduk di sebelah pihak pembangkang. Kita sudah bersedia dari semua
segi. Pada 16 Disember anggota-anggota kita sudah duduk di pihak pembangkang,
pada hal salah seorang naib presiden parti yang berkuasa bercakap di Kedah
bahawa mereka sedang menunggu hari esok, bahawa ahli-ahli PAS dalam badan-
badan berkanun akan disingkir dan bahawa mereka sudah menunggu lama untuk
berbuat demikian dan bahawa PAS ini adalah musuh mereka.

Memang selama ini kita mengagak bahawa sebahagian pemimpin UMNO


tidak senang terhadap kita, tetapi tidak pernah disahkan, kecuali dalam kenyataan
dari pemimpin penting UMNO tersebut. Memang mereka boleh berbuat apa saja,
tetapi untuk perhatian saudara-saudara kita tidak memusuhi ahli-ahli UMNO dan
tidak pernah untuk menganggap ahli-ahli UMNO sebagai musuh kita. Kita sentiasa
baik sangka, kita tidak tergamak menyatakan bahawa semua orang UMNO itu
musuh kita.

Kita hanya tidak dapat kompromi dengan sebahagian pemimpin UMNO yang
bertindak songsang dan serong untuk memakan dan menelan kawan, manusia
sebangsa dengan mereka, demi membina kepentingan politik jangka pendek dan
jangka panjangnya hingga tergamak melupakan kepentingan keseluruhan nasib
bangsa dan negara mereka.

Bagaimanapun itulah manifestasinya. Pepatah orang tua-tua berkata,


"Bangkai gajah tidak dapat ditutupkan dengan nyiru". Tembelang dari
ketidakjujuran dan penyelewengan serta kezaliman akan terdedah dari semasa ke
semasa, InsyaAllah melalui mulut, sikap, watak dan kegiatan mereka.

Muka 27 / 37
Bayangan dari kenyataan tersebut jelaslah tidak memberi gambaran yang
optimistik tentang perpaduan orang Melayu dan perkembangan agama Islam. Yang
terbayang ialah dendam kesumat yang sepatutnya tidak ada kepada orang yang
bercita-cita untuk jadi Pemimpin Negara.

Seluruh ahli PAS yang dedikasi hendaklah bersiap sedia menghadapi


implikasi ancaman dan balas dendam ini, yang pada hakikatnya kita semua adalah
terdedah kepada apa-apa saja tindakan dan ancaman. Sewaktu kita menjadi
pembangkang dulu, beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri terpaksa
bertanding ketika mereka dalam tahanan di Batu Gajah, dan mereka menang.
Kalau mereka yang ber kuasa mau mempertinggikan tempat jatuhnya dia mungkin
akan bertindak lebih drastik dan keras dari itu.

UNDI TIDAK PERCAYA DI KEDAH


Setengah pihak mendakwa bahawa undi tidak percaya di Negeri Kedah bagi
menurunkan Menteri Besarnya, sebagai tindakan membalas dendam kerana
Kerajaan Pusat menguatkuasakan undang-undang ala-Mageran di Kelantan.
Dakwaan tersebut tentulah meleset kalau dilihat tarikh lahirnya suara mahu
mengemukakan usul itu yang disebut oleh seorang anggota Dewan Undangan
Negeri Kedah dalam bulan Oktober, sedangkan undang-undang ala-Mageran
di Kelantan dikuat kuasakan di Kelantan pada 8 hb. November.

Sebenarnya, masalah pokok yang timbul di Kedah itu berpunca dari rasa
tidak puas hati rakyat negeri tersebut, terutama dalam kawasan Dewan Undangan
Negeri Kupang yang berdekatan dengan Baling, di mana suatu demonstrasi rakyat
pernah berlaku beberapa tahun lalu.

Sebagai wakil yang membawa amanah rakyat, penyuara yang membawa


usul undi tidak percaya itu mempunyai pertimbangan khas bila mana rakyat
kawasannya tidak henti-henti mendesak supaya pembangunan di kawasan yang
berhampiran dengan sempadan itu dipercepatkan menjadi realiti, jangan hanya
sekadar bercakap sahaja.

Rahsia kemerosotan perhatian Kerajaan Negeri di kawasan itu adalah rahsia


umum sehinggakan kerap kali dalam Dewan Rakyat ditimbulkan oleh wakil Barisan
Nasional bagi kawasan Baling sendiri. Bagi wakil rakyat PAS, tentulah janggal jika
ia tidak menyampaikan amanah itu. Pun dalam soal ini, pihak PAS bukanlah mahu
meminta wakilnya menjadi Menteri Besar, cuma menukarkan Menteri Besar yang
ada sekarang kepada orang lain yang lebih berkalibar, dari kalangan UMNO
sendiri.

Hanya sedikit si lap faham timbul, kerana kes ini lahir sewaktu krisis
Kelantan sedang bergolak hingga mudahlah kepada tukang-tukang reka menokok
tarn bah dan mengaitkannya dengan Kerajaan ala-Mageran di Kelantan. Bagi

Muka 28 / 37
orang-orang yang rasional, tidaklah timbul masalah yang menakutkan. Tidak
menasabah bagi PAS untuk merampas kuasa, tetapi adalah kewajipan PAS untuk
menyedarkan pihak-pihak yang memerintah bagi mengatasi masalah kepincangan
yang berlaku dan kemunduran yang berpanjangan.

Kita merasakan benar betapa ketakutan yang terpendam terhadap isu


Kedah ini, hinggakan Perdana Menteri sendiri menyebutnya dalam satu
perjumpaan khas UMNO yang penting di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam
hubungan ini, saya kira, ketakutan tersebut sudah di luar rasional, hingga seolah-
olah menjadi salah satu faktor pemecatan PAS dari Barisan Nasional.

Pemerintahan negara ini akan menjadi kelam kabut jika apa saja langkah
yang jujur dari rakyat atau wakil rakyat, dianggap sebagai mencabar perpaduan
dan kepimpinan. Kita tidaklah mahu mengajar itik berenang, tetapi wajar sekali
untuk mengingatkan bahawa sesuatu masalah haruslah dihadapi dengan tenang
dan kepala dingin, bukan dengan panik dan kehilangan tuju. Pada 21 hb. Disember
yang baru lepas Usui itu selamat dikemukakan dan dibahas di dalam Dewan
Undangan Negeri Kedah, dan seperti yang diduga Usui itu telah pun ditolak
dengan suara terbanyak, iaitu 9 suara dari anggota PAS menyokong dan 14 suara
dari pihak Kerajaan menentang. Sebenarnya kalah menang dalam persoalan ini
tidak menjadi perhitungan, tapi jelaslah bahawa PAS telah berjaya membuka tabir
yang selama ini tidak ada siapa yang berani membukanya yang dengan demikian
terserlahlah hakikat yang selama ini tidak diketahui.

Perbahasan usul itu juga dapat memberi dua gambaran yang jelas, iaitu
perpaduan anggota PAS yang sering sengaja dipertikaikan dan kegoyahan sikap
sebahagian anggota pihak Kerajaan yang benar memahami dan maukan
kebenaran. Semuanya ini adalah rangkaian rantai dari scope perjuangan yang
luas. Bukan Kelantan, bukan Kedah tetapi meliputi negara seluruhnya.

FAKTOR KEKUATAN DAN KEMENANGAN


Dengan langkah-langkah kita seterusnya sejak dari awal hingga ke hari ini,
dalam masalah yang menyeluruh ini ternampak pada zahirnya kita kehilangan
banyak perkara. Kita kehilangan jawatan-jawatan, kita kehilangan sebuah kerajaan
buat sementara dan sebagainya. Berpandukan perkara-perkara lahiriah ini,
terdapatlah setengah kalangan mengirakan bahawa kita telah kalah.

Soalnya, dalam sesuatu perjuangan itu apakah kebendaan atau fizikal


menjadi ukuran? Ukuran politik bukan di situ! Ukurannya tidak terjangkau oleh
materi, nilainya relatif, dan ukurannya pun relatif. Memang sudah tidak ada
Kerajaan PAS di Kelantan buat sementara ini, tetapi PAS nyata lebih segar dan
penyokong-penyokong PAS lebih

Muka 29 / 37
bersemangat dari dulu. Tindakan drastik dari pihak lawan, menyentuh hati
nurani' umat dan hati nurani itu dapat memberi penilaian bahawa langkah-langkah
pihak lawan itu adalah langkah tidak sabar dan tidak jujur.

Repleksi ini memberi kesan yang besar kepada rakyat, baik di bandar dan di
kampung. Dengan kejadian ini PAS terbukti hidup, mendapat sambutan yang lebih
hangat dari masa-masa yang lalu.

Dipandang dari segi kebendaan memang kita rugi, orang-orang kita


kehilangan kerja, jadi mangsa, terkorban dan sebagainya. Tetapi dalam politik,
perkataan 'pengorbanan' tak dapat dipisahkan. Pengorbanan itu suatu harga yang
mesti dibayar untuk mencapai kemenangan yang lebih besar. Perjuangan PAS
dimulai dengan pengorbanan dan kemenangan moral itulah kita merangkak dan
bertapak untuk mencapai kemenangan dari segenap aspek. Sebab itulah saya
pernah mengatakan bahawa peristiwa ini sangat bersejarah, bukan saja dalam
PAS tetapi dalam sejarah politik tanah air kita.

Justeru itu, perlulah kita menginsafi semua perkembangan dengan matang,


memberikan penilaian atasnya dengan matang, dan berfikir serta bertindak dengan
matang. Sesungguhnya kekuatan dan kemenangan kita tidaklah mutlak
bergantung kepada kekuatan materi dan kebendaan ataupun kepada kedudukan
yang dianggap boleh menaikkan prestige kita, tapi yang lebih penting dan utama
dari segala-galanya itu ialah keyakinan dan pegangan kita terhadap cita-cita
perjuangan dengan doktrinnya yang tegas dan akidahnya yang jelas. Dalam
hubungan ini dan pada kesempatan ini, rasanya amat sesuai bagi kita untuk
menyentuh sepintas lalu mengenai satu perkara penting yang kurang kita amati
berhubung dengan hukum-hukum perjuangan ideologi untuk dijadikan sebagai
panduan kita.

Jika kita tinjau sejarah perjuangan ideologi di dunia,termasuk perjuangan


menegakkan Risalah Islamiah, dapatlah diambil kesimpulan bahawa kemenangan
perjuangan itu ditentukan oleh beberapa faktor yang antara satu sama lain saling
isi mengisi dan saling lengkap melengkapi.

Faktor yang pertama ialah ideologi yangterang dan jelas, yakni segala
sesuatu yang kita perjuangkan itu bukan saja jelas sasarannya untuk kita, maiah
boleh dijelaskan kepada sesiapa yang meminati dan menghajatinya. Jika kita
sudah yakin bahawa yang kita perjuangkan itu sangat benar, terang dan nyata
maka kita dengan sendirinya merasa bahawa apa yang kita perjuangkan itu sangat
berharga, dan kita berani mati kerananya.

Yang kedua ialah potensi yang cukup. Potensi dalam konteks ini ialah
'kekuatan' dan ianya mesti cukup yang boleh menentukan, yang bererti bahawa
kekuatan kita itu boleh dikerahkan bila-bila masa saja.

Muka 30 / 37
Yang ketiga ialah organisasi yang rapi. Termasuk dalam hukum organisasi
yang rapi ini ialah pembentukan anak-anak organisasi mengikut status sosialnya
dalam segenap peringkat.

Yang keempat dan terakhir ialah keampuhan dan ketepatan taktik dan
strategi, yakni kecekapan kita menggunakan masalah politik tertentu pada saat
tertentu sebagai taktiknya. Adapun strateginya pula ialah kemampuan kita
menggunakan masalah politik untuk mencapai rencana perjuangan dalam jangka
waktu tertentu bagi mencapai sasarannya yang mutlak. Dalam konteks perjuangan
PAS, maka sasarannya yang mutlak ialah supaya terjelmalah masyarakat yang
mengamalkan dasar-dasar Islam keseluruhannya. Kita yakin hanya dasar-dasar
Islam saja yang dapat memberi jawapan terhadap permasalahan dunia masa kini
dan bila-bila masa sekalipun.

Kita sentiasa mengingatkan bahawa Barisan Nasional bukanlah matlamat


atau sasaran utama kita, dan apabila kita tidak lagi berada di dalamnya namun
sasaran kita yang mutlak terus diperjuangkan. Kita berada sekarang di kem yang
lain, tetapi matlamat dan sasaran kita tetap tidak berubah. Pikullah amanat
perjuangan ini walau di mana kita berada, InsyaAllah kita senantisa diberi kekuatan
jiwa dan keteguhan iman dalam perjuangan ini.

Kini sampai ke suatu tahap yang walaupun kembali semula sebagai parti
pembangkang, tetapi kita menghadapi masalah yang berlainan, keadaan
masyarakat bertambah

maju dalam pemikiran, umat Islam kian matang dan lebih ramai yang
cintakan kepada Islam. Kerana itu satu pemu satan dan pembinaan ke arah
mencapai sasaran yang mutlak itu perlu dipertimbangkan dengan langkah-langkah
yang lebih positif. Kita perlu bergerak lebih positif sambil kekuatan kita disusun
semula, dipungut dan dihimpun dar semua potensi yang ada, yang memang bukan
kecil bagi mewujudkan kekuatan yang sebenar.

Kita mau organisasi kita berlipat ganda kemasnya dan perlulah dilatih
mujahid-mujahid teras yang mampu dan sanggup berhadapan dengan segala
suasana dan kemelut, di samping gigih bekerja sebagai pekerja partai.

PERPADUAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU


Sekarang dengan rasminya PAS menjadi parti pembangkang, parti
pembangkang yang terkuat di Malaysia, la kembali memegang peranan lamanya
sesudah hampir 5 tahun ia berada dalam Kerajaan. Sebagai sebuah parti
pembangkang, sudah tentu ia akan berusaha dan bertindak dengan apa cara jua

Muka 31 / 37
pun sesuai dengan ajaran Islam di dalam lingkungan perlembagaan negara bagi
mencapai kemenangan yang lebih besar.

Kita sama-sama sedar, tiada parti politik yang tidak punya program untuk
menjadi parti memerintah, sebab hanya melalui kuasa pemerintahan sajalah
pemerintahan negara bukan pemerintahan negeri semata-mata dapat kita
melaksanakan keseluruhan daripada objektif dan program parti. Saya kira hanya
mereka yang baru bertatih dalam politik sahaja yang tidak mahu mengerti hakikat
ini.

Kita sedar tentunya dalam proses penyampaian kepada hakikat ini maka
peranan utama sebagai pembangkang ialah menjadi tenaga yang berkesan dalam
tugas 'check-and-balance' untuk menjamin bahawa demokrasi dalam negara ini
tidak diselewengkan. Kerana itu berperanan sebagai parti pembangkang tidaklah
semudah yang difikirkan. la menghendaki kesungguhan dan ketabahan serta
kejujuran yang tidak kurang sifatnya seperti waktu ianya menjadi parti yang
memerintah. Nyatalah di sini bahawa perubahan tapak tempat terdiri dan peralihan
tugas tidaklah mengurangkan kewajipan terhadap negara.

Adapun soal yang hangat diperbincangkan sekarang ialah tentang


perpaduan umat. Apakah dengan perubahan fungsi PAS daripada parti pemerintah
kepada pembangkang akan menimbulkan keretakan dan perpecahan di kalangan
umat Islam dan bangsa Melayu?

Mengikut YAB Datuk Perdana Menteri bahawa dengan keluarnya PAS dari
Barisan Nasional, perpaduan orang Melayu tidak jejas. Sejauh mana benarnya
pendapat beliau ini? Saya sendiri sewaktu ditanya oleh wartawan tentang
kenyataan tersebut, dengan cara ringkas saya menjawab: Untuk sementara waktu
biarlah saya meminjam kenyataan Perdana Menteri itu.

Sesungguhnya hampir lima tahun lamanya rakyat telah digembelingkan


dengan suatu pegangan bahawa ikut sertanya PAS dalam Kerajaan Campuran
yang kemudiannya berubah menjadi Barisan Nasional adalah mengandungi makna
yang amat dalam sekali, makna yang tersirat di sebalik kata-kata tersurat tentang
kemantapan politik untuk keselamatan Negara pembangunan ekonomi, sekaligus
menimbulkan tanggapan yang penuh kesedaran dan keinsafan tentang kekuatan
politik umat Islam dan bangsa Melayu serta keutuhannya, bukan untuk jangka
pendik semata-mata, malah yang lebih utamanya untuk jangka panjang, atau
dalam kalimah lain, untuk zaman depan.

Masyarakat majmuk atau 'plural society' yang wujud di Malaysia menolong


mempertingkatkan daya fikir rakyat dalam membuat perhitungan dan penilaian
yang sedemikian, maka tidaklah dapat disalahkan kepada rakyat bumiputera dan
umat Islam jika mereka berpendapat bahawa perpecahan antara PAS dan UMNO

Muka 32 / 37
sama sekali tidak menguntungkan malah mengkaburkan zaman depan mereka dan
keturunannya.

Demokrasi seperti yang diamalkan di negara kita ini adalah satu sistem yang
tidak mengenal ampun dan maaf, tidak mengenal tolak ansur, tidak mengenal
belas kasihan, tidak mengenal nilai-nilai perasaan dari naluri suku kaum dan
bangsa dalam kancah pergolakan perebutan kuasa.

Demokrasi yang diamalkan sekarang bukanlah satu sistem yang dapat


menjamin terpeliharanya sifat-sifat naluri semula jadi itu; peranannya yang lebih
utama ialah menjamin bahawa pertarungan perebutan kuasa dapat berjalan
dengan sewajarnya di bawah hukum dan norma-norma susilanya sambil
memberikan perlindungan agar hasil pertarungan itu terpakai dan dipakai.

Demokrasi ala-Barat punya banyak pentafsiran dalam memberikan nilai-nilai


yang sungguh membingungkan seperti nilai politik kepada perebutan kuasa atau
'power struggle' serta membuka pintu approachnya kepada kaedah bahawa tujuan
menghalalkan cara; yang sama saja ertinya untuk mencapai keadilan mestilah
diperjuangkan walaupun melalui cara-cara kezaliman, perjuangkanlah kebenaran
walaupun terpaksa melalui kebatilan. Inilah konsep approach yang pernah dijual
oleh seorang plitikus barat yang terkenal dengan nama Machiavelle yang
dinisbahkan kepada Machiavellisme. Kita seluruhnya berada dalam sistem dan
suasana itu sekarang. Maka janganlah kita heran jika kita menyaksikan permainan
'power struggle' di mana-mana saja, dalam pemerintahan, dalam parti, antara parti-
parti politik - pendeknya di semua lapangan.

Semenjak peristiwa 13 Mei 1969, kesedaran berpolitik di semua peringkat


makin meningkat, daripada usaha menyelamat dan membangun sedikit demi
sedikit berubah corak kepada suatu pertarungan perebutan kuasa yang makin
lama makin sengit. Kehilangan pemimpin-pemimpin menyebabkan pertarungan itu
makin meriah, justeru sistem demokrasi seperti yang diamalkan tidak pula pernah
menekankan persoalan pembinaan pimpinan dan pemimpin. Biasanya pemimpin
lahir di tengah-tengah pergolakan politik itu sendiri. Oleh itu apalah yang kita
herankan jika perebutan kuasa itu bukan saja antara parti pemerintah dengan parti
pembangkang bahkan ianya berlaku juga antara parti dengan parti yang sama-
sama memerintah, malah lebih jauh dari itu ianya mungkin berlaku antara golongan
dan tokoh-tokoh dalam sesebuah parti itu sendiri.

Sejak meninggalnya Tun Dr, Ismail yang kemudian diikuti oleh Tun Razak,
dan kemudian daripada itu meninggal pula Tan Sri Albar Singa UMNO, sedangkan
Datuk Harun Idris terpaksa berhempas pulas diterunggu pengorbanan, maka
UMNO menghadapi suatu kamelut pimpinan yang paling hebat dalam sejarahnya.

Dengan tidak menafikan kebolehan pemimpin yang ada sekarang,


kemunculan tokoh-tokoh baru dan tokoh-tokoh muda di dalam medan perebutan

Muka 33 / 37
kuasa cukup menarik perhatian. Sungguhpun parti PAS sendiri mungkin tidak
boleh dikecualikan dalam soal ini, akan tetapi ianya tidaklah parah, masih boleh
disebut lumayan justeru oleh kerana Islam sebagai tali pengikatnya cukup mampan
untuk membantu anggota dan pengikutnya memberikan penilaian dan
penghukuman. Oleh kerana UMNO dianggap dan menganggap dirinya sebagai
parti terbesar dan parti berkuasa di negara kita ini, maka sebarang pergelutan
'power srtuggle' di dalamnya akan menimbulkan implikasi yang besar kepada
struktur politik negara dan masyarakat.

Apa yang berlaku sekarang ini tentang perpecahan antara PAS dan UMNO
adalah akibat lambungan ombak dari gelombang pertarungan itu. Kita sentiasa
memerhatikan semua persoalan politik negara dengan cermat dan teliti, PAS
menyertai kerajaan Campuran dan Barisan Nasional dengan penuh perhitungan
dan waspada dan kita dikeluarkan dari Barisan di tengah-tengah kesedaran dan
kewaspadaan kita sendiri pada ketika mana mereka sedang kepanasan dan peluh
meleleh dalam masa 'interlude*. Sekali lagi jangan kita merasa heran jika dalam
suasana demikian orangsering lupa kepada persoalan pokok — persoalan zaman
depan dengan bangsa dan agamanya — ya, persoalan perpaduan bumiputera
mengikut istilah yang masih dipakai sekarang.

Kebimbangan rakyat bukan tidak berasas, perpecahan undi bumiputera dan


umat Islam di dalam sesebuah kawasan pilihanraya yang kurang majoriti kita akan
menyebabkan kawasan tersebut terlepas dari tangan kita. Perhitungan undi
memang terlalu sensitif, malah lebih sensitif dari perhitungan menang kalah dalam
'pergelutan rebut kuasa'.

Kenapa perhitungan ini baru sekarang begitu menonjol? Padahal


masalahnya bukan baru. Tatkala PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional dulu
pun soal ini merupakan soal pokok dan soal hidup matinya kita.

Dasar Jus Soli dan kerakyatan belum dianggap basi, la tetap baru.
Pendaftaran pengundi baru tahun ini tentunya ada kaitan; dan semacam suatu
kebimbangan telah menular; kebimbangan yang punya asas dan punya sifat
sendiri. Begitulah suasana sewaktu PAS di dalam yang boleh dianggap tenaga
politik bumiputera dan umat Islam padu? Apalagi sekarang sesudah kita ditendang
keluar?

Hendak ke mana kita ini sebenarnya? Saya gunakan perkataan 'KITA' di sini
untuk bumiputera, Melayu, umat Islam seluruhnya. Cukupkah tahap perjuangan
kita ke tahap BERKUASA sahaja? cukupkah kita dengan demokrasi yang ada
untuk kita berkuasa? Sedangkan demokrasi yang kita bentuk dan kita pelihara
tidak punya tenaga sendiri, tenaganya ialah rakyat, ialah pengundi. Malah KUASA
juga tiada nilai sendiri, nilainya ialah pada cita-cita suci yang dipikulkan di atas tiap

Muka 34 / 37
bahu kita oleh Allah SWT, yang mesti diperjuangkan dengan apa saja yang ada,
jika tidak, berlakulah sunnah Allah:

ÇÌÑÈ /ä3n=»sVøBr& (#þqçRqä3tƒ Ÿw ¢OèO öNä.uŽö•xî $·Böqs% öAωö7tFó¡o„ (#öq©9uqtGs? cÎ)ur

dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan
menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu.
Muhammad : 38

Kini betapakah sikap yang harus kita ambil? Nasi sebenarnya belum
menjadi bubur. Langkah-langkah positif masih terbuka. Meskipun PAS berada di
kem lain dengan fungsinya yang berlainan, namun tiada siapa yang boleh
menghalang kita dari mengambil langkah sederap dan sederup dalam menghadapi
soal ini yang begitu serius dan sensitif. Jangan lupa tiada bunyi yang boleh terbit
dari tepukan angin sebelah tangan.

PROGRAM POLITIK KE HADAPAN


Untuk menghadapi perjuangan yang makin seru dan hebat, PAS mestilah
dengan penuh keupayaannya menyusun program dan strategi poiitiknya dengan
rapi bagi menjamin kejayaan kita yang lebih besar. Di antara program itu ialah:

1) Menambah dan mempertinggikan kekuatan fahaman dan keyakinan


politik Islamiah di kalangan anggota-anggota parti dan rakyat.

2) Menyusun semula organisasi dari peringkat atas sampai ke bawah


sehingga ia benar-benar merupakan komponen-komponen yang
boleh dicantumkan menjadi sebuah jentera yang tahan lasak sesuai
dengan peranannya sebagai sebuah parti politik yang berkesan.

3) Menyusun dan memperkuatkan jentera pilihanraya bagi mencapai


kemenangan yang maksima, berkesan serta menyeluruh dalam
pilihanraya umum yang akan datang.

4) Memberikan perhatian serius kepada surviral umat Islam di Malaysia


khususnya di bidang politik di mana taburan kependudukan mereka
adalah tidak seimbang antara satu negeri dengan satu negeri yang
lain, dan antara satu kawasan pilihanraya dengan satu kawasan
pilihanraya yang lain.

Muka 35 / 37
5) Memainkan peranan yang konstraktif dan bertanggungjawab sebagai
pembangkang dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri,
kecuali Kelantan negeri yang kita kuasai, yang sedang dalam
gantungan, dan di negeri Johor yang belum ada wakilnya.

6) Berusaha menjadikan PAS sebagai induk perpaduan umat Islam dan


bangsa Melayu, tanpa melupakan amanat perpaduan dan
pembangunan negara secara menyeluruh dan adil dari peringkat
serendah-rendahnya hingga setinggi-tingginya terutama golongan
yang tidak berada dan yang terbiar.

Inilah di antara program perjuangan PAS dalam jangka waktu yang tertentu
yang mesti kita penuhi. Kejayaannya adalah bergantung kepada keteguhan iman
serta kebulatan tekad dan azam kita, keuletan dan keberanian kita berjuang,
kesabaran dan ketabahan kita dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran
dan kesediaan serta kesanggupan kita menerima sebarang risiko. Hanya dengan
paduan keempat-empat ciri perjuangan ini sahaja parti kita akan mencapai
kejayaan dengan izin Allah.

PENUTUP
Saya rasa selama kita pernah bermuktamar dan bermesyuarat agung, sama
ada muktamar biasa atau muktamar khas, maka ucapan dasar yang saya
sampaikan pada muktamar khas hari ini adalah yang terpanjang sekali. Saya
memohon maaf kerana mengambil masa saudara-saudara begitu lama bagi
menyampaikan ucapan ini. Saya mengambil kesimpulan bahawa adalah kewajipan
bagi saya dengan secara terus terang menerangkan kepada saudara-saudara
beberapa fakta dan selok-belok pergolakan politik parti dan negara agar sekaligus
dapat kita seluruhnya memahami persoalan yang sama-sama kita hadapi
sekarang.

Kita telah sama-sama memahami likunya perjalanan politik, musuh politik


kita sejak dulu memainkan politik 'pecah kemudian perintah' atau 'divide and Rule'.
Bukankah saudara-saudara sendiri telah mendengar dan mengikuti dengung-
dengung suara sumbang sejak dulu lagi, seperti di Sabah "kita sayang USNO tapi
kita tak mahu Tun Mustapha", demikian pada kita pula didengungkan juga "Kami
mahu PAS tapi kami tak mahu Asri".

Politik 'divide and Rule' ini adalah pusaka tua yang ditinggal oleh penjajahan
dulu. Tapi rupanya keris tua itu masih terpakai juga. Hanya bergantunglah semata-
mata kepada dapat atau tidak kita ditembusi oleh keris berkarat itu.

Muka 36 / 37
Jika iman kita tebal dan pengertian politik kita pejal, keris berkarat itu akan
patah hujungnya. Jika tidak, lukalah kita, luka berbisa oleh padahnya karat-karat
kotor yang membawa merana sepanjang zaman. Apakah generasi Islam Malaysia
yang akan datang akan menerima peninggalan sebuah munazzamah Islamiah
yang sedang nazak atau sebuah munazzamah Islamiah yang segar dan sihat
adalah bergantung kepada sikap kita sekarang.

Hari ini saya telah lahirkan pendirian dan pendapat saya. Selagi pendirian
dan pendapat ini dapat diterima oleh saudara-saudara sekelian maka saya tetap
bersedia meneruskan pimpinan PAS ini sehingga ke suatu muktamar di mana
mungkin datang pengganti mengambil alih dengan persetujuan muktamar atau
sehingga Allah menentukan qadha dan qadarnya.

Marilah sama-sama kita berserah kepada Allah untuk kebaikan dan


keselamatan perjuangan kita. Amin.

Muka 37 / 37

You might also like