You are on page 1of 9

14

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

PERANAN, PROSES KERJA & TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR DI JABATAN AGAMA ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH KEKELUARGAAN
Norhayati Ahmad, 1Norhudayati Hj. Mansor, 2Roslee Ahmad, 3Sulaiman Shakib Mohd. Noor Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor norhayati55@yahoo.com.my, 1cahaya73.sempurna@yahoo.com.my, 2rosmad@hotmail.com, 3 shakib@utm.my ABSTRAK Jabatan Agama dikenal pasti sebagai agensi perbadanan untuk masyarakat. Usaha ini terujudnya perkhidmatan rundingcara yang memberikan peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan rundingcara berbeza mengikut klien. Rundingcara meliputi penyelesaian masalah keluarga, membimbing dan membantu klien membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan interaksi dengan individu lain. Pegawai Rundingcara berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya selaras dengan konsep kaunseling Islam untuk mendapat keredhaan Allah Taala yang berteraskan qada dan qadar ke arah mencapai matlamat kebahagian hidup di dunia dan akhirat . PENGENALAN Kaunseling di Jabatan Agama dikenali sebagai Rundingancara dan kaunseling. Ia melibatkan pengurusan sebagai pemudahcara. Di samping itu, pegawai yang terlibat dalam unit ini tertakluk kepada akta yang menjurus kepada pelbagai tugas yang diperlukan seperti wakil rasmi kadi semasa ketiadaannya, sebagai AJK dalam bidang keagamaan dan penandaan pelbagai surat . Menurut pandangan Islam . Dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh alam .. Surah Anbiya, ayat 107 Mulai tahun 1998 tugas tersebut telah diubah dan secara khusus lebih memfokus kepada perundingan dan khidmat nasihat, dan proses tersebut tertakluk kepada undang-undang syarak. Pada tahun 2002, agensi perundingcara dan khidmat nasihat tidak terikat kepada akta kaunseling tetapi teori perlaksanaan ada dijalankan dalam sesi tersebut. Pelaksanaan sesi 30 jam isteri, 30 jam suami dan rumusan suami dengan isteri 30 jam. Ini bergantung kepada kes dan klien. Bancian kes pada tahun 2007 dan 2008 ( Jun ) adalah maksima dianggarkan 150 kes di Daerah Mersing. Dikenalpasti di antara negeri di Malaysia yang terbaik dalam mengendalikan kaunseling ialah Jabatan Agama Negeri Sembilan. Ianya di bawah Jabatan Majlis Agama Islam. Prosedurnya ada tauliah, persatuan kaunselor berdaftar, akta ( terma), bilik kaunselingnya yang selesa dan suasana teraputik dapat berjalan lancar. DEFINISI Rundingcara ialah proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian. Majikan bermaksud Ketua Jabatan termasuk Pengarah tempat di mana Pegawai Rundingcara bertugas.

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

15

Klien bermaksud individu yang menerima khidmat rundingcara daripada Pegawai Rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadinya secara sukarela. Pegawai Rundingcara ertinya Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 dan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 yang dilantik termasuk secara sukarela, sangkut dan kontrak untuk mengendalikan proses rundingcara dengan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika rundingcara. OBJEKTIF JABATAN Untuk melahirkan individu berpotensi dan bertanggungjawab dalam institusi keluarga yang berlandaskan syariat Islam. Memperkukuhkan dan memantapkan institusi keluarga dalam mengharungi arus teknologi masa kini. Membantu mendapatkan hak-hak dan perlindungan melalui Enakmen UndangUndang Keluarga 1990 terutama wanita dan kanak-kanak.

Tujuan Perunding Cara Dan Khidmat Nasihat Membantu pasangan suami isteri dan ahli-ahli keluarga meneroka idea-idea serta pilihan-pilihan baru ke arah kehidupan kekeluargaan yang sejahtera, harmoni dan saling faham memahami dengan menganalisis kisah-kisah serta naratif keluarga. Pegawai rundingcara menggunakan piawai seperti inventori kepuasan perkahwinan ke arah matlamat perkahwinan. Jadual 1 : Teori-teori yang diterapkan Teori Kaunseling Keluarga Psikodinamik Pengasas: Ackerman Proses Berfokuskan kuasa intrapersonal dan interpersonal ( contoh : menguatkan ego, menjelaskan peranan) Bebaskan ahli-ahli keluarga untuk bergerak ke arah penyempurnaan kendiri Penekanan kepada kini-dan-di sini Mengubah struktur interaksi antara ahliahli keluarga Matlamat Memupuk perubahan dan pertumbuhan melalui pengubahsuai pola-pola komunikasi. Menyelesaikan konflik patologi dalaman Memupuk komunikasi yang jelas Membantu ahli-ahli keluarga menjadi individu yang bersifat autonomi dan autentik Memupuk suasana keluarga yang positif. Menjelaskan sempadan Meningkatkan keluwesan interaksi ahliahli keluarga. Mengubahsuaikan struktur keluarga yang tidak berfungsi Mendefinisikan semula struktur keluarga yang tidak berfungsi

Kaunseling Keluarga Eksperiential Pengasas: Satir, Whitaker

Kaunseling Keluarga Struktural Pengasas : Minuchin

Kaunseling Keluarga Strategik Pengasas: Haley

Cuba menyelesaikan masalah yang dikemukakan secara langsung. Tidak menimbulkan

16

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

celik akal berasaskan peristiwa-peristiwa lalu Kaunseling Keluarga Adlerian Pengasas: Adler Fokus kepada pendidikan Membantu ibu bapa mempelajari kemahirankemahiran huubngan ibu bapaanak yang positif Mengembang dan menulis semula kisah mengenai kehidupan kekeluargaan. Mewujudkan peluang-peluang baru untuk kehidupan kekeluargaan yang bermakna. Memahami asal-usul masalah yang timbul dalam keluarga. Memupuk hubungan ibu bapa-anak yang positif

Kaunseling Pasca Moden Pengasas: Anderson

Membantu keluarga menjana kisah baru ke arah kefungsian keluarga yang baik.

PROSES KERJA Proses kerja bagi menguruskan sesi runding cara dan kaunseling boileh dilihat menerusi Jadual 2 dan 3. Jadual 2 : Proses Kerja Bagi Menguruskan Sesi Runding Cara dan Kaunseling. Bil Proses Kerja Pegawai Yang Meluluskan Dirujuk Undang-undang / peraturan Akta Kaunseling 1998

1.

Terima fail klien daripada pembantu pegawai rundingcara Jalankan sesi rundingcara/kaunseling Membuat penutupan sesi dan mencatatkan segala penilaian sesi rundingcara / kaunseling Tentukan tarikh sambungan jika perlu untuk sesi

2. 3.

4.

5.

Minta Pembantu Pegawai Rundingcara membuat panggilan pihak-pihak terbabit untuk temujanji seterusnya. Tandakan K.I.V pada fail jika pada pertimbangannya kes perlu ditangguhkan untuk sementara waktu Tandakan MAHKAMAH pada fail

6.

7.

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

17

jika klien memutuskan membawa kes ke mahkamah. 8.

untuk

Mengemukakan laporan sesi kaunseling kepada pihak mahkamah dengan menggunakan borang laporan kepada hakim Tandakan SELESAI jika kes telah dapat diselesaikan secara baik. Mengemukakan fail kepada PTA/KPP jika pada pertimbangannya kes tidak dapat diselesaikan secara baik. Edar borang SSKPS pada klien dan minta klien serahkan kepada PPR Kumpul SSKPS yang telah diisi klien.

9.

10.

11.

12.

Jadual 3: Proses Kerja Bagi Menyelaras Dan Melaksanakan Program-Program Kekeluargaan Serta Menyediakan Laporan Bil Proses Kerja Pegawai Yang Meluluskan Dirujuk Undang-undang / peraturan

1.

Merancang program pembangunan keluarga berkenaan tarikh, masa, tempat, penceramah dan peruntukan program Menyediakan kertas kerja untuk melaksanakan program dan menentukan ahli jawatankuasa program serta agensi yang berkaitan Mengadakan mesyuarat untuk mengagihkan tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa yang terlibat Memastikan keperluan perlaksanaan program seperti penceramah, jamuan, alat siaraya dan sebagainya berjalan dengan sempurna Membuat pemantauan dan tinjauan persediaan program Memastikan program dijalankan mengikut perancangan dan lancar Analisa dan nilai keberkesanan program yang telah dijalankan Menyediakan laporan pelaksanaan program untuk dihantar kepada ibu pejabat.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

18

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Jadual 4 pula memaparkan senarai semakan bagi aktiviti yang berkaitan dengan sesi kaunseling. Jadual 4: Senarai Semakan Merancang, Menjalankan Dan Menyediakan Laporan Sesi Runding Cara TINDAKAN 1. Tentukan tarikh dan tempat 2. Buat dan edar surat panggilan kepada klien 3. Terima pengaduan klien 4. Jalankan sesi rundingcara/kaunseling 5. Mencatat penilaian sesi 6. Tentukan keperluan sesi ulangan/rujuk 7. Klien ke Mahkamah / Hospital / Biro 8. Bantuan Guaman 9. Menyediakan laporan sesi jika perlu 10. Rekod dan simpan fail TANDA ( ) CATATAN

Menyelaras Dan Melaksanakan Program Kekeluargaan Serta Menyediakan Laporan Program Tentukan tarikh dan tempat Mengajukan kertas kerja kepada Ketua Jabatan untuk mendapatkan kelulusan Melantik ahli jawatankuasa dan adakan mesyuarat pelaksanaan program Agihkan tugas kepada ahli jawatankuasa Buat dan edarkan surat jemputan /iklan program Lantik dan pastikan kehadiran penceramah dan peserta Membuat tempahan jamuan Menyediakan hadiah / buku cenderahati program Menyediakan laporan program JENIS-JENIS MASALAH Jenis-jenis masalah yang dirundingkan iaitu: Tanggungjawab Keluar Rumah Penagihan Poligami Nafkah Penderaan Campurtangan Pelbagai HIV / Aids Sumbang Mahram Cerai Baik Cerai Taklik Fasakh INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KHIDMAT RUNDINGCARA Berikut adalah individu yang memerlukan khidmat rundingcara: Mengalami tekanan (stress) / Konflik Sukar berinteraksi Ingin berkongsi masalah Memerlukan pengukuhan emosi

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

19

Memerlukan bimbingan /panduan Ingin memahami peraturan /prosedur Ingin mempertingkatkan kemahiran diri Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga Mengenalpasti masalah

Sebab-Sebab Runding Cara Diperlukan Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni Mempertingkat kemahiran dan keupayaan diri dengan mengenalpasti kelemahan / keistimewaan Mencari jalan penyelesaian yang terbaik ( Damai / Cerai ) Membina keluarga bahagia Tatacara Mendapatkan Perkhidmatan Rundingcara Suami / Isteri hadir di Pejabat Agama Daerah mengikut tempat bermastautin Isi borang yang disediakan Lampirkan salinan surat nikah/rujuk dan kad pengenalan Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAUNSELOR Kod Etika Pegawai Rundingcara Khidmat Keluarga Kod etika ini adalah sebagai satu inisiatif ke arah mempertingkatkan kualiti khidmat rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Ia menjadi panduan kepada Pegawai Rundingcara yang merangkumi 4 kod tatalaku iaitu: Tanggungjawab terhadap klien Rakan sejawat Masyarakat Majikan

Kod Tatalaku Pegawai Rundingcara Pegawai Rundingcara hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara identity sebagai seorang Pegawai Rundingcara dan integriti perkhidmatan rundingcara. Pegawai Rundingcara hendaklah seorang yang bersahsiah mulia, professional, bertanggungjawab (akauntabiliti), berdaya saing ( kompetetif) dan berwibawa. Pegawai Rundingcara hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam. Pegawai Rundingcara ditegah daripada terlibat dengan kegiatan yang menyalahi akidah, perlakuan jenayan dan perkara yang boleh mendatangkan keresahan, ketegangan dan perpecahan di kalangan masyarakat. Pegawai Rundingcara hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat pada setiap masa. Pegawai Rundingcara mestilah diawasi dan dinilai tugas rundingcaranya oleh ketua melalui penyeliaan lazim dan sokongan perundingan. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP KLIEN Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. Pegawai Rundingcara hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa rundingcara melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.

20

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Pegawai Rundingcara hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara dengan hikmah dan adil serta tidak dipengaruhi oleh keadaan atau klien. Pegawai Rundingcara hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Pegawai Rundingcara juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Pegawai Rundingcara hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapannya. Pegawai Rundingcara tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa-apa pun. Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan proses dan implikasi perkhidmatan rundingcara secara jelas dan difahami oleh klien. Pegawai Rundingcara hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi rundingcara mengenai batasan umur kerahsiaan. Persetujuan antara Pegawai Rundingcara dengan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Pegawai Rundingcara hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang yang terlibat. Pegawai Rundingcara tidak digalakkan memberikan perkhidmatan runding cara kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbirannya yang membuat penilaian. Pegawai Rundingcara tidak dibenarkan meninggalkan sesi runding cara seperti yang dijadualkan tanpa alasan yang munasabah. Pegawai Rundingcara tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Pegawai Rundingcara yang lain. Pegawai Rundingcara hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani runding cara dengan Pegawai Rundingcara yang lain pada masa yang sama. Sekiranya mengikut pertimbangan Pegawai Rundingcar klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya Pegawai Rundingcara hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan. Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara di tempat yang selesa dan private. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi rundingcara yang dirakam atau dipitavideokan. PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP RAKAN PEGAWAI

TANGGUNGJAWAB RUNDINGCARA

Pegawai Rundingcara hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme masing-masing. Pegawai Rundingcara hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan Pegawai Rundingcara. Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Pegawai Rundingcara yang tidak beretika. Pegawai Rundingcara hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu dan membela rakan Pegawai Rundingcara yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

21

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP MASYARAKAT Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat. Pegawai Rundingcara hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut. Pegawai Rundincara tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa hokum dan perkara khilafiah yang akan mengelirukan masyarakat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN Pegawai Rundingcara hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan Jabatan tempat dia berkhidmat. Pegawai Rundingcara hendaklah berusaha untuk mengikut polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya. Pegawai Rundingcara hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan. Pegawai Rundingcara tidak boleh membuat apa-apa keputusan yang menyentuh perkara dasar kecuali setelah mendapat kelulusan daripada majikan. Pegawai Rundingcara tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan di akhbar kecuali dengan kebenaran majikan. Pegawai Rundingcara tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapannya. Pegawai Rundingcara hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan ketua dan stafnya mengenai khidmat rundingcara khususnya mengenai unsur kerahsiaan perbezaan atau fakta umum atau peribadi beban kerja dan akauntabiliti. Pegawai Rundingcara hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. Pegawai Rundingcara hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari semasa ke semasa. Pegawai Rundingcara hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Pemasalahan klien ajak keluar Birokrasi Membuat pengaduan kepada pihak atasn dianggarkan 5% dari 50 orang. Recam Fokus pengkhususan kerja hakiki tidak dapat dijalankan dengan sempurna contohnya menghadiri majlis rasmi, menggantikan mesyuarat bagi pihak kadi. Ini menimbulkan sedikit kesulitan. Pegawai Rundingcara hanya seorang di satu daerah ini menimbulkan kesulitan pada pegawai tersebut. Apabila klien hadir untuk menjalani sesi, pegawai tidak ada . Ini menimbulkan rungutan dan aduan. Klien tidak memahami undang-undang. Pegawai yang dilantik tidak ada asas kaunseling dan tiada pengalaman. Rundingcara terikat kepada perintah mahkamah syariah mengikut enakmen 2003 / 1997 dalam satu kes. Suasana bilik yang tidak sempurna. Cadangan ( Nilai Tambah ) Perlu ada satu dasar yang berasaskan akta kaunseling. Pegawai yang dilantik perlu ada tauliah. Perlu ada pengubahsuaian bilik rundingcara agar lebih tenang dan tertutup

22

Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Pegawai yang dilantik perlu ada pengalaman dan asas kaunseling agar teoritikal dapat diterapkan. Kurangkan bebanan tugas pada Pegawai Rundingcara hanya ada satu pengkhususan sahaja. Klien perlu didedahkan kepada etika-etika jabatan dan sesi rundingcara dengan lebih sistematik Perlu ada arahan dari semasa ke semasa agar ada penambahbaikan.

KEBERKESANAN AGENSI UNTUK MENCEGAH Mengikut teori sistem yang berasaskan prinsip circular causality, konsep utama iaitu struktur keluarga, pola komunikasi, peraturan keluarga dan pemerosesan maklumat. Mengikut laporan kaunseling Daerah Mersing, tahun 2007 dan 2008 ada penambahbaikan dari jabatan sehingga agensi merupakan satu keperluan (Lampiran) Ada nilai kepercayaan dari orang ramai pada Jabatan Agama. Susun atur perjalanan di jabatan tersusun ini memberikan gambaran yang positif. Ada peraturan dan etika jabatan sehingga Pegawai Rundingcara dapat menjalankan tugas dengan sistematik.

KESIMPULAN Rundingcara dan khidmat nasihat merupakan satu agensi di Jabatan Agama dalam memudahcara pada klien yang menghadapi masalah dengan proses peringkat awal, membina hubungan yang positif, membuat tafsiran, menetapkan matlamat dan memberi bantuan. Peringkat pertengahan menggunakan pelbagai strategi interensi agar matlamat tercapai. Peringkat akhir menamatkan sesi konteks ini diguna pakai oleh Pegawai Rundingcara. RUJUKAN Aziz Salleh ( 220 ) Kaunseling Islam. Kuala Lumpur . Badan Kebajikan, Pejabat Agama Mersing. Nota Kursus Pra Perkahwinan Islam. Choong Lean Keow ( 2007 ), Kaunseling : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Fariza Md Sham, Siti Rugayah Hj Tibek, Othman Hj Talib ( 2006 ). Dakwah dan Kaunseling Di Malaysia . UKM Bangi. JKIM, Kod Etika, Pegawai Rundingcara Khidmat Keluarga. Lily Mastura Harun, Ramlan Hamzah ( 2007 ) Asas Kaunseling Keluarga. Shah Alam, UPENA. UTM. Pejabat Agama Daerah Mersing, Pegawai Rundingcara dan Kaunseling, Fail Meja (S41). Zulkifli Yusuf ( 1988), Panduan Khidmat Bimbingan ( untuk guru dan bakal guru ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like