You are on page 1of 3

Bahasa Bersifat Sejagat Bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

Ahli psikologi pula mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat dan fikiran. Bagi ahli Linguistik pula, bahasa ialah suatu sistem lambang pertuturan yang arbitrari, digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung. Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia atau antarabangsa. Sejagat juga membawa maksud ciri yang sama, yang dimiliki oleh bahasa lain di dunia. Bahasa sejagat juga mempunyai sifat yang umum. Contoh bagi ciri-ciri umum yang dimaksudkan ialah mempunyai kewujudan bunyi vokal dan bunyi konsonan. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai 6 vokal dan 22 konsonan. Bahasa Arab pula mempunyai 3 vokal pendek, 3 vokal panjang dan 28 konsonan. Bahasa Inggeris pula memiliki 16 vokal termasuk diftong dan 24 konsonan. Bahasa merupakan sebuah bahasa buatan yang dicipta untuk dijadikan bahasa kedua sejagat bagi penutur yang terdiri daripada penutur-penutur yang mempunyai bahasa yang berbeza. Setiap bahasa mempunyai gabungan yang mempunyai maksud. Misalnya, gabungan kata frasa, klausa ayat dan wacana. Bahasa Melayu juga bersikap keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Semenjak dari penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang meresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasabahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam

dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir. Bahasa Melayu harus dikenali sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bangsa Melayu di Singapura mempunyai Bahasa Melayu Singapura dan bangsa Melayu di Indonesia mempunyai Bahasa Indonesia, dan bangsa di Malaysia berbangga dengan Bahasa Malaysia. Oleh itu, penguasaan daripada pelbagai bahasa asing tidak seharusnya meluturkan kepentingan bahasa Melayu. Masyarakat bangsa Melayu mesti mengguna, mengukuh dan memperluaskan bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bangsa Melayu dengan masyarakat-masyarakat bangsa yang lain. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat yang menggunakan bahasa lain. Sebagai kesimpulannya, bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu diperingkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan terknologi terkini seperti ICT untuk dimanipulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologo percetakan pada zamannya. Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan dalam era ICT dengan mangaplikasikan semangat nasionalisme, pengetahuan dan teknologi terkini.

Bahasa Melayu moden Bahasa Melayu moden mempunyai bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia iaitu rongga mulut, hidung, paru-paru dan alat-alat artikulator yang lain. Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu ataupun bentuk sintaksis. Tiap-tiap bahasa juga mempunyai bentuk-bentuk yang tertentu seperti ayat-ayat rangkai kata, perkataan, imbuhan dan lain-lain. Bahasa Melayu moden berkait rapat antara bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan kebudayaan di sekelilingnya. Dalam bahasa, tiap-tiap pertuturan mempunyai erti bagi penutur dan pendengarnya. Oleh itu, bahasa bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu.

Bahasa dapat berubah dan berkembang selagi penutur bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan manusia dengan manusia lain serta pertembungan kebudayaan menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Namun, struktur dan sistem bahasanya tidak berubah. Hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan tidak semestinya sama. Oleh itu, setiap bahasa mempunyai perkataan-perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama. 11 Bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu iaitu dengan pergerakan alat-alat sebutan atau mengikut yang lainnya iaitu satu lambang mewakili satu bunyi. Contohnya, apabila menyebut kata satu bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah s diikuti a, t dan u.

You might also like