You are on page 1of 15

PENDIDIKAN KESIHATAN

KUIZ KESIHATAN SEKOLAH REKOD DAN RETEN LUQMAN 06

KUIZ KESIHATAN SEKOLAH


Kuiz kesihatan adalah bertujuan untuk menilai tahap kefahaman murid mengenai aspek kesihatan. Contohnya, guru meminta murid mendemonstrasi cara gosok gigi yang betul. Selain itu, helaian kertas yang mengandungi soalan berkaitan kesihatan adalah antara kuiz kesihatan yang boleh dijalankan.

1. MATLAMAT Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang selamat dan berkualiti ke arah mencapai wawasan negara.

2. OBJEKTIF Menimbulkan kesedaran dalam diri murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan masyarakat. Menggalakkan murid murid menambah pengetahuan berhubung dengan kepentingan kesihatan.

Memberi kesempatan kepada murid murid supaya peka kepada program dan rancangan kesihatan sekolah. Membolehkan murid mendapat maklumat tentang kesihatan di malaysia. Menggalakkan kerjasama secara berkumpulan antara pelajar2.

REKOD KESIHATAN
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan. Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan.

Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatitkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka.

Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah menengah.

BUKU REKOD
Catatan rawatan vaksin Jenis alahan Jenis penyakit Kategori alahan Rekod kesihatan ( berat, keperluan khas, pergigian, tahun rekod ) Tarikh pengesahan

RETEN
Reten bermaksud pengekalan. Pengekalan di sini merujuk kepada pengekalan terhadap kesihatan diri dan pengekalan terhadap dokumen yang terisi semua tentang kesihatan seseorang. Rekod perubatan mestilah diurus, disimpan dengan betul dan ditempat yang selamat bagi mengelakkan daripada berlaku kehilangan, kerosakan dan lain-lain lagi.

Ruang simpanan rekod hendaklah mempunyai suhu yang sesuai, dilengkapi dengan alat pengesan kebakaran dan alat pemadam kebakaran serta bebas daripada makhluk perosak.

Selain itu, rekod aktif dan rekod tidak aktif hendaklah disimpan secara berasingan. Rekod aktif disimpan di Unit Rekod manakala yang tidak aktif pula boleh disimpan ditempat lain bagi mengatasi masalah kekurangan ruang di Unit rekod.

Seterusnya, rekod perubatan perlu disimpan untuk tempoh yang ditetapkan (mengikut jadual pemisahan rekod/ retention schedule) bagi memenuhi keperluan rawatan, perundangan, penyelidikan dan sebagainya. Jadual penyimpanan rekod perubatan seperti yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Seterusnya, rekod perubatan yang telah tamat tempohnya (tempoh penyimpanan) hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sekian terima kasih.

You might also like