You are on page 1of 8

SESI 2012/2013

LAPORAN INFO TEKNO:

NOTEBOOK DIREKA BENTUK KHAS BERSAMA PROJEKTOR


TARIKH : 29 MAC 2012 DISEDIAKAN OLEH : i) JAWAHIR BINTI JAMID (LB110256) ii) SITI FATIMAH BINTI MEGAT FAUZI (LB110354) PENSYARAH : PUAN YUSMARWATI BINTI YUSOF
1

ISI KANDUNGAN
BIL. 1 2 3 4 5 6 TAJUK PENGENALAN LATARBELAKANG OBJEKTIF PENGHASILANNYA CIRI-CIRI RUJUKAN LAMPIRAN MUKA SURAT 3 4 5 6 7 8

PENGENALAN
Pihak Universiti Tun Hussein Onn telah mengadakan kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan (DBK 10503) sebagai
2

subjek wajib kepada pelajar program Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah (DPLI) bagi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) ambilan khas sesi 2012/2013. Dalam kursus ini, pensyarah kami telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan slot Info Tekno yang bertujuan untuk mendedahkan bakal guru kepada teknologi yang boleh diguna pakai semasa proses pengajaran & pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah mengadakan sesi perbincangan dan pembentangan tentang laporan info tekno mengenai produk terbaru keluaran syarikat Fujitsu di Jepun iaitu notebook yang direka bentuk khas bersama projektor.

LATARBELAKANG
Dalam era globalisasi ini, kita dapati telah banyak gadget berjenama seperti kamera, video kamera, iPad, galaxy tab, computer riba, notebook dan sebagainya. Gadget-gadget ini telah
3

direka dengan pelbagai bentuk, warna yang menarik serta aplikasi teknologi yang canggih mengikut peredaran masa. Baru-baru ini, syarikat Fujitsu dari Jepun telah memperkenalkan 2 buah notebook terbaru yang direka khas bersama projektor iaitu S761/C dan P771/C. Notebook ini bersifat mudah alih disertai bersama dengan projektor. Oleh itu, ia memberi kemudahan kepada mereka yang sering membuat pembentangan kertas kerja tentang perniagaan, kursus atau latihan yang diadakan di luar kawasan,luar waktu pejabat dan sebagainya.

Objektif penghasilannya
Notebook ini direka apabila wujudnya masalah yang sering dihadapi semasa membuat persembahan. Antara masalah utama
4

adalah hanya bilik-bilik khas sahaja mempunyai projektor, di mana ia perlu ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan. Selain daripada itu, terdapat sesetengah tempat di mana projektornya tidak dapat berfungsi dengan baik atau rosak, dan ada juga projektor yang tidak sesuai dengan notebook atau komputer riba yang dibawa bersama. Ini akan membuatkan pembentangan menjadi tidak lancar dan sekaligus mengganggu konsentrasi semasa membuat persembahan. Tambahan pula, tidak semua mahir mengendalikan projektor apabila berada di tempat-tempat asing bagi mereka. Ini kerana terdapat pelbagai jenis dan fungsi projektor yang ada di pasaran sekarang. Bagi golongan guru pula, kekangan masa menjadi faktor utama untuk menjadikan power point sebagai media pengajaran. Ini disebabkan pelajar mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke bilik khas yang mempunyai projektor. Bagi kelas yang belakang pula mereka mengambil kesempatan bergerak ke bilik khas ini untuk melencong ke tempat lain sekaligus memberi kesempatan untuk mereka ponteng kelas. Dengan terciptanya notebook yang direka bentuk bersama projektor ini dapat membantu memudahkan pekerja membuat persembahan di mana sahaja tempat yang dijanjikan. Bagi golongan guru, notebook ini memudahkan proses pengajaran & pembelajaran diadakan dan ia menjadikannya lebih menarik.

Ciri-ciri

S761/ C

P771/C

Resolusi projektor pada masing masing notebook ialah 800 x 600 dengan jenis SVGA dan kecerahan sebanyak 15 lumen. Walau bagaimanapun, notebook S761/C dan P771/C mempunyai pilihan prosesor yang berbeza. Bagi model S761/C, ia mempunyai prosesor Celeron 1.60GHz, Core i3-2.10Hz dan Core i5-2.50GHz. Layar 13.3 inci, resolusi 1366 x 768, RAM 1 GB dan HDD 160 GB manakala bagi model P771/C mempunyai prosesor Core i3-2310M dan i5-2520M, layar 12.1 inci, resolusi 1280 x 800, RAM 1 GB dan penyimpanan 160 GB. Harga bagi model S761/C adalah sekitar JPY 176,000 (RM8,185) dan JPY 238,000 (RM11,066) bagi notebook jenis model P771/C. Kedua-dua notebook tersebut juga mengandungi aplikasi Window 7 Professional termasuk adapter yang boleh mengawal bekalan kuasa elektrik semasa ia ditutup atau berada di dalam mod menunggu secara automatiknya bertukar ke kuasa bateri walaupun suis adapter masih terpasang selain dari memiliki rangkaian internet (WIFI) .

Rujukan
1. http://www.engadget.com/2011/04/22/fujitsu-lifebook-s761-

c-and-p711-c-replace-optical-drives-with-p/ 2. http://www.engadget.com/2011/04/22/fujitsu-lifebook-s761c-and-p711-c-replace-optical-drives-with-p/ 3. techcrunch.com/.../lifebook-s761c-fujitsu-shows-notebookwith-integrated-pico-projector 4. http://www.youtube.com/watch?v=liagqXbCIrk 5. http://www.ubergizmo.com/2011/04/fujitsu-lifebook-s761cp711c/

LAMPIRAN
7

Gambar notebook s761/c yang sedang berfungsi

Kedudukan projektor pada notebook Fujitsu S761/C dan P771/C

You might also like