You are on page 1of 4

MAJLIS PERASMIAN/PENUTUPAN

PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

MAJLIS KERAIAN

MAJLIS PERPISAHAN

Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan.

Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan institusi yang mengundang dan harapan tetamu.

Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang diraikan. Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang yang diraikan.

Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.
Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke rumah.

Teks Ucapan Majlis Keraian Merupakan Teks Ucapan Yang Disampaikan Dalam Majlis Untuk

Memberi Penghargaan Atau Ucapan Terima Kasih Kepada Sesuatu


Pihak Dalam Kejayaan Atau Pencapaian Teks Ucapan Disampaikan Oleh Pihak Pihak Penganjur Atau Tetamu Kehormat Contoh Majlis , Seperti Graduasi.

You might also like