You are on page 1of 16

PENGENALAN

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia. Anatara cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh guru ialah kepelbagaian budaya, pendemokrasian pendidikan, integrasi nasional dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA Menurut Kamus Dewan Edisi ke- 3,1996, m/s:180 menyatakan bahawa budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspekaspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara murid di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru perlulah tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identity diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya. Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran murid akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi murid-murid tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua. Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua murid-muridnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami murid-muridnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian murid yang pelbagai budaya

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ini ketika satu mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. menyeronokkan. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak seharusnya membezakan bangsa murid dan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan Dengan cara

suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi

yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan kelemahan yang ada kepada diri mereka. Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard dan rasmi untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana agama atau bangsa mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

CABARAN-CABARAN Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas. Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti telah membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar untuk maju dalarn bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran sosial (social reproduction). Sekali gus fenomena ini melebarkan jurang ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002). Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih berdepan dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi, demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik, identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik kaum-kaum tertentu dalam pendidikan. Persoalan yang sering timbul dalam proses perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawan negara untuk institusi sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat diterima oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori sekolah dan status sosioekonomi murid (World Bank, 1980).

Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana kurang prasarana yang berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan besar kepada pencapaian akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar bandar Malaysia yang berperanan menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz kecil, namun mereka berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan input pendidikan seperti kualiti guru, dan bahan pengajaran. Banyak hasil kajian dasar dan ilmiah (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, BPPDP, 1979, 1980, 1994, 1995, 1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995; Sharifah, 2000) telah memperlihatkan bahawa input-input pendidikan seperti kualiti guru, bahan pengajaran dan kemudahan asas mempunyai kesan yang kuat kepada prestasi sekolah secara umumnya. Cabaran yang terakhir ialah masalah kesanggupan murid dan masalah kualiti murid. Masalah kesanggupan para murid untuk meneruskan pelajaran timbul akibat tarikan peluang pekerjaan yang agak luas terutamanya yang ditawarkan oleh sektor perkilangan. Tawaran gaji yang agak lumayan serta lain-lain insentif yang menarik serta syarat-syarat kelayakan permohonan yang rendah memindahkan minat mereka daripada meneruskan pelajaran. LANGKAH-LANGKAH Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masingmasing. Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi cabaran pendemokrasian pendidikan. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran, beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini,

Bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah. Guru haruslah melaksanakan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan ikhlas. Setiap bantuan kerajaan haruslah diberi dengan adil tanpa sikap pilih kasih. Kerajaan juga telah meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan iaitu kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti asrama, Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya. Dalam perkembangan berkaitan, usaha memperbaiki prasarana pendidikan luar bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Guru haruslah menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dalam mendidik anak bangsa kita. Guru juga haruslah lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang ICT bagi memastikan segala tunjuk ajar dapat difahami secara optimum oleh murid-murid. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masingmasing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan. Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu P&P selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan antara satu sama lain.

CABARAN-CABARAN Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada murid, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Kajia yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan kebencian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian. Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas.

Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah. Namun demikian,kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penggunaan internet walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan di mana murid yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai, sedangkan untuk menjadi seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak.

LANGKAH-LANGKAH Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri. Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja berbanding mengikuti kursus Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet

dan

ICT. Pelbagai

program

latihan

dilaksanakan

bagi

menggalakkan

guru

mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia. Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu murid mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi

CABARAN-CABARAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Integrasi bermakna penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Integrasi Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Melaksanakan integrasi nasional dalam bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorang guru. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah. Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang datang daripada pelbagai budaya dan bangsa serta memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan integrasi nasional dalam bilik darjah dengan menjadikan murid sebagai subjek utama. Perbezaan agama dan kebudayaan merupakan cabaran melaksanakan integrasi nasional. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kebanyakkan kaum Cina pula beragama Buddha, Taoisme dan Kristian serta berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew. Kebanyakan kaum India pula beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi. Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Jurang pendapatan antara kaum di Malaysia adalah terlalu luas terutama bagi kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Jurang yang wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar dalam pelbagai bidang berpunca daripada deprivasi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar untuk mendapat

pendidikan yang berkualiti (Deepa, 2000). Darling-Hammond (1997) di dalam 0' Hair, (Foundations of Democratic Education) menjelaskan pendidikan yang berkualiti untuk semua sangat perIu dilaksanakan dalam masyarakat yang mengamalkan konsep demokrasi. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Murid merupakan aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang indentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya. Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran kepelbagaian murid yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

LANGKAH-LANGKAH Terdapat pelbagai langkah boleh diambil oleh guru bagi menghadapi cabarancabaran semasa ini. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

Selain

itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri

sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Hal ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid. Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu pembelajaran dan pengajaran selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara satu sama lain. Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.

PUNCA-PUNCA TEKANAN Tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Kyriacou and Sutclifee,1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978a), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal. Banyak kajian yang membuktikan bahawa bidang perguruan merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Kajian-kajian Peklaj & Puklek, 2000; Friedman, 2000; Philip, 1999, mendapati satu pertiga daripada responden mendapati mengajar sebagai satu pekerjaan yang tinggi tahap tekanannya (Sapora, 2005). Selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah 320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih 100 buku atau tugasan bergantung jumlah murid dalam sesebuah kelas iaitu minimum 37 murid untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari. Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang mempengaruhi masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku apabila terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di

samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila diperlukan dan guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan. Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan adalah, isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai serta mencukupi. Masalah ini kerap berlaku di sekolah yang telah lama digunakan dan terletak jauh di pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar,isu ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TEKANAN Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Dunham (1977) menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja. Lortie (1975) melaporkan bahawa kemudahan yang lebih baik dianggap sebagai perubahan yang dapat meningkatkan keberkesanan guru, dan imbuhan yag lebih tinggi dan kenaikan pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan kerja. Sebaliknya, kajian Abdel Halim (1978), mencadangkan bahawa untuk mengurangkan kesan yang tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan, sesebuah organisasi boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula pekerjaan untuk memperkayakan peranan guru. Bagi mengurangkan masalah tekanan, pihak pengurusan boleh menggunakan kaunseling campur tangan-krisis dan sistem sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi pekerja terhadap tekanan, pihak pengurusan boleh mengaplikasikan latihan ketenangan, program kesihatan dan pengurusan masa (West & West, 1989:61). Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status

mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Permasalahan ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan Bagi mengurangkan tekanan, Johnston (1996) mencadangkan kepimpinan yang merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja. Beliau berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik, pernyataan intensif yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dan akhir sekali adalah meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja dan mengurangkan tekanan. Schonfeld (2001) menjalankan kajian yang menyatakan bahawa kemerosotan persekitaran kerja adalah menyumbang kepada keletihan dan kemurungan guru. Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis (1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Janis, 1982). Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan. Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.

You might also like