0% found this document useful (0 votes)
88 views9 pages

Rawatan Perubatan untuk Pegawai Negeri

hfghfghfgh

Uploaded by

zalart891
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
88 views9 pages

Rawatan Perubatan untuk Pegawai Negeri

hfghfghfgh

Uploaded by

zalart891
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd

Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra

Jaya, Kuching bagi “THE STATE


PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

BAB VII

PERUBATAN DAN KESIHATAN

BAHAGIAN SATU

RAWATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI


DAN KELUARGA PEGAWAI-PEGAWAI

Rawatan perubatan dan 260. Pengarah Kesihatan Negeri hendaklah bertanggungjawab untuk
rawatan pergigian menjadi
tanggungjawab Pengarah mengaturkan tentang rawatan perubatan dan pergigian yang perlu khsusunya bagi
Perkhidmatan Perubatan. pegawai-pegawai dan ahli-ahli keluarga mereka sahaja pada masa dan di tempat
yang diberi tahu oleh Pengarah Kesihatan Negeri.

Cara menghadiri diri. 261. (1) Pegawai-pegawai dan ahli-ahli keluarga mereka yang hendak
mendapat atau memerlukan rawatan perubatan atau pergigian biasanya
dikehendaki hadir pada masa dan di tempat yang diberi tahu mengikut Perintah
Am 260:

Dengan syarat bahawa, dalam hal kecemasan atau sekiranya tidak


mungkin pegawai itu dapat menghadirkan diri pada masa dan di tempat yang
diberi tahu itu, seorang pegawai perubatan Kerajaan atau doktor gigi Kerajaan
boleh, menurut budi bicaranya, membuat peraturan-peraturan alternatif.

(2) Jika pegawai atau ahli keluarganya tidak dapat menghadirkan


diri pada masa dan di tempat yang diberi tahu itu bagi maksud mendapatkan
rawatan perubatan atau pergigian, maka seorang pegawai perubatan Kerajaan atau
seorang doktor gigi Kerajaan boleh, dalam hal kecemasan, dipanggil ke tempat
kediaman pegawai itu bagi maksud memberikan rawatan.

Rawatan percuma di 262. (1) Pegawai-pegawai dan ahli-ahli keluarga mereka adalah berhak
hospital.
mendapat rawatan perubatan atau pergigian dan ubat-ubatan dengan percuma,
termasuk perbekalan percuma alat ortopedik, anggota palsu, cermin mata jenis
khas yang ditetapkan oleh pegawai perubatan Kerajaan dan alat kelengkapan
untuk mengekalkan rawatan pakar yang diluluskan oleh Kerajaan, tetapi tidak
termasuk perbekalan gigi palsu, inlai, korona, jambatan dan alat ortodontik, mata
bola palsu, alat bantu-dengar, cermin mata dan alat kelengkapan lain yang
dibekalkan oleh hospital Kerajaan.

(2) Jika apa-apa ubat-ubatan atau dadah yang dikehendaki bagi


rawatan perubatan atau pergigian kepada pegawai-pegawai dan ahli-ahli keluarga
mereka tidak terdapat dari stor perubatan Kerajaan, maka Pengarah Kesihatan
Negeri boleh membeli atau menyebabkan dibeli ubat-ubatan atau dadah itu dari
mana-mana kedai farmasi tempatan.

Bekalan percuma gigi 263. Walau apa pun peruntukan Perintah Am 262,
palsu, bola mata palsu, dll. seseorang pegawai boleh dibekalkan dengan percuma gigi
palsu, bola mata palsu dan alat bantu-dengar jika —

(a) diperakukan oleh Ketua Jabatan bahawa


kerosakan atau kecacatan itu berlaku
semasa pegawai itu menjalankan
tugas-tugas rasminya;

115
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
(b) pegawai itu dikecualikan daripada membayar apa-
apa gigi palsu, bola mata palsu dan alat bantu-
dengar yang dibekalkan oleh pegawai perubatan
Kerajaan atau doktor gigi Kerajaan atas perakuan
Ketua Jabatan; atau

(c) pegawai perubatan Kerajaan atau pegawai


pergigian Kerajaan berpendapat bahawa pegawai
itu memerlukan gigi palsu, bola mata palsu dan
alat bantu-dengar untuk menjalankan tugas-tugas
rasminya.

Rawatan kecemasan. 264. (1) Seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang memerlukan
rawatan kecemasan di mana-mana tempat di dalam atau di luar Malaysia
boleh dibawa ke mana-mana hospital Kerajaan atau hospital swasta yang
terdekat dengan tempat dia jatuh sakit atau tempat dia mendapat kecederaan.

(2) Jika pegawai itu atau ahli keluarganya mendapat rawatan


kecemasan di hospital swasta, maka Kerajaan hendaklah menanggung segala
perbelanjaan rawatan semasa kecemasan itu, termasuk bayaran wad dengan syarat
bahawa pegawai itu dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan bayaran wad
itu mengikut kadar kelayakan pegawai itu seolah-olah dia dimasukkan ke hospital
Kerajaan.

Rawatan hospital. 265. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan perubatan atau pergigian
mungkin dikehendaki, menurut budi bicara pegawai perubatan Kerajaan atau
pegawai pergigian Kerajaan, masuk hospital Kerajaan untuk mendapatkan
layanan lanjut atau hadir di mana-mana hospital Kerajaan bagi maksud ini pada
jarak-jarak waktu yang dinyatakan.

Tidak terdapatnya 266. (1) Apabila seseorang pegawai atau ahli keluarganya distesenkan di
kemudahan perubatan
atau pergigian secara suatu tempat di mana tidak mungkin boleh dapat rawatan perubatan atau
tempatan. pergigian yang cukup dan keadaan menjadi ketara yang pegawai itu atau ahli
keluarganya amat memerlukan rawatan, maka pegawai itu atau ahli keluarganya
boleh dibenar meneruskan perjalanan ke tempat yang terdekat di mana rawatan
yang diperlukan itu boleh didapati:

Dengan syarat bahawa seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang


distesenkan di suatu tempat di mana seorang pembantu perubatan Kerajaan telah
dilantik bagi tempat itu mungkin tidak dapat memanfaatkan peruntukan-
peruntukan Perintah Am ini tanpa terlebih dahulu merundingi pembantu
perubatan itu dan mendapatkan surat perakuan daripadanya yang menyatakan
bahawa, pada pendapatnya, pegawai itu atau ahli keluarganya perlulah
meneruskan perjalanan ke tempat tertentu yang lain untuk mendapatkan rawatan
perubatan dan pergigian dengan segera. Proviso ini boleh diketepikan hanya
dalam kes-kes kecemasan yang sebenar sahaja apabila pembantu perubatan itu
tidak ada untuk dirundingi dengan segera.

(2) Walau apa pun peruntukan perenggan (1), jika rawatan


perubatan atau pergigian yang dikehendaki itu tidak terdapat di hospital Kerajaan
di Sarawak, Pengarah Kesihatan Negeri boleh memperakukan untuk kelulusan
Setiausaha Kerajaan Negeri supaya pegawai itu atau ahli keluarganya dihantar ke
Kuala Lumpur atau mana-mana tempat di dalam Malaysia untuk mendapatkan
rawatan perubatan atau pergigian.

116
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(3) Seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang memanfaatkan


dirinya akan peruntukan-peruntukan perenggan (1) atau (2) adalah layak
mendapat elaun-elaun dan tambang yang diperuntukkan dalam Perintah Am 62
dan 67.

(4) Jika Pengarah Kesihatan Negeri atau pakar perubatan


Kerajaan memperakukan bahawa, pada pendapatnya, perlulah atas sebab-
sebab perubatan pegawai itu atau ahli keluarganya yang pergi mendapat
rawatan perubatan atau pergigian di bawah perenggan (1) dan (2) patut
diiringi oleh seorang ahli keluarganya, atau oleh seorang lain, mengikut
mana-mana yang sesuai, maka ahli dari keluarga pegawai itu atau mana-
mana orang lain itu adalah layak mendapat tambang pergi balik dan tempat
penginapan atas perbelanjaan Kerajaan mengikut gred kelayakan pegawai itu
sendiri dan mendapat elaun makan pada kadar separuh daripada kadar
kelayakan pegawai tersebut.

Rawatan swasta 267. (1) Tertakluk kepada Perintah Am 264, seseorang pegawai atau
hendaklah atas
perbelanjaan sendiri. ahli keluarganya yang mendapat rawatan di hospital swasta atau daripada
seorang pengamal swasta hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan
yang berkaitan dengan rawatan tersebut.

(2) Walau apa pun peruntukan perenggan (1), jika rawatan


yang diperlukan itu tidak terdapat di hospital Kerajaan, maka pegawai itu
atau ahli keluarganya boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta di
Malaysia atas perbelanjaan Kerajaan dengan kelulusan Setiausaha Kerajaan
Negeri selepas menimbang perakuan pakar perubatan Kerajaan yang
berkenaan.

Bayaran bersalin 268. Apabila seseorang pegawai wanita atau isteri seseorang pegawai
jika tidak bersalin di
hospital. memilih untuk bersalin di tempat lain selain di hospital Kerajaan, segala
perbelanjaan bersalin itu hendaklah ditanggungnya sendiri.

BAHAGIAN DUA

LEMBAGA PERUBATAN DAN RAWATAN


DI LUAR NEGARA

Penubuhan dan 269. (1) Apabila diterima permohonan daripada Ketua Jabatan
keanggotaan
Lembaga Perubatan. supaya kesihatan seseorang pegawai jabatan diperiksa oleh suatu Lembaga
Perubatan, Setiausaha Kerajaan Negeri boleh meminta Pengarah Kesihatan
Negeri supaya menubuhkan suatu Lembaga Perubatan bagi maksud itu.

(2) Lembaga Perubatan yang ditubuhkan di bawah perenggan


(1) hendaklah dianggotai tidak kurang daripada dua orang yang mana salah
seorang daripada mereka itu hendaklah seorang pakar perubatan Kerajaan
yang pakar dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai
yang hendak diperiksa itu.

(3) Walau apa pun peruntukan perenggan (2), Setiausaha


Kerajaan Negeri boleh —

(a) sekiranya tidak terdapat pakar perubatan Kerajaan


dalam bidang yang dikehendaki; atau

117
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(b) sekiranya difikirkannya perlu untuk mendapatkan


pendapat pakar kedua,

membenarkan seorang pakar perubatan swasta dilantik sebagai ahli Lembaga


Perubatan di bawah Perintah Am ini.

Penubuhan dan 270. (1) Apabila diterima perakuan daripada mana-mana pegawai
keanggotaan
Lembaga Perubatan perubatan Kerajaan bahawa seorang pegawai atau ahli keluarganya
Khas. memerlukan rawatan yang tidak terdapat di mana-mana hospital Kerajaan di
Malaysia, maka Pengarah Kesihatan Negeri atau mana-mana pegawai yang
diberi kuasa olehnya boleh menubuhkan suatu Lembaga Perubatan Khas
untuk menimbangkan perakuan tersebut bagi tujuan rawatan di luar Malaysia
mengikut Perintah Am 274.

(2) Lembaga Perubatan Khas yang ditubuhkan di bawah


perenggan (1) hendaklah dianggotai tidak kurang daripada dua orang pakar
perubatan Kerajaan dalam bidang yang berkaitan.

Keadaannya bila 271. Lembaga Perubatan atau Lembaga Perubatan Khas boleh dipanggil
Lembaga Perubatan
atau Lembaga bersidang dalam keadaan-keadaan yang berikut:
Perubatan Khas
boleh dipanggil (a) jika seseorang pegawai diarahkan oleh Ketua
bersidang.
Jabatannya supaya diperiksa berkenaan dengan cuti
sakit lanjutannya;

(b) apabila kesihatan mental atau fizikal seseorang


pegawai diragui;

(c) apabila seseorang pegawai atau ahli keluarganya


memerlukan rawatan perubatan di luar negara;
atau

(d) bagi maksud memperakukan pelantikan semula


pegawai yang bersara atas sebab-sebab perubatan.

Laporan Lembaga 272. (1) Lembaga Perubatan yang ditubuhkan di bawah Perintah Am
Perubatan.
269 hendaklah mengemukakan laporannya terus kepada Ketua Jabatan yang
meminta Lembaga Perubatan itu ditubuhkan.

(2) Laporan yang dikemukakan di bawah perenggan (1)


hendaklah seperti dalam Borang I Jadual Keenam.

Laporan Lembaga 273. (1) Lembaga Perubatan Khas yang ditubuhkan di bawah
Perubatan Khas.
Perintah Am 270 hendaklah mengemukakan laporannya terus kepada
Setiausaha Kerajaan Negeri dengan satu salinannya kepada Pengarah
Kesihatan Negeri dan juga kepada Ketua Jabatan pegawai yang berkenaan itu.

118
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(2) Laporan yang dikemukakan di bawah perenggan (1)


hendaklah seperti dalam Borang J Jadual Keenam.

Jemaah Pegawai- 274. (1) Apabila seseorang pegawai atau ahli keluarganya
Pegawai boleh
benarkan rawatan diperakukan oleh Lembaga Perubatan Khas sebagai memerlukan rawatan
perubatan di luar yang tidak terdapat di Malaysia, Lembaga tersebut hendaklah mengemukakan
negara. kes pesakit itu kepada Jemaah Pegawai-Pegawai yang terdiri daripada
Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai pengerusi, Setiausaha Kewangan Negeri
dan Pengarah Kesihatan Negeri selaku ahli-ahlinya yang memperakukan
bahawa rawatan itu tidak terdapat di Malaysia, atau kemudahan-kemudahan
rawatan, jika ada sekalipun, tidak dapat menampung keperluan-keperluan
pegawai itu atau ahli keluarganya.

(2) Jemaah Pegawai-Pegawai yang disebut dalam perenggan (1)


hendaklah, apabila menerima perakuan tersebut, membuat keputusan sama
ada ia bersetuju ataupun tidak untuk membenarkan rawatan tersebut di luar
Malaysia atas perbelanjaan Kerajaan.

(3) Jika Jemaah Pegawai-Pegawai membuat keputusan


membenarkan rawatan itu, maka Jemaah Pegawai-Pegawai itu hendaklah
juga memutuskan tentang perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh
Kerajaan, termasuk perbelanjaan seseorang yang dibenar untuk mengiringi
pegawai itu atau ahli keluarganya.

(4) Apa-apa rayuan terhadap keputusan Jemaah Pegawai-


Pegawai hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Ketua Menteri dan
keputusannya ke atas rayuan itu adalah muktamad dan konklusif.

BAHAGIAN TIGA

BAYARAN WAD DAN PERGIGIAN

Bayaran wad dan 275. (1) Bayaran wad dan pergigian yang kena dibayar oleh pegawai-
pergigian mengikut kadar-
kadar yang ditetapkan. pegawai kerana dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan
atau pergigian bagi diri mereka sendiri atau ahli-ahli keluarga mereka di mana-
mana hospital Kerajaan adalah seperti yang ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan
Negeri.

(2) Kerajaan Negeri boleh, jika berpuas hati bahawa pembayaran


bayaran wad dan pergigian itu akan menyebabkan kesusahan yang tak wajar
kepada pegawai itu, menanggung segala bayaran wad dan pergigian itu.

Pengecualian 276. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya, seseorang pegawai


darpada membayar
bayaran wad, atau ahli keluarganya hendaklah dikecualikan daripada membayar bayaran wad
pergigian atau apabila pegawai itu atau ahli keluarganya dimasukkan ke hospital Kerajaan
bayaran-bayaran kerana menghidapi penyakit tibi, barah, kusta atau penyakit-penyakit lain yang
lain.
seumpamanya yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang atau
menghidapi apa-apa penyakit berjangkit seperti yang dinyatakan dalam Jadual
Ketujuh Belas.

119
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
(2) Kerajaan boleh, dengan kelulusan Pengarah Kesihatan
Negeri, menyebutkan mana-mana pegawai atau ahli keluarganya yang
dikecualikan daripada membayar bayaran wad atau bayaran pergigian seperti
gigi palsu, inlai, korona, jambatan dan alat ortodontik, atau apa-apa bayaran
lain seperti mata bola palsu, alat bantu-dengar, cermin mata dan alat
kelengkapan lain yang dibekalkan oleh pihak hospital Kerajaan.

Kelayakan wad bagi 277. Keluarga seseorang pegawai adalah layak dimasukkan ke dalam
keluarga pegawai
mengikut kelayakan kelas wad yang sama seperti kelayakan pegawai itu sendiri dan hendaklah
pegawai. dikenakan bayaran wad yang sama seperti pegawai itu juga, dengan syarat
bahawa dalam hal anak seseorang pegawai yang berumur di bawah dua puluh
satu tahun dan masih menuntut, anak itu layak dimasukkan ke dalam wad
kelas dua sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 279.

Bayaran wad bagi 278. (1) Seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang dimasukkan
pegawai dan ahli
keluarganya yang ke kelas wad yang lebih tinggi daripada kelas kelayakannya disebabkan tiada
dimasukkan ke wad katil kosong di dalam wad mengikut kelas kelayakannya itu hendaklah
yang lebih tinggi. dikenakan bayaran wad mengikut kadar bagi kelas kelayakannya.

(2) Kecuali dalam hal yang disebut dalam perenggan (1),


seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang meminta dimasukkan ke kelas
wad yang lebih tinggi daripada kelayakannya hendaklah dikenakan bayaran
wad mengikut kadar yang terpakai bagi orang awam untuk masuk ke kelas
wad itu.

(3) Seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang terpaksa atau


memilih untuk dirawat di dalam kelas wad yang lebih rendah daripada
kelayakannya adalah dikehendaki membayar bayaran yang ditetapkan bagi
kelas wad itu sahaja.

(4) Tertakluk kepada Perintah Am ini, seseorang pegawai atau


ahli keluarganya hendaklah terus mendapat rawatan dan ubat-ubatan dengan
percuma.

Bayaran wad bagi 279. (1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan dalam Perintah-
anak-anak pegawai
yang bersekolah. Perintah Am ini, anak seseorang pegawai layak dimasukkan ke wad kelas dua
dan hendaklah dikecualikan daripada apa-apa bayaran hospital dengan syarat
bahawa dia mengemukakan surat pengenalan diri daripada Guru Besar atau
Pengetuanya.

(2) Anak seseorang pegawai yang dimasukkan ke wad kelas


satu atas kehendak pegawai itu hendaklah dikenakan bayaran wad mengikut
kadar awam, kecuali jika pegawai itu layak mendapat rawatan di kelas satu,
maka anak pegawai itu hendaklah dikenakan bayaran wad mengikut kadar
kelayakan pegawai itu.

Dokumen-dokumen 280. (1) Seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang ingin
pengenalan diri.
mendapatkan rawatan hendaklah mengemukakan dokumen pengenalan diri
seperti dalam Borang K Jadual Keenam atau apa-apa dokumen lain yang
boleh diterima oleh pihak berkuasa hospital.

(2) Jika seseorang pegawai atau ahli keluarganya dimasukkan


ke wad untuk mendapat rawatan, maka dia hendaklah mengemukakan, dalam
tempoh dua puluh empat jam, tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan
hari kelepasan am, Surat Pengesahan dan satu aku janji oleh pegawai itu
seperti dalam Borang L Jadual Keenam.

120
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

Pembayaran bil 281. (1) Seseorang pegawai adalah bertanggungan atas pembayaran
hospital.
segala bil hospital yang dikenakan ke atasnya sama ada secara tunai atau
melalui potongan gaji.

(2) Sekiranya seseorang pegawai gagal membayar bil hospital


yang berkaitan dengan rawatan yang diterima olehnya atau oleh ahli
keluarganya selepas tempoh satu bulan dari tarikh bil itu dikemukakan
kepadanya, maka Ketua Jabatan boleh mengambil tindakan untuk memotong
gajinya bagi menjelaskan bil berkenaan apabila diminta berbuat demikian
oleh pihak berkuasa hospital.

BAHAGIAN EMPAT

RAWATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN BAGI PEGAWAI-


PEGAWAI YANG BERSARA DAN KELUARGA MEREKA

Kemudahan- 282. Seseorang pegawai yang bersara dan ahli keluarganya adalah berhak
kemudahan rawatan
bagi pegawai yang mendapat rawatan perubatan atau pergigian dan ubat-ubatan dengan percuma
bersara dan ahli sama seperti dengan rawatan atau ubat-ubatan yang diberikan kepada
keluarga. pegawai yang sedang berkhidmat dan ahli keluarganya yang layak
mendapatnya di bawah Perintah Am 262.

Kelayakan dan 283. (1) Seseorang pegawai yang bersara atau ahli keluarganya
bayaran wad bagi
pegawai yang adalah layak dimasukkan ke wad hospital dalam kelas yang sama mengikut
bersara. kelayakan kelasnya sebelum dia bersara daripada perkhidmatan awam.

(2) Jika seseorang pegawai yang bersara atau ahli keluarganya


dimasukkan ke mana-mana hospital Kerajaan, maka dia hendaklah
dikecualikan daripada membayar bayaran wad.

Kemudahan- 284. (1) Mana-mana ahli keluarga kepada seseorang pegawai yang -
kemudahan rawatan
untuk keluarga
pegawai selepas (a) telah disahkan dalam perkhidmatan; atau
kematiannya.
(b) telah dimasukkan ke dalam jawatan berpencen;
atau

(c) telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan


Pekerja,

layak mendapat rawatan perubatan dan pergigian serta ubat-ubatan dengan


percuma selepas kematian pegawai itu tidak kira sama ada kematian itu
berlaku ketika pegawai itu berada dalam perkhidmatan atau persaraan.

(2) Jika mana-mana ahli keluarga pegawai itu dimasukkan ke


mana-mana hospital Kerajaan, maka dia hendaklah dikecualikan daripada
membayar bayaran wad.

121
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

BAHAGIAN LIMA

PELBAGAI

Rawatan perubatan 285. (1) Segala kemudahan perubatan dan pergigian di bawah Bab
dan pergigian bagi
ibu bapa yang sah ini hendaklah dilanjutkan kepada ibu bapa yang sah kepada seseorang
kepada pegawai. pegawai, kecuali kemudahan-kemudahan untuk mendapatkan -

(a) rawatan perubatan dan pergigian di luar Malaysia;

(b) bekalan alat-alat ortopedik dan anggota-anggota


palsu; dan

(c) bekalan gigi palsu, inlai, korona, jambatan dan alat


ortodontik, bola mata palsu, alat pandang-dengar,
cermin mata dan alat kelengkapan lain.

(2) Jika ibu atau bapa yang sah kepada seseorang pegawai
menerima rawatan di hospital Kerajaan dan dimasukkan ke wad, maka dia
adalah layak mendapat rawatan mengikut kelayakan pegawai itu dan
hendaklah dikenakan bayaran wad yang sama seperti yang dikenakan ke atas
pegawai itu sendiri.

Pemeriksaan 286. Seseorang calon yang telah dipilih untuk lantikan ke dalam
perubatan bagi orang
yang dipilih untuk perkhidmatan awam hendaklah menjalani pemeriksaan perubatan dengan
dilantik berkhidmat percuma di mana-mana hospital Kerajaan sebagaimana yang dikehendaki di
dengan Kerajaan. bawah Perintah Am 18.

Pemeriksaan 287. Seseorang pegawai yang diberi cuti belajar untuk mengikuti kursus
perubatan
pegawai untuk cuti yang diluluskan oleh Kerajaan hendaklah diberikan pemeriksaan perubatan
belajar. dengan percuma di mana-mana hospital Kerajaan jika pemeriksaan itu
dikehendaki oleh pihak universiti, yayasan, penganjur atau negara tempat
pegawai itu berkursus.

Pemeriksaan 288. Anak seseorang pegawai yang memerlukan pemeriksaan perubatan


perubatan bagi anak
keluarga pegawai untuk tujuan melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pendidikan boleh
untuk melanjutkan diberikan pemeriksaan perubatan dengan percuma di mana-mana hospital
pelajaran. Kerajaan.

Pemeriksaan 289. (1) Apabila Ketua Jabatan mendapati bahawa seseorang


perubatan khas atas
arahan Ketua pegawai telah menjalankan tugas-tugasnya dengan tidak memuaskan hati,
Jabatan. dan mengesyaki bahawa ketakcekapan pegawai itu mungkin disebabkan
kesihatannya, dia boleh mengeluarkan arahan bertulis kepada pegawai yang
berkenaan iu supaya menjalani pemeriksaan perubatan.

(2) Seseorang pegawai yang telah diarahkan oleh Ketua


Jabatannya supaya menjalani pemeriksaan perubatan di bawah perenggan (1)
hendaklah menghadirkan diri di hospital Kerajaan pada tarikh yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan dalam arahannya itu.

(3) Seseorang pegawai yang gagal mematuhi arahan yang


diberikan di bawah perenggan (1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

122
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE STATE
PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98,
Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

Rawatan perubatan 290. (1) Seseorang pelatih boleh diberi rawatan perubatan atau
dan pergigian
percuma untuk pergigian dengan percuma dan layak dimasukkan ke wad kelas dua.
pelatih.
(2) Seseorang pelatih yang dimasukkan ke wad kelas dua
adalah dikecualikan daripada membayar bayaran wad dan pergigian.

(3) Bagi maksud Perintah Am ini, "pelatih" ertinya seseorang


yang mengikuti suatu kursus di mana-mana institusi latihan yang dianjurkan
oleh jabatan dengan tujuan untuk lantikan ke mana-mana jawatan dalam
perkhidmatan awam.

Penggunaan 291. (1) Pihak berkuasa hospital boleh, menurut budi bicaranya
ambulans.
sendiri, membenarkan penggunaan ambulans untuk membawa pegawai atau
ahli keluarganya yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut dari
hospital ke rumahnya dengan tidak dikenakan apa-apa bayaran.

(2) Seseorang pegawai boleh mengguna perkhidmatan


ambulans swasta atau pengangkutan awam untuk mendapatkan rawatan
kecemasan di hospital Kerajaan, atas perbelanjaan Kerajaan, tertakluk kepada
kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Penggunaan kereta 292. Seseorang pegawai atau ahli keluarganya yang meninggal dunia di
jenazah.
hospital Kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan kereta jenazah Kerajaan,
jika ada, dengan percuma atau boleh menggunakan pengangkutan awam atas
perbelanjaan Kerajaan.

__________________________

123

You might also like