0% found this document useful (0 votes)
33 views4 pages

Syarahan

Uploaded by

Judy Tuh
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
33 views4 pages

Syarahan

Uploaded by

Judy Tuh
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd

"Masyarakat Berilmu Negara Maju"

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, Para Hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati. Pada hari yang
nirmala ini, berdirinya saya di atas pentas adalah untuk menyampaikan syarahan
yang bertajuk “Masyarakat Berilmu Negara Maju”.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, Yang dikasihi guru-guru serta hadirin sekalian. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Masyarakat Berilmu Negara Maju".

Hadirin yang saya hormati,

Saya pasti bahawa tidak ada sesiapapun yang akan menafikan kepentingan
ilmu dalam kehidupan. Ilmu sebagai pelita hati,iaitu merupakan sinar yang dapat
memberikan pandauan dalam kehidupan manusia. Ilmu juga merupakan asas kepada
kemampuan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara. Melalui ilmu
jugalah kita akan dihormati dan disanjung tinggi.

Hadirin sekalian,

Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ilmu
secara langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading.
Manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber
termasuklah pembacaan dan pengalaman kita. Dalam hal ini,rakyat Malaysia
sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu. Hal ini demikian kerana kerajaan
banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam. Oleh itu,
masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak
mungkin.

Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan
berasa rendah diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih
berilmu. Sesungguhnya,negara-negara seperti Jepun,Korea,German,Amerika
Syarikat dan sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut
mempunyai hasil bumi yang banyak, tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang
mementingkan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu yang dimiliki itu, mererka memajukan
negara masing-masing.
Masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk
meningkatkan kemajuan. Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi
meningkatkan kemajuan dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang
terbaik untuk orang ramai. Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan
baru dalam kalangan rakyat yang cintakan ilmu ini. Selain itu,orang yang berilmu
bukan saja kritis dan kreatif tetapi juga mampu membezakan antara perkara yang
baik dengan yang tidak baik. Mereka sentiasa berfikiran rasional dalam membuat
sesuatu keputusan atau tindakan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri.


Rakyat yang dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana saja
ilmu itu berada. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke
negeri China". Di sini jelaslah akan kepentingan ilmu dalam kehidupan mansia. Dan
kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan
sesebuah negara.

Sekian,terima kasih.
Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah “Faedah Menabung”.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk


keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang
perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan
yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada
masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan.
Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan
sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu
mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan jimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini
akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu


peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman
yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu
mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan
pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung
akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat
perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan
pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-
betul perlu sahaja.
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain.
Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran
yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan
mengeratkan talu persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahaja syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru
kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup
kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

You might also like