You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS,

JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR,PERLIS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SCE 3107

NAMA PELAJAR NO. K/PENGENALAN KUMPULAN AMBILAN SEMESTER KOD M/PEL NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH

: : : PGSR SAINS : NOV2008/2012 : 5/2011 : SCE 3107 : EN.RAVINTHERAN A/L KALIMUTHU : 30 APRIL 2011

SOALAN BIODIVERSITI Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon intertropika. Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. 1. Ahli ekologi menekankan bahawa tanpa langkah perlindungan yang berkesan, hutan hujan tropika mungkin akan menghadapi ancaman kemusnahan. a. Bincangkan 2 sebab mengapa perhatian perlu diberi untuk melindungi hutan hujan tropika. (10 markah)

1- Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna. Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies

tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk. Hutan adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak. Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Kebanyakan barang keluaran hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka. Justeru itu, masyarakat orang asli seperti suku kaum Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman Negara, masih berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan. Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungaisungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun. Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat.

2- Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sam. Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi. Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gasgas seperti karbon dioksida, Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga, menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi kuantitinya, ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama, silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%, di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan . Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia.

b. Beri contoh pengurai dan pembangkai (10 markah) Pengurai bakteria dan kulat pengurai mendapat tenaga dengan mengurai sisa tumbuhan mati dan bangkai haiwan.Pengurai membantu menguraikan tulang dan bangkai haiwan bagi membolehkan tumbuhan dan benda hidup lain menggunakannya semula. Sungguhpun agen-agen pengurai merupakan unit yang paling kecil dari segi saiznya tetapi kepentingannya adalah amat besar dan berkesan dalam menghasilkan bahan-bahan seperti nutrien ke dalam persekitaran abiotik seperti tanah. Ini bererti tanpa agen pengurai, kitaran makanan dalam ekosistem tidak akan sempurna. Kumpulan pengurai yang dikenali sebagai saprolit terdiri adalah bakteria, kulat, dan jenis hidupan seperti protozoa. Organisma seni pengurai ini akan menguraikan bahan-bahan organik dan dalam proses tersebut akan terbentuk nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan potassium yang sangat berguna untuk pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan yang berperanan sebagai pengeluar Pembangkai burung hering,ketam,burung camar pembangkai sentiasa bersedia untuk menghabiskan sisa makanan . Haiwan ini mendapat tenaga dengan memakan bangkai haiwan lain.

c. Apakah yang akan berlaku kepada ekosistem hutan hujan tropika sekiranya kesemua pengurai dan pembangkai tersingkir? Sekiranya kesemua pengurai dan pembangkai tersingkir, maka bumi kita akan dipenuhi dengan bangkai haiwan dan tumbuhan mati serta sampah sarap yang tidak mereput. Keadaan persekitaran akan menjadi tercemar dan berbau. Sumber tenaga biomass tidak dapat dijanakan. Kita akan kekurangan sumber tenaga.Tanah pula tidak dapat menyerap nutrient untuk dibekalkan kepada tumbuhan. Pembesaran tumbuh-tumbuhan juga turut terjejas. Haiwan herbivor juga akan kekurangan nutrient. Manakala haiwan karnivor akan kekurangan sumber makanan yang berkualiti. Dengan itu sistem rantai makanan juga akan turut terjejas. (10 markah)

2. Biodiversity boleh didefinisikan sebagai jumlah bilangan spesies yang berbeza dalam sesuatu ekosistem dan kekompleks interaksi sesama mereka. a. terangkan lima faedah ekonomi biodiversity kepada manusia i. 1-Biodiversiti memberi sumbangan yang sangat besar dan tidak ternilai kepada kehidupan manusia sejagat. Ia menjadi penyumbang kepada sejumlah besar bekalan makanan (yang diperolehi daripada spesies flora dan fauna yang wujud) dalam kehidupan seharian kita. Malah sepanjang sejarah, manusia sangat bergantung kepada biodiversiti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai contoh, penangkapan ikan dunia tahunan (dengan kadar purata 100 juta tan metrik) menggambarkan bahawa ia membekal sumber protein yang sangat penting kepada kehidupan manusia dengan lebih daripada 20% populasi di Afrika dan Asia bergantung kepada ikan sebagai sumber protein utama mereka. Sementara itu, haiwan daratan pula membekalkan hasil makanan seperti telur, susu, daging dan sebagainya kepada kita melalui sektor penternakan. Biodiversiti liar pula menyediakan pelbagai sumber bahan mentah dan makanan merangkumi buah-buahan, kekacang, bijirin, cendawan, madu, rempah ratus, dan bahan perisa. Sumber bekalan makanan liar ini sangat penting kepada kita terutamanya apabila bekalan makanan daripada hasil pertanian menemui kegagalan. Dengan adanya biodiversiti liar, ia menjadi penampung kepada kegagalan sesetengah sistem pertanian maju. Sebagai contoh, daya pengeluaran hasil tanaman pertanian dunia membangun adalah dikekalkan melalui penyerapan lazim gen daripada penghubung liar hasil tanaman ini. Gen liar ini memberikan ketahanan terhadap serangga perosak dan penyakit yang mana ia dapat mengawal ancaman secara berterusan kepada tuaian. Dengan adanya gen liar yang bertindak sebagai pembiakbaik tumbuhan, ia membantu menghasilkan tumbuhan bermutu dan mengeluarkan hasil tinggi yang sekaligus menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam sektor pertanian global. Jika spesies berkenaan pupus, maka kolam gen yang berpotensi bagi pertanian masa depan juga akan musnah. 2- Bukan itu sahaja, malah sehingga kini tumbuhan liar masih menjadi sumber makanan berjuta-juta penduduk pedalaman yang miskin dan juga

masyarakat orang asli. Sebagai contoh, penduduk di kawasan pedalaman Thailand menjalankan aktiviti memungut dan mengumpul tumbuhan liar untuk dijadikan sumber makanan semasa musim hujan. Manakala bagi penduduk di bandar Iquitos, Peru pula, buah-buahan daripada enam puluh spesies tumbuhan liar dipungut untuk dijual di pasar-pasar. Walaupun para petani boleh membeli dan menanam biji benih yang telah diubahsuai secara genetik (GM) menggunakan teknik molekular terkini, namun produktiviti makanan masih lagi bergantung kepada biodiversiti tumbuhan yang harus dikekalkan oleh amalan pertanian tradisional. Bagi biodiversiti marin di Sabah misalnya, rumpai laut dan ikan diternak sebagai salah satu industri yang besar dan sangat menyumbang kepada ekonomi negara. 3- Biodiversiti juga menjadi penyumbang kepada sumber ubat-ubatan yang wujud pada hari ini baik ubat-ubatan tradisional mahupun ubat-ubatan moden. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 80% daripada penduduk dunia membangun bergantung kepada ubat-ubatan tradisional yang diperoleh terutamanya daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Di Asia Tenggara misalnya, penyembuh tradisional menggunakan sejumlah 6, 500 spesies tumbuhan berbeza untuk merawat malaria, ulser perut, siflis dan penyakit-penyakit lain. Malah, biodiversiti juga kritikal kepada sektor kesihatan rasmi' dunia membangun. Hasil tinjauan yang direkodkan menunjukkan bahawa sebanyak 150 preskripsi dadah digunakan di United States dan 118 daripadanya adalah berasaskan sumber biodiversiti. Daripada jumlah tersebut, didapati sebanyak 74% adalah diperolehi daripada spesies tumbuhtumbuhan. Ini sekaligus telah meningkatkan penggunaan spesies tumbuhan dalam bidang perubatan. Kebiasaannya bahagian-bahagian yang berguna daripada spesies tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan adalah seperti bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Struktur dan kandungan ubat yang dihasilkan daripada spesies tumbuh-tumbuhan adalah bergantung kepada jenis penyakit yang hendak diubati.

4- Selain itu, biodiversiti turut menyumbang sebahagian besar sumber pendapatan kepada manusia sejagat. Sumbangan-sumbangan yang

disebutkan di atas sekaligus turut menyediakan faedah ekonomi secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Ia juga sangat penting dan menjadi penyumbang secara langsung kepada sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Satu contoh yang jelas ialah bioprospek' iaitu pencarian ke atas hasil biotik yang tidak diketahui kegunaan spesifik seperti pestisid semulajadi, toksin antifungal dan enzim. Penemuan senarai hebat sumber serbaneka' yang disumbangkan oleh biodiversiti juga merangkumi kebanyakan bahan binaan yang sangat penting daripada bahan balak dan bukan balak dalam sektor perhutanan, gentian, bahan bakar, damar, rotan, haruman, bahan pewarna dan getah. Walaupun hasil keluaran tersebut bernilai rendah, namun pada umumnya ia sangat berguna kepada masyarakat dan penjanaan ekonomi sesebuah negara. 5- Malah bagi sesetengah negara, biodiversiti memberi sumbangan ekonomi yang besar melalui aktiviti pelancongan dan rekreasi. Ekosistem marin misalnya boleh dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti taman laut yang boleh menjana kepada pembangunan ekonomi yang besar kepada sesebuah negara. Bagi mereka yang menghabiskan percutian sambil menikmati alam semulajadi dianggarkan menyumbang sekurang-kurangnya 500 bilion setahun sumber pendapatan kepada negara yang dilawati. Sebagai contoh, ekosistem terumbu karang di Florida menjana sumber pendapatan sebanyak 1.6 billion setahun hanya melalui aktiviti pelancongan sahaja. Bahkan biodiversiti juga turut memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara melalui aktiviti penyelidikan, terutamanya melalui hasil penyelidikan yang dikomersialkan dan dipasarkan ke peringkat global. b) Terangkan maksud kepupusan Dalam biologi dan ekologi, kepupusan bermaksud kematian suatu spesies atau kumpulan takson dari muka Bumi ini.Kepupusan juga membawa maksud lenyap, iaitu sesuatu spesies itu lenyap dari muka bumi ini. Saat kepupusan biasanya dianggap sebagai kematian individu terakhir dalam kumpulan (walaupun keupayaan untuk membiak dan pulih mungkin telah tiada sebelumnya). Disebabkan taburan potensi spesies mungkin sangat besar, menentukan saat ini agak sukar, dan

biasanya dilakukan secara retrospektif (melihat kembali). Kesukaran ini membawa fenomena seperti Lazarus taxa, di mana spesies yang dianggap telah pupus tiba-tiba "muncul kembali" (biasanya dalam rekod fosil) selepas satu tempoh kehilangan nyata. Spesies tipikal (biasa) mengalami kepupusan dalam 10 juta tahun selepas kemunculan pertamanya,walaupun beberapa spesies, dipanggil fosil hidup, hidup tanpa berubah selama beratus juta tahun. Kebanyakan kepupusan berlaku secara semula jadi, tanpa gangguan manusia: dianggarkan 99.9% daripada semua spesies yang telah wujud telah pupus.

ii. Terangkan bagaimana cara hidup kita dapat menyumbang ke arah kepupusan beberapa spesies amfibia. Masyarakat kita masih kurang memahami tentang pentingnya amfibia katak kepada kehidupan kita di mana kehadiran katak menyumbang kepada keseimbangan ekosistem,bidang perubatan serta farmaseutikal. Amfibia biasanya hidup di habitat yang rendah suhunya. Keadaan peningkatan suhu bumi akibat daripada aktiviti manusia seperti penebangan hutan, aktiviti pembangunan dan pembakaran hutan menyebabkan spesies katak kian menurun. Sekiranya aktiviti seperti ini tidak dibendung maka spesis katak juga akan turut pupus. Pemusnahan habitat yang berleluasa juga mengancam hidup spesis katak. Banyak kawasan hutan telah diteroka dan dimusnahkan untuk pelbagai tujuan. Projek-projek pembangunan seperti membina rumah-rumah kediaman dan perbandaran telah dijalankan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ianya memusnahkan habitat semulajadi amfibia. Selain daripada itu. kepupusan spesies katak ini bertambah runcing apabila wujudnya sejenis kulat Chytridiomyosis yang dikatakan antara punca utama kepupusan spesies amfibia empat kaki ini.

Penggunaan racun serangga dan bahan kimia di kawasan pertanian juga turut menyumbang ke arah kepupusan amfibia. Dewasa ini, petani dan peladang banyak menggunakan racun serangga untuk tujuan menyahkan serangga perosak di ladang mereka. Tanpa disedari dengan adanya racun dan bahan kimia ini juga telah membunuh amfibia katak khasnya. 3. Kepelbagaian biologi boleh ditentukan melalui pelbagai cara. Berikan dua faktor utama yang diambilkira semasa mengukur kepelbagaian spesies. 1. Kekayaan spesies Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu sampel. Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin kaya sampel itu.

2. Kesamarataan spesies. Kesamarataan spesies adalah bilangan individu yang sama rata atau hampir bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.

You might also like