Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Salah Faham: Pemandu Roh, Hantu Harimau, Dan Ibu Yang Menakutkan
Salah Faham: Pemandu Roh, Hantu Harimau, Dan Ibu Yang Menakutkan
Salah Faham: Pemandu Roh, Hantu Harimau, Dan Ibu Yang Menakutkan
Ebook62 pages45 minutes

Salah Faham: Pemandu Roh, Hantu Harimau, Dan Ibu Yang Menakutkan

Rating: 0 out of 5 stars

()

Read preview

About this ebook

Megan adalah seorang remaja psikik, yang belum berjumpa sesiapa yang boleh memahami kuasa beliau... tiada yang bernyawa maksudnya.
LanguageBahasa melayu
PublisherTektime
Release dateNov 1, 2021
ISBN9788835416777
Salah Faham: Pemandu Roh, Hantu Harimau, Dan Ibu Yang Menakutkan
Author

Owen Jones

Author Owen Jones, from Barry, South Wales, came to writing novels relatively recently, although he has been writing all his adult life. He has lived and worked in several countries and travelled in many, many more. He speaks, or has spoken, seven languages fluently and is currently learning Thai, since he lived in Thailand with his Thai wife of ten years. "It has never taken me long to learn a language," he says, "but Thai bears no relationship to any other language I have ever studied before." When asked about his style of writing, he said, "I'm a Celt, and we are Romantic. I believe in reincarnation and lots more besides in that vein. Those beliefs, like 'Do unto another...', and 'What goes round comes around', Fate and Karma are central to my life, so they are reflected in my work'. His first novel, 'Daddy's Hobby' from the series 'Behind The Smile: The Story of Lek, a Bar Girl in Pattaya' has become the classic novel on Pattaya bar girls and has been followed by six sequels. However, his largest collection is 'The Megan Series', twenty-three novelettes on the psychic development of a young teenage girl, the subtitle of which, 'A Spirit Guide, A Ghost Tiger and One Scary Mother!' sums them up nicely. After fifteen years of travelling, Owen and his wife are now back in his home town. He sums up his style as: "I write about what I see... or think I see... or dream... and in the end, it's all the same really..."

Read more from Owen Jones

Related to Salah Faham

Related ebooks

Reviews for Salah Faham

Rating: 0 out of 5 stars
0 ratings

0 ratings0 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

    Book preview

    Salah Faham - Owen Jones

    DEDIKASI

    Edisi ini didedikasi kepada isteri saya, Pranom Jones, kerana membuat hidup saya sesenang yang dia boleh, dia membuat yang terbaik untuk itu dan kepada ibubapa saya, Colin dan Marion, untuk didikan yang mereka berikan kepada saya dan abang-abang saya. Karma akan dibayar kepada semua dengan adil.

    TERIMAKASIH

    Kepada isteri saya, Pranom kerana bersabar dan kawan saya Tuan David Prosser untuk pertolongan membuat reka muka depan.

    KATA-KATA INSPIRASI

    "Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana kamu mendengarnya,

    Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana ianya dikatakan dan dihebahkan ramai,

    Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana ianya tertulis dalam kitab-kitab agama,

    Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana kewibawaan guru-guru dan orang-orang tua,

    Jangan percaya kepada tradisi sebab ianya dibawa oleh generasi terdahulu,

    Tetapi setelah dilihat dan diselidiki, jika sesuatu boleh diterima akal dan mempunyai kebaikan dan bermanafaat kepada sesuatu dan semua, terimalah ia dan hidup kerananya."

    Gautama Buddha

    ------

    Roh yang Hebat, suaramu di atas angin, dengarlah. Tingkatkanlah tenaga dan pengetahuanku.

    Buatkan aku terpegun dengan matahari terbenam yang merah dan ungu. Membuatkan tanganku hormat kepada benda-benda yang kamu berikan.

    Ajarku rahsia tersembunyi di bawah setiap daun dan batu, sebagaimana kamu mengajar orang-orang terdahulu.

    Biarkanku gunakan tenagaku, bukan untuk jadi lebih baik dari saudaraku, tapi untuk melawan musuhku yang terhebat - diriku sendiri.

    Biarlah aku datang padamu dengan tangan bersih dan hati yang terbuka, seperti bumi yang tersebar merundum seperti matahari terbenam, Rohku akan kembali padamu tanpa malu.

    (Berdasar pada doa tradisi Sioux)

    CONTENTS

    1 Pilihan Hobson

    2 Peningkatan Kesedaran

    3 Penolong Kecil Ibu

    4 Inspirasi

    5 Jiran Tetangga

    6 Kawan-kawan Megan

    Yang Tidak Dibenarkan

    1 PILIHAN HOBSON

    Megan dikunci di dalam bilik gelap arang batu lagi dan seakan mahu menangis. Dia cuma berumur dua belas dan tidak memahami kenapa ibunya sanggup berbuat begitu jahat padanya. Ianya sudah berlaku setengah dozen kali, tetapi sesungguhnya, dia fikir, ayahnya tidak tahu mengenainya. Dia tidak pernah memberitahu ayahnya dan yakin ibunya juga tidak memberitahunya juga.

    Ada perjanjian senyap antara dia dan ibunya untuk tidak mengecewakan satu sama lain, tetapi sekarang sekali lagi, duduk dalam bilik gelap, dalam kekotoran dan debu dengan apa jua binatang buas yang mengintainya.

    Dia tidak tahu. Ianya gelap gelita dan seluruh tenaganya cuba untuk tidak menangis dan merayu pada ibunya untuk dibebaskan. Tetapi dia pernah cuba beberapa kali dan ibunya telah meletakkan syarat keterlaluan padanya untuk melepaskanya. Syarat-syarat yang dia tahu dia tidak boleh penuhi, walau dia cuba sedaya upaya.

    Kadang-kadang, ianya seakan dia keseorangan yang jujur dalam perjanjian itu.

    Walaupun begitu, tangisan mula membasahi pipinya lagi, menjadi sungai yang menghilang melalui debu di mukanya, mencuci debu arang batu ke atas baju sekolahnya. Ianya keterlaluan, sangat keterlaluan. Bagaimana seseorang yang memahami dirinya, boleh memperlakukan kekejaman kepada satu-satu anak perempuannya?

    Megan melompat terkejut bila ibunya terlanggar pintu dengan penyedut hampagas sebaik melaluinya. Tidak ada cahaya langsung untuk mententeramkannya, jadi dia buat apa yang membuatnya paling selesa dan memanjat longgokan arang batu ke dinding dan ke kanan sehingga bertemu bucu.

    Di situ, dia mengulung kain panjangnya keliling kakinya untuk menutup apa-apa yang boleh merangkak ke bawah bajunya dan memasukkannya ke bawah badannya. Dia mengenakan semua butang bajunya, tarik setokin ke atas, tarik baju sejuknya naik ke kepala dan masukkan tangan ke dalam lengan bajunya. Inilah, Megan tahu ianya cara paling selamat dari apa jua yang hidup di dalam bilik gelap arang batu itu. Dia tidak takut pada hantu dan sebagainya, cuma itu masalahnya, tetapi dia tidak suka serangga merayap ke atasnya dan tidak sanggup digigit dan darahnya disedut. Dia takutkan labah-labah juga, tapi berselubung macam kepompong dalam baju sekolahnya, dia tahu ada beberapa inci balutan di atas setokinnya yang serangga merayap perlu tembusi. Yang penting ada beberapa inci padu di sisinya, sebab tangannya mendakap betisnya rapat ke peha.

    Dia berhajat untuk berhenti menangis. Walaupun sekejap, tapi dia tahu yang dia perlu tunggu dan lambatlaun

    Enjoying the preview?
    Page 1 of 1