You are on page 1of 11

PENDIDIKAN JASMANI PEMANGKIN KEGIATAN KOKURIKULUM: KE ARAH MEMBENTUK PELAJAR YANG CERGAS DAN CEMERLANG Oleh: YM Raja Ismail

B. Raja Lope Ahmad

Definisi Pendidikan Jasmani Terdapat beberapa definisi pendidikan jasmani yang telah dikemukakan oleh beberapa tokoh pendidikan, antaranya ialah: 1. Jenny (1961) Beliau berpendapat bahawa walaupun pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya terlibat dengan basil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal. Matlamat pendidikan jasmani ialah untuk mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. 2. Barrow (1971) Beliau meletak pendidikan jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan keseluruhan dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Hanya bila pendidikan jasmani memberi sumbangan kepada pendidikan lain, maka fungsi pendidikan jasmani sebagai alat pendidikan dipenuhi. 3. Baley & Field (1976) Mereka mengatakan pendidikan jasmani ialah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic, neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetika, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih. 4. Freeman (1977) Beliau menyokong kenyataan bahawa pendidikan jasmani adalah lebih baik dari fizikal dan merumuskan pendapat beliau seperti berikut:   Pendidikan jasmani dikendalikan melalui media fizikal, iaitu melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang aktif, berkait dengan pergerakan motor kasar dan kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya. Walaupun kaedah digunakan bercorak fizikal, faedah yang diidapati adalah lebih daripada fizikal yang meliputi kemajuan atau perubahan dalam perkembanagan intelektual, sosial dan estetika.

Dengan lain perkataan pendidikan jasmani bertujuan untuk membangun seseorang individu secara keseluruhannya melalui fizikal. Ini membuat pendidikan jasmani lain dari cabang-cabang lain. Tujuan dan Matlamat Mendidikan Jasmani I. II. Untuk menolong individu mencapai pembangunan individu yang optimum. Membangun kemahiran motor yang sesuai, bermula dengan kemahiran motor asas, menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitik beratkan sukan seumur hidup. Membangun dan mengekal tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan mengajar mengapa kecergasan adalah penting dan bagaimana ia dipengaruhi senaman.

III.

Objektif-Objektif Pendidikan Jasmani Bucher dan Wuest (1987) berpendapat bahawa objektif diperlukan untuk menolong pendidikan jasmani dalam aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Untuk memahahi apa yang hendak dilakukan. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat. Membuat keputusan yang bermakna bila menghadapi isu-isu dan masalah. Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat. Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui pengelibatan dalam program di bawah jagaan mereka.

Thomas, Lee dan Thomas (1988) menegaskan bahawa secara tradisional, pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama. Iaitu: 1. Pembangunan Fizikal. Objektif ini melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organ di dalam tubuh badan individu. Nilai objektif ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organ tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Objektif ini juga mengimpliksikan bahawa pembangunan kemahiran dan kebolehan dalam pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani dan pembangunan organik bermula dengan tenaga, kekuatan, imbangan, kelembutan dan kordinasi neuromuscular. 2. Pembangunan Neuromuskular atau Motor Objektif ini melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga dan bergerak bergerak dengan cekap dan indah. Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama system otot dan saraf yang terlibat dalam aktiviti seperti berlari, melompat, bergayut, melonjak, menyepak, membongkok, mengilas dan melontar. Dalam aktiviti pendidikan jasmani, kemahiran neuromuskular (fungsi pergerakan badan yang berkesan) membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi. Maka, objektif pendidikan jasmani adalah untuk membangun beberapa banyak kemahiran mungkin pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai. Ini akan menyebabkan keseronokan dan membolehkan individu menyesuaikan diri dalam kumpulan dengan lebih sempurna lagi. Di samping itu, kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan, membina keyakinan diri dan mendapat pengiktirafan diri. Ia juga meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, membolehkan penyertaan yang lebih selamat dan menyumbang kepada perasaan estetika dalam perlakuan kemahiran. Kemahiran yang diperolehi seseorang akan menentu cara beliau menghabiskan masa lapang. Contohnya, seseorang yang mahir dalam badminton sudah pasti akan menghabiskan masa lapangnya di gelanggang badminton. Program yang seimbang yang melibatkan banyak kemahiran adalah perlu supaya seseorang individu mempunyai banyak piiihan dalam pemilihan aktiviti sukan seumur hidup. Dengan ini hidup seseorang itu akan menjadi lebih bermakna. Kemajuan dalam kemahiran menolong individu menjalani kehidupan yang sihat, lebih bahagia dan produktif lagi.

3. Pembangunan Kognitif Objektif ini melibatkan pegumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir semasa menginterprestasikan pengetahuan itu. Pendidikan jasmani merangkumi bahan pembelajaran berkaitan dengan pergerakan. Bahan ini berpunca dari ilmu sains, kemanusiaan dan sumber lain yang menginterpretasikan sifat pergerakan manusia dan kesan pergerakan ke atas pertumbuhan individu serta budaya mereka. Prinsip-prinsip sains juga penting dalam pendidikan, jadi pengetahuan tersebut di atas seharusnya menjadi sebahagian dari pendidikan bagi individu yang terlibat dengan program pendidikan jasmani. Untuk mempelajari kegiatan fizikal seseorang individu perlu mempelajari mekanisma pergerakan dengan mendalam. Objektif ini membolehkan individu memperolehi pengetahuan berkenaan perkara tersebut. Kefahaman ini membawa kepada peraakuan fizikal yang lebih cekap. Individu juga seharusnya mempunyai pengetahuan tentang undang-undang, teknik dan strategi yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan fizikal. Objektif ini bertujuan memberi pendedahan dalam aspek-aspek tersebut supaya penyertaan seseorang dalam aktiviti menjadi lebih bermakna. Dalam program pendidikan jasmani, pengetahuan juga memainkan peranan dalam program pendidikan kesihatan. Setiap individu seharusnya mengetahui tentang tubuh badannya, kepentingan kebersihan, factor-faktor mencegah penyakit, kepentingan senaman dan keperluan pemakanan seimbang. Dengan pengetahuan tentang perkara-perkara di atas kegiatan yang dilakukan akan menjadi lebih bererti kerana apa yang dilakukan mempunyai haluan dan tujuan tertentu. Pendidikan jasmani tidak dilakukan dalam vakum. Ia dilakukan dengan pengetahuan 'mengapa?'. Sebagai contoh, mengapa penting untuk bersenam?. Jadi tugas seorang guru pendidikan jasmani bukan sahaja untuk memberi maklumat kepada peserta tetapi juga merangsang pelajar untuk berfikir dan bertanya. Apabila banyak pemikiran berlaku dalam pendidikan jasmani maka ia menjadi lebih berunsur pendidikan. Objektif ini mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan, undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengalaman dalam pendidikan jasmani. 4. Pembangunan Sosial-Emosi-Afektif Objektif sosial bertujuan menolong individu dalam menyesuaikan diri dengan keadaan dan sebagai ahli masyarakat. Jika kepimpinan yang baik diberi maka pendidikan jasmani merupakan media utama mencapai objektif. Aspek lain objektif sosial dalam pendidikan jasmani ialah konsep kendiri. Dalam peringkat pertumbuhan fizikal, individu biasanya diterima atau ditolak oleh rakan sebaya kerana sifat-sifat fizikal. Dengan itu, adalah penting untuk menggalakkan pembangunan fizikal individu kerena individi perlu tahu kesan kemahiran fizikal dan mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengetahui kesannya tentang imej sosialnya. Semua individu patut mengalami kejayaan. Ini boleh dicapai melalui main. Dengan kejayaan dalam permainan fizikal, individu membangunkan keyakinan diri dan berpuas hati dengan pencapaian mereka. Pendidikan jasmani boleh menyumbang ke arah pengalaman-pengalaman berjaya dengan memberi peluang individu dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas demi mencapai kejayaan dalam aktiviti pendidikan jasmani. Dalam sesebuah masyarakat yang demokratik, setiap indidividu perlu mengetahui tentang hidup berkumpulan dan bekerjasama. Dengan itu, dalam kegiatan fizikal kelas pendidikan jasmani perkaraperkara berikut adalah penting: y Menolong individu yang lemah atau kurang kemahiran.

y y y

Menghormati hak orang lain. Memahami kepentingan hidup bersama untuk kejayaan masyarakat. Memupuk semangat kesukanan.

Pembangunan afektif melibatkan sikap, apresiasi dan nilai. Dengan tu, pendidikan jasmani seharusnya menekankan sikap seperti menolong orang lain dalam aktivi fizikal; mengiktiraf sumbangan kegiatan fizikal terhadap kesihatan dan penggunaan mass lapang; memiliki sikap positif terhadap pendidikan jasmani; menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam satu kumpulan. Kepentingan Kokurikulum Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara yang menghendaki seseorang insan itu dapat memunfaatkan ilmu ke arah kecemerlangan diri dan mampu pula memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara, maka pengisian matlamat tersebut tidak tertumpu semata-mata kepada kurikulum. Dalam konteks ini, Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan kurikulum. Dengan itu, pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani wajar dikembangkan seterusnya melalui aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti kelab dan persatuan akademik dan bukan akademik. Ini menunjukkan betapa pentingnya kokurikulum sebagai aktiviti di luar bilik darjah dirancang, disusun dan dimanfaatkan bagi faedah pelajar di sekolah. Mengikut Stanley (1964), Tilman(1966), Sanalonis (1970) dan William(1976), menegaskan bahawa aktiviti Kokurikulum dapat memenuhi beberapa fungsi utama, antaranya ialah: y Aktiviti kokurikulum dapat memberi khidmat kepada pembangunan kemasyarakatan sekolah. Pelajar yang menyertai aktiviti tersebut berasa puas memberi khidmat sosial sama ada dalam bentuk projek-projek pengindahan sekolah atau pun memperbaiki kemudahan awam di sekolah, lebih-lebih lagi jika mereka diberi penghargaan dan pengiktirafan. Aktiviti kokurikulum juga dapat membangunkan semangat kasih dan sayangkan sekolah mereka. Perasaan tersebut dapat dirasakan melalui aktiviti sukan, seni budaya dan aktiviti persatuan dan kelab. Dalam pada itu kegiatan kokurikulum dapat menanamkan semangat berlumba-lumba dan inginkan kecemerlangan. Kejayaan pelajar dalam kelab, persatuan dan pergerakan beruniform akan menimbulkan semangat inginkan kemajuan dan mahu dicontohi. Seterusnya aktiviti kokurikulum adalah satu aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran sosial. Pengelibatan dalam kelab dan badan-badan kebajikan akan mengembangkan kemahiran bersosial bercampur gaul, berhubung mesra dan akhirnya berkeupayaan dalam perhubungan awam yang boleh dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Yang paling penting ialah kegiatan kokurikulum membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Sifat-sifat tersebut berguna dalam meningkat kualiti diri dan teramat penting dari segi mutu kepimpinan dalam organisasi. Dalam masa yang sama pencapaian yang tinggi dalam bakat, sukan dan kepimpinan ada kepentingan dari segi mobiliti sosial di sekolah dan pelajar tersebut layak dipertimbangkan pula ganjaran yang istimewa.

Berdasarkan kepentingan tersebut ternyata kokurikulum ada peranan dan pengaruh langsung dan tidak langsung di dalam pembentukan individu yang dapat digerakkan ke arah yang positif dan membina. Sumbangan kokurikulum bukan setakat mengisi kepentingan perseorangan sematamata tetapi yang nyata kecemerlangan tersebut jika digemblengkan akan memberikan satu

sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat dan negara.

PENDIDIKAN JASMANI PEMANGKIN KOKURIKULUM (KOKUM) Di sekolah-sekolah, institusi atau seumpamanya, pendidikan jasmani dan kokum adalah dua perkara yang saling berkaitan antara kedua-duanya. Matlamat dan objektif pendidikan jasmani itu dapat diaplikasikan melalui aktiviti kokum: bermakna kokum dapat merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan jasmani. Oleh yang demikian, pendidikan jasmani boleh menjadi pemangkin kokum ke arah menghasilkan pelajar yang cergas dan cemerlang. Kandungan pendidikan jasmani Antara kandungan pendidikan jasmani yang membolehkannya sebagai pemangkin kokum menghasilkan pelajar yang cergas dan cemerlang adalah perkara yang berkaitan dengan kecergasan, kesihatan dan kemahiran serta rehat, rekreasi dan kesenggangan. Kesemua aspek yang ditekankan di dalam topik-topik ini dapat diaplikasikan di dalam kegiatan kokum. Melalui topik kecergasan, kesihatan dan kemahiran, pelajar didedahkan kepada keperluan mengamalkan gaya hidup yang aktif dengan cara menjalankan aktiviti kecergasan fizikal untuk menyihatkan badan serta juga bagi kesenggangan bagi menaikkan taraf kesihatan. Aktivitiaktiviti ini memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Dengan penguasaan kemahirankemahiran berkenaan , seseorang itu akan dihormati sama ada dalam keadaan sebagai seorang pelaku atau penonton. Di bawah topik rekreasi pula, pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk memenuhi masa lapang dengan melakukan pelbagai kegiatan rekreasi aktif seperti berkayak, berjogging dan bermain. Terdapat juga kegiatan rekreasi pasif seperti membaca novel, menonton televisyen dan mengumpul setem. Kesenggangan pula adalah berkaitan dengan waktu di mana kita bebas dari ada tugas rutin. Aktiviti-aktiviti berkaitan adalah berkelah di tepi pantai atau jauh dari kawasan rumah. Komponen Kokum Komponen kokum terbahagi kepada kelab dan persatuan serta aktiviti sukan dan permainan/rekreasi yang diadakan di sekolah-sekolah. Pembelajaran melalui mata pelajaran pendidikan jasmani boleh diaplikasi melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti kokum. Dengan berbekalkan kemahiran melalui pendidikan jasmani, aktiviti-aktiviti dan kegiatan kokum akan menjadi lebih menarik dan bermakna kepada para pelajar. Di antara komponen-komponen kokum tersebut, nampaknya, pendidikan jasmani lebih sinonim kepada komponen sukan dan permainan. Walau bagaimanpun, konsep pendidikan jasmani adalah menekankan perkembangan secara menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Manakala kegiatan kokum yang lain itu pula, walaupun bukan atas nama sukan dan permainan, tetapi aktiviti-aktiviti yang diadakan masih mengandungi unsur-unsur pendidikan jasmani. Malah pengaruh unsur pendidikan jtulah yang menyebabkan pelajar tertarik untuk menyertai suatu persatuan kokum. Oleh itu, tidak ada aktiviti atau kegiatan kokum yang betulbrtul terpisah daripada unsur pendidikan jasmani. Komponen sukan dan permainan/rekreasi

Komponen ini termasuklah permainnan bola sepak, bola jaring, bola baling, badminton, pingpong, olahraga dan pergerakan (gimnastik ). Di dalam pendidikan jasmani , bukan sahaja para pelajar diajar atau didedahkan kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam sukan dan permainan tersebut tetapi juga dari segi aspek-aspek keselamatan. Contoh: Jenis Sukan Permainan Bola Sepak

Kemahiran

Aspek-aspek Keselamatan

Menendang,menyerkap, Latihan sistematik, kenalpasti mengelecek, hantaran, menanduk, kemampuan, tahap kecergasan, menjaga gol serta undang-undang kemudahan peralatan, persekitaran, dan peraturan. penyeliaan, arahan dan bimbingan, perlakuan murid. Lari pecut: fasa permulaan, Fasa berlepas, fasa larian, fasa penamat serta undang-undang dan peraturan. Pola pergerakan : Pola I - Pendaratan Pola 2 - Statik Latihan sistematik, kenal pasti tahap kemampuan tahap & kecergasan, kemudahan peralatan, persekitaran, penyelian, arahan dan bimbingan serta perlakuan murid. Latihan sistematik, kenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti, kemudahan peralatan, persekitaran / tempat, penyeliaan, arahan dan bimbingan serta perlakuan Murid.

Olahraga Balapan

Pendidikan Pergerakan Gimnastik Artistik

Kelab dan Persatuan Komponen ini meliputi persatuan-persatuan berasaskan mata pelajaran, kebudayaan dan unit beruniform. Semua aktiviti-aktiviti dan kergiatan yang dilaksanakan melalui kokum ini mempunyai unsur-unsur pendidikan jasmani. Kalaupun aktiviti yang dijalankan tidak berunsurkan sukan atau pendidikan fizikal tetapi ianya masih memerlukan daya pemikiran yang sihat dan cergas serta ketahanan mental, di mana keperluan-keperluan ini boleh dipupuk melalui pendidikan jasmani. Contoh i. Aktiviti pasukan unit beruniform ( Polis Kadet, Pengakap, PBSM, Pandu Puteri ) y Aktiviti lasak seperti `jungle tracking', kawat, 'hiking' ii. Aktiviti persatuan mata pelajaran ( Sejarah, B. Malaysia, Sains , Matematik ) y Pertandingan menulis esei, pidato, kuiz iii. Aktiviti persatuan Kebudayaan ( Tarian, Koir ) y Pertandingan kebudayaan ( Boria, Kuda Kepang, Dikir Barat , Koir ) Aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta kecerdasan minda. Keperluan inilah yang ditekankan di dalam pendidikan jasmani. Dengan adanya pendidikan jasmani, pelajar sudah terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan kecerdasan mental. Oleh itu pelajar tidak menghadapi masalah apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokum yang mereka minati. Suasana seumpama ini merupakan satu alas penting ke arah pembentukan pelajar yang cergas dan cemerlang di sekolah.

Peranan Pendidikan Jasmani dan Sukan dalam kehidupan Manusia. Pendidikan Jasmani dan aktiviti sukan merupakan suatu alat sosialisasi yang amat penting. Perkembangan sosial adalah mustahak dan kegiatan-kegiatan pendidikan jasmani dan sukan mempunyai potensi untuk mencapai objektif ini. Sifat-sifat kepimpinan, moral dan ketekunan merupakan beberapa sifat sosial yang dapat dihasilkan dari program-program pendidikan jasmani dan kesukanan. Kerana itu, bidang pendidikan jasmani yang diserapkan dalam ko-kurikulum di sekolah sememangnya membawa insan ke arah kecergasan fizikal dan cemerlang yakni sebagai masyarakat yang sentiasa bermoral dalam apa jua aktiviti. Oleh kerana melalui pendidikan jasmani, ciri-ciri kemanusiaan diterapkan maka penglibatan para pelajar dalam pendidikan jasmani amat digalakkan. Keperluan untuk mengalirkan alam sosial daripada satu generasi ke satu generasi lain membawa kepada terbentuknya sesebuah keluarga. Apabila manusia memenuhi keperluan-keperluan asas, mereka memerlukan peluang bagi melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti permainan yang merupakan suatu kelepacan dari rutin seharian. Para pelajar di sekolah perlu didedahkan dengan pelbagai kegiatan pendidikan jasmani sebagai persediaan ke arah bermasyarakat walau di mana jua mereka berada. Aktiviti pendidikan jasmani dan sukan akan menjadikan pelajar lebih kreatif dan dapat menonjolkan diri mereka. Ahli teori seperti Jerome Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak hares melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti untuk melahirkan kesensitifan kepada dunia di sekeliling mereka. Lantaran itu, para pendidik telah menunjukkan bahawa permainan dan sukan hares diambil kira dalam ko-kurikulum pendidikan di sekolah demi melahirkan pelajar yang cergas dan cemerlang. Implikasi Pendidikan Jasmani dan Sukan Terhadap Individu Sukan membolehkan pelajar yang mempunyai bakat semulajadi dapat mengembangkan dan memajukan kemahiran mereka dengan lebih jauh lagi. Sistem pendidikan negara kita seharusnya membekalkan program-program yang menitikberatkan keperluan dan minat semua pelajar. Pendidikan jasmani di sekolah juga menyediakan program-program yang khas untuk pelajar yang lemah dari segi fizikal. Program kesukanan yang melibatkan pertandingan secara tidak langsung dapat memupuk pelajar supaya lebih berdisiplin dan berkeyakinan tinggi. Selain itu, sesi latihan harian dan pertandingan sebenar dapat menghasilkan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan di samping wujudnya interaksi dua hala di antara jurulatih dengan pelajar atau pemain. Nilai-nilai diri seperti tidak cepat putus asa, berkeyakinan terhadap diri, jujur dalam permainan, bermain dengan adil, beretika dan mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi adalah nilai yang perlu diterapkan dalam setiap peserta atau pelajar di bawah panduan jurulatih. Dorongan dan sokongan daripada ibubapa kepada anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam bidang sukan adalah antara faktor yang menyumbang ke arah melahirkan pelajar yang cergas dari segi fizikal dan mental serta cemerlang. Jelaslah bahawa pendidikan jasmani sebagai satu kokurikulum mempunyai peranan yang besar dalam sistem pendidikan. Faedah Bersukan ke arah Kecergasan Ada beberapa faedah bersukan yang boleh diperolehi iaitu; y Kesihatan

Sukan dapat meningkatkan fizikal dan mental para pelajar. Apabila tubuh sihat, maka otak juga akan dapat berfungsi dengan baik. Melalui latihan yang berterusan, para peserta berpeluang mencapai satu tahap pencapaian yang lebih baik dari segi mental dan juga fizikal. y Semangat kesukanan yang baik Acara-acara pertandingan sukan menurut para pendidik dan pemimpin sukan, menyatakan bahawa ia boleh mengajar seni kemenangan dan kekalahan dengan hati terbuka, adil dan berdisiplin terhadap semua peraturan yang telah termaktub dan persahabatan dapat dipupuk terhadap individu yang terl' dengan permainan. y Penerimaan semua orang Melalui aktiviti-aktiviti sukan juga boleh mengajar sikap menghargai dan rasa saling hormatmenghormati kebolehan dan prestasi diri mahupun orang lain. Pencapaian individu adalah dinilai tanpa mempedulikan latar belakang atau penerimaannya dalam sesebuah pasukan. Peluang untuk mencapai kejayaan adalah terbuka kepada setiap orang tanpa mengira kelas sosial dan ekonominya.

y Daya Kepimpinan Sukan dan permainan dalam kokurikulum di sekolah sesungguhnya dapar memupuk daya kepimpinan. Kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan yang berpengalaman dalam pertandingan olahraga memperlihatkan penyesuaian terhadap aktiviti sosial dan menunjukkan personaliti yang lebih tinggi. Oleh itu, melalui sukan peluang telah disediakan bagi menerima tanggungjawab dalam menerima keputusan, mempengaruhi orang lain dan mengembangkan nilai-nilai yang penting dalam kepimpinan. y Sikap Mengikut dan Menyokong Acara olahraga yang bercorak pertandingan boleh mewujudkan satu sikap mengikut dan menyokong, termasuk sikap-sikap seperti menghormati pihak berkuasa serta kepimpinan yang terkemuka, mematuhi peraturan-peraturan, bekerjasama dengan mereka yang memberi arahan, mengenali hak-hak orang lain dan menghargai keadilan. Pelajar-pelajar juga mempelajari sikap menerima kritikan dengan hati terbuka. Inilah sikap dan kehendak masyarakat yang kita katakan sebagai pelajar yang cergas dan cemerlang dalam berbagai segi dalam memupuk keharmonian negara. y Disiplin Kendiri Pertandingan sukan dapat mengembangkan kepimpinan disiplin kendiri dan kecekalan hati. Latihan-latihan yang terlibat dalam kebanyakan acara olahraga memaksa individu mendesak diri untuk mencapai daya usaha yang maksimum. Pelajar yang berjaya haruslah berdisiplin sedia untuk berkorban dan mempunyai keazaman untuk berjaya. Kemenangan bukan sahaja berdasarkan kemahian fizikal tetapi juga bergantung kepada kehendak, kemahuan dan hasrat kejayaan. Tidak mustahil semua faedah yang dinyatakan akan mudah dicapai oleh individu seandainya wujud pemuafakatan yang seimbang dalam merealisasikan pendidikan jasmani sebagai cabang kokurikulum di sekolah.
Pendidikan Jasmani ke arah membentuk pelajar yang cergas dan cemerlang. Melalui sejarah dan falsafah pendidikan jasmani dan sukan, kita dapat memahami bagaimana disiplin itu berubah secara beransur-ansur melalui masa. Sehingga kini, pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah amat jelas melahirkan insan atau pelajar yang cergas dan cemerlang. Maka dengan itu, pendidikan jasmani telah merubah keadaan masyarakat di mana-mana di dunia ini, dari segi keanggotaan persekitaran, perasaan, interaksi dan sumbangan.

Dalam suatu persekitaran begini, anggotanya melakukan pelbagai peranan dan aktiviti sama ada untuk dirinya, keluarga, kumpulan ataupun masyarakat yang di anggotainya. Perubahan yang berlaku adalah jelas, maka program pendidikan jasmani kesihatan dan sukan amat sesuai dan wajar diadakan demi menjurus kepada pelajar yang cergas dan cemerlang dalam segala hal. Bagaimana pendidikan jasmani berfungsi untuk membentuk pelajar yang cergas dan cemerlang? Banyak aspek yang dapat dilihat dalam melahirkan pelajar cergas dan cemerlang. Pelajar yang cemerlang dan cergas adalah mereka yang tahap kesihatan dan kecergasan keseluruhannya yang mengikut individu. Aspek-aspek kecergasan adalah melibatkan kecergasan mental individu, emosi dan sosial di mana semua aspek ini dapat dikuasai oleh seseorang individu apabila mengikuti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebagai kurikulum di sekolah efektif. Corak Pendidikan Jasmani KBSM Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas dalam mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup seseorang. Oleh itu, Pendidikan Jasmani dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) disepadukan dengan Pendidikan Kesihatan, tetapi diajar dalam dua masa yang berlainan. Pendidikan Jasmani dalam KBSM diberikan tumpuan kepada kecergasan, permainan, olahraga dan pergerakan kreatif. Kedua-dua perkara tersebut diberi penegasan memandangkan kebanyakan masalah kesihatan yang dihadapi sekarang berpunca daripada amalan diri sendiri. Oleh itu, kejayaan dalam pemeliharaan kesihatan diri dan cara hidup yang selamat adalah berpunca daripada sikap, ikhtiar, serta amalan sendiri. Ini seterusnya akan membawa kepada kesedaran tentang pentingnya berusaha dalam memelihara kesihatan untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM bertujuan membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari. Dengan itu, pelajar berkenaan antara lain akan dapat (kementerian Pendidikan Malaysia 1987):  menghargai diri sendiri serta bertindak untuk memelihara dan mempertingkatkan lagi kesihatan dan kecergasan diri.  Memperoleh pengetahuan asas mengenai proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan-keperluan kesihatan yang berkaitan.,  Memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kehidupan yang selamat, pencegahan kemalangan dan pertolongan cemas.  Mengetahui beberapa masalah kesihatan tempatan kebangssaan dan antarabangsa serta juga beberapa cara yang mungkin untuk mengatas' asalah-masalah ini.  Memahami konsep kecergasan jasmani, kompone omponennya, prinsip-prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.  Mempertingkatkan kecergasan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan dan daya tahan otot serta meningkatkan kelembutan badan, ketangkasan dan kelajuan.  Memperkembangkan kemahiran-kemahiran sukan perseorangan, berpasukan, dan pergerakan kreatif .  Mengenali beberapa permainan tempatan dan permainan popular serta mengambil bahagian dalam permainan-permainan ini supaya budaya sukan Malaysia dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

 Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin.  Memahami undang-undang, peraturan dan latihan sukan serta peristiwa semasa sukan di Malasyia dan antarabangsa. Bagi KBSM, bidang ini tertumpu kepada dunia remaja pelajar dari segi perkembangan jasmani, emosi, mental dan sosial mereka serta persediaan untuk memenuhi keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka. Ia juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membentuk nilai-nilai manusia menjadi sebaik-baik makhluk. Penerapan Nilai dalam Pendidikan Jasmani Kesihatan termasuklah;  Menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan.  Menghargai pentingnya mengikuti prinsip-prinsip latihan.  Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya.  Mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempuma dalam kegiatan harian.  Mementingkan langkah-langkah keselamatandalam sebarang kegiatan harian.  Berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri.  Memelihara serta menghargai keadaan tubuh b an yang sihat dan cergas.  Bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh.  Bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, serta bersemangat, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian. Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebagai Kegiatan Ko-kurikulum peringkat KBSM. KBSM mempunyai kegiatan jasmani dan kesihatan yang berkait rapat dengan kegiatan kokurikulum terutama dalam bidang sukan. Pembelajaran di dalam bilik darjah dijangka akan ditumpukan kepada penanaman pelajaran yang asas, manakala perkembangan potensi dan bakat pelajaran ke arah pencapaian cemerlang pula dilakukan menerusi kegiatan ko-kurikulum. Kandungan Pendidikan Jasmani KBSM menekankan kepada konsep kecergasan jasmani secara menyeluruh. Ini bertujuan membaiki mutu sistem tubuh badan, tempat otak dan anggota badan berfungsi bersama. Pelajar boleh mempelajarai konsep kecergasan, cara memelihara dan meningkatkan lagi kecergasan, serta sebab-sebab seseorang itu seharusnya mlatihan dan senaman yang etrtentu untuk mencapai tahap kecergasan jasmani yang sesuai dengan peringkat umur, bentuk badan dan jantina. Penekanan juga ditumpukan kepada pergerakan kreatif. Ini membolehkan pelajar membina bentuk badan yang baik dan tegap, serta mengamalkan pergerakan yang kemas, cekap dan selamat dalam sebarang kegiatan harian. Dengan itu, keupayaan dan keyakinan diri pelajar dapat dipertingkatkan. Pelajar juga berpeluang menyertai pelbagai jenis permainan dan juga olahraga. Penekanan juga ditumpukan kepada hakikat bahawa keadaan kesihatan dan kecergasan optimum seseorang hanya dapat dicapai melalui pemeliharaan kesihatan dan kecergasan yang berterusan. Dengan hal yang demikian, bidang ini bersifat fungsional. Sifat ini bukan sahaja diperlihatkan dalam kegiatan jasmani tetapi juga melalui cara seseorang itu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan dan kecergasan. Proses ini adalah untuk memelihara kesihatan dan kecergasan diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat.

Kesimpulan Melalui perancangan dan perlaksanaan sesuatu kokurikulum pendidikan, para pendidik harus menimbangkan kesan dan implikasinya. Di samping itu, mereka harus memastikan segala aktiviti kokurikulum tidak akan membawa kesan-kesan yang negatif. Beberapa syarat yang harus dipertimbangkan misalnya, peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar supaya mereka dapat belajar, berlatih serta bermain. Kemudahan-kemudahan permainan sesi latihan haruslah diperuntukkan kepada semua pelajar dan bukannya untuk beberapa orang pelajar yang diberikan perhatian. Untuk menjayakan Pendidikan Jasmani di sekolah beberapa objektif telah digariskan oleh pihak Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum bagi KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia 1987). Antara target dan sasaran mereka ialah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap yang diperlukan untuk memelihara kecergasan. Pelajar juga diharapkan agar memahami konsep kecergasan jasmani, komponen-komponennya, prinsip-prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Suatu ketika dahulu, Pendidikan Jasmani dikendalikan dalam sistem kuno tetapi kini ia dijalankan dengan lebih sistematik dan berharap beberapa kemahiran yang akan berupaya mencungkil bakat, minat dan berpusatkan pelajar. Peluang pelajar untuk memacu diri, ke arah individu yang cergas dan cerdas amat jelas. Dunia pendidikan jasmani tidak terhad di sekolah tetapi di luar sekolah di mana individu itu mula membawa diri ke tengah masyarakat. Masyarakat yang cergas dan cerdas juga dapat memupuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat ke arah kedamaian. Di samping itu juga masyarakat yang berilmu akan melahirkan atlet-atlet yang berilmu pengetahuan dan mampu memacu dirinya lebih jauh dan berjaya dalam sukan yang disertainya. Dengan itu amat wajar ko-kurikulum di sekolah diwujudkan di samping adanya pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani boleh melahirkan masyarakat yang berani, bertimbangrasa, jujur, adil, setia dan berkepimpinan. Pelajar yang tangkas dan cepat bertindakbalas juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pendidikan jasmani sebagai kokurikulum di sekolah yang lebih menekankan aspek kognitif, efektif dan psikomotor di samping hal-hal lain yang digariskan dalam pendidikan jasmani.

You might also like