You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKKAN GERAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) BAGI PANATIA BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN

TELUPID, SABAH.

1.

TAJUK Permohonan menggunakan Peruntukkan Geran Bantuan Per Kapita (PCG) bagi Panatia Bahasa Inggeris bagi tahun kewangan 2013.

2.

DIKEMUKAKAN OLEH Ketua Panatia Bahasa Inggeris

3.

DIKEMUKAKAN KEPADA Guru Besar Cemerlang, SK. Pekan Telupid, Sabah.

4.

TUJUAN Memohon kelulusan peruntukkan bagi tujuan memperbanyakkan bahan bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris seperti Kamus BM-BI, Kamus BI-BM, Carta Bergambar Bahasa Inggeris, plastic laminating dan kertas berwarna bagi meningkatkan prestasi murid-murid SK. Pekan Telupid.

5.

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL Panatia Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu dari tiga subjek Teras (Sains, Matematik, Bahasa Inggeris). Subjek Bahasa Inggeris adalah antara Subjek Killer dalam peperiksaan UPSR . Panatia Bahasa Inggeris seharusnya memainkan peranan yang penting untuk memupuk pelajar meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris seterusnya membantu mereka untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris ini selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Panatia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid (SKPT) mempunyai matlamat yang sama dengan visi dan misi sekolah yang mahu mencapai kecemerlangan menjelang tahun 2016.

6.

OBJEKTIF 6.1 Memudahkan guru-guru Bahasa Inggeris dalam proses penyampaian Pengajaran & Pembelajaran di dalam bilik darjah. 6.2 Menanam minat murid-murid untuk belajar dan mendalami Bahasa Inggeris Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam subjek Bahasa Inggeris. Menambah pengetahuan murid dalam bidang bahasa. Menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

6.3

6.4 6.5

7.

IMPLIKASI KEWANGAN DAN KEGUNAAN Pada tahun 2013, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyalurkan peruntukkan kepada SK. Pekan Telupid bagi tujuan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang merangkumi bidang kurikulum dan kokurikulum. Jumlah keseluruhan Geran Bantuan Per Kapita (PCG) yang disalurkan kepada SK. Pekan Telupid adalah RM77,191.00 (RINGGIT MALAYSIA: TUJUH PULUH TUJUH RIBU SERATUS SEMBILAN PULUH SATU SAHAJA). Daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus atau RM1213.20 (RINGGIT MALAYSIA: SERIBU DUA RATUS TIGA BELAS RINGGIT DAN DUA PULUH SEN SAHAJA) diperuntukkan kepada Panatia Bahasa Inggeris. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 peratus atau bersamaan dengan RM60.66 (RINGGIT MALAYSIA: ENAM PULUH RINGGIT ENAM PULUH ENAM SEN SAHAJA) harus disimpan untuk kegunaan pada bulan Januari hingga Mac tahun 2014. Oleh yang demikian, jumlah peruntukkan yang diperbolehgunakan adalah sebanyak RM1152.54 (RINGGIT MALAYSIA: SERIBU SERATUS LIMA PULUH DUA RINGGIT LIMA PULUH EMPAT SEN SAHAJA). Daripada jumlah tersebut ia dipecahkan kepada nisbah 25: 25: 17: 8: 6: 5: 4: 4: 1:

7.1

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 peratus atau RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RATUS SAHAJA) digunakan untuk membeli MESIN LAMINIT untuk kegunaan guru-guru Bahasa Inggeris menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses penyampaian P&P Bahasa Inggeris. KSSR sangat menuntut penggunaan banyak BBM dalam proses P&P 2

yang dijalankan. Dengan adanya MESIN LAMINIT ini, ia sangat ia sangat banyak membantu dan memudahkan kerja para guru Bahasa Inggeris untuk menyediakan BBM yang berkualiti dan menarik kepada para murid.

7.2

Sebanyak 25 peratus atau RM300.0 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RATUS SAHAJA) diperuntukkan bagi membeli bahan habis guna iaitu PLASTIK LAMINIT. Segala BBM yang disediakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris akan dilaminit agar BBM itu tahan lebih lama dan berkualiti. BBM yg telah dihasilkan bolehlah dipamerkan di sudut mata pelajaran di setiap kelas untuk tatapan para murid. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 peratus atau RM300.60 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) digunakan untuk membeli KAMUS OXFORD (BI-BM & BI-BM) untuk kegunaan murid-murid semasa P&P Bahasa Inggeris dijalankan.

7.3

7.4

Sebanyak 8 peratus atau peruntukkan sebanyak RM60.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS SAHAJA) diperuntukkan untuk membeli bahan habis guna Kertas Berwarna untuk kegunaan : 7.4.1 Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk P&P Bahasa Inggeris 7.4.2 Keceriaan kelas dan sekolah 7.4.3 Pondok Ilmu Bahasa Inggeris

7.5

Sebanyak 6 peratus atau RM70.54 (RINGGIT MALAYSIA: TUJUH PULUH DAN LIMA PULUH EMPAT SEN SAHAJA) diperuntukkan bagi membeli Carta-carta bergambar Bahasa Inggeris bagi memudahkan para guru Bahasa Inggeris menyampaikan P&P Bahasa Inggeris.

7.6

Sebanyak 5 peratus atau peruntukkan sebanyak RM60.00 (RINGGIT MALAYSIA: ENAM PULUH SAHAJA) diperuntukkan untuk membeli DAWAI KOKOT dan 4 peratus atau peruntukan sebanyak (RINGGIT MALAYSIA: LIMA PULUH SAHAJA) diperuntukkan untuk membeli STAPLER GUN untuk : 7.6.1 Melekatkan kesemua Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk P&P Bahasa Inggeris sahaja samada di dalam kelas ataupun Pondok Ilmu Bahasa Inggeris 7.6.2 Keceriaan kelas dan sekolah 3

7.6.3 Pondok Ilmu Bahasa Inggeris

7.7

Sebanyak 4 peratus atau peruntukkan sebanyak RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA: LIMA PULUH SAHAJA) diperuntukkan untuk membeli PEMOTONG KERTAS dan 1 peratus atau peruntukan sebanyak (RINGGIT MALAYSIA: DUA PULUH DUA SAHAJA) diperuntukkan untuk membeli GUNTING SENI untuk : 7.7.1 Memotong serta mencorakkan kesemua Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk P&P Bahasa Inggeris sahaja samada di dalam kelas ataupun Pondok Ilmu Bahasa Inggeris 7.7.2 Keceriaan kelas dan sekolah 7.7.3 Pondok Ilmu Bahasa Inggeris

8.0

PENUTUP Pertimbangan tuan agar dapat meluluskan Kertas Cadangan bagi menggunakan peruntukan Geran Bantuan Per Kapita (PCG) Panatia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid sebanyak RM1152.54 (RINGGIT MALAYSIA: SERIBU SERATUS LIMA PULUH DUA RINGGIT LIMA PULUH SEN SAHAJA) dan RM60.66 (RINGGIT MALAYSIA: ENAM PULUH RINGGIT ENAM PULUH ENAM SEN SAHAJA) untuk digunakan pada Januari hingga Mac 2014 agar visi dan misi sekolah amnya dan Panatia Bahasa Inggeris khasnya tercapai.

Disediakan oleh,

WIWEAN SANGAU KETUA PANATIA BAHASA INGGERIS, SK. Pekan Telupid, Sabah. Tarikh: 15 April 2013

Ulasan Penolong Kanan Kurikulum: .. . Tandatangan, .. Nama: Jawatan: Tarikh:

Ulasan Guru Besar: .. .. Tandatangan, Nama: Jawatan: Tarikh: Cop sekolah:

LAMPIRAN (PECAHAN GERAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) BAGI PANATIA BAHASA INGGERIS SK. PEKAN TELUPID) Penyata Perbelanjaan Geran Bantuan Per Kapita (PCG) Panatia Bahasa Inggeris Bagi Tahun Kewangan 2013 RM Terimaan Tunai di Bank PCG 2013 RM 1213.20

Tolak: Perbelanjaan Mengikut Pecahan

(1) Mesin Laminit: 25% Mesin Laminit (2) Bahan Pakai Buang: 25% Plastik Laminit (3) Kamus Bahasa Inggeris: 17% Kamus OXFORD Bahasa Inggeris (4) Bahan Pakai Buang: 8% Kertas Berwarna (5) Carta Bahasa Inggeris: 6% Carta Bahasa Inggeris (6) Dawai Kokot; 5% Dawai Kokot Berkualiti Jenama MAX (7)Stepler Gun: 4% Stepler Gun (8) Pemotong kertas: 4% Pemotong Kertas (9) Gunting Seni: 1% Gunting Seni

300.00

300.00

200.00

100.00

70.54

60.00

50.00

50.00

22.00

1152.54

Baki h/b 1 Januari 2014 (5%)

60.66 6

You might also like