You are on page 1of 7

SOALAN-SOALAN ULANGKAJI EDU 3107

1.

(a) (b)

Nyatakan empat sebab mengapa kaunseling kelompok boleh membantu kepada penyelesaian masalah. Nyatakan enam peranan yang perlu dimainkan oleh guru bimbingan di dalam pengendalian sesi kaunseling kelompok.

2. b).

Keberkesanan kaunseling kelompok adalah berasaskan kepada beberapa prinsip. Nyatakan empat prinsip kaunseling kelompok. Dalam proses kaunseling , kaunselor perlu peka kepada halangan-halangan yang akan menjejaskan proses kaunseling. Nyatakan dua jenis halangan dalam proses kaunseling. Para sarjana kaunseling dan pengamal kaunseling memperakukan pentingnya tingkahlaku bukan lisan dalam proses kaunseling. a) Huraikan lima tingkahlaku bukan lisan yang perlu dikuasai oleh guru bimbingan. b) Nyatakan lima kesan positif tingkahlaku bukan lisan dalam membantu perkembangan sesi kaunseling (b) Salah satu daripada ciri-ciri utama teori pemusatan perorangan ialah penglibatan klien yang aktif di dalam menerokai dan mengatasi masalahnya. Terangkan empat ciri lain yang terdapat dalam teori pemusatan perorangan.

3.

5. (a) Tingkah laku memberi perhatian merupakan satu kemahiran interpersonal dalam bimbingan dan kaunseling. Nyatakan empat cara kaunselor atau guru bimbingan menunjukkan tingkah laku memberi perhatian kepada klien dalam kaunseling individu (b) Terangkan secara ringkas tiga faktor yang boleh menjadi halangan kepada kejayaan sesuatu sesi kaunseling individu. 6. Pelaksanaan sesi kaunseling individu atau kelompok banyak membantu dalam memperkukuhkan lagi sahsiah pelajar-pelajar di sekolah. (a) Jelaskan lima ciri-ciri perhubungan kaunseling yang boleh menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. (b) Huraikan lima peringkat perkembangan dalam pelaksanaan kaunseling kelompok. 7. Pelbagai cara digunakan oleh kaunselor untuk mengumpul maklumat mengenai kliennya. Huraikan lima cara bagaimana maklumat mengenai kliennya boleh diperolehi.

9..

Pelbagai cara digunakan oleh kaunselor untuk mengumpul maklumat mengenai kliennya. (a) Huraikan lima cara bagaimana maklumat mengenai kliennya boleh diperolehi. (b) Jelaskan lima kelemahan teknik soal selidik yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai klien. 9. Dalam proses kaunseling, seorang kaunselor perlu membuat penerokaan yang teliti untuk menggalakkan klien membuat pendedahan kendiri. (a) Jelaskan lima kepentingan penerokaan dalam sesi kaunseling (b) Jelaskan lima jemis kemahiran yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor di peringkat penerokaan

JAWAPAN 1.

(a) (i)

Empat sebab kaunseling kelompok dapat membantu penyelesaian masalah: Ahli-ahli boleh menerokai cara mereka berhubung dengan ahli-ahli lain serta mempelajari kemahiran-kemahiran sosial yang berkesan. (ii) Pelbagai jenis sahsiah dapat ditemui. Ahli akan mendapat pelbagai jenis maklum balas daripada individu-individu yang berlainan. lni akan mendorong seseorang individu melihat dirinya dari pelbagai sudut. (iii) Faktor-faktor dalam kelompok boleh mendorong perkembangan peribadi. Contohnya, ahli berpeluang mempelajari tentang diri sendiri melalui pengalaman orang lain, mengalami kemesraan yang mendorong pendedahan kendiri dan cuba menyelesaikan setiap masalah sendiri dan juga masalah orang lain sebagai satu tanggungawab bersama. (iv) Kelompok menyediakan peluang bagi ahli untuk memberi dan menerima pertolongan. (v) Ahli kelompok berpeluang mempelajari cara-cara baru mengendalikan masalah dengan memerhati ahli-ahli lain menyelesaikan masalah yang sama atau hampir sama. (vi) Kelompok menyediakan peluang untuk mencuba idea dan tingkah laku sebelum dicuba dalam keadaan seharian. (vii) Ahli berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain serta mendapatkan maklum balas tentang bagaimana tingkah laku, nilai dan sikapnya telah mempengaruhi mereka. (viii) Sokongan kelompok adalah kuat dan merangsang individu itu untuk bertindak atau berubah ke arah tingkah laku yang produktif (ix) Lain-lain jawapan yang sesuai

(b)

Enam peranan guru bimbingan (i) Sebagai pemudah cara atau fasilitator yang memastikan kelicinan perjalanan sesi kaunseling kelompok. (ii) Sebagai peserta kelompok apabila peranannya sebagai ketua diambil alih oleh ahli kelompok. (iii) Menggalakkan ahli-ahli kelompok membentuk harapan positif. (iv) Menarik perhatian terhadap perubahan-perubahan positif yang terdapat pada sesetengah ahli. (v) Mengenal pasti kemajuan dan perkembangan yang dicapai oleh ahli-ahli tertentu. (vi) Memberi rangsangan serta penghargaan kepada ahli yang sentiasa mencuba serta berusaha. (vii) Menggalakkan sebarang tanda positif yang menuju ke arah penyembuhan. (viii) Menggalakkan ahli menekankan pada kemajuan tertentu yang diperoleh. (ix) Pergantungan emosi di antara ahli-ahli dibenarkan berkembang supaya kesepaduan antara ahli-ahli tercapai dan (x) Menerima hakikat bahawa emosi ahli yang dikongsi dapat menambahkan kejelekitan dan kesepaduan di antara ahli kelompok.

(2a) Keberkesanan kaunseling kelompok adalah berasaskan kepada beberapa prinsip. Nyatakan 5 prinsip kaunseling kelompok. (i) Kaunselor hendaklah mewujudkan suasana kelompok yang berdemokratik/teraputik. (ii) Kaunselor perlu menerangkan objektif-objektif kaunseling kelompok. (iii) Ahli-ahli itu hendaklah bersedia berkongsi perasaan, pengalaman dan sedia untuk berubah. (iv) Ahli-ahli bertanggungjawab terhadap kelakuan kumpulan mereka. (v) Setiap ahli hendaklah memelihara kerahsiaan maklumat yang dikongsi dalam kelompok.

(2b) Dalam proses kaunseling , kaunselor perlu peka kepada halanganhalangan yang akan menjejaskan proses kaunseling. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Psikologikal Fizikal Sosial/Budaya Persekitaran Jenis klien

2. (a)

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) Kaunseling individu Kaunseling kelompok Perkhidmatan inventori & rekod Pencegahan penyalahgunaan dadah Bimbingan akademik Penilaian Perundingan dan rujukan Penyelarasan sumber Konferens dengan ibu bapa Sistem fail, rekod dan dokumentasi Penempatan

(b)

Senaraikan lima cara bagaimana perkhidmatan bimbingan di sekolah dapat meningkatkan potensi diri murid. (i) Meningkatkan motivasi murid bertujuan memperoleh pencapaian yang cemerlang memberi peluang murid menikmati perasaan berjaya Membantu murid murid membina konsep kendiri yang positif berkeyakinan, berinisiatif, inovatif Mendorong murid melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko kurikulum menjaga kesihatan mengisi masa lapang Membimbing murid dalam kerjaya membekalkan maklumat tentang pelbagai kerjaya membantu murid memilih bidang kerjaya yang sesuai dengan keperluan masa depan Membimbing murid menguasai kemahiran belajar menyelesaikan masaalah berupaya menyesuaikan diri dalam sebarang situasi kemahiran berfikir kemahiran mencatat nota kemahiran mengingat kemahiran mencari maklumat kemahiran strategi menghadapi peperiksaan

(ii) (iii)

(iv)

minat, kebolehan

dan

(v)

3a Lima tingkahlaku bukan lisan yang perlu dikuasai oleh guru bimbingan. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. penumpuan kontak mata cara duduk,postur gerak badan riak air muka/ekspresi wajah gerakan tangan dan lengan nada suara (tenang, cemas, lantang, tegas, terketar-ketar dsb) keadaan dan kedudukan fizikal Jarak dan kedekatan

3b Lima kesan positif tingkahlaku bukan lisan dalam membantu perkembangan sesi kaunseling i. ii. iii. iv. v. mengukuhkan lagi pernyataan perasaan dan motif memberikan maklumat tambahan memudahkan perjalanan proses kaunseling/membuat tafsiran tentang tingkahlaku bukan lisan. Memberi keselesaan kepada kaunselor/guru bimbingan dan klien. Mempengaruhi persepsi guru bimbingan/kaunselor terhadap klien ataupun sebaliknya.

vi. (4b) i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Merangsang klien untuk membuat penjelasan secara lebih terbuka.

Empat ciri dalam teori perorangan. Klien mempunyai kemampuan untuk berkembang baik dari segi emosi mahupun dari segi intelek. Individu boleh berkembang di dalam suasana yang mesra, permisif dan penuh kefahaman. Terapi ini menganggap manusia pada asasnya baik kerana sifat semula jadi yang ada dalam dirinya memang baik. Terapi ini menitikberatkan aspek efektif atau emosi di dalam penerokaan masalah. Hubungan mesra antara kaunselor dengan klien merupakan persekitaran yang sesuai bagi menggalakkan perkembangan kelainan kaunselor. Klien hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab untuk berubah dan berkembang. Di dalam terapi ini tidak wujud suatu struktur yang rigid.

(5a)Tingkah laku memberi perhatian merupakan satu kemahiran interpersonal dalam bimbingan dan kaunseling. Nyatakan empat cara kaunselor atau guru bimbingan menunjukkan tingkah laku memberi perhatian kepada klien dalam sesi kaunseling individu. Jawapan (i) cara duduk: condong ke hadapan sedikit, sopan dan wujudkan jarak yang sesuai jika berlainan jantina. (ii) kontak mata: memandang ke dalam mata klien, elak merenung terlalu lama, alihkan pandangan jika klien merasa tidak selesa. (iii) membina rapport / perhubungan: bertanya khabar, latar belakang keluarga dan lain-lain untuk mewujudkan kemesraan. (iv) kemahiran mendengar: memparafrasa, gerak-geri semula jadi dan lisan, pengujian persepsi. (v) cara menerima klien dan pastikan klien rasa selesa. 5(b) Terangkan secara ringkas tiga faktor yang boleh menjadi halangan pada kejayaan sesuatu sesi kaunseling individu. Jawapan (i) Kepakaran kaunselor dari segi penguasaan teori dan kemahiran bimbingan dan kaunseling. (ii) Kesediaan klien dalam meluahkan masalahnya secara ikhlas . (iii) Klien yang dirujuk oleh pihak pentadbir atau guru disiplin. (iv) Kurang wujudnya suasana terapeutik. (v) Menghakimi masalah klien lebih awal (being judgemental). (vi) Cepat mencari penyelesaian tanpa meneroka masalah dengan baik. (vii) Kecenderungan kaunselor untuk memberi nasihat.

(6a) Jelaskan lima ciri yang perlu dimilikki oleh seseorang kaunselor bagi menjamin kejayaan dalam proses JAWAPAN 1. Mesra Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut seperti tidak kekok bercakap, relaks, selesa dan rasa diterima. 2. Jujur Kaunselor yang jujur adalah lkaunselor yang tidak berpura-pura dalam pehubungannya dengan klien. Dia tidak defensif dan spontan . 3. Menerima tanpa syarat Klien perlu menerima klien seadanya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai individu yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. 4. Berempati Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini. 5. Terbuka

Kaunselor hendaklah berpandangan terbuka dan sedia menerima pandangan dan komen dari pelbagai pihak. Juga sedia berubah ke arah yang lebih baik.

(6b) Huraikan lima peringkat perkembangan dalm perlaksanaan kaunseling kelompok JAWAPAN (i) Peringkat Orientasi perbicaraan masih kabur kenyataan kurang mendapat sambutan ahli berharap fasilitator sahaja memimpin kurang sabar mendengar ketegangan sangat ketara Peringkat Konflik ahli tidak sabar Mudah menyerang idea orang lain Memihak kepada ahli tertentu Tuduh menuduh Peringkat Kesepaduan sikap ingin mkendengar pendapat orang lain sikap tolong menolong dan kerjasama tidak memihak kepada orang lain Peringkat Kejayaan kerjasama sangat erat membuat keputusan bersama-sama Keputusan kurang dipengaruhi oleh emosi Peringkat Penamatan tiada monopoli tiada perkara baru yang timbul dan dibincangkan sukar menerima perpisahan tercapai kepuasan dalam kelompok

(ii)

(iii)

(iv)

(iv)

8. Pelbagai cara digunakan oleh kaunselor untuk mengumpul maklumat mengenai kliennya. a. Huraikan lima cara bagaimana maklumat mengenai kliennya boleh diperolehi. JAWAPAN Temubual Pemerhatian Soal selidik Rekod Profil dan Prestasi Rekod Anekdot Sosiometri Kad Kumulatif (b) Jelaskan lima kelemahan teknik soal selidik yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai klien. JAWAPAN - ada murid tidak menjawab secara serius - penjelasan tidak diberikan ketika soal selidik diadakan - Sesetengah soalan kurang/sukar difahami -kalau murid terlalu muda, mereka kurang cekap /berupaya menjawab soalan dengan tepat -keboleh percayaan maklumat yang diperolehi adalah diragui (a). Sifat-sifat manusia mengikut pandangan Teori RET adalah seperti berikut; Setiap manusia itu dilahirkan dengan potensi berfikir secara positif dan secara negative dan penuh dengan putar belit.

Manusia berfungsi secara menyeluruh dan perlu empat proses untuk terus hidup dan hidup gembira. Proses tersebut ialah berprihatin, berperasaan, bergerak dan bertaakul atau berfikir. Aspek perasaan dan tingkahlaku tidak terabai, walaupun aspek pemikiran yang diubati. Pemikiran, perasaan dan tingkahlaku berkait rapat. Masalah yang dihadapi manusia itu berpunca dari pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa. Kognitif berbentuk non-verbal menghasilkan kesan yang signifikan ke atas emosi dan tingkahlaku individu. Kepercayaan tidak rasional mungkin menjadi darah daging dan sebahagian dalam kehidupan individu sejak kecil. RET percaya bahawa menusia ada kecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan yang mengganggu mereka dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu dari gangguan tadi. Teori ini mengandaikan bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkahlaku tidak rasional lahir atau ditonjolkan oleh individu adalah disebabkan oleh gangguan psikologi dan emosi. Manusia semakin berkelakuan tidak rasioanal apabila mereka menerima idea-idea tidak rasioanal ke dalam sistem kepercayaan mereka.

2(b)

Aktiviti mencabar dalam proses membantu klien mencapai matlamat kaunseling dengan menggunakan pendekatan RET adalah seperti berikut Kaunselor gunakan strategi kognitif, tingkahlaku dan emotif untuk membantu klien menentukan sama ada idea mereka rasional atau sebaliknya. Peringkat awal, kaunselor akan mengajukan pelbagai soalan berbentuk cherotical (contohnya: Apakah bukti-bukti atau alasan untuk menyokong perkara ini?) Soalan berbentuk pengalaman emotif serta galakkkan klien melakukan sendiri untuk Bantu klien mencabar idea-idea irrisionalnya. Kaunselor akhirnya Bantu klien mendefinisikan idea-idea logic dan rasionalnya, mencabar pemikirannya.

(a).

3(b).

4.

Perkara-perkara yang boleh menghalang kejayaan kaunseling elompok; menipu membolot menggoda menggampu pengintelektualan terlalu bergantung lawak yang keterlaluan terlalu kerap memberi nasihat lain-lain jawapan yang munasabah Perkara-perkara yang boleh menjamin kejayaan kaunseling kelompok; mendengar secara aktif prihatin, sentiasa mengambil berat serta memberi perhatian terhadap kehendak keperluan rakan sekumpulan bekerjasama memberi sumbangan pendapat, membantu, sanggup bersama ahli-ahli lain dalam semua situasi dan lain-lain memberi respon, sentiasa bertindakbalas terhadap persoalan yang memerlukan bantuan, mampu berterus terang, tenang, kreatif dan lain-lain bersifat terbuka, bersedia dan mampu untuk menerima dan memberi kritikan, berkongsi maklumat, bersedia untuk berubah, mampu mangamal sikap dan tingkahlaku baru dan lain-lain Matlamat kaunseling yang berkaitan dengan pelajar ialah; menyumbangkan kepada pelajar kefahaman kendiri dan penerimaan kendiri. Pelajar ditolong untuk melihat realiti sifat-sifat dan aspirasinya sendiri dalam hubungannya dengan perubahan budaya dan peluang-peluang perkembangan. Untuk sensitif kepada perubahan budaya yang memberi kesan kepada kefahaman kendiri. Guru bimbingan mestilah memahami dan menghargai sifat-sifat semulajadi dunia dan individu.

Menolong pelajar membuat pilihan pelajaran dan vokasional yang diketahuinya. Pilihan vokasional dianggap sebagai proses seumur hidup kerana perubahan teknologi dan budaya yang pesat. Untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran kumpulan di kalangan pelajar. Fungsi ini lebih daripada kaunseling kelompok sebagai satu cara menyelamatkan atau mencapai satu suasana psikoterapi. Ahli akhirnya akan dapat melihat dirinya sendiri dalam hubungannta dengan reaksi orang lain kepadanya. Menambahkan kepercayaan kendiri pelajar. Tugas guru bimbingan ialah menambahkan kefahaman pelajar tentang dirinya dam matlamat-matlamatnya.Ini menyebabkan pelajar akan lebih bertanggungjawab apabila membuat sesuatu keputusan. Memberi kaunseling kepada pelajar perempuan secara lebih realistik. Statistik pekerjaan menunjukkan, apabila mereka dewasa mereka akan memainkan dua peranan; sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang pekerja. Guru bimbingan mesti menghadapi isu berkahwin-campur-kerja apabila memikirkan tentang hormat-kendiri dan self-realization.

Bincangkan tentang kemahiran melayan, konsep, kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan melayan dan contoh-contoh. Bincangkan kemahiran mendengar : konsep, kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang berkaitan mendengar dan contoh-contoh. Cari perbezaan antara teori RET dan teori Pemusatan Perorangan Carl Rogers dari aspek konsep, matlamat, prinsip, kaedah/teknik, peranan kaunselor dan peranan klien, kekuatan dan kelemahan teori,

You might also like