UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT
JALAN CONVENT, 34000 TAIPING
PERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM PEMANTAPAN PERPADUAN
(RIMUP) : SAMBUTAN PERAYAAN KAUM DI
SEKOLAH
PENGENALAN
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan
bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk
mengadakan program sambutan perayaan peringkat sekolah iaitu Perayaan Tahun Baharu Cina, Perayaan
Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Deepavali dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua
warga sekolah. Sambutan perayaan dan Amalan Guru Penyayang : Mentor Mentee yang dijalankan dapat
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah
mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan semasa perayaan
Hari Raya Aidilfitri, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum
Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga
diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil murid pelbagai kaum sebagai
persembahan selingan. Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk
walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup
bermasyarakat.
RASIONAL PROGRAM
Meningkatkan semangat perpaduan antara kaum melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan
dan Kaunseling yang disediakan khusus menceritakan budaya kaum masing-masing.
OBJEKTIF
1. Menerangkan kepada murid tentang adat resam dan kebudayaan setiap kaum dalam menyambut
Perayaan kaum masing-masing.
2. Memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid sekolah ini serta sifat positif yang
harus ditonjolkan demi menjadikan sekolah ini aman damai dan harmoni.
3. Menghormati antara satu sama lain dan menghayati nilai perpaduan bersama.
SPESIFIKASI PROGRAM / KANDUNGAN PROGRAM
1. Pengenalan Kebudayaan Kaum oleh wakil PRS
2. Ucapan Perasmian oleh Pentadbir Sekolah
3. Pertandingan-pertandingan berdasarkan budaya kaum masing-masing
4. Persembahan Kebudayaan Kaum
5. Pemberian duit raya/angpau melalui kaedah cabutan bertuah
6. Sumbangan kepada murid yang kurang berkemampuan
7. Nyanyian lagu perayaan bersama-sama
8. Jamuan semasa Hari Raya Aidilfitri
KUMPULAN SASARAN
Semua Warga Sekolah
TARIKH PELAKSANAAN
Selepas Cuti Perayaan Setiap Kaum
TENTATIF PROGRAM
7.20 pagi Murid-murid berkumpul di Dewan Srikandi
7.30 pagi Ketibaan guru dan Barisan Pentadbir
7.45 pagi Alu-aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh Pengetua
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Bertuah
Penyampaian Hadiah Pertandingan
Nyanyian Lagu Perayaan
9.30 pagi Jamuan Kelas
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
AJK INDUK
Pengarah Program Pn. Saharidah Binti Sahaban (Pengetua)
Timbalan Pengarah Pn. Siti Hajar Binti Hashim (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengarah Pn. Hajah Yuhana Hiza Binti Yahaya (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn. Maheran Binti Man@Abdul Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha Program Pn. Nurul Huda Binti Yahaya (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Bendahari Program Pn. Low Siew Chu (Guru Bimbingan & Kaunseling)
AJK PELAKSANA
Penyusunan Murid Penyelaras Tingkatan
Disiplin Murid Pn. Noor Zuryati Binti Mohamed Arshad
Pn. Kliswari A/P Krishna
Cik Chuah Chan Kin
Bacaan Doa En. Erwan Faiz Bin Ahmad
Jurugambar Pn. Lilly Syifa Azwa Binti Ithnin & En. Azaini
P.A Sistem En. Mohd Yusri Bin Yusop
Hadiah & Angpau Pn Low Siew Chu
Jamuan Kelas Guru Kelas
Dokumentasi Pn. Nurul Huda Binti Yahaya
BELANJAWAN PROGRAM
PENDAPATAN
BIL SUMBER JUMLAH (RM)
1 PCG Bimbingan dan Kaunseling 300.00
2 Sumbangan Pentadbir (Bergantung)
PERBELANJAAN
BIL SUMBER JUMLAH (RM)
1 PCG Bimbingan dan Kaunseling 300.00
2 Hadiah dan Duit Angpau (Bergantung)
PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program dan seterusnya menggalakkan
integrasi murid untuk perpaduan dalam kalangan murid.
Disediakan Oleh :- Disemak dan disokong oleh ; Disah dan diluluskan oleh ;
…………………………… ……………………………….
…………………………….
NURUL HUDA BINTI YAHAYA SITI HAJAR BINTI HASHIM SAHARIDAH BINTI SAHABAN
SETIAUSAHA PROGRAM PEN. KANAN HEM PENGETUA
Tarikh : …………………………… Cop Rasmi Sekolah :
……………………………