PROJECT BASED LEARNING
SK MALALIN
Tahap 2
PENGENALAN
Project Based Learning ini adalah melibatkan pelajar daripada tahap 2
dengan penggabungjalinan subjek Sains, Matematik, RBT, seni, Bahasa
Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
Penggabungjalinan ini adalah wajar kerana faktor geografi sekolah yang
terletak jauh di pedalaman 3 menyukarkan untuk setiap guru menilai
hasil PBL bagi setiap subjek. Oleh itu, diharapkan dengan
penggabungjalinan subjek dalam PBL ini dapat membantu memudahkan
penilaian untuk dilakukan disamping mencapai objektif pembelajaran
yang disasarkan.
2
TAJUK PROJEK
Projek yang akan dilaksanakan oleh para pelajar ialah mereka cipta
sebuah bot menggunakan bahan terpakai. Bot tersebut bergerak
menggunakan tenaga potensi yang kemudian ditukarkan kepada tenaga
kinetic bagi menggerak bot tersebut.
Projek ini diberi nama “My Epic Boat”.
TATACARA PELAKSANAAN
1) Sebelum memulakan projek ini, murid perlu menjawab soalan-soalan
yang telah disediakan berkenaan projek ini. (rujuk Lampiran 1).
2) Senarai aktiviti yang diselaraskan dengan Jadual Aktiviti Tugasan
projek (Rujuk Lampiran 2) ini juga turut disediakan agar pelajar dapat
mengikuti pembelajaran serta mampu menyiapkan tugasan projek ini
dalam kerangka waktu yang telah ditetapkan.
3) Pemantauan projek akan dilakukan bagi setiap aktiviti yang telah
dilakukan. Pemantauan ini dilakukan dengan lawatan secara langsung
oleh wakil guru dan juga laporan dalam bentuk online whatsapp bagi
tujuan penilaian secara kolaboratif dan kumulatif oleh guru mengikut
subjek.
2
3
PENGGABUNGJALINAN SUBJEK
Oleh kerana faktor jarak, ketiadaan guru, kekangan rangkaian internet
dan keadaan pelajar yang ketiadaan alat akses, maka penggabungjalinan
subjek ini adalah wajar agar pembelajaran pelajar lebih efisien dan tidak
menyukarkan semua pihak. Hal ini kerana, penilaian dapat dilakukan
secara kumulatif di bawah satu projek.
Berikut adalah elemen gabungjalin yang diterapkan di bawah projek ini:
Bahasa Inggeris
Guru memberikan panduan kepada para pelajar dalam bentuk “kit
manual” yang mengandungi arahan dan gambar dalam Bahasa Inggeris
yang perlu diterjemah oleh para pelajar terlebih dahulu. Terjemahan
perlu disalin semula dalam lembaran yang disediakan di dalam kit
tersebut.
Matematik
Para pelajar perlu mengikuti langkah-langkah membina bahan bot dengan
merujuk langkah-langkah gambar yang telah disediakan. Pelajar perlu
menggunakan kemahiran matematik dalam mengukur dan memotong
bahan mengikut spsifikasi yang telah ditetapkan di dalam “kit manual”
yang telah disediakan. Beberapa soalan juga dilampirkan dalam aktiviti ini
seperti mengira perimeter dan juga tapak keluasan bahan.
Seni
Pelajar melaksanakan reka cipta menggunakan bahan terpakai. Elemen
seni seperti lukisan dan hiasan menjadi aspek penilaian dalam projek ini.
3
4
Sains
Pelajar perlu membuat laporan eksperimen di akhir projek ini.
Eksperimen yang perlu dilakukan ialah menguji hubungan diantara
jumlah berat beban bot dengan jarak yang dilalui. Dalam eksperimen
tersebut, pelajar perlu menyatakan:
- Tujuan penyiasatan
- Hipotesis
- Pemboleh Ubah
- Hasil Penyiasatan (dalam bentuk jadual)
- Kesimpulan
Bahasa Melayu
Pelajar perlu menulis satu karangan surat tidak rasmi untuk
menceritakan berkenaan pengalaman mereka melaksanakan projek ini.
Penilaian dilakukan melalui penulisan surat.
4
5
Lampiran 1
1) Apakah yang anda tahu tentang bot?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2) pada pendapat anda, bagaimanakah bot dan kapal boleh terapung
walaupun ianya diperbuat daripada bahan yang berat dan mudah
tenggelam seperti besi?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
3) Sekiranya dunia ini telah kehabisan sumber bahan api seperti petrol,
apakah inisiatif atau cara lain bagi menggerakan bot?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4) Berdasarkan pernyataan anda di atas (soalan 3), bagaimanakah cara
untuk memaksimakan/menambahkan lagi kelajuan bot tersebut
menggunakan cara yang anda nyatakan di atas?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5) Adakah penggunaan bot yang anda lihat di tempat anda pada masa kini
masih perlu penambahbaikan agar ianya lebih selamat? Nyatakan
cadangan penambahbaikan anda.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
5
6
Lampiran 2
Aktiviti Hari Hari Hari Hari Hari Hari Hari
1 2 3 4 5 6 7
Menjawab soalan dalam kit.
Menterjemah langkah-
langkah dalam kit.
Mencari bahan terpakai
Mengukur dan memotong
bahan projek
Mereka cipta projek
Menghias projek
Menguji projek
Membuat laporan projek
dalam buku.
Penilaian