You are on page 1of 26

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

1.0

Pengurusan Peperiksaan Dan Penilaian 1.1 Pengenalan Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang, harmonis, berketerampilan, berakhlak dan berilmu. Berdasarkan rasional inilah perlu ada satu standard atau benchmark dalam mengurus peperiksaan dan penilaian di sekolah. 1.2 Jenis-jenis Penilaian Penilaian Formatif Penilaian ini melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid selepas hasil pembelajaran yang terhad, misalnya satu bab. Penilaian ini menyampaikan maklum balas secara tersusun kepada guru untuk memilih atau memperbaiki pengalaman pembelajaran murid. Contoh ujian bulanan. Penilaian Sumatif Penilaian ini dijalankan pada akhir sesuatu kursus atau tahun pembelajaran murid. Penilaian ini membekalkan maklumat untuk menilai kesan pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penilaian Berasaskan Sekolah Kaedah penilaian ini dilakukan oleh guru-guru di sekolah berdasarkan arahan-arahan standard daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Contoh PEKA, Kerja Kursus Kemahiran Hidup, geografi, Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) dan Sejarah. KPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia mengedarkan peraturan melaksana, pentaksiran dan kriteria pemberian markah. Penilaian Berasaskan Sekolah dimasukkan pada perkara 5.6 Pengurusan Program Khas. 1.3 Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Sekolah Organisasi Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha AJK :Pengetua :Penolong Kanan Pentadbiran :Ketua Bidang/Guru Penolong :Penyelia Petang/Penolong Kanan HEM Ketua-ketua Bidang Penyelia-penyelia Tingkatan 1

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
Penyelaras Mata Pelajaran Setiausaha Peperiksaan Dalaman Setiausaha Peperiksaan PMR Setiausaha Peperiksaan SPM Setiausaha Peperiksaan STPM Ketua-ketua Pentaksir Sekolah

Fungsi Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Sekolah i. Melaksanakan dasar penilaian dan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia,Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah. Menetap bilangan ujian dan peperiksaan untuk setahun bersesuaian dengan amalan semasa atau arahan daripada pihak-pihak berkenaan. Mengawal dan melaksanakan sistem penilaian dan peperiksaan pada peringkat sekolah berdasarkan arahan semasa. Mengubal dan menyediakan takwin penilaian dan peperiksaan pada peringkat sekolah berdasarkan arahan semasa. Mengawal kualiti soalan penilaian dan peperiksaan supaya mematuhi standard peperiksaan yang sepatutnya. Menyelaras, mengelola dan mengendalikan peperiksaan sebagaimana yang sepatutnya sama ada peperiksaan dalaman, percubaan negeri dan awam. Memproses dan mengeluarkan keputusan rasmi peperiksaan pada peringkat sekolah berdasarkan had masa yang ditetapkan. Mengurus hubungan luar berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan. Hal ini termasuk menghadiri taklimat, mesyuarat dasar peperiksaan dan penilaian serta bertanggungjawab ke atas dokumen peperiksaan.

ii. iii. iv. v. vi.

vii. viii.

1.4.Takwim Pengurusan Ujian Dan Peperiksaan Elemen-elemen Penting i. Masa ujian dan peperiksaan perlu sesuai dengan jumlah soalan. Bagi Peperiksaan Pertengahan Penggal, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan hendaklah akur dengan standard masa Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. 2

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Kes ini berkaitan peruntukkan masa peperiksaan. Begitu juga urusan pendaftaran kemasukan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. ii. Tarikh ujian dan peperiksaan ditetapkan setelah murid melalui jangka masa pembelajaran yang sesuai umpamanya setelah tiga bulan belajar untuk ujian dan enam bulan belajar untuk peperiksaan pertengahan penggal. Proses penetapan tarikh peperiksaan atau ujian perlu mengambil kira kekangan di sekolah, penglibatan murid dalam kegiatan luar dan tarikh-tarikh penting supaya tidak berlaku majoriti murid bertindih antara peperiksaan dengan kegiatan berkenaan. Bagi Peperiksaan Percubaan Negeri, sekolah perlu akur dengan tarikh dan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. Jika perkara (iii) tidak dapat dielakkan, pihak jawatankuasa perlu menyediakan satu mekanisme lain, umpamanya ujian atau peperiksaan ulangan dilakukan. Hal ini melibatkan ujian atau peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah sahaja. Penyusunan jadual waktu ujian atau peperiksaan perlu mengambil kira kelompok mata pelajaran, iaitu teras, wajib dan elektif, di samping jangka waktu sesi persekolahan serta waktu rehat murid.

iii.

iv.

v.

Proses Penyediaan Takwim Pengurusan Ujian Dan Peperiksaan i. Setiausaha Jawatankuasa bersama Setiausaha Peperiksaan Dalaman, PMR, SPM dan STPM bermesyuarat secara ad hoc bagi tujuan mengumpul maklumat berkaitan arahan semasa(meliputi pekeliling peperiksaan yang berkaitan) dan tarikh-tarikh penting. Setiausaha Jawatankuasa mengeluarkan surat panggilan mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Sekolah meliputi tarikh, masa, tempat berserta dengan agenda. Cadangan agenda: alu-aluan pengerusi; penggubalan takwim pengurusan ujian dan peperiksaan; dasar peperiksaan dan penyediaan soalan pada peringkat sekolah; hal-hal lain. Takwim Ujian Dan Peperiksaan dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan. Setiausaha Peperiksaan Dalaman akan menyediakan Jadual untuk setiap peperiksaan anjuran sekolah. [hebahan takwim boleh dilakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran dan disertakan dalam Buku Permuafakatan Sekolah yang diuruskan oleh Penolong Kanan Pentadbiran]

ii.

iii.

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Carta Aliran Kerja Penyediaan Takwim Pengurusan Ujian Dan Peperiksaan

Setiausaha menentukan agihan tugas antara Setiausaha UPSR, PMR, SPM dan STPM berkaitan penyediaan maklumat. [ MULA ] [ 1 hingga 2 jam ]

Menentukan tarikh, tempat, masa dan agenda mesyuarat [ 45 minit hingga 1 jam ]

Memanggil Mesyuarat [ 45 minit hingga 1 jam ]

Menyediakan perkara perlu mesyuarat [ 1 hingga 2 hari ]

perkarasemasa

Menjalankan Mesyuarat [ 1 hingga 3 jam ] 4

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Mencatat minit

minit

&

edaran

[ 2 hingga 3 hari ]

Minit difailkan & Tindakan Susulan [ 3 hingga 7 hari ]

Proses Tamat

Contoh Takwim Ujian Dan Peperiksaan Tahun 2009 ( Sekolah Menengah )

Bil 1 2 3 4

Item/Perkara Ujian Topikal 1 Peperiksaan Pertengahan Tahun Ujian Topikal 2 Peperiksaan Percubaan PMR Penilaian Menengah Rendah

Tarikh

Catatan

4 Mac 12 Mac Ujian Dalaman 2009 17 Mei 28 Mei 2009 12 Ogos 20 Ogos 2009 16 Ogos 21 Ogos 2009 12 Oktober 16 Oktober 2009 Peperiksaan Dalaman Ujian Dalaman Peperiksaan Dalaman/Peperi ksaan Negeri Lembaga Peperiksaan 5

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
Malaysia

Peperiksaan Percubaan SPM Sijil Pelajaran Malaysia

07 September 17 September 2009 16 November 04 Disember 2009 07 September 17 September 2009 16 November 04 Disember 2009 08 November 19 November 2009

Peperiksaan Dalaman/Peperi ksaan Negeri Lembaga Peperiksaan Malaysia Peperiksaan Dalaman/Peperi ksaan Negeri Majlis Peperiksaan Malaysia Peperiksaan Dalaman

Peperiksaan Percubaan STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Peperiksaan Akhir Tahun

10
1

Contoh Jadual Ujian Topikal 1 Sekolah Menengah Tarikh


1

Kod Mata Pelajaran 3

Mata Pelajaran

Masa

Catatan

Tarikh yang dikemukakan hanyalah contoh penyediaan takwim. Perubahan bergantung kepada perancangan sekolah dan arahan pihak pengelola peperiksaan.
2

Tarikh merujuk kepada hari ujian tersebut dijalankan, boleh dimasukkan hari bersekali tarikh.
3

Kod Mata Pelajaran merujuk kepada kod mata pelajaran yang dikelaskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi mata pelajaran peringkat UPSR, PMR, SPM. Bagi STPM rujuk kepada kod mata pelajaran yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
4

Susunan mata pelajaran ujian disarankan bermula dengan mata pelajaran teras, wajib dan elektif.
5

Masa merujuk kepada jangka masa ujian berjalan.Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan Percubaan perlu menggunakan masa standard pihak Lembaga dan Majlis Peperiksaan Malaysia.

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
8.00 9.00 pagi 9.15 10.15 pagi xxxx xxxx xxxx

10 Mac 2009

1103 3757 3756 xxxx xxxx

Bahasa Malaysia Ekonomi Asas Prinsip Akaun Xxxx Xxxx

xxxx

11 Mac 2009 12 Mac 2009 13 Mac 2009

xxxx xxxx xxxx

Contoh Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Menengah Tarikh Selasa 11 Nov 2008 Rabu 12 Nov 2008 Waktu 8. 00 10.15 pagi 10.30 1.00 Tgh 8.00 9.00 pagi 9.30 12.00 Tgh 1249/1 1249/2 Sejarah 1 Sejarah 2 Kod Kertas 1103/1 1103/2 Kertas Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu 2 Masa 2 jam minit 2 jam minit 1 jam 2 jam minit 30 15 30

1.5.

Pengurusan Markah Ujian dan Peperiksaan Murid i. Setiausaha Peperiksaan mengeluarkan tarikh mula dan akhir kemasukan markah murid ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) bersama jadual ujian atau peperiksaan.

Pada bahagian catatan disaran agar nama penggubal soalan atau guru mata pelajaran dimasukkan bagi tujuan erata atau kes bilangan soalan tidak mencukupi.

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
Peperiksaan berjalan sebagaimana jadual yang

ii. iii.

Ujian atau dikeluarkan.

Pengumpulan kertas jawapan murid di bilik operasi peperiksaan(Guru Pengawas menghantar ke bilik operasi peperiksaan). Guru pemeriksa menandatangani borang serahan kertas jawapan murid. Kerja-kerja pemeriksaan skrip berjalan. 7 Guru pemeriksa memasukkan markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan sebelum tarikh akhir. 8 Setiausaha peperiksaan memproses markah dan mencetak slip keputusan peperiksaan. Satu salinan disimpan dalam fail keputusan peperiksaan murid. Guru kelas menandatangani slip dan membuat ulasan pencapaian murid. Slip keputusan dihantar kepada pengetua untuk ditandatangani. Slip keputusan dikeluarkan kepada murid melalui guru kelas. Analisis Peperiksaan dihantar Baling/Sik. ( Jika perlu ) ke Pejabat Pelajaran Daerah

iv. v.

vi. vii. viii. ix.

5.8.6. Sistem Pengredan Markah Murid i. ii. Sistem pengredan markah murid bagi ujian atau peperiksaan dalaman hendaklah merujuk kepada sistem gred sekolah masing-masing. Bagi peperiksaan percubaan, sistem pengredan hendaklah merujuk sama ada sistem gred yang ditetapkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik atau pihak penganjur peperiksaan percubaan berkenaan. Bagi sekolah yang menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan, gred markah boleh disetkan ke dalam sistem berkenaan. Bacaan gred akan berlaku secara automatik apabila markah murid dimasukkan.

iii.

Carta Aliran Pengurusan Markah Murid Makluman tarikh mula dan akhir kemasukan markah ke Sistem Analisis Peperiksaan.

Penyelarasan skema pemarkahan perlu dibuat sekiranya guru pemeriksa lebih daripada seorang.
8

Proses headcount mata pelajaran bermula.

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
[ 1 hari ]

Peperiksaan bermula sebagaimana jadual. [ 5 hingga 14 hari ]

Skrip jawapan dihantar ke bilik peperiksaan.

murid operasi

[ 30 minit hingga 45 minit ]

Guru pemeriksa (guru mata pelajaran) mengambil skrip murid dan menandatangani borang serahan. [ 30 minit hingga 45 minit ]

Kerja-kerja pemeriksaan skrip murid dan guru pemeriksa akan memasukkan markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan apabila pemeriksaan skrip selesai. minggu hingga 2

[ 1 minggu ]

Setiausaha Peperiksaan memproses markah dan mencetak slip keputusan peperiksaan. Satu salinan dimasukkan ke dalam fail. [ 3 hingga 5 hari ]

Guru kelas menandatangani dan membuat ulasan pencapaian murid. [ 3 hari ] 9

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Pengetua/Guru Besar menandatangani slip. Slip diedar kepada murid melalui guru kelas. [ 7 hari bekerja ]

Analisis Keputusan dihantar ke PPD ( Jika perlu ) [ 2 hari ]

Contoh Sistem Pengredan Markah Murid Bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2005 9

Gred

Markah ( % )

Tahap Pencapaian

1A 2A

75 100

CEMERLANG

3B 4B 5C 6C

60 64 55 59 50 54 45 49 KEPUJIAN

7D 8E

40 44 30 39

LULUS

Dipetik dan diubah suai daripada Surat Peperiksaan Percubaan SPM 2005 no. rujukan JPK (KUR) 03-09/Jld. 2 (56 ) bertarikh 05 April 2005

10

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

9G

0 29

GAGAL

1.7.

Pengurusan Peperiksaan Percubaan i. Peperiksaan Percubaan merupakan satu program nilai tambah untuk murid sebelum menghadapi peperiksaan awam. Bagi peringkat sekolah menengah, program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) negeri Kedah. Sementara sekolah rendah oleh Persidangan Guru-guru Besar Sekolah Rendah (PGBSR) negeri Kedah. Peperiksaan Percubaan dalam konteks negeri kedah meliputi Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Oleh itu, aspek kerahsiaan, keselamatan soalan, pengurusan dan perjalanan peperiksaan tersebut perlu diberi perhatian yang serius. Soalan dan pemarkahan akan disediakan oleh Panel Mata Pelajaran yang dilantik. Soalan-soalan akan diuruskan oleh pihak PKPSM bagi sekolah menengah dan PGBSR bagi sekolah rendah. Skema pemarkahan bagi setiap mata pelajaran akan diedar secara berasingan. Sistem gred ditetapkan oleh pihak penganjur. Bagi tujuan penyelarasan dan kerahsiaan peperiksaan, semua sekolah dikehendaki akur dan patuh pada jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan. Kertas soalan akan dihantar terus ke sekolah oleh syarikat pencetakan selewat-lewatnya seminggu sebelum peperiksaan. Bilangan kertas soalan yang dikirimkan biasanya akur dengan borang pesanan. Sekiranya tidak akur, sekolah boleh membuat tuntutan semula dengan mengisi borang yang telah ditetapkan. Kertas soalan berkenaan hendaklah disimpan di Bilik Kebal atau Bilik Operasi Peperiksaan atau Bilik Pengetua untuk tujuan keselamatan dan kerahsiaan. Bagi sekolah-sekolah swasta, semua kertas soalan disimpan di sekolah terdekat (dimaklumkan oleh Pengerusi Percetakan) dan diambil setiap pagi pada hari peperiksaan. 11

ii.

iv.

v.

vi.

vii.

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

viii. ix.

Skema pemarkahan daripada Pengerusi PKPSM daerah masingmasing akan diedarkan melalui pengetua. Skema pemarkahan hendaklah disimpan oleh pengetua dan diberikan kepada guru pemeriksa (guru mata pelajaran) selepas peperiksaan mata pelajaran berkenaan. Skema ini tidak boleh diedarkan kepada murid sehingga semua urusan pemarkahan selesai. Pembayaran kos percetakan soalan perlu dibuat apabila sekolah menerima tuntutan daripada pengerusi percetakan.

x.

Carta Aliran Pengurusan Peperiksaan Percubaan

Menerima surat makluman dan jadual waktu peperiksaan.

Hebahan surat makluman dan jadual waktu kepada guru.

Menerima soalan peperiksaan dari syarikat percetakan. Menyemak supaya akur dengan bilangan calon dan mata pelajaran yang ditawarkan.

semula dibuat

Jika

tidak

akur, pihak

tuntutan penganjur

kepada peperiksaan

dengan mengisi borang yang ditetapkan. peperiksaan dengan peringkat pengelasan dokumen sebagai SULIT. Kertas soalan disimpan di bilik operasi

12

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
Pengurusan keperluan peperiksaan

Setiausaha pengawas membuat calon satu jam

peperiksaan

bersama

guru

agihan kertas soalan berdasarkan bilangan sebelum peperiksaan bermula dalam kes peperiksaan dijalankan di kelas. Bagi semua calon di dewan, agihan soalan terus dibuat kepada calon, 20 minit sebelum peperiksaan bermula.

Peperiksaan Percubaan bermula

1.8.

Pengurusan Peperiksaan Awam i. Peperiksaan awam meliputi UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM. Kesemua peperiksaan ini dianjur oleh badan seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Peranan sekolah dalam mengurus peperiksaan awam agak terhad jika dibandingkan dengan mengurus ujian atau peperiksaan dalaman sekolah. Soalan dan skema pemarkahan disediakan oleh pihak penganjur peperiksaan melalui Panel Mata Pelajaran masing-masing. Kertas soalan akan dihantar terus ke Bilik Kabel dan skema pemarkahan akan disediakan oleh pegawai mata pelajaran dengan kerjasama ketua pemeriksa, ketua pemeriksa bersama dan ketua pasukan untuk

ii.

iv.

13

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

kertas subjektif. Bagi kertas objektif, ia juga diurus oleh pihak penganjur. v. vi. Dalam hal ini, peranan pihak sekolah dalam mengurus peperiksaan awam dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama. Peringkat pertama melibatkan pendaftaran calon, menyemak pendaftaran calon dan mengurus perpindahan pusat berdasarkan permintaan calon. Peringkat kedua, mengurus kertas jawapan bertulis (JT) dan kertas jawapan objektif bermaklumat (JOB) untuk diserahkan kepada ketua pengawas peperiksaan yang dilantik oleh pihak penganjur peperiksaan. Menyediakan pusat dan pelan susun atur meja calon berserta maklumat calon sebagaimana arahan pihak pengelola dan salinan susun atur satu salinan diserahkan kepada ketua pengawas. Memastikan semua keperluan dan infrastruktur pusat peperiksaan dalam keadaan selamat dan boleh digunakan. Menyediakan buku laporan bertugas dan jadual waktu bertugas guru sewaktu peperiksaan berjalan. Memberi taklimat akhir kepada calon meliputi taklimat keselamatan dan keperluan peperiksaan.

vii.

viii.

ix. x. xi.

1.9.

Pembinaan Item Konsep item Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon yang merupakan bukti yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk. Komponen Item i. Rangsangan/Stimulus Maklumat khusus item itu didasarkan samada berbentuk petikan, pernyataan, gambar rajah, carta alir, perbualan dan sebagainya. ii. Tugasan/Stem 14

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Pernyataan tentang apa yang perlu diberikan atau dikemukakan sebagai respon kepada item. iii. Arahan Pernyataan yang menunjukkan bagaimana cara respon itu harus diberikan atau dikemukakan. iv. Peraturan Pemarkahan/Skema Penskoran Panduan yang disediakan untuk memberikan skor terhadap respon yang dikemukakan. Ciri-ciri Item i. Keakuran Melibatkan tiga aspek, iaitu, akur kurikulum. Perkara yang ditaksir (konstruk) dan di mana pentaksiran itu dilakukan(tajuk/konteks) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Akur spesifikasi, perkara yang ditaksirkan dan di mana pentaksiran itu dilakukan mestilah akur dengan spesifikasi ujian di peringkat item atau instrument. Spesifikasi ujian diwujudkan untuk mengawal mutu kandungan ujian/instrument. Akur peluang, murid perlu diberi peluang yang mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksirkan. Peluang boleh dirujukkan kepada kemudahan/kelengkapan yang ada, kehadiran pengajar, kepakaran mengajar dalam menyampaikan ilmu atau perkara yang ditaksir kepada pelajar dan pengalaman harian murid. ii. Ketepatan dan kejelasan Ketepatan dan kejelasan dilihat dari tiga aspek. Tepat konstruk, item yang ditulis mestilah menepati konstruk yang ditaksir. Sekiranya tugasan item gagal menyebabkan murid mengemukakan eviden yang relevan dengan perkara yang ditaksir maka skor item itu tidak sah untuk tujuan mentaksir konstruk tersebut. Tepat tajuk/konteks, item yang ditulis mestilah menepati tajuk/konteks di mana pentaksiran konstruk itu dibuat. Oleh itu, penting untuk memastikan calon biasa dengan perkara atau idea yang dikemukakan. Jelas, item yang jelas dari segi stimulus, tugasan dan arahan dapat memberikan isyarat tentang apa yang harus dilakukan oleh murid serta bagaimana respon harus dikemukakan. Item yang sempurna 15

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

akan mempunyai darjah yang tinggi dari segi kebolehpercayaan, kejelasan ekspresi dan ketekalan stail. iii. Kesesuaian Kesesuaian dilihat dari tiga aspek. Aras kesukaran, item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu samada aras kesukaran rendah(R), sederhana(S) dan tinggi(T). Item aras R boleh dijawab oleh sebahagian besar murid, aras S boleh dijawab oleh yang berprestasi sederhana dan cemerlang, item aras T boleh dijawab oleh pelajar berprestasi cemerlang. Kepentingan, oleh kerana item yang dikemukakan itu merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk tajuk maka adalah penting untuk memastikan bahawa idea, isi, kandungan atau perkara yang dikemukakan dalam item adalah perkara yang penting dalam pembelajaran murid. Adil, item yang dikemukakan itu mestilah tidak memberikan faedah secara sistematik/automatik kepada golongan/kelompok tertentu dalam masyarakat samada mengikut ras, jantina, tempat tinggal atau status ekonomi.

Peta Konsep Pembinaan Item

Pastikan akur Kurikulum Pastikan akur spesifikasi Pastikan akur peluang

Di mana konstruk itu diukur ?

ITEM
Apa konstruk yang diukur 16

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Komponen jelas

Aras kesukaran yang sesuai

Adil dan penting

Prinsip Pembinaan Item Secara Am i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Tentukan konstruk atau perkara yang hendak ditaksir akur kurikulum dan akur spesifikasi. Pastikan di mana perkara itu akan ditaksir akur kurikulum dan akur spesifikasi. Pastikan murid berpeluang mempelajari. Pastikan item itu tepat konstruk. Pastikan item itu tepat konteks. Pastikan aras kesukaran yang ditetapkan berdasarkan pertimbangan professional. Pastikan perkara yang dikemukakan berdasarkan aspek penting dalam kurikulum. 17

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

viii. ix.

Prihatin dengan keadilan supaya tiada golongan yang mendapat faedah secara sistematik. Pastikan komponen jelas, stimulus berkait rapat dengan tugasan dan arahan item. Setiap item perlu pendek dan padat di samping mengutamakan kejelasan item. Aras kesukaran linguistik dan membaca dalam item perlu pada tahap yang bersesuaian dengan murid. Elakkan penggunaan istilah yang kabur. Elakkan rangkai kata atau ayat dari buku teks secara langsung. Elakkan item yang berkaitan antara satu sama lain. Jawapan bagi sesuatu item itu hendaklah berdasarkan kepada maklumat daripada stimulus item itu dan bukan daripada kebolehan menjawab item lain. Pastikan perkara yang diuji adalah terkini.

x. xi.

xii.

Panduan Am Pembinaan Item Objektif i. Penulisan Stimulus Stimulus hendaklah mengandungi semua maklumat yang perlu untuk membolehkan murid memilih opsyen yang betul. Elakkan penggunaan bunga-bunga bahasa yang tidak berkaitan. Elakkan wujud perkaitan antara bahasa stimulus dengan bahasa opsyen kerana ini membolehkan murid yang kurang pengetahuan tetapi mahir bahasa memilih opsyen yang tepat. ii. Penulisan Stem Elakkan stem negative kerana ia boleh member kesan kepada kesahan dan kebolehpercayaan skor item. Sekiranya terpaksa menggunakan stem negatif, jelaskan aspek negatif itu dengan garisan atau cetakan bold atau menggunakan huruf besar. Bagi stem negatif, elakkan daripada menggunakan opsyen yang negatif supaya murid tidak keliru. iii. Penulisan Opsyen a. Pastikan hanya ada satu jawapan betul atau terbaik. b. Jangan member bayangan kepada jawapan. 18

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

c. Stem dan opsyen mesti selaras. d. Opsyen mestilah homogen dari aspek kandungan, bentuk, panjang dan struktur bahasa, jelas serta tepat. e. Sumber menulis distraktor meliputi kesilapan umum atau salah konsep, satu kenyataan benar atau betul tetapi tidak memenuhi tugasan item dan satu kenyataan yang dianggap betul oleh murid yang kurang pasti. f. Opsyen hendaklah mempunyai daya tarikan yang sama kepada pelajar. g. Elakkan mengulang maklumat yang sama dalam setiap opsyen. h. Susun opsyen secara logik mengikut darjah, kronologi kuantiti, urutan magnitud dan sebagainya. i. Elakkan daripada menggunakan perkataan penentu spesifik seperti sentiasa, pernah atau lebih kurang.

Panduan Pembinaan Item Subjektif i. Pastikan jenis item Pastikan samada item respon terbuka, terhad, berstruktur serta peruntukkan markah dan jenis pemarkahannya. ii. Pastikan tugasan dan arahan jelas Jika arahan adalah terlalu umum, setiap murid akan memahami item dengan cara yang berbeza. Item seperti Tulis tentang suratkhabar adalah tidak jelas dari segi tugasannya. iii. Pastikan kata tugas tepat Pastikan kata tugas yang digunakan mengemukakan respons yang diharapkan. berupaya membolehkan murid

iv. Elakkan soalan-soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak Misalnya Setujukah anda dengan perancangan keluarga? memerlukan jawapan ya atau tidak. Persoalan adakah murid perlu member sebab-sebab atau hujah. Murid cuma meramal kehendak item.

19

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

v. Pastikan item berkemampuan mendiskriminasi antara murid lemah, sederhana dan cemerlang. Murid lemah seharusnya berupaya member respon terhadap item kesukaran rendah. Murid sederhana sepatutnya memberi respon terhadap item pada aras kesukaran rendah dan sederhana manakala murid cemerlang dapat menunjukkan kecerdasan dengan member respon terhadap item pada aras kesukaran tinggi. vi. Perbendaharaan kata, konsep dan isu dalam konteks hendaklah sesuai dan adil dengan sebahagian besar murid. Konteks sensitif seperti isu politik, ras, agama atau kebudayaan hendaklah dielakkan. Stimulus yang menyinggung perasaan murid atau guru juga hendaklah dielakkan. vii. Menyediakan peraturan pemarkahan Peraturan pemarkahan hendaklah disediakan semasa soalan dibina sebagai panduan peruntukkan skor, memberikan skor, jawapan, contoh jawapan dan bimbingan kepada pemeriksa. Penyediaan peraturan pemarkahan juga berperanan penting dalam menilai dan memastikan kemunasabahan dan keadilan item.

viii.

Pastikan tempoh masa mencukupi

Tetapkan tempoh masa menjawab berdasarkan konstruk dan peruntukkan markah bagi setiap item supaya murid mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawabnya. Lazimnya, markah yang diperuntukkan ditulis di hujung ceraian tiap-tiap item. ix. Pastikan kualiti item terjamin Periksa dan uji item dengan penyedia item sendiri mencuba dahulu memberikan respon terhadap item tersebut. Hal ini boleh membantu mengenal pasti kerumitan yang mungkin dihadapi. Jadual Spesifikasi Item (JSI) Jadual Spesifikasi item adalah satu matriks yang berfungsi sebagai dokumen yang merakamkan buah fikiran dan keputusan yang dibuat oleh pembina ujian tentang perkara-perkara berikut: i. ii. iii. Isi kandungan yang akan diuji Kemahiran (perlakuan, objektif pendidikan, proses pemikiran) yang harus dipelajari oleh murid dalam sesuatu tajuk/isi kandungan Pemberatan relatif isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji. 20

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

iv. v. vi.

Format item yang akan digunakan, misalnya kertas objektif, struktur atau esei. Bilangan soalan yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan untuk ujian. Pertalian dengan kualiti soalan membolehkan ujian yang dibina itu mencapai kesahan isi kandungan.

Cara Menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) i. ii. Bina satu jadual yang mengandungi dua paksi, iaitu, paksi tegak dan paksi ufuk. Gunakan paksi tegak untuk merekodkan kandungan meliputi bilangan tajuk dan perincian tajuk(ditentukan berasaskan skop isi kandungan). Bilangan tajuk/konteks hendaklah mencakupi supaya ia dapat merangkumi perincian isi kandungan. Gunakan paksi ufuk untuk merakamkan kemahiran. Kemahiran boleh diwakili oleh kosa kata. [ rujuk lampiran disertakan ]

iii.

21

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

ANALISIS ITEM Satu proses menganalisis secara statistik respons calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian supaya dapat membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesanan item-item tersebut. BANK SOALAN Soalan yang dimasukkan ke dalam bank adalah soalan yang telah dilabelkan dengan nilai P, D dan aras kognitifnya. Soalan tersebut telah melalui Analisis item. Disimpan dalam bentuk kad. Contoh seperti di bawah :

Tingkatan :

Tajuk: Asas Perdagangan Sub. Tajuk: Indeks D: Indeks P: Tahap Kognitif: Soalan: Kehendak manusia adalah . A: B: dahulu C: D: sesuatu yang diperlukan untuk hidup keinginan yang perlu dipenuhi terlebih keinginan yang tiada batasannya keinginan yang mudah diperolehi Pengetahuan Keperluan dan Kehendak

Jawapan:

C M.S. 140

22

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Empat aspek analisis item yang penting i. Indeks Kesukaran Item (Pi) Tahap kesukaran sesuatu item dari sudut murid yang mengambil ujian. Setakat mana item itu senang atau sukar bagi calon. Nilai yang diberikan antara 0 1.00.

ii.

Indeks Diskriminasi Item (Di)

Darjah keupayaan sesuatu item itu yang boleh membezakan antara murid lemah dan pintar. Setakat mana sesuatu item itu mendiskriminasi calon berpencapaian tinggi dengan calon berpencapaian rendah dalam ujian. Nilai yang diberikan antara 0.00 1.00.

iii.

Indeks Kesukaran Distraktor(Pd) Untuk mengetahui kekerapan pemilihan distraktor oleh calon.

iv.

Indeks Diskriminasi Distraktor(Dd) Untuk mengetahui keberkesanan distraktor- adakah ia berfungsi atau tidak.

Prosedur menjalankan analisis item. i. Bina item dan jalankan ujian. Berpandu kepada ciri-ciri ujian yang baik dan JSI. ii. Pemeriksaan kertas ujian. Tanpa tukar markah kepada peratus. Item di awal atau di tengah yang tidak dijawab dianggap salah jika di hujung guna sampel lain (dianggap murid tidak sempat menjawab). iii. v. Susun kertas jawapan mengikut tertib menurun. (Markah tertinggi di atas, markah rendah di bawah.) Asingkan kepada tiga kumpulan: kumpulan atas(pencapaian tinggi) kumpulan tengah(pencapaian sederhana) -1/3 -1/3 23

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS
-1/3

kumpulan bawah(pencapaian rendah)

vi. vii.

Mengisi borang analisis item. Bagi tiap item, kira bilangan murid yang memilih setiap pilihan bagi kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.

Pengiraan i. Indeks Kesukaran Item Pi =1/2 (Pa + Pb) Pa = Bilangan menjawab betul kump.atas Bilangan sebenar dalam kump. Atas

Pb =

Bilangan menjawab betul kump. bawah Bilangan sebenar dalam kump. Bawah

Pa = perkadaran kumpulan atas Pb = perkadaran kumpulan bawah Pi ITEM SUBJEKTIF Bagi item yang tidak dikotomus: Pi= Skor Purata Skor maksimum Cth: 1+4+2+0+3+1+2+4+5+0 =22/10=2.2 10 Pi=2.2/5=0.44 Indeks bernilai tinggi-item senang Indeks bernilai rendah-item sukar

24

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Nilai 0.70 ke atas 0.30- 0.69 Kurang 0.29

Tafsiran Item ini senang Kesukaran tahap sederhana Item ini sukar

Sesuatu item boleh dikatakan baik jika Indeks Kesukaran (Pi) bagi setiap item adalah +- 0.5. Biasanya julat indeks adalah antara 0.4 0.6. Ada kemungkinan beberapa item yang mudah (P = 0.8 ke atas) perlu dimasukkan ke dalam ujian untuk memberi ransangan kepada murid yang lemah. ii. Indeks Diskriminasi Item ( Di) Di = Pa Pb Julat nilai indeks ini di antara -1 hingga 1. Satu item boleh dikatakan baik jika nilai indeks(Di) adalah positif iaitu lebih ramai calon daripada kumpulan tinggi menjawab betul daripada calon kumpulan rendah. Kita boleh menerima, mengubah suai atau menolak sesuatu item. Sesuatu item yang mempunyai Indeks Diskriminasi rendah mungkin perlu dikekalkan oleh kerana ia mungkin menguji sesuatu objektif yang penting (0-0.19). iii. Indeks Kesukaran Distraktor(Pd) Untuk mengetahui kekerapan pemilihan sesuatu distraktor oleh calon Pd= Np/N Np: bilangan calon yang memilih distraktor N : jumlah calon yang menjawab item tersebut Tafsiran Indeks Kesukaran Distraktor(Pd) Kurang dari 0.05 25

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PPD BS

Distraktor lemah. Perlu diubah suai agar dapat menarik calon untuk memilih. Pd > x> 0.05 Disrtraktor yang baik kerana dapat menarik 5% calon memilihnya Dd= (Npt/Nt) (Npr/Nr) Np: bilangan calon yang memilih distraktor N : jumlah calon yang menjawab item tersebut

Nilai Dd

Nisbah murid menjawab dgn betul item tersebut Murid pencapaianTinggi lebih ramai memilih distraktor ini berbanding murid pencapaian Rendah. Mengelirukan Murid pencapaian rendah lebih ramai memilih berbanding Murid pencapaian tinggi. Berfungsi baik Murid pencapaianTinggi = Murid pencapaian Rendah. Berfungsi

Dd (+)

Dd (-)

Dd ( ?)

Rumusan D

Indeks Diskriminasi (D) 0.4 dan ke atas 0.3 0.39 0.2 -0.29 0.19 kebawah Sangat Baik

Penilaian Item

Baik dan boleh diperbaiki Perlu diperbaiki Lemah. Tidak boleh diterima atau perlu semakan semula
26

You might also like