You are on page 1of 19

Amali 1 :Bahan Api 1 Minyak Mentah dan Pembentukan Minyak mentah atau petroleum merupakan salah satu sumber

asli hidrokarbon. Hidrokarbon ialah sebatian organik yang paling ringkas iaitu terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Walaupun hidrokarbon mengandungi dua unsur sahaja tetapi unsur-unsur ini boleh dihubungkan dengan banyak cara seperti atom-atom karbon dihubungkan bagi membentuk rantai linear, bercabang atau gelang. Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum atau minyak mentah. Minyak mentah dipercayai terbentuk daripada saki-baki organisma hidup. Bahan organik ini ditukarkan kepada minyak mentah atau gas asli pada suhu dan tekanan tinggi. Sumber asli hidrokarbon yang lain ialah arang dan gas asli. Petroleum dari kerak bumi hanya boleh digunakan selepas mengalami proses pengasingan kepada komponen-komponen hidrokarbonnya. Petroleum juga terdiri daripada campuran hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul yang berbeza. Penyulingan berperingkat merupakan satu cara untuk mengasingkan cecair-cecair yang berlainan di dalam satu campuran yang mempunyai takat didih yang berbeza. Bagi mendapatkan pengasingan yang sempurna, julat perbezaan suhu mestilah besar. Petroleum mentah yang merupakan cecair yang pekat, hitam, melekit dan likat dipanaskan di dalam relau pada suhu 400oC. Wap yang terhasil dilalukan melalui turus penyulingan untuk mengumpulkan pelbagai pecahan. Pecahan yang berbeza terkondensasi dan dikumpulkan pada ketinggian turus yang berbeza mengikut takat didih pecahan. Sebatiansebatian yang mempunyai rangkaian karbon yang pendek akan mendidih terlebih dahulu kerana takat didihnya yang rendah. Setiap pecahan yang terkumpul mempunyai kegunaan dan sifat-sifatnya yang tersendiri. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat, gelap, sukar menyala dan terbakar dengan lebih berjelaga.

Jenis-Jenis Pecahan Minyak Mentah dan Kegunaannya : Jadual Pecahan minyak mentah Gas petroleum Petrol Naphtha Kerosene Diesel oil Pelincir Minyak bahan bakar Bitumen Kegunaan Pemanasan Bahan api oil refinery dan kereta Pelarut, racun dan bahan asas industri petrokimia Bahan api penerbangan ( Aircraft ) Bahan api bas dan teksi Jentera Kapal dan stesen janakuasa Menurap jalan raya

Objektif Untuk mengkaji penyulingan berperingkat petroleum

Radas dan bahan Petroleum, serpihan porselin, kertas turas, kaki retort, termometer (-10 3600C), kelalang penyulingan, kondenser Liebig, kelalang konikal, tungku kakitiga, penunu Bunsen dan piring kaca.

Hipotesis I. Semakin tinggi takat didih semakin likat hasil penyulingan. II. Semakin tinggi takat didih semakin sukar pecahan terbakar. III. Semakin tinggi takat didih semakin gelap warna pecahan hasil penyulingan.

Pembolehubah I. Malar: jenis minyak mentah II. Manipulasi: julat suhu III. Bergerak-balas: warna, kelikatan dan kebolehbakaran pecahan/hasilpenyulingan.

7 7.1

Prosedur Prosedur A

I. Alat radas disediakan seperti gambar rajah berikut

Rajah Radas Penyulingan Berperingkat Minyak Mentah II. Petroleum di dalam kelalang penyulingan dipanaskan perlahan-lahan. III. Hasil sulingan pertama dikumpul pada julat suhu 30-80oC. IV. Petroleum dipanaskan dengan cara yang sama dan hasil penyulingan dikumpul pada julat subu yang berbeza iaitu 80 120oC, 120 160oC,dan 160 200oC. 7.2 Prosedur B I. Warna untuk setiap hasil penyulingan diperhatikan II. Kelikatan bagi setiap hasil penyulingan diperhatikan dengan menyengetkan sebelah kelalang konikal. III. Sebahagian hasil penyulingan dipindahkan ke dalam piring kacadengan menggunakan penitis dan dipanaskan. Warna pembakaran dan kuantiti jelaga yang terhasil diperhatikan. IV. Pemerhatian dicatatkan di dalam jadual di bawah.

7.3

Pemerhatian Warna Kelikatan kebolehbakara n Kuantiti jelaga

Pecahan Julat suhu

1 2 3 4

(OC) 30-80 80-120 120-160 160-200

Tidak berwarna Kuning muda Kuning Perang

Tidak likat Likat sedikit Agak likat Likat

Sangat

mudah Tiada Sedikit Banyak

terbakar Mudah terbakar Sukar terbakar Sangat terbakar

sukar Sangat banyak

7.4

Perincian Pengasingan Minyak Mentah I. Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul dan takat didih yang berbeza-beza. II. Melalui eksperimen yang telah dijalankan, dapat dilihat bahawa pecahan 4 mempunyai takat didih yang lebih tinggi kerana hidrokarbon yang terkandung dalam pecahan tersebut mempunyai saiz molekul yang lebih besar. Pecahan 1 pula mempunyai takat didih yang paling rendah kerana mempunyai saiz molekul hidrokarbon yang lebih kecil. Daya tarikan antara molekul turut bertambah dengan pertambahan saiz molekul. Dapat disimpulkan bahawa saiz molekul hidrokarbon bertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 4. III. Kelikatan juga bertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 4 kerana daya tarikan antara molekul juga bertambah apabila saiz molekul bertambah dan akan menyebabkan molekul sukar untuk menggelongsor di atas satu sama lain. IV. Molekul hidrokarbon dalam setiap pecahan adalah molekul kovalen yang tidak berkutub. Oleh itu, hidrokarbon dalam semua pecahan tidak larut dalam air yang bersifat berkutub. V. Apabila hasil penyulingan dibakar, jelaga yang terhasil semakin bertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 4. Pertambahan kejelagaan nyalaan ini kerana bilangan karbon per molekul hidrokarbon bertambah. VI. Sebagai langkah berjaga-jaga, aliran air dalam kondenser Leibig hendaklah dialirkan terlebih dahulu sebelum penunu Bunsen dinyalakan. Hal ini bagi menyejukkan wap panas yang terhasil dan menyebabkannya terkondensasi dan dapat dikumpulkan sebagai hasil penyulingan. VII. Selain itu, setiap sambungan alat radas hendaklah dipastikan ketat bagi memastikan pendidihan berjalan lancar dan tiada wap yang terbebas keluar.

VIII. Serpihan porselin digunakan sebagai pencegah hentakan dalam kelalang penyulingan bagi mengelakkan petroleum daripada melompat masuk ke dalam salur pengantar apabila dididihkan.

IX. Kesimpulan:Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah kelikatan, semakin sukar kebolehbakaran, kejelagaan nyalaan bertambah dan warna juga semakin bertambah gelap. Hipotesis diterima.

7.5

Soalan I. Bincangkan kebolehbakaran penyulingan berperingkat petroleum. Semakin tinggi takat didih petroleum, semakin sukar kebolehbakarannya kerana semakin bertambah panjang rangkaian karbon. II. Bincangkan hubungan antara takat diidh penyulingan berperingkatdengan: (a) warna hasil penyulingan: semakin bertambah gelap daripadapecahan 1 ke pecahan 4. (b) kelikatan hasil penyulingan: kelikatan bertambah daripada pecahan1 ke pecahan 4 kerana wujudnya daya tarikan antara molekul yangsemakin bertambah apabila saiz molekul bertambah. (c) jumlah jelaga yang terhasil dari hasil penyulingan: kejelagaan jugabertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 4 kerana pertambahanbilangan karbon per molekul hidrokarbon. III. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Jangkakan warna, kelikatan, dan jumlah jelaga dibebaskan oleh X C6H14 merupakan metilbutana , maka tidak berwarna, tidak likat dan tidak mengeluarkan jelaga IV. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili gasoline 2 C8H18 + 25 O2 --> 16 CO2 + 18 H2O

V. Pembakaran gasoline yang tidak lengkap membebaskan gas yang beracun seperti karbon monoksida dan nitric oxide. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembakaran gasoline yang tidak lengkap.

C8H18 + (17/2)O2 ---> 8CO + 9H2O VI. Apakah biodiesel? Bahan api diesel yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwanyang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil,propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindakbalas kimia lipid seperti minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol. Sebagai contoh,minyak sawit ditindakbalaskan dengan methanol dengan kehadiran mangkin untuk menghasilkan biodiesel. Istilah biodiesel adalah piawai sebagai mono-alkil-ester di Amerika Syarikat. VII. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding minyak petroleum? Ketika biodiesel dibakar, ianya menghasilkan signifikan output karbon yang minimum dan racun pada tahap yang paling rendah. Ini menyebabkan biofuel menjadi bahan alternatif yang lebih selamat untuk memelihara atmosfera disamping menurunkan kadar pencemaran udara. Pada waktu yang sama, biofuel juga lebih bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah kaca jika dibandingkan dengan bahan bakar yang biasa digunakan pada pengangkutan konvensional.

AMALI 5 : Ammonia. Asid Sulfurik dan Asid Nitrik 1. Baja

Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi

kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian. Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber). Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan. Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan (contohnya kekacang) yang melakukan proses ikatan nitrogen (proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida). Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh subur. 2. 2.1 Jenis-Jenis Baja Baja Asli

Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup. Sisa haiwan Najis ternakan yang dijadikan sebagai baja, sama ada digunakan secara terus atau setelah diproses. Biasanya, najis tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah, dan disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja ini boleh digunakan terus atau dikeringkan. Baja ini dalam bentuk kering sering digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau. Gambut

Dihasilkan melalui proses penguraian secara semulajadi. Organisma-organisma hidup seperti tertentu. 2.2 Baja Baja Buatan Manusia yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. dedaun, bahagian-bahagian tumbuhan lain, bangkai-bangkai haiwan, cangkerang dan sebagainya diurai oleh bakteria-bakteria di dalam tanah dalam tempoh

Baja Kimia Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya. Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis baja butiran kompaun (compound fertilizer) dan baja tunggal (single dressing fertilizer)

Baja Kompaun Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE Baja tunggal Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)

Garam Amonia Sebagai Baja : Jenis : Jadual

Baja Ammonium nitrate Ammonium sulfate* Diammonium phosphate

Analisis

N (%)

P2O5 (%)

K2O (%)

33-0-0

33

21-0-0-24S

21

18-46-0

18

46

4 4.1

Praktikal 5 :Penyediaan Baja Garam Ammonia Objektif Menyediakan Baja Ammonia

4.2

Radas dan Bahan Larutan ammonia (2M), larutan asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas, kertas turas

4.3

Prosedur
I. 30cm3 larutan asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar.

II. Larutan ammonia ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam bikar sambil

mengacau larutan tersebut. III. Apabila larutan mula mengeluarkan bau ammonia, larutan ammonia dihentikan daripada ditambahkan ke dalam bikar.
IV. Larutan tersebut dipanaskan sehingga ia menjadi

daripada isipadu asal.

V. Larutan tersebut disejukkan dalam campuran air batu dan air. Kristal garam yang dihasilkan dituraskan dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.

Rajah: Penyediaan baja garam ammonia

Gambarajah Penyediaan Baja Garam Ammonia 4.3 4.5 Pemerhatian Hablur berwarna putih terbentuk : Garam ammonia sulfat telah dihasilkan Soalan Dan Perbincangan

I. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembentukan ammonia sulfat dalam eksperimen ini H2SO4 (aq) + 2NH4OH(aq) Justifikasi 2 mol ammonia hidroksida diperlukan untuk meneutralkan 1 mol asid sulfurik. Maka dengan kepekatan yang sama 2 isipadu ammonia hidroksida diperlukan untuk meneutralkan 1 isipadu asid sulfurik. (NH4)2SO4(aq) + 2H2O(l)

II. Bagaimanakah penambahan ammoniua sulfat akan mempengaruhi pH tanah? Ciri kimia ammonia sulfat : Formula: (NH4)2SO4, N : 21% , S : 24% keterlarutan air :750 g/L , Solution: pH 5 to 6. Penambahan ammonia sulfat ke dalam tanah akan menyebabkan penurunan pH tanah pada kadar yang sedikit. Ini memandangkan bahawa baja jenis ini agak bersifat sedikit berasid. Maka dengan itu bagi seseorang peladang yang mempunyai pH tanah yang agak beralkali pada pH 8-pH 7.5, boleh menggunakan baja ammonia sulfat ini untuk menurunkan pH tanah ke pH 7.2 pH 7.1 III. Selain sebagai baja, ammonia sulfat juga menjadi bahan adjuvant dalam tangki semburan. Di sini ammonia sulfat boleh membantu meningkatkan aktiviti pesticides dalam air, sedikit menyelaraskan pH untuk menambahkan keberkesanan pesticides, agen mengekalkan kandungan bahan dalam pesticides dengan mengurangkan antogonisme dalam campuran pesticides.

IV. Namakan tiga contoh baja asli digunakan dalam pertanian 1. Najis haiwan 2. Kompos cacing 3. Rumpai laut

V. Namakan tiga contoh baja sintetik digunakan dalam pertanian

1. urea

2. ammonium sulfate

3. ammonium phosphate

VI. Tuliskan persamaan kimia untuk mewakili pembentukan a. Amonium fosfat : 3NH3 (aq) + H3PO4 (aq) b. Amonium nitrat : N2O(g) + 2H2O(aq) c. Urea : 2NH3(aq) + CO2(g) (NH4)3PO4(aq) NH4NO3 (aq) (NH2)2CO (aq)

VII. Kira peratus nitrogen dalam 1 mol baja di atas Jisim Nitrogen % Nitrogen = -----------------------Jisim Molekul Baja X 100%

a.

ammonia fosfat : NH4NO3 Jisim (NH4)3PO4 = ( 42+12+31+62 ) = 147 Jisim Nitrogen = 42 42 % Nitrogen = ------- X 100 = 28.57 % 147

b.

ammonia nitrat : NH4NO3 Jisim NH4NO3 = (14+4+14+48) = 80 Jisim Nitrogen = 14+14 = 28 28 % Nitrogen = ---------X 100 = 35% 80

c.

Urea : (NH2)2CO Jisim (NH2)2CO = ( 28+4+12+16 ) = 60 Jisim Nitrogen = 28 28 % Nitrogen = ---- X 100 = 46.66% 60

VIII.

Manakah diantara baja di atas paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan? Terangkan jawapan. Kalau dibuat secara perbandingan didapati bahawa baja urea mengandungi kandungan nitrogen nitrogen adalah menjadi pilihan yang paling tinggi oleh berbanding Maka zat ammonia fosfat dan ammonia nitrat. Maka untuk proses pertumbuhan yang sempurna unsur diperlukan disini. tumbuhan. baja urea adalah pemakanan yang Nitrogen (N) adalah

terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab di dalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat di dalam proses - proses tumbesar serta di dalam pembinaan struktur vegetatif dan buah.

Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4N) NH4N yang terbentuk asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid asid amino ini membentuk tertentu di protein. Protein yang menghasilkan

amino. Rangkaian yang Bekalan dengan akan pada 5 mengatur Nitrogen

terbentuk di dalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim tugas-tugas yang mencukupi dalam tumbuhan tumbuhan. tumbuh N membolehkan

cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan kekurangan atau dan di berwarna bahagian daun kuning, bawah warna ke kuning tulang klorosis daun.

tempoh kematangan pokok. Tumbuhan yang mengalami terencat hujung biasanya bermula

daun. Simptom

ini bermula

merebak

Kesimpulan Ammonia telah digunakan dengan meluas dalam penghasilan baja dan asid nitrik. Ammonia adalah satu-satu nya gas beralkali dan sangat larut dalam air. Ia bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air. Ammonia boleh dihasilkan melalui proses Haber.

AMALI 6 : Sabun dan Detergen 1 Sabun Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau sedikit cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan, dipanggil buku. Di negara maju, pencuci sintetik telah menggantikan sabun bagi dobi. Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80100 C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali). Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile. Sekarang, sabun biasanya digantikan oleh agen pembersihan lain, sebagai contoh detergen sintetik. 2 Jenis-Jenis Sabun dan Kegunaan

Sabun Biasa Ini untuk orang yang tidak mahu berfikir panjang ketika memilih sabun. Kebanyakan sabun di pasaran adala jenis biasa. Biasanya ia mengandungi nilai pH yang tinggi. Kalau kulit anda memang tidak sesuai ia boleh menyebabkan kegatalan atau kekeringan atau menghilangkan kelembaban semulajadi kulit anda. Sabun Glycerin Sabun yang mengandungi bahan ini akan berupaya mengekalkan kelembaban kulit. Ia juga menjadikan kulit lebih lembut. Jika anda memang punya kulit kering, ini memang bagus. Kalau anda jenis kulit berminyak, sila jauhinya kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pori kulit.

Sabun Berpelembab Akan tertera di kulit sabun ini untuk kulit lembab atau seakan-akan itu. Apa maksudnya? Sabun tersebut mengandungi bahan seperti susu, krim atau losen. Selalunya jenis sabun begini agak mahal sedikit tetapi lebih bermanfaat untuk kulit. Sabun Anti Bakteria Ini adalah sabun yang mengandungi bahan kimia triclosan. Kalau menurut ahli dermatologi, sabun begini tidak begitu sesuai untuk digunakan kecuali anda mengalami masalah kulit misalnya kegatalan, kemerahan, bau badan, kudis atau seperti itu.

3 3.1

Praktikal 6 : Penyediaan Sabun Objektif Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi.

3.1

Bahan dan Radas: Minyak zaitun, Larutan natrium dioksida, serbuk natrium klorida, kertas turas, air suling, bikar, penyukat silinder spatula, rod kaca, condong turas, kaca dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, tabung uji.

3.2

Prosedur: 1. 10cm3 minyak zaitun dituang ke dalam sebuah bikar. 2. Dengan berhati-hati, 50cm3 larutan natrium dioksida dituang ke dalam bikar yang mengandungi minyak zaitun. 3. Campuran dalam bikar dipanaskan sehingga mendidih. 4. Campuran dalam bikar dikacau dengan menggunakan rod kaca. 5. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk mendidih selama 10 minit. 6. Api dipadamkan dan bikar dialihkan. 50cm3 air suling dan 3 spatula natrium klorida ditambahkan ke dalam campuran tersebut.

7. Campuran dalam bikar dipanaskan sekali lagi selama 5 minit. 8. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk disejukkan. 9. Sabun yang terbentuk dituraskan. Baki turasan dibasuh dengan sedikit air suling. 10. Sabun yang terbentuk ditekankan antara kertas turas untuk

mengeringkannya. 11. Sabun yang terbentuk diperikssa dan dirasa dengan jari. Sedikit sabun itu dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. Sedikit air paip ditambahkan ke dalam tabung uji. Campuran tersebut digancangkan dan diuji dengan kertas litmus 12. Pemerhatian yang diperoleh dicatatkan.

Gambarajah Penyediaan Sabun 3.3 Pemerhatian Ujian ke atas pepejal putih Rasa dengan jari Goncang dengan air Pemerhatian Licin Banyak buih terhasil

Kertas litmus merah lembab 3.4 Soalan Perbincangan:

Berubah ke warna biru

I. Huraikan sifat-sifat sabun yang dihasilkan. Apabila dirasa dengan jari sabun berasa licin, apabila digoncangkan dengan air ia akan berbuih dan apabila diuji dengan kertas litmus merah akan bertukar warna ke biru. Maka dengan itu sabun adalah bahan kimia yang bersifat beralkali.

II. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini? Untuk memendakkan sabun dan untuk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air. NaCl merupakan komponen utama dalam proses pembuatan sabun. Kandungan NaCl pada hasil akhir adalah kecil. Jika kandungan NaCl terlalu tinggi di dalam sabun maka ia akan mengeraskan sabun secara melampau. NaCl yang digunakan umumnya berbentuk air garam (brine) atau padatan (kristal). NaCl digunakan untuk memisahkan produk sabun dan gliserin. Gliserin tidak mengalami pemendakkan dalam brine kerana kelarutannya yang tinggi, sedangkan sabun akan mendak.

III. Tuliskan persamaan kata untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam eksperimen ini. Minyak Zaitun + Natrium Hidroksida --- Garam Natrium Asid Lemak + Gliserol
IV. Jangkakan pemerhatian anda sekiranya air paip digantikan dengan air suling

dalam prosedur 11. Jelaskan jawapan anda. Skum yang terhasil akan berkurangan kerana air suling adalah tulen dan tiada bendasing yang akan mempengaruhi sabun.

V. Bolehkah sabun dihasilkan dengan menghidrolisasikan lemak atau minyak dalam keadaan asid? Jelaskan jawapan anda.

Tidak boleh. Kerana sabun terhasil dalam keadaan beralkali. Justeru, apabila adanya medium berasid, tidak akan wujud keadaan beralkali dan tidak dapatmenghasilkan sabun.

VI. Namakan 2 teknik yang berbeza dalam pembuatan sabun. Teknik sejuk dan teknik panas

VII. Apakah keburukan-keburukan sabun - sabun komersial?

Mempunyai lebih NaOH akan menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Kebanyakan sabun komersil tiada gliserin yang akan menyebabkan kulit menjadi kering. Sabun yang mempunyai antiseptik akan turut membunuh bakteria bergunauntuk manusia selain bakteria jahat.

VIII. Apakah bahan yang digunakan dalam industri pembuatan detergen? 3 bahan utama; pelembut air, enzim dan peluntur. Pewangi juga

ditambahmengharumkan detergen. 4 Kesimpulan Natrium Hidroksid adalah bahan kimia utama dalam penyediaan lye untuk membuat sabun. Lye akan bertindak dengan minyak bagi membentuk bubur sabun. Tindakbalas ini dikenali sebagai proses saponifikasi. Lye dibuat dengan mencampurkan Natrium Hidroksid kepada air suling. Sabun tidak dapat digunakan untuk mencuci dalam air liat atau air laut (mengandungi ion magnesium atau ion kalsium) 2 CH3(CH2)14COO-+ Ca2+[ CH3(CH2)14COO-]2Ca

You might also like