You are on page 1of 7

Latihan Litar

Latihan Litar Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England. Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan.

Objektif latihan i.Meningkatkan daya tahan otot ii.Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.

iv.Membina daya tahan kardiovascular


iii.Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan

Rasional

i. Latihan berasaskan prinsip lebihan beban


ii. Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak iii. Jangka latihan singkat iv. Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian v. Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya vi. Keputusan cepat diperolehi.

Prinsip Latihan i.Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif ii.Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan iii.Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama iv.Peserta melakukan aktiviti secara berterusan

Aktiviti latihan litar (contoh) i.Tekan tubi ii.Bangun tubi iii.Lari ulang alik iv.Burpee v.Skipping vi.Lompat selang seli (alternate split jump) viii.Angkat kaki vii.Jack knife

Langkah-langkah keselamatan Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan. 1.Aktiviti tidak menyakitkan.

2.Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima.


3.Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan. 4.Pakaian sesuai. 6.Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan.

5.Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta.

You might also like