You are on page 1of 6

Perubahan Penduduk 1.

Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara akibat pertambahan semula jadi dan migrasi. 2. Jumlah penduduk akan bertambah sekiranya lebih banyak bayi dilahirkan berbanding bilangan kematian di sesebuah negara. 3. Sekiranya bilangan orang yang masuk (imigrasi) ke sesebuah negara melebihi bilangan orang yang berpindah keluar (emigrasi), maka berlakulah pertambahan jumlah penduduk. 4. Malaysia turut mengalami perubahan dalam jumlah penduduknya. perubahan ini dikira dalam setiap lima tahun. 5. Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah daripada 20,108,729 pada tahun 1995 orang kepada 23,274,690 pada tahun 2000. 6. Penduduk Malaysia dianggarkan akan terus bertambah dan mencapai jumlah 26 juta orang menjelang tahun 2005. 7. Situasi ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami perubahan penduduk yang nyata.

8. Perubahan penduduk di negara Malaysia adalah disebabkan pelbagai faktor seperti jumlah penduduk mengikut jantina dan struktur umur. 9. Pada tahun 1940, penduduk Malaysia dianggarkan seramai 5 juta orang. Jumlah ini terus meningkat kepada 13 juta orang orang menjelang tahun 1960. 10. Kini jumlah penduduk Malaysia telah mencapai jumlah 23.27 juta orang berdasarkan kepada bancian penduduk yang dilakukan pada tahun 2000. 11. Perubahan jumlah penduduk yang berlaku di sesebuah negara dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan semula jadi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penduduk Negara Malaysia Perubahan

1. Jumlah penduduk disesuatu kawasan atau negeri boleh bertambah, atau menjadi statik (tidak berubah). 2. Pertumbuhan semula jadi dan migrasi akan menyebabkan berlakunya perubahan penduduk. Rajah di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk.

3. Pertumbuhan sesebuah negara akan bertambah apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian. 4. Penduduk sesebuah negara akan bertambah apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian. 5. Faktor migrasi dibahagikan kepada dua iaitu imigrasi dan emigrasi. 6. Imigrasi bermaksud perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia. Emigrasi pula ialah perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke luar negara. 7. Faktor-faktor inilah yang menjadikan jumlah penduduk di sesuatu kawasan atau negeri itu bertambah ataupun berkurang. Faktor-Faktor Penduduk Kadar Kelahiran 1. Kadar kelahiran ialah jumlah bayi yang dilahirkan setahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang. 2. Kadar ini juga dikenali sebagai kadar kelahiran kasar. Yang Mempengaruhi Perubahan

3. Formula untuk mengira kadar kelahiran kasar adalah seperti yang berikut:

5. Dalam setiap hari, setiap kelahiran bayi yang hidup bermakna bilangan penduduk dunia sudah bertambah. 6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran di Malaysia ialah: (a) Taraf pendidikan meningkat. (b) Amalan perancangan keluarga (c) Taraf hidup penduduk (d) Dasar Kependudukan Negara (e) Sosiobudaya dan agama. 7. Taraf pendidikan meningkat (a) Pendidikan di Malaysia telah meningkatkan kadar kenal huruf menjadi 93.8% pada tahun 2000.

(b) Taraf pendidikan yang baik menyebabkan ramai kaum wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berkahwin lewat. (c) Keadaan ini telah mengurangkan kadar kelahiran kasar kerana tahap kesuburan mereka adalah rendah berbanding dengan wanita yang berkahwin pada usia muda. 8. Amalan perancangan keluarga. (a) Penduduk Malaysia yang ingin menikmati taraf hidup yang tinggi dan berpendidikan tinggi selalu mengamalkan perancangan keluarga. (b) Ini kerana mereka hanya merancang keluarga yang kecil dan tidak merancang untuk mempunyai anak yang ramai. (c) Tetapi di kawasan luar bandar, amalan perancangan keluarga masih sukar diterima oleh penduduk, jadi kadar kelahiran di luar bandar masih tinggi. 9. Taraf hidup penduduk. (a) Pertumbuhan ekonomi yang pesat membolehkan penduduk Malaysia menikmati taraf hidup yang tinggi. (b) Keadaan ini menggalakkan penduduk cenderung kepada saiz keluarga yang kecil kerana kos membesarkan anak semakin meningkat di bandar.

10. Dasar Kependudukan Negara (a) Melalui Dasar Kependudukan, kerajaan berhasrat mewujudkan 70 juta penduduk pada masa akan datang untuk menambahkan bilangan penduduk dan tenaga kerja manusia. (b) Oleh itu, kerajaan telah memberi pelbagai dorongan kepada rakyat seperti melonggarkan cukai pendapatan kepada bilangan anak, kadar bayaran perubatan yang rendah dan sebagainya. (c) Kerajaan juga menggalakkan penduduk mempunyai saiz keluarga yang besar. 11. Sosiobudaya dan agama (a) Agama memainkan peranan yang penting terhadap kadar kelahiran. (b) Kebanyakan agama menggalakkan penganutnya mempunyai ramai anak dan amat menentang amalan perancangan keluarga. (c) Walau bagaimana pun, ada penganut yang mematuhi galakan itu dan ada juga yang merancang untuk mempunyai keluarga kecil.

Kadar Kematian 1. Kadar kematian ialah jumlah bilangan kematian dalam satu tahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang. 2. Kadar ini juga dikenali sebagai kadar kematian kasar. 3. Kadar kematian kasar merangkumi semua golongan penduduk yang menghadapi risiko kematian. 4. Formula untuk mengira kadar kematian kasar adalah seperti yang berikut;

(d) Dasar kerajaan (e) Bencana alam 6. Taraf kesihatan (a) Kemajuan dan kemudahan perubatan dapat mengawal wabak penyakit berjangkit untuk menurunkan kadar kematian. (b) Suntikan ubat pelalian diberi secara percuma kepada penduduk untuk meningkatkan daya imunisasi mereka terhadap penyakit. 7. Kekurangan makanan (a) Penduduk yang miskin tidak mampu mendapatkan makanan yang berzat akan menghadapi masalah kesihatan.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian di Malaysia ialah: (a) Taraf kesihatan (b) Kekurangan makanan (c) Wabak penyakit

(b) Kemajuan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup penduduk dan membolehkan mereka menikmati makanan yang seimbang dan berkhasiat. (c) Hasil daripada makanan yang seimbang, jangka umur penduduk akan meningkat dan kadar kematian akan menurun. 8. Wabak penyakit

(a) Wabak penyakit yang cepat berjangkit seperti SARS dan taun akan meningkatkan jumlah kematian penduduk jika langkah-langkah pengawalan kurang berkesan. (b) Penyakit yang tidak dapat diubati seperti AIDS dan barah juga akan meningkatkan jumlah kematian penduduk. 10. Dasar kerajaan (a) Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai kempen atau rancangan kesedaran tentang penyakit yang berbahaya dan cara-cara mengatasinya untuk penduduk. (b) Jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat. Ini bermakna penduduk dapat hidup lebih lama dan kadar kematian akan menurun. 11. Bencana alam (a) Bencana alam yang berlaku seperti tanah runtuh, banjir, kebakaran, gempa bumi dan kemarau boleh menyebabkan kadar kematian meningkat. (b) Ini adalah kerana banyak nyawa terkorban dan tidak dapat diselamatkan.

Migrasi 1. Migrasi ialah proses penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan menetap secara tetap atau sementara. 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi ke negara Malaysia adalah kerana keadaan politik yang stabil, peluang pekerjaan yang banyak dan kekurangan tenaga pekerja. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi. 1. Keadaan politik yang stabil di Malaysia telah menarik banyak pelabur asing ke negara kita. 2. Banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perindustrian dan pembinaan telah menggalakkan kemasukan buruh asing (imigran) ke negara ini. Dianggarkan terdapat sebanyak 107, 325 imigran ke Malaysia pada tahun 2000. 3. Terdapat dua golongan imigran yang bekerja di Malaysia iaitu pekerja mahir (ikhtisas) dan pekerja tidak mahir (buruh).

4. Golongan ikhtisas kebanyakannya bekerja dalam bidang perubatan, pendidikan, pengurusan dan pembinaan. Manakala golongan buruh bekerja sebagai buruh pula kontrak dalam sektor pembinaan, pertanian, dan pembantu rumah. 5. Terdapat juga penduduk Malaysia yang berhijrah ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. 6. Emigran (penghijrah) ini kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional seperti doktor pakar, jurutera, akauntan, peniaga dan pesara. Golongan ini lebih suka berhijrah ke Australia, Kanada, Britian, Amerika Syarikat dan New Zealand. 7. Golongan penghijrah yang separuh mahir dan mahir pula lebih suka bekerja di Singapura, negara Asia Barat seperti Arab Saudi, di Jepun dan juga di Taiwan.

Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan 1. Ciri-ciri penduduk pada masa kini di Malaysia. (a) Kadar kelahiran menurun dari tahun 1990 hingga 2000. (b) Kadar kematian menurun dari tahun 1990 hingga 2000. 2. Ciri-ciri penduduk pada masa depan di Malaysia. (a) Kemasukan buruh asing yang ramai. (b) Kekurangan tenaga buruh dalam bidang profesional. (c) Warga tua semakin bertambah. (d) Kos kesihatan dan rawatan semakin bertambah. 3. Kerajaan telah mengadakan pelbagai langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah kekurangan penduduk pada masa depan. (a) Menggalakkan keluarga besar dengan memberi bantuan. (b) Meningkatkan usia persaraan. (c) Menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. (d) Menggunakan robot dan jentera di kilang besar.

Disediakan oleh, Cikgu Abdul Jabbar bin Mohammed Guru Mata Pelajaran Geografi SMK Dato Bentara Luar.

You might also like