Saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan sentiasa sedar danmemantau rapi perkembangan ekonomi di peringkat global dan domestik. Ketidaktentuandan impak krisis kewangan global ini telah membawa implikasi negatif kepada pasarankewangan negara kita. Alhamdulillah, dasar, kawal selia serta langkah berhemah kerajaanyang telah dipraktikkan sebelum ini telah menjadikan asas-asas kewangan negara kekalkukuh.Tidak seperti krisis kewangan Asia 1997/98 dulu, pasaran kewangan dan hartanah Malaysiatidak dibelenggu tanda-tanda
(symptoms) speculative bubble
dalam pasaran kewangan danhartanah domestik. Selain itu, Malaysia tidak terdedah kepada penularan produk kewanganinovatif yang kompleks dan tidak dikawal, yang merupakan antara punca utama krisissubprima dan kewangan di peringkat antarabangsa. Sementara itu, sebahagian asetpasaran modal di Malaysia adalah berteraskan prinsip syariah yang mengamalkan tahaphutang dan pengurusan kewangan yang berhemah.Tambahan lagi, jumlah tabungan negara berada pada paras yang tinggi iaitu sebanyak 37peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini mencerminkan negaramempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi.Sektor perbankan kekal kukuh dengan hutang tak berbayar (NPL) yang rendah iaitu 2.5peratus dan nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) sebanyak 13.2 peratus, jauh melebihiparas 8 peratus dalam piawaian antarabangsa.Semua pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Selain daripada kepimpinan politikyang berhemah dan bijaksana, kerajaan juga mengiktiraf peranan badan kawal selia sepertiBank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang telah melaksanakan tugas mereka secaraprofesional bagi mengawal-selia sistem kewangan agar sentiasa berada di landasan yangbetul. Pendekatan kerajaan yang menguruskan ekonomi yang dulunya di anggapunorthodox (melawan arus), tetapi kini telah diiktiraf sebagai satu keperluan bagi mengatasikemelut ekonomi terkini yang melanda ekonomi negara besar dunia.Namun demikian, kerajaan bukannya in denial ataupun menidakkan yang nyata dan benar sebagaimana tuduhan pembangkang. Walaupun Malaysia tidak mengalami krisis kewangansecara langsung dan mempunyai asas-asas kewangan yang kukuh, kita sedar bahawaMalaysia tidak terkecuali atau terlindung daripada menghadapi risiko perkembangan globalyang amat mencabar ini.Bajet 2009 telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai faktor dan ia tidak perlu dikajisemula sepenuhnya. Bajet 2009 sememangnya sudah pun mengunjurkan pertumbuhanekonomi yang lebih perlahan bagi tahun 2009.Sebagai kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunansosioekonomi masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selaindaripada memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini,penekanan telah diberi kepada perluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokonggolongan miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dankampung terpencil.Ini selari dengan hasrat kita untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010, sepertiyang disasarkan oleh Perdana Menteri. Sebagai pengganti beliau di KementerianKewangan, saya akan pastikan hasrat murni ini akan tercapai.
2
Add a Comment