You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM

LAPORAN DOKUMENTASI

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2011 PERINGKAT SEKOLAH SKCBM


TARIKH 27HB MEI 2011 MASA 8.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI TEMPAT SK CONVENT BUKIT MERTAJAM

DEWAN

DISEDIAKAN OLEH: AJK DOKUMENTASI CIK FARAHIYAH BINTI JAAFAR CIK NORAZLIA BT ZAKARIA

CIK NURULAIN BT MALIK

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas segala keizinannya, Program SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. KELAB GURU SKCBM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar SKCBM, Pn. Rosnah bt Omar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Siti Suria bt. Walat, Guru Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Mazlina bt Abd Muthaliff, ,GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM PN.HAMIDAH BT HUSSAIN, Guru Penyelia Petang, Pn. Che Mahizan bt Saad,serta semua AJK yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan program ini. Sekiranya semua perkara dijalankan secara kerjasama serta toleransi pasti akan memberikan hasil yang baik. Kepada semua warga SKCBM sokongan dan kerjasama semua amatlah dihargai, jadikanlah ia sebagai satu pengalaman dan kenangan KAMI memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang program ini berlangsung samada sebelum , semasa mahupun selepas terdapat sebarang kelemahan atau menyinggung mana-mana pihak. Segala yang baik dan sempurna itu datang daripada Allah S.W.T dan segala kekurangan dari diri hambu mu ini. Sekian, terima kasih.

................................................. FARAHIYAH BINTI JAAFAR NORAZLIA BT. Zakaria NURUL AIN BT. Malik

AJK DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU SKCBM 2011

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU 2011 PERINGKAT SEKOLAH SKCBM


PENGENALAN: Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Oleh yang demikian SKCBM turut mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 27 Jun 2011 di dewan Sekolah SKCBM. Sambutan Hari Guru 2011 adalah kali ketiga diadakan pada sebelah pagi dengan menggabungkan sesi pagi dan petang dengan mengumpulkan kira-kira 800 orang termasuk guru-guru sesi pagi dan petang serta murid-murid tahap 1 dan tahap 2. MATLAMAT SAMBUTAN HARI GURU Sambutan Hari Guru adalah bagi memperingati jasa dan bakti guru kepada masyarakat, bangsa, ugama dan negara. Secara khusus matlamat Hari Guru adalah:

Memberi penghormatan dan penghargaan khas kepada guru-guru bersara yang pernah berjasa kepada negara. Meninggikan imej dan status serta mutu kerja profession keguruan di negara ini. Mendorong guru-guru untuk bekerja dengan penuh dedikasi terhadap profesion mereka dan memberi khidmat kepada masyarakat serta bersedia menambah dan memperbaharui pengetahuan dan kaedah pengajaran dari masa ke semasa. .

OBJEKTIF SAMBUTAN HARI GURU :

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru sesi pagi dan petang. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminarseminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. Menjadikan sambutan Hari Guru pada tahun ini pemangkin kepada program bersama yang lebih kreatif dan inovatif.

TEMA GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT TARIKH HARI MASA : 27 MEI 2011 : JUMAAT : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN SKCBM

ANJURAN

KELAB DAN KEBAJIKAN GURU SKCBM

JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI NAIB PENGERUSI : PN. ROSNAH BT OMAR : PN. SITI SURIA BT WALAT PN. HJH MAZLINA BT ABD MUTHALIFF PN. HAMIDAH BT HUSSAIN PN. CHE MAHIZAN BT SAAD

JAWATANKUASA PERLAKSANA PERSIAPAN TEMPAT DAN KEMAS TEMPAT EN. MISBAH B. ABU BAKAR PN. TANG YOO KAM PN. NOR AZIMAH BADRI PN. SITI ZALEHA SULAIMAN EN. MOHD AMRAN SAID PN. CHITRA DEVI

KAWALAN MURID SEMUA GURU-GURU KELAS TAHUN 1 HINGGA MASING-MASING. 6 MENGAWAL KELAS

JURUACARA EN. MOHD RODHI HJ DAUD

BACAAN DOA EN. MOHD AMRAN BIN MOHD SAID SIARAYA EN. MAKADEVAN A/L SINNASAMY

SENAMSENI PN. HAMIDAH BT AHMAD CIK NUR ADILA BT AMRAN

PERSEMBAHAN PN. LISA SAI PHAIK LENG PN. RASHIMAH BT HARUN PN. PUZIAH MELATI BT MOHD TAHIR PN. ROSHIDAH BT ABU HASSAN PN. PREMAVATHY A/P SUBRAMANIAM CIK IFFAH SYAMIMI BT KAMARULIZHAM PN. FARIDAH BT MOHAMAD PN.AZRIYATI BT MD RASHID

HADIAH

PN SITI ZALEHA BT SULAIMAN PN NURUL HUDA BT ABDUL HAMID PN CHOONG NGET FAH PN. ZAWIYAH BT ZULKAPHLI

CENDERAHATI HARI GURU PN. LISA SAI PHAIK LENG

DOKUMENTASI CIK FARAHIYAH BT JAAFAR (laporan) CIK NURUL AIN BT MALIK (editing gambar)

JURUKAMERA CIK NOR AZLIA BT. ZAKARIA

JAMUAN PN FAZLIYANA BT JAMALUDIN PN SUHAILA BT SHAARI PN. SALMA BT HAMZAH PN. SHARIFAH BT AWANG PN. NORADILA BT WAHAB

TENTATIF PROGRAM

7.25 PAGI 7.30 Pagi

: Murid Dan Guru Berkumpul Di Dewan : Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Bacaan Perutusan Nyanyian Lagu Guru Malaysia

8.00 Pagi

: Murid Bergerak Ke Padang Senamseni

9.00 Pagi 10.00 Pagi

: REHAT : Persembahan Murid Penyampaian Hadiah

12.00 Tengah Hari

: Bersurai

KELEMAHAN PROGRAM Penggabungan 2 sesi menjadi satu menyebabkan keadaan menjadi sesak dan tidak selesa untuk berkumpul di dewan terbuka yang sememangnya terhad kapasitinya untuk menampung anggaran 800 orang untuk sambutan hari guru kali ini. 2. Tiada aturcara program menyebabkan perjalanan program tidak lancar dan memakan masa yang lama sehinggakan ada diantara pelajar tidak dapat membuat persembahan pada hari ini. 3. Pengurusan masa yang kelam kabut menyebabkan perjalanan program melebihi masa yang telah ditetapkan yang mengundang kemarahan sesetengah ibubapa kerana terpaksa menunggu lama memandangkan kekangan tempat menunggu untuk mengambil penumpang terhad dan sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas di hadapan pintu pagar sekolah.
1.

KEKUATAN PROGRAM
1. Kerjasama

dan komitmen guru-guru melancarkan perjalanan program meskipun tanpa aturcara program disediakan untuk panduan perjalanan program. 2. Guru Besar yang memainkan peranan utama menjadi pendokong kekuatan program dan kelancaran perjalanan program. 3. Penggabungan 2 sesi dapat mengeratkan hubungan guru-guru dan muridmurid 2 sesi untuk berinteraksi. 4. Guru-guru yang berpengalaman serta pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia teklah berjaya menghidupkan perjalanan persembahan pada sambutan hari guru 2011. PENUTUP

Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011 SKCBM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua semua yang terlibat secar langsung dan tidang langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu mengeratkan perhubungan dan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu dari semua pihak.
Laporan disediakan Oleh :Disahkan Oleh :

....... Farahiyah Binti Jaafar Guru Bimbingan dan Kaunseling Program Sambutan Hari Guru 2011

................................................ Pn. Rosnah Binti Omar Guru Besar SK Convent Bukit Mertajam

LAMPIRAN

You might also like