You are on page 1of 5

PENGENALAN.

Jurnal ini membincangkan tentang konflik yang berlaku antara guru pembimbing dengan guru pelatih yang mana guru pelatih menghadapi masalah untuk mengaplikasi apa yang dipelajari di sekolah. Dalam kajian ini penulis membincang tentang kepentingan kerjasama antara semua pihak dalam pembentukan disiplin pelajar. Dalam konteks pendidikan guru digalakkan untuk mempelbagaikan teknik dan strategi dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru mempelbagaikan cara untuk mendisiplinkan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdisiplin. Guru berpotensi untuk mengembangkan pelajar secara menyeluruh dan memartabatkan profesion perguruan melalui pembentukan sahsiah guru yang tinggi. Oleh yang demikian, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik pelajar-pelajar kerana tanggungjawab guru bukan sahaja untuk mengajar di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran tetapi tetap peka dengan persekitaran pelajar

walaupun di luar proses Pengajaran dan Pembelajaran.

RUMUSAN JURNAL Jurnal ini telah ditulis oleh Clement. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kerjasama diantara guru pembimbing dan guru pelatih yang mengalami konflik dan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam menguruskan kelas dengan lebih efektif. Mengikut perkembangan dan pengalaman pelajar, peranan dan kerjasama antara guru amat penting dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan digelar sebagai guru berpendidikan dan profesional. selain daripada di atas tujuan kajian juga menjurus kepada kerjasama guru dan sebilangan guru pelatih yang ditinjau untuk mengenal pasti persepsi kekerapan yang paling banyak masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah semasa kajian dilaksanakan. Selain itu, skop kajian yang dilakukan adalah untuk mengkaji apa yang diajar oleh guru pembimbing di dalam kelas kepada guru pelatih dalam menguruskan bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga dijuruskan kepada kerjasama di antara mereka. Kajian ini telah dijalankan ke atas 55 orang guru pelatih dan 48 orang guru pembimbing di sekolah yang berkenaan. Kajian ini juga dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dan guru ditinjau dalam satu seminar kampus

yang diadakan selepas empat minggu proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Melalui tempoh masa tersebut, kajian dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Di samping itu, skop kajian yang dijalankan menjurus kepada isu-isu sahsiah guru yang terbahagi kepada dua iaitu isu yang positif dan isu yang negatif seringkali dibincangkan. Sahsiah seorang guru adalah tingkah laku mereka dalam mendidik pelajar, penyesuaian diri guru dalam profesion perguruan, tahap kecekapan guru dan daya tahan mereka dalam cabaran mendidik anak-anak. Isu sahsiah guru dapat dilihat daripada pengertian terhadap dua perkataan utama iaitu isu dan sahsiah. Menurut Kamus Dewan (2011), sahsiah bermaksud keperibadian atau peribadi yang dimiliki seseorang. Sahsiah merupakan kata nama daripada perkataan bahasa Arab yang sinonim dengan peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti, pembawaan dan keoknuman. Isu pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang sinonim dengan persoalan masalah, perkara,hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan dan topik. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, kenyataan pemerhatian bagi guru pembimbing dan guru pelatih yang paling tinggi ialah pelajar yang membuat bising. Kenyataan yang tertinggi seterusnya ialah pelajar yang tidak mendengar arahan, pelajar yang tidak membuat kerja sekolah dan pelajar yang tidak bermotivasi. Kenyataan pemerhatian yang paling rendah ialah pelajar yang bergaduh bagi kedua-dua guru. Daripada kajian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa purata maklum balas daripada guru pembimbing lebih tinggi daripada purata maklum balas guru pelatih. Selain itu, guru pembimbing juga perlu memainkan peranan dalam menjayakan kajian yang dilaksanakan. Antara maklum balas yang diberikan oleh guru pembimbing kepada guru pelatih adalah menunjukkan contoh pengorganisasian dan pengurusan serta mengharapkan agar guru pelatih mengikuti teladan tersebut. Guru pembimbing juga menyatakan bahawa tugas mereka adalah untuk membantu guru-guru pelatih meyeimbangkan dan melihat sejauhmana sesuatu itu dan menggalakkan guru pelatih melalui pengalaman sebenar dalam menguruskan kelas. Selain itu, lima perkara telah ditanya di dalam kaji selidik kepada guru pembimbing mengenai strategik pengurusan bilik darjah yang selalu digunakan oleh mereka. Kenyataan yang mempunyai purata yang paling tinggi ialah menghantar surat kepada ibubapa mengenai peraturan bilik darjah dan kesannya kepada awal tahun. Selain itu, guru pembimbing juga ditanya mengenai penetapan peraturan, menghubungi ibu bapa dan mengadakan pertemuan

dengan ibu bapa agar mereka dapat mengetahui perkembangan di sekolah. Berikutnya ialah, menetapkan peraturan bersama, hukuman dan ganjaran dengan mempamerkan di dalam bilik darjah. Di samping itu, dalam jurnal ini juga penulis menyatakan beberapa idea iaitu guru hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa untuk memaklumkan mengenai undang-undang di dalam kelas. Selain itu, penulis menyatakan guru pembimbing dan guru pelatih mesti memerhati atau memantau masalah pengurusan dalam kelas.

ULASAN JURNAL Pendapat yang diutarakan penulis iaitu guru hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa untuk memaklumkan mengenai undang-undang di dalam kelas boleh dikaitkan dengan pendapat Hamdan (1979). Menurut beliau, seorang guru yang berjiwa ikhtisas memandang lapangan perguruan bukan dengan kacamata hendak mendapat gaji dan mendapat cuti penggal. Tetapi memandangnya dengan kacamata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Menurutnya lagi, khidmat guru bukanlah terhad kepada batasan jam, hari dan minggu tetapi tugas guru tidaklah terhenti apabila murid-murid tidak berada di hadapannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang berjiwa ikhtisas sentiasa mengingati kepentingan murid-muridnya di mana-mana pun mereka berada. Hamdan menambah bahawa inilah bezanya di antara seorang yang menjadi guru dan seorang yang bekerja sebagai guru. Kedua-dua pendapat ini jelas menyatakan bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sahaja sekadar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, bahkan guru-guru yang mantap seharusnya peka dengan murid-murid walaupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Selain berkomunikasi dengan ibu bapa, guru-guru perlu meningkatkan penyesuaian diri guru dalam profesion perguruan. Minat yang mendalam terhadap seseuatu bidang kerjaya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerjaya yang diceburi seseorang. Guru yang mempunyai minat yang jitu dalam bidang perguruan mesti dapat menyesuaikan diri di sekolah tempat yang telah ditugaskan. Maka guru seperti ini bertindak atas kekuatan superego yang tinggi. Seorang guru akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan mengikut etika perguruan yang sepatutnya. Manakala, guru yang bersikap sambil lewa

bertindakan atas desakan id yang mendorongnya bekerja sebagai guru bukannya untuk menjadi seorang guru. Seterusnya, penulis juga menyatakan bahawa guru pembimbing dan guru pelatih mesti memerhati atau memantau masalah pengurusan dalam kelas. Menurut Ismail (2000), ilmu bukan hanya teori tetapi ilmu ialah sesuatu yang praktikal, kajian dan penyelidikan bukan hanya dalam bentuk akademik yang tinggi tetapi kajian haruslah dilakukan untuk menyelesaikan masalah masyarakat, manusia dan dunia seluruhnya. Hal ini menunjukkan bahawa guru bukan sahaja mengajar di dalam bilik darjah tetapi guru juga perlu mendidik. Seiring dengan ini secara lazimnya, frasa yang selalu diungkapkan ialah guru sebagai pendidik bukannya guru sebagai pengajar. Perkataan pendidik itu sendiri sudah melambangkan bahawa guru perlu bertindak dengan rasional. Sebagai contoh, sekiranya terdapat murid-murid yang melakukan kesalahan seperti tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, guru boleh mengenakan hukuman positif dengan memberikan ganjaran agar murid-murid dapat menerima rangsangan yang hendak diberikan. Misalnya, untuk mendorong murid-murid menyiapkan kerja sekolah, guru memperkenalkan carta kecemerlangan dan sesiapa yang paling cemerlang akan mendapat ganjaran. Dengan ini, murid-murid akan menerima rangsangan tersebut dan jumlah murid-murid yang menyiapkan kerja sekolah dapat ditingkatkan. Selain itu, guru juga boleh memberikan hukuman negatif. Contohnya, memberikan kerja sekolah tambahan kepada murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Hal ini akan merangsang murid-murid untuk menyiapkan kerja sekolah mengikut waktu yang telah ditetapkan. Guru juga perlu cekap dalam mengendalikan keadaan di dalam bilik darjah. Kecekapan seseorang diukur dari segi caranya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Menurut Sadatul Mahiran (2004) terdapat segelintir guru yang tidak kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan pelajar bosan dan mendorong pelajar untuk ponteng. Beliau mencadangkan bahawa guru yang cekap perlu menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai, menjalankan aktiviti yang menyeronokkan dan memberitahu pelajar mengenai kepentingan matapelajaran dalam kehidupan mereka boleh mengurangkan kes ponteng.

KESIMPULAN Secara keseluruhan, penerapan nilai-nilai sahsiah yang tinggi penting dalam setiap aktiviti yang dilakukan yang bersesuaian dengan sahsiah yang terdapat pada seorang guru. Pelajar boleh diibaratkan seperti kotak yang kosong dimana guru-gurulah yang akan mengisinya dengan ilmu pengetahuan. Guru yang mempunyai sahsiah yang unggul dapat merealisasikan keperluan semasa masyarakat dan Negara. Sekiranya guru tidak mempuyai sahsiah yag baik, macam mana mereka mahu menghasilkan pelajar yang cemerlaang, gemilang dan terbilang. Perlakuan pelajar adalah hasil daripada pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru semasa menyampaikan ilmu. Guru perlu berkongsi pengalaman dengan guru yang memerlukan ilmu. Nilai-nilai murni murni perlu diterapkan dalam setiap individu dalam setiap individu kerana guru merupakan cerminan kepada perlakuan pelajarnya. Ia merupakan nilai yang penting dalam pembentukan individu yang unggul. Jadilah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang unggul yang dapat menjadikan institusi perguruan kea rah lebih baik mengikut perkembangan semasa.

You might also like