You are on page 1of 5

 

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH


JALAN SS26/2
47301 PETALING JAYA
SELANGOR

KERTAS KERJA
KECERIAAN SUDUT PPDa

TEMA :

“1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH ” 

Disediakan Oleh :

Nur Amalina Binti Adam


(Ketua Penyelaras PPDa)
 

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTM

A) PENDAHULUAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan usaha berterusan dalam
penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di
sekolah. Pendedahan hasil daripada program ini sedikit sebanyak mampu mendidik murid-murid
terutamanya di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak
dengan dadah.

Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga
dan komuniti sekitarnya.

B) OBJEKTIF
1.1. Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum
1.2. Membantu murid menjana budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai-nilai murni.
1.3. Memberi pendedahan tentang maklumat penyalahgunaan dadah dan perkara yang
berkaitan dengannya.

C) RASIONAL
Sejajar dengan itu, kewujudan sudut khas untuk program sebegini menjadi keperluan sebagai
pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum penyebarannya berkekalan setiap
masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada terletak di laluan ke
kantin dan ruang legar. Ianya difikirkan sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti
sama ada untuk laluan ke kantin, berkumpul dan sebagainya.

Bagi memenuhi kriteria pemarkahan, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti di lorong
laluan, tangga- tangga, pondok bacaan, sudutbahan pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu
memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang
menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka.

D) KUMPULAN SASARAN
Seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya, dan khususnya kepada murid-murid, guru-
guru serta kakitangan sekolah.

E) TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN:


Sepanjang bulan Jun hingga Julai 2014

F) CADANGAN AKTIVITI:
1. Membuat mural
2. Menempah banner
3. Menambahbaik lorong dan sudut PPDa

G) JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Khoo Swee Poh


Pengerusi : Pn Leong Whye Sam
Setiausaha : Cik Nur Amalina Binti Adam
Bendahari : Pn Siti Norasikin @ Siti Mariam Binti Mad Zin
 Ajk : AJK bimbingan dan Kaunseling
 AJK Kelab Keberishan dan Keceriaan
Cik Nor Afiza
Pn. Rohani
Pn. Ainul Maisyah
En. Ahmad Nazari
Pn.Aisyah Nurain
 

  Cik Norhayati

H) PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti Anggaran Kos


1. Penyembur Cat (merah+hitam+emas+peach+merah) 4 RM100
2. Cat Pelaka (kuning+merah+biru+oren+hijau+putih) 6 RM100
3. Polistren Warna- warni 10 RM80
4. Kain berwarna ( putih + hitam + merah ) 4m x 3 RM120
5. Atap RM80
6. Berus cat (kecil, sederhana, besar) 2 x3 RM50
7. Batang paip pvc (kecil+ sederhana) 12s+40k RM200
8. Mounting board (hitam) 10 RM90
9. Papan kenyataan 6 RM200
10. Kertas Laminate 3 RM150
11. Kertas warna 3 RM30
12. Kertas putih A4 2 RM30
13. Gam lilin + lilin 1 RM70
14. Tali saiz besar (coklat) 1 RM40
15. Tali saiz sederhana (putih) 5 RM30
16. Bunting 5 RM500
17. Model patung 1 RM200
18. Replika rangka tulang 1 RM200
19. Jaring plastik 6m RM50
20. Alas meja 2m RM40
21. Pasu bunga hidup 10 RM200
22. Gam Uhu / Gam Gajah (5+5) RM50
23. Double sided tape (nipis + tebal) (5+5) RM50
24. Ink (hitam dan warna) 2 RM300
25. Reben kain lebar( emas, perak, kuning, hijau, putih, hitam, 14 RM210
merah)
26.
27.
28.
29.
30.
31. JUMLAH
 

I) PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah,
rokok dan inhalan kepada setiap warga sekolah amnya dan murid-murid khasnya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………  …………………………….. 
(Cik Nur Amalina Binti Adam) (Pn . Leong Whye Sam)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Program keceriaan Sudut PPDa Sekolah Kebangsaan Taman Megah,
Sekolah KebangsaanTaman Megah, Petaling Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Selangor.

Disahkan oleh,

…………………………… 
(Pn. Khoo Swee Poh)
Guru Besar
SK Taman Megah,
Petaling Jaya,
Selangor.

You might also like