You are on page 1of 4

IKLAN JAWATAN KOSONG Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur

18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1.

JAWATAN

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

(7 Kekosongan)

(b)

JADUAL GAJI

: P1T1 RM 1899.01 - P1T25 RM 4715.47

P2T1 RM 1995.02 - P2T25 RM 4988.08 P3T1 RM 2095.21 P3T25 RM 5284.57

(C) SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i)

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii)

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T2); atau

(iii)

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T3); atau

(iv)

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T5); atau

(v)

Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T6); atau

(vi)

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T9);

dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarar dengannya oleh kerajaan.

2.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik

berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (b)

Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3.

Calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah pertama atau M.Sc. atau Ph.D dalam bidang-bidang berikut mempunyai kelebihan:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Agroforestry Forest Product and Wood Processing Wood Mycology Mechanical Engineering for furniture testing Forest Genetic Environmental Science/Biological Conservation Plant Biotechnology and Biosafety Zoology Ethnobotany Industrial Science

4.

KEMUDAHAN IMBUHAN-IMBUHAN TETAP:

i) ii)

Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan

RM 300.00 RM 250.00

iii)

Bayaran Bantuan Sara Hidup

RM 300.00

5.

TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK

6.

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Blok B3, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.

7.

Tarikh tutup permohonan ini pada 21 Mac 2012.

CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

You might also like