You are on page 1of 6

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

POLISI: PENGUKURAN DAN PENAKSIRAN

1.0

Tujuan Polisi

Polisi ini ditulis bagi menyelaraskan dasar pengukuran dan penaksiran di FKEE.

2.0

Daftar Istilah dan Takrifan

Istilah yang digunakan di dalam polisi ini berdasarkan Daftar Istilah umum yang digunapakai. Takrifan berikut digunapakai untuk istilah-istilah berikut:

Pengajar Pensyarah, Tutor dan Jurutera Pengajar yang ditugaskan sebagai pengajar bagi sesuatu kusus pada sesi dan semester semasa.

3.0

Penyata Polisi

3.1

Fasal AM

Skim pengukuran dan penaksiran bagi semua kursus yang ditawarkan adalah merujuk kepada Polisi dan Peraturan Akademik Universiti.

Semua penentuan pengukuran dan penaksiran adalah tertakluk kepada ketetapan silibus kursus. Tiada sebarang perubahan boleh dibuat ke atas pengukuran dan penaksiran yang telah ditetapkan di dalam silibus.

Tiada pengukuran dan penaksiran kerja kursus boleh dijalankan selepas minggu peperiksaan akhir bermula KECUALI dengan alasan yang diterima oleh JK Akademik Fakulti.

Bagi setiap pengukuran dan penaksiran secara berkumpulan, bilangan ahli di dalam setiap kumpulan mestilah tidak melebihi lima (5) orang pelajar. Tahap keberkesanan kerja dalam kumpulan perlu diukur berdasarkan kepada kaedah yang ditetapkan.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 1 / 6

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

Penggunaan Rubric sebagai kaedah pengukuran dan penaksiran bagi kriteria kualitatif seperti bekerja berkumpulan, pembentangan laporan dan kemahiran komunikasi adalah digalakkan.

Kaedah pengukuran dan penaksiran bagi kursus yang diajar oleh sekumpulan pengajar perlu diselaraskan. Skema pemarkahan yang sama hendaklah digunakan bagi setiap kaedah pengukuran dan penaksiran yang diselaraskan

Semua pemarkahan kerja kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar. Pemakluman tidak kurang daripada 20% markah kerja kursus hendaklah dilakukan seminggu sebelum tarikh akhir Tarik Diri yang ditetapkan.

Tiada pengajar boleh mempamerkan markah peperiksaan akhir kepada pelajar. Bagaimanapun, pelajar boleh mendapatkan markah peperiksaan akhir tersebut dengan berjumpa pengajar berkenaan.

Pengajar WAJIB mengumumkan gred pencapaian bagi setiap kursus sekurang-kurangnya seminggu sebelum gred dimuktamatkan.

Semua pengukuran dan penaksiran mestilah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

3.2

Fasal Ujian

Bilangan ujian untuk sesuatu kursus mestilah dua (2) atau tiga (3) sahaja.

Soalan boleh berbentuk objektif atau subjektif atau kedua-duanya sekali. Bagi gabungan soalan objektif dan subjektif, soalan objektif mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah keseluruhan kecuali bagi kursus-kursus yang mendapat kebenaran khas Fakulti.

Soalan boleh mengandungi kombinasi pilihan atau wajib menjawab semua soalan atau kedua-duanya sekali.

Ujian hendaklah dijalankan di tempat yang bersesuaian. Pemakluman ujian perlu diberitahu kepada pelajar selewat-lewatnya satu(1) minggu sebelum tarikh ujian.
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 2 / 6

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

Bagi kursus yang mempunyai lebih dari seorang Pengajar, ujian mestilah dijalankan pada masa yang sama kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh Fakulti. Tempoh sesuatu ujian sekurang-kurangnya selama satu(1) jam. Tempoh tersebut tidak dikira sebagai waktu perkuliahan.

3.5

Fasal Kuiz

Kuiz boleh dibuat untuk tujuan pengukuran dan penaksiran atau sebagai maklum balas kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Soalan kuiz disediakan secara individu dan tidak perlu diselaraskan bagi kursus yang mempunyai lebih dari seorang pengajar.

Bilangan kuiz yang dinilai dalam satu semester hendaklah tidak kurang dari tiga (3).

Kuiz dijalankan dalam waktu pengkuliahan. Kuiz boleh dijalankan secara spontan atau dengan pemakluman awal.

3.6

Fasal Tugasan

Tugasan, samada dalam bentuk latihan atau laporan, adalah kemestian bagi setiap kursus dan bilangannya hendaklah tidak kurang dari dua(2) dalam satu semester. Tempoh suatu tugasan hendaklah mengambil kira beban tugas (pembelajaran) semasa pelajar.

Bilangan, bentuk serta pengukuran dan penaksiran tugasan hendaklah diselaraskan bagi kursus yang mempunyai lebih dari seorang pengajar.

Tugasan boleh dilakukan dan dinilai secara kumpulan atau individu. Sebarang tugasan secara berkumpulan mestilah dinilai keberkesanan kerja berkumpulan tersebut.

3.6

Fasal Projek

Projek boleh dijadikan sebahagian dari tugasan kursus. Bilangannya hendaklah tidak lebih dari dua(2) dalam satu semester. Tempoh suatu projek hendaklah mengambil kira beban tugas (pembelajaran) semasa pelajar.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 3 / 6

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

Projek boleh dilakukan dan dinilai secara kumpulan atau individu. Kerja projek secara berkumpulan mestilah dinilai keberkesanan kerja berkumpulan tersebut.

3.8

Fasal Makmal Kursus

Pengukuran dan penaksiran makmal kursus boleh dijalankan sebagai satu projek makmal yang merangkumi seluruh silibus atau sebagai latihan amali khas bagi topik tertentu dari silibus kursus tersebut. Kaedah pengukuran dan penaksiran makmal kursus hendaklah diselaraskan bagi kursus yang mempunyai lebih dari seorang pengajar.

Projek makmal boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Kerja projek makmal secara berkumpulan mestilah dinilai keberkesanan kerja berkumpulan tersebut. Masa yang diambil oleh pelajar untuk melakukan kerja projek makmal tidak diambil kira sebagai waktu kuliah.

Bagi kursus yang melakukan latihan amali di makmal, bilangan latihan amali hendaklah di antara dua(2) hingga empat(4) kali per semester bergantung kepada kesesuaian kursus. Kerja-kerja latihan amali di makmal boleh dilakukan secara kumpulan atau individu dan hendaklah diselia oleh pengajar. Tempoh kerja amali di makmal boleh dikira sebagai waktu kuliah berdasarkan nisbah satu (1) jam kuliah bagi setiap dua (2) jam makmal.

Pengukuran dan penaksiran makmal kursus, samada projek makmal atau latihan amali, dibuat berdasarkan laporan yang ditulis secara individu.

3.9

Fasal Makmal Kemahiran

Pengukuran dan penaksiran Makmal Kemahiran dilakukan berdasarkan kompetensi pelajar melakukan kerja-kerja amali yang berkaitan. Pengukuran dan penaksiran kompetensi boleh dilakukan dalam bentuk teori atau praktikal atau kedua-duanya sekali dan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.

3.2

Fasal Peperiksaan Akhir

Soalan peperiksaan akhir dan skema permarkahannya hendaklah digubal oleh kumpulan pengajar yang dilantik bagi semester semasa.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 4 / 6

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

Soalan peperikasaan mestilah meliputi keseluruhan silibus. Penyelaras Kursus perlu menyediakan JSU bagi memastikan soalan peperiksaan akhir merangkumi keseluruhan silibus dan pada tahap yang dikehendaki.

Soalan peperikassan akhir boleh berbentuk objektif atau subjektif atau kedua-duanya sekali. Bagi gabungan soalan objektif dan subjektif, soalan objektif mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah keseluruhan. Soalan boleh mengandungi kombinasi pilihan atau wajib menjawab semua soalan atau kedua-duanya sekali.

Penyemakan dan penilaian soalan berserta skema permarkahan bagi peperiksaan akhir hendaklah dilakukan oleh Kumpulan Pakar dan/atau JK yang dilantik Fakulti.

Fakulti boleh menghantar set soalan kepada pemeriksa luar yang dilantik bagi menilai tahap kualiti soalan.

Semua soalan peperiksaan akhir adalah hak milik mutlak Universiti.

Peperikasaan Akhir diselenggara oleh pihak BPA. Walau bagaimanapun Penyelaras Kursus atau wakilnya perlu berada di dalam kawasan Universiti dan boleh dihubungi semasa peperiksaan berjalan.

3.3

Fasal Peperiksaan Khas

Sekira perlu, Fakulti akan melantik seorang pengajar bagi menyediakan soalan dan skema pemarkahan Peperiksaan Khas berdasarkan: 1. Pengajar telah mengajar kursus terbabit pada semester semasa atau 2. Pengajar pernah mengajar kursus terbabit kepada pelajar terbabit pada semester terdahulu atau 3. Pengajar adalah atau pernah dilantik sebagai penyelaras kursus terbabit.

Soalan peperiksaan khas hendaklah meliputi keseluruhan silibus. Pengajar digalakkan untuk menyediakan JSU bagi memastikan soalan meliputi keseluruhan silibus.

Soalan boleh berbentuk objektif atau subjektif atau kedua-duanya sekali. Bagi gabungan soalan objektif dan subjektif, soalan objektif mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 5 / 6

DOKUMEN POLISI FKEE UMP

No Dokumen: 01 Tarikh dokumen: 05/01/2009

keseluruhan. Soalan boleh mengandungi kombinasi pilihan atau wajib menjawab semua soalan atau kedua-duanya sekali.

Pengajar atau wakilnya perlu berada di dalam kawasan Universiti dan boleh dihubungi semasa peperiksaan khas berjalan.

Penilaian jawapan soalan peperiksaan khas boleh dilakukan oleh dua orang pemeriksa yang dilantik oleh Fakulti. Perlantikan pemeriksa kertas jawapan peperiksaan khas adalah berdasarkan perkara berikut: a. b. c. pengajar pada semester tersebut dan pengajar yang pernah mengajar kursus tersebut atau mana-mana wakil yang dilantik oleh Fakulti

4.0

Lampiran

Tiada.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Mukasurat 6 / 6

You might also like